Wednesday, March 13, 2019

Solekan Dan Wajah Nampak Segar Dengan Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30

Hi korang...


SA nak citer satu lagi product Murad Malaysia yang best dan yang ni SA suka sangat sebab selain buatkan kulit nampak lembut..ianya membuatkan solekan di wajah nampak flawless. Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA++++ digunakan sebagai make- up based atau primer. Tugasnya melindungi dan membuatkan solekan tampak kemas diatas apa sahaja warna kulit korang.
So x perlu risau solekan korang bercapuk dah..make up akan elok terletak pada kulit wajah malah nampak lagi cantik sekata.Kalau tak nak gunakan bersama solekan pun takpe..korang boleh guna begitu sahaja untuk nampak kulit segar dan bermaya.So tak yah pening2 dah lepas ni..SA suggest korang gunakan product ni...sure best sure puas hati...ianya merawat, mengurangkan noda dan melindungi kulit muka korang...



Campuran peptida cendawan kulit merawat sebagai prima Soft-Focus Complex sehingga 12 jam pemakaian solekan tanpa cacat cela malah dengan jelas mengurangkan penampilan liang, garis halus dan tekstur yang tidak sekata. Ia juga bertindak sebagai perisai SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA / UVB tanpa coretan atau corak putih. Dengan product ini akan nampak solekan anda menjadi sangat flawless dan segar sepanjang hari.

Keputusan pemakaian:
  • Kesempurnaan solekan selama 12 jam
  • Pengurangan segera 30% dalam penampilan liang-liang 
Kajian klinikal selama 3 hari:
  • 71% melihat lebih kurang garis halus dan kedutan
  • 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik
  • Perlindungan SPF 30 100% tidak dapat dilihat
Jenis kulit manakah yang bagus untuknya?
  • Normal
  • Berminyak
  • Gabungan
  • Kering
Dirumus tanpa:
  • Parabens
  • Sulfat
  • Phthalates
  • Gluten
  • Bahan yang berasal dari haiwan
Penyelesaian untuk:
  • Garis halus dan kedut
  • Kesan dan tekstur kulit tidak sekata
  • Liang besar
  • Tona kulit tidak sekata
* Keputusan in vitro selepas 1 minit pada model kulit.





Cara Penggunaan
  • Urut secara merata ke muka, leher dan dada. 
  • Boleh digunakan di bawah solekan atau dipakai begitu sahaja.
Ingredient Spotlight:
  • Peptida cendawan
  • Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekukuhan, keanjalan dan ketahanan kulit untuk kelihatan muda.
Soft-Focus Complex:
  • Melancarkan kulit dan keluarkan ketidaksempurnaan untuk nada dan tekstur yang lebih baik untuk membuat kanvas ideal untuk aplikasi solek.
  • Ekstrak barli, bunga matahari dan timun
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.

Active Ingredients:
Avobenzone (2.0%), Homosalate (4.0%), Octisalate (4.0%), Octocrylene (2.0%)

Ingredients:
Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

HARGA : RM328


SA sangat suka, sangat puas hati dengan hasil pemakaian Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30. Ia membuatkan solekan diwajah SA nampak sekata. Walau hanya menggunakan product ini sahaja tetap tidak nampak kusam seperti selalu. Nampak wajah SA segar bermaya compare sebelum- sebelum ni.  Solekan SA tetap kekal sepanjang hari.SA sangat- sangat rekomen pada korang product- product keluaran Murad Malaysia. Walaupun harganya agak sedikit mahal tapi resultnya sangat- sangat memuaskan hati...

Info lanjut tentang product Murad Malaysia:




13 comments:

  1. Kita guna jugk yang kak..best sgt guna.. tesktur dia likat tp cpt menyerap ke dalam kulit kita..:)

    ReplyDelete
  2. best kan kak pakai Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 ni. tak melekit dan mampu lindungi kulit dengan baik.

    ReplyDelete
  3. skrg ni nieyl pun suka kalau produk² anti penuaan ni..kekeke

    ReplyDelete
  4. muram nengok harga tu SA hhhehheheheh

    ReplyDelete
  5. nice...solekan lebih tahan lama kalau pakai yang ni kan...tapi tu la, cinonet betul botolnya, harganya pulak bole buat telan airliur beberapa kali..

    ReplyDelete
  6. Suka krim ni, pekat dan senang bawa. Tak melekit

    ReplyDelete
  7. senang nak ingat jenama ni...MURAD..

    ReplyDelete
  8. Produk yang berbaloi dimiliki..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah