Monday, February 4, 2019

Review | Neil Armayan Revesol Alternatif Terbaik Dari Botox

REVESOL KRIM PEMBALIKAN USIA PELBAGAI FAKTOR DENGAN PENGHIDRATAN...LEBIH BAIK DARI BOTOX


Wanita dan kecantikkan adalah seperti kawan karib, bagai isi dan kuku dan memang sentiasa menjadi keutamaan dalam kehidupan.Pertambahan usia merupakan satu keadaan yang menakutkan bagi setiap wanita. Bermula lah mimpi ngeri apabila kesan- kesan penuaan mula muncul pada kulit wajah. Adakala kekangan masa menyebabkan wanita culas memberi perhatian pada kesihatan wajah.Faktor-faktor alam sekitar dan fisiologi adalah dua laluan utama yang menyebabkan kedutan dan garisan muka. Di luar sifat genetik yang diwarisi, pencemar alam sekitar, pendedahan UV yang berlebihan, diet yang tidak sihat, merokok dan tekanan dapat mengurangkan keupayaan kulit untuk memperbaiki dan memulihkan. Mekanisme molekul dalam penuaan kulit disebabkan oleh degradasi polipeptida elastin dan matriks lipid, dan masalah yang berkaitan dengan konformasi kolagen.



Baru- baru ini SA diperkenalkan dengan satu produk dari Korea iaitu Neil Armayan Revesol. Neil Armayan Revesol dirumuskan secara klinikal sebagai krim pembalikan usia pelbagai faktor yang amat berkuasa. Maknanya wanita di usia awal 40 an macam SA ni sesuai gunakan untuk kelihatan muda. Pertama sekali, ia diberi sentuhan PhytocellTec™ Malus Domestica yang bukan sahaja melindungi tetapi juga memperbaiki sel induk semula jadi kulit dan fungsi yang berkaitan. Ia secara langsung melawan proses penuaan dengan mengoptimumkan prestasi sel induk kulit anda.



Neil Armayan Revesol merupakan alternatif yang lebih baik daripada Botox dengan komponen pelembab dan perlindungan UV. Kebaikan tambahan termasuk ciri antikulat, anti keradangan dan pengurangan jerawat. Pendekatan bersifat holistik ini terhasil daripada penyelidikan bertahun-tahun dan kajian terperinci terhadap maklum balas daripada wanita seluruh dunia.



Pengalaman SA setelah 3 minggu menggunakan Neil Armayan Revesol. SA gunakan setiap pagi dan malam. Waktu pagi SA akan gunakan selepas bersihkan muka dan sebelum menggunakan make up. SA gunakan pada seluruh wajah dan biarkan ianya menyerap ke dalam kulit. Then baru SA gunakan mekap. Kalau dulu kulit muka SA agak kusam, kini ianya makin berseri- seri. Kawan- kawan pun ada yang tanya SA guna produk apa. Then SA jawab Neil Armayan Revesol la....hehehe...alhamdulillah SA sangat puas hati dengan keberkesanan produk ni. SA percaya dengan sentuhan PhytocellTec™ iaitu stem cell dari buah apple mampu merawat kulit muka wanita di Asia.








Sepanjang 3 minggu SA gunakan Neil Armayan Revesol yang sangat best ini, SA dapati kulit muka SA makin anjal..jerawat dan kesan- kesan jerawat makin pulih walau tidak hilang sepenuhnya..bagusnya produk ini ia mampu membuatkan SA berasa yakin untuk tidak menggunakan mekap apabila di rumah dan juga sebagai base make up juga. Korang tak perlukan suntikan botox untuk kulit yang sentiasa anjal dan kelihatan lebih muda..cukup dengan Neil Armayan Revesol, gunakan secara berterusan dan lihatlah hasilnya...walaupun harga sedikit tinggi tapi masih berpatutan..bak kata orang tua- tua..alah membeli menang memakai kan? SA sangat- sangat rekomen pada korang..


9 Kebaikkan Krim Pembalikan Usia Pelbagai Faktor Dengan Penghidratan Revesol

  1. Melewatkan penuaan sel
  2. Perlindungan dipertingkat dan pemulihan fungsi sel induk kulit
  3. Meningkatkan Vitaliti dan meremajakan sel-sel kulit
  4. Ciri Pelembap Yang Luar Biasa
  5. Sangat berkesan melawan kedutan dan garis halus
  6. Mengurangkan keradangan dan pembentukan jerawat
  7. Mengelakkan liang tersumbat dan memberikan ruang pertumbuhan sel baru
  8. Memberi perlindungan nominal terhadap sinaran ultraviolet matahari
  9. Ciri- ciri antikulat.

Bahan- bahan
Ethylhexyl Palmitate, Silica Dimethyl Silylate, Butylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Saccharomyces Lysate, Corn Starch Modified, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Malus Domestica Stem Cell, Salicylic Acid, Acacia Senegal Gum, Acetyl Hexapeptide-8, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil.

Arahan penggunaan
Sapu pada wajah anda setiap pagi dan malam selepas pembersihan dan pengetonan wajah. Urut perlahan- lahan pada kulit muka anda. Biarkan krim menyerap sepenuhnya kedalam kulit.

Harga : RM319

Neil Armayan Revesol  Di pasarkan di Korea, Malaysia, Thailand Dan Vietnam

Berminat?

25 comments:

  1. Menarik tapii bab harganya tu yang tak berapa hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak bagus produk ni.Dah brp lama kak SA pakai?Tapi harga mengancam hehehe
    Boleh dipertimbangkan kalau terdesak hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak kesannya menjadi pada Kak SA. Rawlins pun macam sangat memerlukan bantuan nie - almaklum usia dah semakin bertambah kan.

    ReplyDelete
  4. waa. nampak berkesan! Tapi alahai. Harga dia tu, memang kena menabung dulu 5-6 bulan ni ahaks

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan harga, tapi padanlah dengan benefit kan.

    ReplyDelete
  6. Tgk SA dah semakin sihat, wajah pun dah npk berseri mmg sesuailah produk tu dgn SA

    ReplyDelete
  7. Krim botox? Cam menarik hehehe. Tapi yang best sebab dia ada perlindungan uv. So selesa kalau nak keluar and pakai krim ni kan

    ReplyDelete
  8. Wow, padan la dengan harganya. Dah ada krim botox ni, tak perlu la cucuk2 botox dah. Hihihihi sebab mesti ramai yang takut nak buat suntikan botox.

    ReplyDelete
  9. Wah.. Nampak keberkesanannya...

    ReplyDelete
  10. Ayat starting akak tu pun dah betul sangat. MMg karib sangat hahaha. Kita pun dah start takut ni sejak2 tgk muka mcm nampak tua je. Huhu. Sejak beranak pinak mcm malas je tau nak jaga kecantikan sobss

    ReplyDelete
  11. Wahhh akhirnya ada juga penyelesaian untuk tampil muda tanpa perlu suntikan botox. Takutlah dgn jarum2 nie.nm nampak cream dia mudah utk disekatakan dn x melekit. Nanti nk cuba sndri

    ReplyDelete
  12. Bagus laa produk ni SA...patut laa kulit wajah SA bersih saja...boleh juga BC nk try guna krim ni...maklumlaah kan bila meningkat ke 4 siries ni kena lebih beri perhatian dan penjaagan kulit wajah...







    ReplyDelete
  13. Bagus juga produk ni ya kak .Umur dah meningkat ni memang kena jaga betul betul kulit muka sebab kedutan mula nampak. Kenalah lastikan kulit sentiasa nampak muda dan tegang. Erm harga pun boleh tahan jugak tu yelah berbaloi dengan kesan yang diberikan bila menggunakannya

    ReplyDelete
  14. Banyak juga produk ns ni ya kak? Haritu pencuci intim. Ini krim muka pula. Terbaiklah banyak keluarkan produk. Bagus bila krim muka yang antipenuaan ni. Stay fresh and looks young. Lepas ni muda remajalah bila pakai produk ns ni kan? Terbaiklah

    ReplyDelete
  15. This product looks good. Will give a try next time.

    ReplyDelete
  16. Its my first time get to know about this REVESOL cream, I will check out coz I memang suka product anti aging, maklum lah dah tua so kena jaga.

    ReplyDelete
  17. Ada stemcell patutlah harga nya mahal. Stemcell mmg bavus.. Cepat bertindak

    ReplyDelete
  18. Macam best je ada produk pembalikan usia ni. Memang ramai yg mencari produk sebegini kan..nak nak wanita..hehe

    ReplyDelete
  19. Wah best nya bila kesan2 jerawat semua semakin berkurang kak. Nk lagi best bagus dr botox.

    ReplyDelete
  20. saya follow sini..
    http://balqis-resepiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. menariklah produk dari neil armayan ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......