Saturday, March 9, 2019

Burung Puyuh Salai Masak Lemak Cili Api Style NS

Masak Lemak Cili Api Masakan Popular Masyarakat Negeri Sembilan

SA Share kat sini sekali lagi...ada yang bertanyakan resepi...hehehe..malas nak type resepi..mohon refer kat sini la ye...

Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan popular iaitu Masak Lemak Cili Api, banyak versi masakan NS yang kita jumpa kalau google..macam SA sendiri berasal dari Kuala Pilah NS, memang ada cara tersendiri untuk masak lemak. Sesetengah daerah di NS ada cara lain juga..terpulang pada kebiasaan dan ikutan keluarga mereka kan...cuma SA dari dulu masak lemak cili api ni simple aje hanya gunakan Cili Api, Kunyit Hidup, Santan Kelapa dan Serai sebagai bahan utama..

So sebelum tu nak tanya korang pernah ke makan burung puyuh? Mesti ada yang suka kan...SA plak memang dah diajar dari kecik untuk tidak memilih makanan..so makan la burung puyuh ni...sedap sebenarnya...selalunya sebelum masak Abah SA akan salai dulu dengan sabut kelapa untuk rasa yang lebih wangi...bukan masyarakat melayu je suka makanan yang disalai ye...orang putih pun suka..kalau tak percaya korang tengok MASTERCHEF AUSTRALIA...diorang pun kadang2 salai ikan atau daging untuk rasa yang lebih sedap...


Nampak besar kan burung puyuh ni...ini jenis burung puyuh daging..agak besar dan gemuk- gemuk...sebelum salai basuh bersih dan lumur kunyit hidup dan sedikit garam...lumur lebih kunyit serbuk untuk warna yang cantik selepas selesai salai..


Kita zoom skit...lepas tu susun atas pemanggang...
Then kita salai atas bara sabut kelapa...kenapa guna sabut kelapa? sebab wangi...kalau guna arang dikhuatiri akan hangus atau overcooked so nanti dah x sedap



Yang ni dah siap salai terus masukkan dalam kuali...

Korang nampak kan cili api, kunyit dan serai yang dah ditumbuk...masukkan semua sekali dalam kuali...versi ni SA buat pedas..kalau tak pedas x sedap...
Dah siap masak dah ni.....kalau nak berkuah boleh la asingkan...tapi SA keringkan sikit...


Campur daun puding...daun puding utk rendang ye...bukan pokok bunga puding tepi kubur tu....so dah siap masak dah....

Masak Lemak Cili Api NS Mestilah Pedas

Pedas sangat ke masakan NS? harus la pedas...kalau tak pedas bukan orang nogori la namanya kan....
Kalau kat restoran masakan kampung seekor burung puyuh salai siap masak lemak cili api harganya RM6-8 Seekor...mahal kan...korang pi beli burung puyuh kat pasar...RM24-RM30 untuk 10 ekor...murah kan...salai sendiri dan masak sendiri...sedap...puas hati makan...

Eh SA tak jual ke lauk burung puyuh ni?

Kalau ada permintaan insyaallah SA boleh jual...hehehe...untuk rakan blogger yang duk area KL Sentral atau kerja kat area KL Sentral bleh la self pick up...SA akan buka order untuk kawan- kawan opis awal bulan 11 nanti dan kalau ada kawan blogger nak selit order bleh la inform nanti...bulan 10 ni busy dengan jemputan event blogging...apa- apa SA akan announce nanti....

Senang aje masak Masak Lemak Cili Api..nanti bila2 SA buat video tutorial

46 comments:

  1. WUHUUUU...SEDAPNYA SA...HANTAR BANGI PLEASEEE HIHI

    ReplyDelete
  2. tu diaaa...kalau la kat sini ade kunyit hidup...dah lama dah sally masak..kahkahkah..nak daging salai pun tak dapat sampai skrg :(

    ReplyDelete
  3. YaAllah masak lemak puyuh. tetiba meleleh air liur ni ha. huhu

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan masak lemak burung puyuh, tapi kalau yang goreng tu, satu tak cukup....

    ReplyDelete
  5. sedapnya nmpk. jarang mkn burung puyuh ni.

