Wednesday, February 27, 2019

Seronok Apabila Sesekali Berjumpa Rakan Blogger..

Hi korang...

Dalam dunia blogging ni kalau kita dah kenal lama..benda pertama yang kita nak buat adalah bersua muka..Tak cukup mesra dalam media sosial aje..kena teruskan bertemu muka dan teruskan persahabatan..dunia blogging ni ada pasang surutnya..macam SA dah blogging dari 2010 sampai sekarang..dah ramai blogger yang SA jumpa, ada yang dah terputus hubungan, ada yang dah tak nak kawan..ada yang dah pencen blogging jugak..bila tanya kenapa tak teruskan..tak ada masa dan ada yang jawab tak minat lagi dah.. Betul..dunia blogging ni sebenarnya tak kekal pun..eh..kenapa ada jer yang kekal..semua nya berbalik kepada minat kita. Kalau minat memang susah nak tinggalkan..SA memang minat menulis, minat berkongsi info dan jadikan blog ni sebagai diary online SA.

Jumaat lepas sekali lagi dapat berjumpa dengan kawan- kawan dari group GSL Warrior..lama dah kami tak jumpa...semua busy dengan kerja, kalau ada event preview2 Ramadhan atau food review baru la semua dapat jumpa..itupun ada gak yang x dapat join sebab jauh.Kalau area KL for sure yang berdekatan jer la dapat join...

Jom tengok gambar kami berjumpa di majlis Preview Ramadhan Summit Subang USJ Hotel baru- baru ni....


SA, Bonde Zaidalifah Aishiteru dan Adda Ahmad


Second pose kami


SA yang muncul buat pertama kali selepas lama berehat dari sebarang food review


Ni dar hp Adda


Yang ni pun...


Anil Wanina dan Rozita Abd Rahman..sempat jumpa Ita tapi tak sempat jumpa Anil


Sempat jumpa Ita tapi tak sempat bergambar...


Anil dan Adda



Bonde join Ita dan Adda

Awalnya hotel- hotel buat Preview Ramadhan kan...next week insyallah ada satu lagi...SA walau baru mulakan semula food review ni makan kena jaga..tak leh la amik sebarang kan..makan juga tapi amik dalam portion yang sikit dan kena pastikan apa yang boleh dan tak boleh makan...

Dengan Adda SA baru first time jumpa...tapi kami sangat rapat di group whatsaap.. Dengan Ita dan Bonde SA dah selalu jumpa..cuma kali ni dah lama tak jumpa...semoga kami semua kekal bersahabat..nanti nak buat gathering lagi dan kalau boleh nak complete satu grup..hahaha...

35 comments:

  1. wah..bestnya jumpa kawan2 blogger..kalau kat kelantan..2 3 orang jer yang selalu jumpa..ssh nak jumpa macam ni. masing2 sibuk kerja..:)

    ReplyDelete
  2. Agak agak bila SA nak jumpa SS? 😆

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Ya allah dah dekat Ramadhan kan SA..bila tengok sahabat-sahabat blogger buat review menu ramadhan..berkobar-kobar nak puasa.
    Betul,SA kena hati-hati pilih makanan.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat jumpa.. tak dapat join lah Kak Sue sekarang nie, harap dapat ada rezeki gethering lagi sekali boleh lah join..

    ReplyDelete
  5. seronoknya bila dpt jumpa eye to eye rakan2 blogger :))

    ReplyDelete
  6. Kan.. Memang seronok dapat jumpa kawan-kawan dalam dunia maya ni..

    ReplyDelete
  7. Memang seronok sekali sekala bersua muka..sembang² ..bila la nk ada rezeki jumpa sis suria ni

    ReplyDelete
  8. bestnya dpt jumpa kwn2 blogger n bt food review nih

    ReplyDelete
  9. Saya dah lama tak pergi event mana-mana. Memang jarang betul nak jumpe geng geng blogger lain. rindu pulak rasa nak lepak ramai ramai

    ReplyDelete
  10. So far tak pernah jumpa face to face dengan rakan blogger.
    Keinginan tu memang ada heheeehe...

    ReplyDelete
  11. seronoknya dapat jumpe bersua muka..selalu dah jumpa di sosmed sekali sekala bersua mata lagi seronok..alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. bestnya, bila kita nak jumpa ye kak :)

    ReplyDelete
  13. hihihi ermm saya pon sibuk memang x post.
    nie baru belajar kalau kerja dah nanti x taulah memang tinggal jawapnya

    ReplyDelete
  14. Kan SA. Kalau dapat jumpa dan borak tu, mesti tak cukup masa kan. Bila gaknya dapat jumpa SA

    ReplyDelete
  15. memang seronok dapat jumpa rakan blogger di alam realiti. Banyak benda nak diborakkan..nak nak masa sesi buffet mcm ni..

    ReplyDelete
  16. Memang best dapat jumpa geng2 blogger..jumpa geng yang sama minat dengan kita so perbualan banyak lah berkisar dengan dunia ni, tu yang best tu. Cuma sis ni kurang pandai bergaul sikit..bila nak jumpa rasa seronok tapi bila berdpan lidah ku kelu tak berkata..so lbh banyak mendengar dr berkata..hehehe

    ReplyDelete
  17. Saya pun xpernah jumpa kak Adda lagi

    ReplyDelete
  18. semoga SA dapat memeriahkan kembali food review ramadan 2019 nih , insyaAllah SA boleh kawal ambilan makanan .....good luck SA

    ReplyDelete
  19. Bestnya jumpa2 kenalan blogger. Kite pun dh lama sangat tak jumpa kak sa kt event. Rindu pulek.hehehe. Harap dapat berjumpa nanti rapatkan silaturahim antara kakak dan adik. Gittuw

    ReplyDelete
  20. Wah ramainya. Betul tu sis. Saya pon dah lama x jmpa kawan kawan blogger. Almaklumlah dah stay kt kampong sekarang

    ReplyDelete
  21. Betul tu kak.. Blogger ni klau akhirnya dapat jumpa bertentang mata baru rasa syok kan.
    Makin mengeratkan silaturrahim gitu..
    Selalu jumpa mesti di event event.
    Best tu..
    Terasa maca tengah bekerja dibawah satu bumbung gitu.

    ReplyDelete
  22. Kita bila nak bergambar Kak SA? Wajib kena ada Paris semua kan baru lengkap ye tak. Hehe

    ReplyDelete
  23. Seronok kan bila dapat jumpa kengkawan. Kita pun jenis excited kalau dapat jumpa kawan2. Sebab bukan senang nak jumpa dan kepak bersama kan

    ReplyDelete
  24. Kita dlu rajin berblogging masa zaman awal2 dulu, pastu went hiatus. Masa tu rajin gak jumpa geng2 blogger 'sezaman'. skrg bila berblogging balik, semua yg lama2 dah takde dah. huhu

    ReplyDelete
  25. Alaaaa lama jugak ye kita tak berjumpa kak SA, onie tak pernah lagi bersemuka dengan Adda rasanya. Moga dapat jumpa mereka termasuk kak SA juga nah :D

    ReplyDelete
  26. Best yer dapat jumpa rakan2 blogger. Best yer dah dapat jemputan food review. huda belum ada rezeki lagi nak ke KL g makan2 food review Ramadhan.. Take care SA, semoga sihat selalu

    ReplyDelete
  27. Best kan! time jumpa rakan rakan blogger sambil santai, makan and boral. Kadang kala kita jumpa kat social media jer so once a while meet kat event memang banyak lah nak share and tanya.

    ReplyDelete
  28. Seronok dapat jumpa kawan-kawan dari kalangan blogger.
    Part blog tu, ai suka jadikan blog tu sebagai tempat luahan perasaan a.k.a diary online dalam kehidupan.. ;)

    ReplyDelete
  29. Seronoknya jumpa kawan-kawan blogger. sesekali jumpa face to face.

    ReplyDelete
  30. blogging memang ada pasang surut...dua tahun lepas, saya pun senyap sepi sekejap, pertengahan tahun lepas baru kembali aktif berblog dan join JDT Blogger...baru la jumpa dan kenal ramai blogger yang tak pernah bersua sebelum ni..

    ReplyDelete
  31. ok kita jumpa food review iftar bangi kak..hehe

    ReplyDelete
  32. Aah setuju sangat akak. Kadang suka pergi event & food review ni bukan apa, seronok jumpa rakan2 blogger. Mula la sembang macam2. sejam dua jam rasa tak cukup, hehe

    ReplyDelete
  33. Seronok jumpa kakak cantik sa. Walaupun first time tapi macam jumpa kawan sekolah. Punyalah seronok.. kan

    ReplyDelete
  34. Syoknya dapat berjumpa rakan blogger..

    ReplyDelete
  35. seronoklah..dpt jumpa rakan blogger..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah