Friday, March 29, 2019

Percutian Family Ke Cameron Highlands - Sarapan Di 200 Seeds Cafe Abang Strawberry

Hi korang...

Tak habis- habis lagi citer percutian ni kan...banyak part...rasanya ada lagi 2-3 part ni sebelum habis..bertabah la korang yer..nak plak SA takde task baru untuk job..so kita redah kasi pecah jer la..dari bertahun simpan dalam draft kan..better up jer..hari ni SA baru masuk office...kelas ko bulan March MC sampai 3 hari gara- gara viral fever..penangan tak rehat kot sejak balik dari bercuti.Okeh kita sambung kisah CH yang masih tertangguh. 

Pagi Isnin tu kami bangun seawal pagi untuk pergi sarapan di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry. Memang tempat ni terkenal dengan Nasi Lemak Strawberry nyer especially sambal strawberry yang ramai kata sedap tu. Gigih la pagi- pagi kan...udara pagi masa on the way ke situ memang sejukkkk...tak payah on aircond kereta dah..SA pakai baju berlapis- lapis..macam tu jugak yang lain..the best part anak- anak tak mandi langsung..hahaha...semua takut sejuk..ye la heater dalam bilik air SA sedikit problem..tapi pagi tu mak guna ok plak...nasib baik ok...kalau tak SA memang tak mandi gak la...


Kalau dah nampak signboard ni memang korang dah sampai la di 200 Seeds Cafe.


Logo cafe


Nasi lemak Abang Strawberry dan Crispy Chicken


Nasi Goreng Ayam Crispy for Dania


French Fries

Konsep kat sini masa order layan diri ye..so masing- masing order untuk family masing- masing dan terus pi bayar di kaunter..so far ok la takde la mahal sangat..SA 4 orang RM67++..tak ingat dah berapa kena..suasana kat sini best...setiap sudut cafe very the instagrammable..sakan anak dara SA tu bergambar...sakan jugak mak dia ni melayan..


Kami semua








Kucing ni pun lepak kat area meja kami dari awal sampai akhir..dah habis dia makan ayam..dia tepuk peha SA lagi dan mengiau..amboiii...


Mama dan anak dara


Anak dara kesayangan


Aidan ngan kakak Dania...pandai dia tiru apa kakak Dania suruh buat


Tengok tu..belum 2 tahun dh pandai..


Aidan antara paling happy..tak meragam langsung


macam-macam kan Aidan..


Macam besar sangat padahal baru setahun lebih je


si encem mama ni...




So far makanan kat sini ok..nak kata sedap sangat tu..rasanya ada lagi tempat yang sedap. boleh jer kalau nak merasa..sambal strawberry tu sedap, variety makanan agak banyak, ada waffle jugak..kalau nak pergi sini kena awal2 ye..kami sampai-sampai nasib baik ada tempat duduk..lepas tu dh ramai yang serbu..memang jadi perhatian kat sini rupanya dan dh pernah viral...SA je yang tak tau..inipun sebab Lisa dh try kat sini bulan 2 lepas..dia balik bercerita kat Mak...sebab tu kali ni bawak mak ngan abah sarapan kat sini...next time kalau pergi lagi CH boleh explore lagi...lepas makan kat sini..kami teruskan perjalanan untuk bergambar..then balik apartment untuk check out plak...

Verity Plus Online, Platform Pertama Di Malaysia Untuk Semakan Dan Pengesahan Latar Belakang Syarikat Dan Individu 'Bermasalah'

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat telekomunikasi daripada negara Skandinavia pada 2016 mendapati Malaysia merupakan negara paling berisiko tinggi apabila membabitkan kes penipuan dalam talian (Online) di rantau ini. Kajian itu mendedahkan 30% daripada kes penipuan 'online' itu adalah  berkaitan dengan ‘peluang berkerja dari rumah’, 22% adalah berkaitan ‘lelong di Internet’ dan 20% lagi penipuan berkaitan percintaan dalam talian . Pada bulan Oktober 2018, Menteri Komunikasi dan Media, Gobind Singh Deo juga mendedahkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman mencatatkan sebanyak 8,319 kes penipuan siber yang mengakibatkan kerugian bernilai hampir RM300 juta di negara ini .