    ReplyDelete
  6. Waduhh waduhh sedapnyaaaa burung puyuh salai T-T

    ReplyDelete
  7. Nmpk sedap .. belum pernah lg mkn puyuh salai lemak cili api ni ☺

    ReplyDelete
  8. perghhh sedapnya akak.. banyak pulak tu masakkk. busyra lepas kawan yg ajar makan masak lemak terus suka!

    ReplyDelete
  9. Saye kire ayam, besar benar tampaknye Burung Puyuh nih. Lihat dah masaknya jadi pengen pulak, sedappp...

    ReplyDelete
  10. Aduhaii kak. kecur air liur tengok pagi-pagi ni. sedap pulak tu masak puyuh.

    ReplyDelete
  11. Akak terima kasih share resepi ini sebab ayah saya adalah orang yang suka makan burung puyuh boleh cuba resipi baru ni heheheh masak lemak cili api lak tu sedapnya....

    ReplyDelete
  12. wah, suka! masak lemak cili padi, tentu seronok rasa cilinye ye.

    ReplyDelete
  13. sedap..sellau makan yg goreng je. nak try gak resepi ni nt

    ReplyDelete
  14. Uik...sodapnya...
    Burung puyuh n masak lemak cilipadi tu fav kita kak SA

    ReplyDelete
  15. Nasi lemak cili padi nogori always the best. Kak SA ni bagi terliur lah.

    ReplyDelete
  16. Kalau pakcik, masa menyalai tu dah boleh habis 4 r 5 ekor
    Tak sempat nak buat masak lemak

    ReplyDelete
  17. wow SA menjual eh, bestnya! nampak sedap sangat tu, lagi pedas lagi umppphh :D

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap tapi pedas ke? Hanis tak tahan pedas memang menangis lah jawabnya hahaha

    ReplyDelete
  19. kelmarin buat burung puyuh panggang.
    lambat baca entri SA ni.
    tapi tu la. burung puyuh tu mak aii liat!
    selalu nyer beli nice je makan...

    ReplyDelete
  20. Wah ini yang memikat selera ni. Tiba" terlapar nampak masakan ni

    ReplyDelete
  21. Suka makan burung puyuh goreng tapi tak pernah makan burung puyuh masak lemak cili api. Sedap ke? Boleh lah cuba satu hari nanti

    ReplyDelete
  22. Puyuh adalah starter yang bagus, biasanya I goreng biasa sahaja atau goreng berempah.
    Salai atau panggang Puyuh ni belum pernah cuba lagi. Nampak menarik juga.

    ReplyDelete
  23. Adui resepi dia payah betul ni. Nak makan, datang rumah akak je bleh tak? Hahhaaha

    ReplyDelete
  24. Masakan burung puyuh nie nampak senang tapi juga nak recipe yg sedap macam u buat kan. Will try it out :)

    ReplyDelete
  25. Dah lama tak makan burung puyuh and resepi ni memang feveret. Kena cari burung puyuh ni. Hehehe thanks share resepi.

    ReplyDelete
  26. Alahaiiii... Sodap ni kak. Dah lama tak buat masak lomak cili api nih.

    ReplyDelete
  27. Sdpnya sis SA. Mana nak dapat burung puyuh ni?

    ReplyDelete
  28. Menarik respi nanti ika try. Mak mesti suka. Dia suka makan isi burung puyuh.

    ReplyDelete
  29. love chicken wings. so juicy and yummy right

    ReplyDelete
  30. Sedapnya kak. Lama tak makam burung puyuh nih..terliur tgk.

    ReplyDelete
  31. Wah dah lama tk makan. masa kecik kecik dulu selalu jugak makan. hehe. kat PJ susah nk cari kak T.T

    ReplyDelete
  32. burung puyuh susah nak dapat di tempat saya..

    rasanya daging puyuh boleh ganti dengan daging ayam..

    betul tak gitu

    ReplyDelete
  33. Ya Allah sedapnya kak SA.saya makan je burung puyuh

    ReplyDelete
  34. Lama tak jenguk blog ni ..rasa berselera nampak lauk ayam hehehe

    ReplyDelete
  35. Perghhh tu dia.. singgah blog SA kalau tak mengidam memang tak sah haha

    ReplyDelete
  36. Fuhhh lapar terus dibuatnya bila masuk blog kak SA ni. Hahha!

    ReplyDelete
  37. lama ehhh tak makan burung puyuh ;)

    ReplyDelete
  38. shedap lahai...rindu nak makan burung puyuh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......