Monday, April 29, 2019

Secretaries Week 2019 Bertentang Mata Dengan Tengku Permaisuri Selangor

Hi korang..

Last week SA berkesempatan join Luncheon Secretries Week 2019 Di Royal Chulan Hotel bersama- sama beberapa secretaries lain dari Malakoff. Event yang tak dijangka..tetiba ke nama SA naik untuk join padahal takde persiapan apa pun..pagi tu dapat tau...pagi tu jugak pi cari baju yang sesuai..gamble je SA pi cari blazer. Dah la tekak tengah sakit masa tu..ikutkan malas nak pergi..tapi nak memenuhkan meja yang company dah beli...terpaksalah pergi...giler..untuk event ni je SA habis RM200++...

Eh jom la tengok gambar...SA paling berbesar hati bila for the first time dapat bergambar dengan Tengku Permaisuri Selangor...ya allah pengalamaan betul...tak sangka tengku boleh interframe masa SA cuba nak selfie curi2 gambar dia dari kejauhan...best betul masa tu



Blazer beli kat H&M RM184++, ada baju satu lagi tp SA x tukar...




sempat bergambar kat sini


Meja kami


SA dan Ela..kami satu department


Candid SA tengah selfie...


barangan dalam goodies bag


eyeliner Airish


Menu lunch chinese cuisines


Starter


Crab meat soup yang awesome..


Persembahan Shiha Zikir


Dayang Nurfaizah


Roasted Chicken


Breased Tau Pau With Mushrooms


Steamed Seabass


Persembahan Cakra Khan


Cakra Khan dan Shiha Zikir


Masa ni Tengku Permaisuri berangkat pulang


Dah dekat dh masa SA Selfie macam ni


Kelu jap tetiba dia jenguk kat hp SA...wallaweiii...rasa nrasa nak peluk je dia


Dengan AC Mizal..


Dengan Datin Amelia


Dengan Arja Lee..sedondon kami...


Kami antara Secretary Malakoff yang terlibat

Satu pengalaman yang indah...lepas ni tak tau la ada lagi ke tak Secretaries Week kan...yang penting kami kekenyangan di samping dapat enjoy lagu2 artis yang terlibat...just x dapat amik gambar ngan Dayang je..kalau dapat lagi best...jumpa lagi semua secretaries di tahun -tahun akan datang kalau ada jemputan lagi...

Friday, April 26, 2019

Lauk Jahat....

Hi korang..
Beul la kata orang ni lauk jahat..jahat sebab apa? sebab buat makan bertambah-tambah..bila d makan banyak kang kang berat badan terus naik...bila berat badan naik mula la risau..nak fiet tak bleh...sebab ada gastric...haaaaa...ni la masalah SA...

Lst week SA beli 2 ekor ikan siakap...hari tu tengok kay IG kot ada orang masak kari ikan siakap..terus teringin...masak seekor dan seekor lagi simpan nak buat asam pedas nanti....yang best kali ni mak SA yang masakkan...air tangan mak lagi sedap kan...


Kari Ikan Siakap guna kari Mak Siti


Lawanya telur dadar


goreng sikit ikan masin...

Payah bila tekak teringin...asal tengok orang masak mesti nak buat gak...la ni teringin sambal ikan bilis kering2 dan lembab tu...nak buat tak berapa pandai lagi...korang kalau takde idea nak masak cuba la menu macam ni...memang naik selera takde kesian punya...

Private IG?

Hi korang....

Dah kenapa SA private instagram SA? 
SA ambil keputusan untuk private sejak akhir-akhir ni ramai rakan blogger punya IG hilang begitu sahaja..walau SA x kena tapi sebagai langkah berjaga-jaga SA perlu buat tindakkan...terbaru rakan blogger Mekonie hilang akaun IG...agak mustahil nak dapat balik..jahanam hackers tuh..kurang ajar...semua follower dari luar negara SA unfollow...rasanya itu punca sebenar jugak kan... bukan main lagi hackers tu siap ugut kan...kesian Mekonie ..korang yang masih blom private IG elok berbuat demikian..bukan apa..kita as a blogger memang jadikan IG sebagai platform untuk kita buat task client kan?


SA x tau la kalau private ig ada potential kena hack ke tak kan...rasanya tetap ada..tapi sekurang-kurangnya SA ambil langkah berjaga-jaga..dh la gambar dalam tu banyak....aduhai...macam mana nak buat erk..risau SA dh...korang ada idea?

Pekena Steamboat di Johnny's AEON Seremban 2 Lepas Appointment Doctor

Sabtu lepas..SA bawak dania jumpa doc pakar kes kaki dia yang retak tu..sampai tengahari kat KPJ Seremban..punya ramai orang...then dah settle semua urusan Dania terus call grab pi AEON Seremban 2. Saje nak jalan-jalan dan pergi makan..ada la beli barang sikit...keperluan Dania semuanya...biasa la ada anak dara ni keperluan peribadi dia memang kena top up every month, shampoo la..skincare la..barangan dalam la...

Sampai je kami terus ke Johnny's pekena steamboat...


Kuah pencicah dia sedap


Amik ni je..ala carte...


Nasi ayam hainan share dengan Dania


Sedapnyaa...walau x banyak bahan tetap sedap


Dania ni kena paksa makan sayur...makan sayur sangat memilih dia ni


Rasa nak repeat semula la


Mama serabai sangat rasanya...


Mak abah x join sebab pi kenduri umah uncle kami kat Rantau..adik kepada Tok Mat bekas MB NS kahwinkan anak dia..malas nak pergi kebetulan ada appointment dengan doctor..alhamdulillah dania diberi appointment terbuka..tiada masalah teruk kaki dania cuma dinasihatkan untuk tidak bersukan sementara waktu..dia muda lagi so kaki yg retak tu cepat elok..Alhamdulillah senang hati mama

Thursday, April 25, 2019

Kali ke 2 Viral Fever

Hi korang...

SA mc 2 hari sebab viral fever lagi untuk kali ke 2, baru je seminggu batuk hilang...terkena lagi viral fever..sekali complete semua package Selsema, sakit tekak   demam panas dan batuk...sakitnya badan sebab semua sendi-sendi sakit...semalam balik Seremban mengigil kesejukkan..badan rasa sejuk yang amat padahal panas giler...orang tua-tua kata panas dalam..memang tak tunggu, sampai je Seremban terus pi klinik..pelik betul..demam datang tiba- tiba Selasa malam...SA telan panadol dan pagi semalam makin worst kat opis...nak balik tp mengenang kawan sorang lagi cuti so takde back up...tengahari semalam terus tido je...sedarpun dah pukul 2pm....tabahkan hati tunggu sampai petang...

Pagi ni bangun lambat sebab lalok ubat...abah kejutkan jugak suruh sarapan and makan ubat...nasib abah buatkan bubur..malam semalam abah masakkan sup ketam..takut denggi katanya...tekak sakit nak menelan..tapi paksa jugak..nak makan ubat kan....


Bubur nasi


Sup ketam


Keadaan masa balik dari klinik malam tadi

Sebab tu semalam seharian blog ni sunyi je...bahan ada je nak update...tapi keadaan memaksa untuk SA yang sangat tak larat...semua rasa ada...rasa nak pitam semalam ku tahankan aje jebat...cepat la demam ni berakhir...penat la...takkan nak mc selalu kan..dah la nak tukar dept nanti...mohon doakan yang baik-baik untuk SA...doc cakap paru-paru tak kuat sebab tu senang berjangkit..terus terbayang masa koma akibat H1N1 dulu...allah...mohon dijauhkan....SA mohon berehat untuk seketika...ada yang perli..demam sebab jumpa Tengku Permaisuri ke?

Tuesday, April 23, 2019

Balik Kampung Salai Ikan, Masak Masakan Kampung

Hi korang...

Bz ke tu? SA as usual memang tengah bz sangat2.. ikutkan hati nak cuti je lama-lama tapi sedar diri cuti tak banyak macam orang lain..Cuti SA ada 19 hari untuk tahun ni tp dh tinggal 12 hari dh..ikutkan esok nak kena cuti lagi..ada perjumpaan ibu bapa sempena PT3 nanti..yang hanginnya SA bukan apa...last week SA dh cuti Dania masuk ward tu...ni minggu ni nak cuti lagi? memang matilanak kann...sure kena marah punya.Suruh Dania call ayah dia tanya bleh datang tak...hurm as usual jawapan dia tak dapat datang....hurm dh agak dh...confirm Dania merajuk punya..pening SA nak fikir...kita terikat dengan kerja...tak tau nak buat macam mana dh ni....

Takpe la kita biarkan sekejap permasalahan Dania ni...SA nak citer Ahad lepas SA balik kampung setelah sekian lama tak balik jenguk Mak Lang...bukan main happy dia tengok kami balik..Mak Abah selalu la balik..SA je last balik bulan 11 tahun lepas..memang hajat nak makan tengahari kat kampung...kebetulan bawak balik ikan keli...haaaa....salai ikan la kita..kita masak Ikan salai masak lemak cili api campur pucuk kacang botol...tak tau plak kacang botol bleh dijadikan sayur dan rasanya sedap sangat....


Salai dengan sabut kelapa...sedap bau salainya


Salai tak lama pun..cukup nampak dh masak macam ni


Video salai ikan


Dah siap dh...


Ni dh jadi lauk


Up ikan cencaru goreng kunyit bawang putih

Sesekali makan masakan kampung...makan di kampung plak tu...memang sodap laaa...makan plak ramai-ramai kan...seronok..Mak Abah memang suka balik kampung sebab duduk Seremban bukan ada sesapa kalau Dania sekolah...at least selera skit diaorang makan...borak-borak...macam abah sejak dh pencen memang tak bleh duduk diam...kalau balik kampung siap menebas la dia...semua dia buat la...lepas ni bulan puasa plak..sure tak balik kampung punya...raya nanti la balik kan...

Monday, April 22, 2019

FAIR FIT MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN..

Fair Fit ! Apa Fair Fit ini?? Kalau korang nak tahu Fair Fit ini, merupakan produk keluaran Cik Epal dan suaminya Jofliam ! Fair Fit ini ramai yang gelarkannya sebagai JUS KURUS ! Tapi, sebenarnya Fair Fit ini, bukan sahaja untuk kurus. Malah banyak keistimewaannya. Nanti mummy cerita ye ! SA baru juga mengambil FAIR FIT untuk MENGAWAL BERAT BADAN dan SELERA MAKAN. Pepaham je lah busy woman macam SA ni macam mana ! Selera makan tu, macam apa ! Setiap masa LAPAR ! Padahal dah breakfast nasi lemak, lunch pun nasi juga. Dinner? Memang nasi juga lah hahaha. So, badan ni, membesar jangan cakaplah ! sekarang dh 60kg tau..kalau dibiarkan makin naik la nanti..SA kalau badan naik akakan selalu tak sihat..masalah nanti..

FAIR FIT MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN




Orang kata, usaha tangga kejayaan. Oleh itu...SA memang tak tunggu dah...terus ambil FAIR FIT untuk MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN SA ni sebelum terlambat !


Eh..eh..breastfeeding boleh ambil FAIR FIT ke? Yes, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak (anak lebih 6 bulan) boleh ambil Fair Fit dah ! Insyaallah selamat !

KELEBIHAN FAIR FIT SELAIN MENGAWAL BERAT BADAN DAN SELERA MAKAN


Ha....Fair Fit ini, bukan sahaja mengawal berat badan dan selera makan tau tapi ada banyak kelebihan Fair Fit ini , seperti :-



Kelebihan Fair Fit : Mengawal Selera Makan



Kelebihan Fair Fit : Mengawal Berat Badan


Kelebihan Fair Fit : Membakar lemak



Kelebihan Fair Fit : Menambah Tenaga

Bab menambah tenaga ni, SA rasa penting untuk persiapan bulan puasa Ramadan. Tak adalah badan lesu yakmat kan ! nak plak SA ada gastric sekarang...ntah macam mana la bulan puasa nanti


Kelebihan Fair Fit : Merawat Kulit



Kelebihan Fair Fit : Mencerahkan kulit

KEUNIKAN FAIR FIT 



Keunikan Fair Fit 

*Satu-satunya produk istimewa yang menggabungkan teknologi formula untuk putih dan kurus

*Sesuai untuk lelaki dan perempuan


*Tidak perlu bancuh, boleh terus minum. Rasanya macam mana? Masam masam manis ! Sedap !

*Rasa buah dan mengekalkan tenaga sepanjang hari



* Gerenti tiada kesan kembali gemuk selepas berhenti

* Tiada cirit birit, sembelit atau kesan yang tidak menyenangkan

BELI FAIR FIT DENGAN AGEN @fairfitselangordarulehsan


Beli Fair Fit dengan agen @selangordarulehsan jommm.. trusted seller Fair Fit.  COD (kawasan terpilih), serta pengeposan segera (same day) atau courier.

FREE delivery !
FREE gifts pun ada tau !


TESTIMONI CIK EPAL KURUS DENGAN FAIR FIT



Testimoni kurus dengan Fair Fit ini, founder Cik Epal dah test sebelum Fair Fit ini di jual dan di keluarkan.

Nampak tak perubahan Cik Epal tu ha? CIk Epal makin berseri, cantik dan kurus kan?

Tunggu 3 bulan, boleh la tepek gambar SA pulak ye ! kalau menjadi la..

BAHAN-BAHAN YANG ADA DALAM FAIR FIT !

Apa bahan yang ada dalam Fair Fit? FairFit merupakan produk kurus yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti Garcinia Cambogia, Prune, Sakura, African Bush Mango, Guarana dan Ginkgo Biloba.

Antara khasiat bahan-bahan tersebut :-














FAIR FIT SELAMAT ! ADA HALAL DAN PENGKELASAN MINUMAN DARI KKM


Dalam mencari produk kurus yang sesuai, kita bukan melihat kepada keberkesanannya sahaja tetapi kita juga harus melihat sejauh mana sesuatu produk itu SELAMAT DIGUNAKAN

FairFit telah disahkan selamat oleh pengkelasan makanan dan minuman KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) (No.Rujukan : 150617/06/022)

FairFit juga telah mendapat pengesahan HALAL daripada JAKIM.

Jangan tunggu lama sangat jom dapatkan Fair Fit dari kami :