Menyedari keperluan mendesak bagi masyarakat untuk mendapatkan pengesahan latar belakang secara mudah dan segera, Verity Intelligence Sdn. Bhd., sebuah syarikat berkaitan saringan dan pengesahan latar belakang terkemuka di Malaysia dan Singapura, melancarkan Verity Plus Online (www.verityplusonline.com), sebuah platform untuk membantu mana-mana syarikat atau individu untuk mengesahkan latar belakang seseorang. Antaranya termasuk  untuk membolehkan majikan memeriksa latarbelakang bakal pekerja sebelum diambil bekerja atau juga untuk orang ramai memeriksa latar belakang mana-mana syarikat sebelum menggunakan perkhidmatan atau membeli produk mereka.

Pengasas platform Verity Plus Online, Mark Leow membangunkan platform  ini dengan harapan supaya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih selamat. “Seringkali kita melihat dan membaca laporan media tentang penipuan di internet, kecurian identiti, penderaan kanak-kanak di pusat asuhan dan terbaharu, golongan profesional yang menggunakan kelayakan palsu. Dengan pelancaran VPO, ia akan membolehkan mana-mana pihak termasuk juga syarikat kecil dan sederhana (PKS) dan individu membuat semakan latar belakang terhadap seseorang individu atau sesuatu pihak lain dengan kos yang minima iaitu  RM140 sahaja,” katanya.



Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2010 ini sudah mempunyai lebih 500 pelanggan dan telah berjaya menjalankan semakan latar belakang ke atas 100,000 individu. Daripada jumlah tersebut, 90% daripada semakan adalah dijalankan oleh golongan majikan untuk memeriksa dan mengesahkan latar belakang bakal pekerja mereka bagi mewujudkan suasana bekerja berisiko rendah atau lebih selamat.

Antara lain Platform VPO yang telah dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia ini juga berhasrat membantu syarikat PKS menyaring bakal pekerja manakala pemilik premis memeriksa  latar belakang bakal penyewa mereka.  Malah menurut Mark, platform ini juga boleh digunakan secara berkesan oleh golongan ibubapa  untuk memeriksa latar belakang penjaga atau pengasuh anak mereka sebagai langkah keselamatan sebelum menghantar anak mereka ke sesuatu tempat asuhan. 

Semakan VPO antara lain mampu memberikan maklumat bagi pengesahan identiti seseorang, rekod jenayah, rekod kredit, dan sebarang maklumat lain berkaitan kes litigasi dan semakan integriti. 

Menggunakan VPO, orang ramai juga boleh membuat semakan ke atas diri sendiri secara berkala untuk memeriksa rekod kewangan masing-masing bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian kecurian identiti. VPO mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan menyediakan laporan lengkap seawal 1 hingga 5 hari bekerja.

Bagi syarikat korporat yang besar, Verity Intelligence (www.verityintel.com) merupakan sebuah syarikat yang diyakini oleh lebih daripada 500 syarikat di Malaysia dan Singapura serta menawarkan penyelesaian semakan latar belakang yang boleh diselaraskan untuk memenuhi pelbagai keperluan syarikat. 


Wednesday, March 27, 2019

Percutian Family - Cameron Highland

Hi korang..

Masih lagi bab percutian family SA dan kali ini diteruskan lagi ke Cameron Highland...dah alang-alang kan..so seawal pagi lepas check out dari homestay di Chuping menuju ke CH..perjalanan smooth sebab hari Ahad kan...alhamdulillah kereta tak banyak pun...dan kami sampai area Perak dalam pukul 12 tengahari...check in pukul 3 petang. sempat la singgah kat rumah mertua adik SA di Simpang Pulai..lepas dh rehat sekejap baru naik ke CH ikut Simpang Pulai... Di CH SA sewa apartment untuk percutian kami..muat 3 family malah boleh muat 5 family jugak..cuma kena bawak extra toto la...


kiri kanan pemandangan gunung ganang...cantik je menghijau..


