Thursday, March 21, 2019

Percutian Family Ke Perlis Part 2

Hi korang...

Jom sambung lagi....entry sebelum ni kat sini PART 1 . Selepas meneruskan perjalanan dalam pukul 12 ke 1pm kami berhenti makan di RNR Sungai Perak. Masing- masing dah lapar..nasib baik kami semua bawak bekal..nak jimat katanya..nama pun bercuti time tengah bulan kan...so mak cakap bawak bekal la..ada lauk Rendang Ayam Kampung, Sambal Udang petai dan Ayam goreng untuk anak- anak. Cuaca memang panas betul dan nasib baik kami dapat lepak kat pondok. Dapat la berteduh walau panas..kalau bawak makanan kat food court tu sure tak boleh..makanan luar selalunya tak dibenarkan. Buka bekalan maka makan la kami dengan tenang..lauk agak banyak siap boleh sedekah kat satu family yang makan di tempat yang sama...


RNR Sungai Perak ni dengarnya agak famous


Jambatan Sultan Azlan Shah


Rendang Ayam Kampung


Sambal Udang Petai


Ayam goreng


Dah macam berkelah kat sini


Aidan ni kan...main2 makan tau...















Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Perlis..kali ni takde berhenti dah...sepanjang perjalanan di area Kedah kiri kanan terbentang pemandangan sawah padi..sayangnya sekarang dah lepas musim menuai..so pemandangan yang diharapkan saujana mata memandang tu takde..kiri kanan sawah padi ada dalam proses dibajak semula dan ada yang tengah dibakar rumput- rumputnya....bangau pun banyak berkeliaran..










Kami terus sampai di Chuping Perlis dalam pukul 6 petang...adik bongsu SA dah menunggu kat homestay...sampai- sampai jer kami disambut oleh pemilik homestay yang merupakan keluarga adik ipar jugak..semua ok cuma panas ajer la...tidur malam macam berebus..berpeluh- peluh tidur...dulu pernah datang dan menginap di homestay yang sama tapi cuaca masa tu takde la panas terik macam sekarang...panas sekarang bukan di perlis aje kan..semua tempat termasuk Seremban. Pasang ekon pun tak terasa...

Next SA akan up citer homestay plak ye....

17 comments:

  1. Bestnya. Bilala nak sampai ke Perlis sedangkan adik ipar orang sana. Hehe... Takpe haihh. Esok start cuti. Harini dorang dah gerak nak balik ke Sarawak.

    ReplyDelete
  2. jalan jauh mmg best tapi kalau musim panas macam ni xselesa skit la. kluar mask ekon..mesti rasa nak sakit kpla..huhu

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. seronok dapat bercuti ramai2 sefamily :)

    ReplyDelete
  4. seronok sekali skala berkelah bekal.. kat kuantan bukan setakat panas,dah jerebu banyak hutan terbakar

    ReplyDelete
  5. Best makan ramai2 camni.. Lauk simple pun sedap.bila berjalan ramai2 camni, yg mana boleh cut bajet sikit, kita cuba cut.. Bukan kedekut.. Belanja berhemah gitu..
    Rasanya kalau panas tu, bukan perlis je.. Semua tmpt sama.. Panasss.. Mmg x rasa aircond..

    ReplyDelete
  6. perlis mmg panas kak tido malam mmg stright aircond jer...klu x tido berpeluh lah sampai ke pagi

    ReplyDelete
  7. Best dapat jalan ramai-ramai macam nie, siap bawak bekal. Jimat n puas makan kan SA.. sekarang nie memang cuaca panas sangat kan..

    ReplyDelete
  8. Belah utara ni memang panas sungguh SA. Tengok SA dan family berkelah kat rnr macam best je kan.

    ReplyDelete
  9. Kalau dah reramai cenggitu mmg eloklah bawak bekal SA...Jimat sikitkan. Nak makan kat kedai berpeluh jugak tu dah lah tgh bulan hihi...
    Rendang campur daun maman ye SA... MMg betul betul org Nesmilan ni hihi

    ReplyDelete
  10. meriahnya lauk tapau lagi sedap dari makan dekat food court tu

    ReplyDelete
  11. Bila road trip, bawa bekal makan mmg jimat, lepas tu makan ramai2, seronokkk...

    ReplyDelete
  12. dulu R&R Sungai Perak tak lawa macam skrnag. la ni je makin lawa.. Kak SA nampak x rimau2 dalam sangkar bersusun kat r&r tu ?

    ReplyDelete
  13. Chuping memang tempat paling panas wooo... Rindu pulak zaman belajar di Perlis..hehe

    ReplyDelete
  14. Seronok kalau gerak ramai-ramai macam nie, bawa bekal.. makan dan berkelah.. pergh..

    ReplyDelete
  15. wah seronok siap bawa bekal..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......