Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Tiram
Hi korang..seperti yang aku janjikan semalam..aku ada buat tutorial bergambar masak lemak cili api cendawan tiram..sedap ke? Cendawan..apa aje yang tak sedap..semua sedap kot..kalau dapat cendawan busut atau cendawan tahun pun best...
So tanpa lengah lagi puan2 meh ikut hakak sinsing lengan masak kat dapur meh..
Bahan-bahan utama..kunyit hidup,ciliapi dan serai..tumbuk hancur kunyit dan cili api
Petua : nak bagi cili hancur dengan biji2 dia campurkan garam kasar semasa menumbuk..cepat hancur
Cendawan tiram..aku beli sekilo..RM15
Satukan semua bahan sekali santan dalam periuk..
Biarkan menggelegak..dikacau selalu agar tidak bertahi minyak..
Masukkan cendawan tiram..masak sampai kuah agak pekat..perasakan garam dan tutup api..sedia dihidang...
Tadaaaa...dh siap....
Nak bagi lagi sedap korang goreng garing ikan masin gelama yang jenis belah tu....gu kan dengan lauk ni...memang x sedar makan bertambah...
Selamat mencuba ye....
thanks along share resepi... simple & for sure sedap!!!
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletenak rasa sikit boleh tak kak..
ReplyDeletesedap..lapar lah pulak
ReplyDeletebiasa mkn cendawan goreng..tk pernh lg mkn cendawan masak lemak..sedap tu kalo ada ikan masin kn
ReplyDeletesubhanaAllah..ni kalau hidang kat PC..jawabnya PC makan cendawannya je..hahahahaha..orang lain makan kuah...maafkan saya.. :)
ReplyDeletewahhh.. sedap nih.. minta semangkuk.. hehehe
ReplyDeletekak su.. kena belanja ni.. masak lemak cili api..
ReplyDeleteTengok dah terliur AS..
ReplyDeleteLama akak tak masak cendawan tiram ni..
mmg terbaik..:)
ReplyDeleteSedapnya SA.. feveret akak gak nie cendawan tiram..
ReplyDeleteohkayyy terliur dah ni. today makan cendawan jugak. buat sayur sup
ReplyDeleteFeveret ccl ni
ReplyDeleteakak bt mmg tak boh bwg pth n bwg merah ek.... dana pnh tgk kwn org nogori msk lemak cili api mmg tak boh bwg2 tp dia msk mmg pekat likat
ReplyDeletedana suke bt kari cendawan tiram kak... nnti akak try pulak bt kari... sedap jgk
adik tak pernah makan cendawan
ReplyDeleteCubalah makan
Deleteada orang beritahu rasa cendawan macam isi ayam
ReplyDeleteTengok jenis cendawan
Deletesedap ni.
ReplyDeleteletak udang.
wow! terangkat ler...
jarang masak cendawan. Kalau masak pun campur dalam sup sayur je. Menarik resepi ni, boleh try nanti
ReplyDeleteSangat menyelerakan
ReplyDeleteJarang buat sup cendawan ni mcm ni. Sebelum ni selalu buat sup cendawan yg susu pekat tu je. Btw, boleh try ni . Thank youu so much!
ReplyDeletewah boleh bookmark entry yang ni nak masak nanti boleh tengok :p
ReplyDeletesedapnay nampak kak. selalu cendawan ni dekat ruman ni guna masa masak sup je sebab semua boleh makan.
ReplyDeletebiasa cendawan tiram buat sup je,xpernah tahu sedap masak lemak cili api..
ReplyDeletetk pernh mkn cendawan menu masak lemak camni
ReplyDeleteAlahai.. makan dengan nasi panas ni, Peeerrgh!!
ReplyDeleteOo..boleh cuba ni. Simple je biasanya cendawan tu goreng je
ReplyDeleteKecur air liur tengok. Heheh. Lepas ni boleh lah try buat masak lemak pulak, Nani selalu buat gulai tempoyak tak pun goreng celup tepung tu aje.
ReplyDeleteKita baru nak belajar masak ni sbb nak kahwin, senang ada resipi akak ni! Boleh try, check yg lain juga mcm mengancam je tengok gambar makanan!
ReplyDeletemasakan kampung jugak sedap
ReplyDeleteNampak sedap.. selalu guna cendawan kukur je.. tak pernah lagi guna cendawan tiram..
ReplyDeletenampak menyelerakan..nyum3
ReplyDelete