Hampir dah Simpang Pulai


best je cuaca terang benderang masa naik CH


Pencinta alam memang suka pemandangan macam ni


Ni la apartment yang SA sewa


Bilik pertama


Bilik air


ruang tamu


bilik kedua


bilik ke 3


Dapur


Sinki


tv area


rules & regulation


pemandangan Brinchang waktu petang..cuaca panas tapi sejuk

Masuk-masuk je apartment cecah kaki kat lantai..ya allah sejuknyaaa..tapi xde ekon pun...memang sejuk betul..bilik air kat bilik utama tu heater macam problem..merasa la memasing mandi air sejuk yarabbi....


si Lisa posing kat beranda


pemandangan dari beranda


cuaca cantik sangat


Petang tu kami keluar pergi makan...makan kat area Brinchang je...okey la makan kat sini..xde la mahal sangat


pose jap 
sambil tunggu makanan


Lupa plak nama kedai tu...tapi more to kedai tomyam la...nak explore cari kawasan lain masing-masing dah penat...so layankan aje...ada kedai Dobi..adik SA cuci baju dulu...SA teruskan mencari extra makanan untuk malam nanti. Takut mak abah lapar plak nanti...SA lapar takpe..haha..esoknya pagi-pagi lepas mak dialysis kami semua keluar sarapan kat Abang Strawberry...nanti SA update next entry ye.....

Tuan Tanah Diserang Viral Fever


Hi korang...

Tuan tanah  viral fever...batuk teruk sampai suara dh macam itik serati...lain macam demam ni...SA berjangkit ngan Abah yg dh demam 2 minggu...sakit betul dada ni ha...kahak pekat..sampai abdomen sakit sangat sebab batuk..siap tangkap ke kepala...sendi-sendi jangan cakap la sakit betul...korang tolong doakan SA sihat ye ..kerja banyak tak settle lagi ni..memang tak bermaya kalau demam macam ni..semalam sebenarnya SA kerja..tapi dari pagi dah rasa teruk dan lemah sangat...kawan2 opis semua halau balik...sebab tak nak nanti ramai berjangkit...penat kalau demam macam ni...nak tido pun tak lena..kejap2 bangun sebab batuk...

Tuesday, March 26, 2019

Permulaan Lebih Kuat Dengan Dutch Lady +Protein

Dutch Lady +Protein baharu dengan protein berkualiti dan kandungan kalsium yang tinggi untuk otot dan tulang yang lebih kuat1,8




Kini, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sibuk sukar untuk meluangkan masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi. Jangan risau – susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi!

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita2. Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

"Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi untuk sepanjang hari. Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi, dan penuh dengan nutrien penting, untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Ramjeet menekankan hanya dengan dua gelas Dutch Lady +Protein, ia dapat membantu memenuhi 40% keperluan protein untuk membantu anda dan keluarga3 menjalankan aktiviti seharian. 

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

"Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan4. Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan4,” kata Indra.


Indra juga berkongsi bahawa susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein yang amat baik kerana tidak memerlukan persediaan yang sukar. Indra menambah: “Ramai tidak menyedari bahawa susu juga mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita."

“Protein daripada susu mudah dihadam, bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan kita,” nasihat Indra.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari; satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas5.

Malah, pengambilan protein yang tidak mencukupi, bukan sahaja boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian malah kita boleh mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat6.

Indra mengesyorkan keluarga untuk merujuk kepada “Pinggan Sihat Saya” yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan semasa menyediakan makanan.

"Isikan satu perempat daripada pinggan sarapan anda dengan karbohidrat, satu perempat pinggan dengan makanan kaya dengan protein, dan separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan7. Terdapat pelbagai jenis makanan yang kaya dengan protein, seperti daging tanpa lemak, ayam, makanan laut, kekacang, kacang dal, tauhu, tempe, dan telur, atau anda boleh memilih alternatif yang lebih mudah iaitu dengan hanya menambah segelas susu untuk sarapan bernutrisi anda," kata Indra.


“Susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot. Ia juga mengandungi kalsium yang tinggi, yang penting untuk tumbesaran tulang yang kuat untuk kanak-kanak di samping membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang8 yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk dan aktif. Selain itu, susu juga mengandungi nutrien penting seperti Vitamin A, Vitamin B2, dan Vitamin D yang penting untuk menjaga badan kita berfungsi dalam keadaan yang terbaik,” kata Ramjeet.


Oleh itu,  tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat!  Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau http://www.dutchlady.com.my/plusprotein


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah