Thursday, February 21, 2019

Review | 40 Days Dishwash & Plash Foaming Handwash Keluaran Afy Haniff

Afy Haniff Produk Keluaran Tempatan Yang Berkualiti, Berbaloi Dan Menjimatkan..

Hi korang...

Sebagai seorang ibu sememangnya terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan di rumah..seawal pagi bangun tidur dari menyediakan sarapan pagi sehingga lah mengemas, membasuh baju dan memasak. Memang tak habis - habis kerja sepanjang hari..Untuk itu perlunya ada bantuan bagi memudahkan semua kerja-kerja di dapur. Dari memasak sehinggalah mencuci pinggan mangkuk. Perlunya produk yang berkualiti untuk memudahkan  dan mempercepatkan tugas seorang ibu kan. 

Baru-baru ini SA diperkenalkan dengan produk keluaran bumiputera yang sangat membantu SA di dapur. Kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk dan segala kelengkapan dapur sangat cepat. Produk pencuci pinggan mangkuk keluaran Afy Haniff sangat best . Membersih dari kotoran biasa sehinggalah kotoran yang degil. Adakala memasak memang menyebabkan periuk sangat kotor dengan sisa makanan melekat kan..bila menggunakan pencuci pinggan mangkuk Afy Haniff senang aje nak bersihkan...Bukan senang nak menyental kotoran kan?

Best sangat ke produk Afy Haniff ni? Giler tak best.....moh baca sampai habis...



Inilah barangan dari Afy Haniff..banyak kan?

Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days


SA nak cerita tentang pencuci pinggan Super Grease Fighter Afy Haniff ni dulu..pencuci pinggan Afy Haniff ni ada 2 varian iaitu Powerful Pandan & Lime dan Powerful Serai Wangi & Lemon. SA suka yang pandan & Lime ni sebab bau dia best..yang Serai Wangi blom cuba lagi..Abah cakap bukak la satu- satu..mengada la ko ni..nak testing pun abah tak bagi sebab sayang katanya...lerr.....testing bukan banyak pun kan..tak nak derhaka kat abah makanya SA cuba Pandan & Lime je dulu...memang betul la..sekejapan jer kotoran degil hasil panaskan lauk banyak kali dalam periuk serta sisa- sisa masakan yang melekat tu sekejap je hilang dan senang tertanggal..



Powerful Pandan & Lime


Powerful Serai Wangi & Lemon


Super Grease Fighting merupakan Agen pencuci yang handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dan bekas makanan. Selain itu ia bertindak untuk menghilangkan bau pada pinggan mangkuk dan bekas makanan dengan kuasa Pandan & Lime dan juga Serai wangi & Lemon. Kedua- dua variasi ini mempunyai aroma wangi dan segar, mudah dibilas dan lebih menjimatkan penggunaan air.

Pada pendapat SA pencuci pinggan mangkuk Afy Haniff sangat MENJIMATKAN kerana ia dicipta dan didatangkan dalam bentuk cecair yang pekat. Selain menjimatkan tenaga, menjimatkan penggunaan air, hebatnya pencuci ini mampu mencuci 1000 unit pinggan mangkuk. Haaa.. sesuai la kalau nak guna masa kenduri dan sesuai untuk peniaga juga kan?





Dengan sedikit penggunaan sahaja mampu membersihkan 5-10 unit pinggan pada sesuatu masa dan meninggalkan bau yang menyegarkan. Eh..bukan SA jer yang rajin basuh pinggan sekarang, anak dara SA pun tanpa di suruh terus rajin ke dapur untuk basuh pinggan. Kadangkala takde pinggan mangkuk kotor pun dia basuh juga apa yang ada kat singki tu..nyata Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ini menjadikan aktiviti di dapur lebih seronok dengan kesan tinggalan aroma segar mampu membuatkan sekitar dapur SA berbau segar. Maunya tak wangi..SA gunakan juga untuk mengelap atas dapur selepas memasak...best betul bau Pandan Lime tu..Jangan tak tau ye...disebabkan bau Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ini la lalat dah semakin kurang dalam rumah SA. Semut dan lipas pun dah berkurang. Jadi tak perlu risau tinggalkan pinggan mangkuk di atas singki selepas basuh dan tinggalkan semalaman. Tak perlu juga bilas semula setiap pagi. SA yakin dengan kebersihan pinggan mangkuk SA selepas menggunakan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days.

AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan

Satu lagi produk Afy Haniff yang buat SA jatuh cinta tanpa sengaja ialah AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan. Terdapat 2 variasi juga dan kedua- duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan adanya kedua- dua pencuci tangan ini ibu bapa boleh mendidik anak- anak seawal usia 3 tahun betapa pentingnya mencuci tangan selepas apa juga aktiviti yang anak- anak kita lakukan.



Plash Foaming Handwash Sweet Sakura & Plash Foaming Handwash Fresh Aloe




AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan ini didatangkan dalam bentuk buih yang sangat lembut dan SA dah gunakan kedua- duanya sekali. Amboi sampai dua sekali guna...hehe..SA letakkan satu di dapur dan satu lagi di bilik air tingkat atas rumah SA. Hanya tekan sekali atau 2 kali dan gosokkan pada kedua- dua tapak tangan dengan lembut. Bilas dan nah....tangan anda bersih sebersihnya dan kulit menjadi lembut.

Eh...korang kena cuba sendiri ok..baru tau best atau tak pengalaman menggunakan produk Afy Haniff ni...

SA puas hati dan satisfied sangat setelah menggunakan kedua- dua produk Afy Haniff  ni dan SA suggest korang gunakan juga. Jom kita support produk bumiputera keluaran tempatan yang bersih, suci dan selamat. Korang boleh dapatkan produk Afy Haniff di pasaraya terpilih atau boleh dapatkan pada senarai online seller yang disediakan di bawah :-




Maklumat lanjut boleh hubungi:-

Website : www.afyhaniff.com
Facebook : https://www.facebook.com/AFYconsumer/
Facebook : https://www.facebook.com/SeraiWangiAFY/
Instagram : https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/


Pesanan khidmat masyarakat Produk Afy Haniff dibawakan oleh Suria Amanda untuk Anda


Selamat Mencuba!!!

38 comments:

  1. terbaik la Afyhaniff ni.. Dlu ada produk halau lalat jer..sekarang dah ada produk baru plk. kna sokong produk2 macam ni.:)

    ReplyDelete
  2. femes dah jenama Afy Haniff ni. Rasa nak cuba juga sebab bolah hilangkan bau bau yang melekat pada pinggan dan bekas makanan. Mesti wangi je lepas tu ada bau serai dan pandan kan.

    ReplyDelete
  3. wow afy haniss ada pencucipinggan mangkuk ye.. liez duk pakai penyembur serai wangi tu lama dah.. bagus produknya

    ReplyDelete
  4. bagus. produk tempatan and lagi satu mek suka kombinasi sabun pencuci pinggan and sabun tangan tu. biasa lepas basuh pinggan memang ambik sabun tangan pula. kalau tak nanti rasa kering semacam je kulit.

    ReplyDelete
  5. Macam best ja produk nie SA.. Kak Sue suka sebab ada bau serai dan pandan tu. Nanti nak cari jugalah..

    ReplyDelete
  6. Kak ana suka yg serai wangi tu SA, kena teruskan nampaknya sb ia memang bagus

    ReplyDelete
  7. wow so nice so many dish washes here. I have not try this range yet, glad you sharing here. Next time can try it when saw it available. Important to get those that easy to clean dishes.

    ReplyDelete
  8. suka ada bau serai wangi nanti miza nak cari jugak lepas sabun sekarang pakai dah abis

    ReplyDelete
  9. oh dkt aeon pn ada..tk prasan plak..nanti bole try bli

    ReplyDelete
  10. Kita kalau basuh pinggan mesti suka pencuci yang banyak buih ni kalau tak ada buih kita akan rasa tak puas hati hehehehe tengok produk ni macam best je tapi kita ni kalau cecair cepat sangat habisnya wakakakka..

    ReplyDelete
  11. suka kalu basuh dengan sabun jenis foam tu.. tak payah bilas dengan air banyak. minyak dan kotoran cepat clear. nampaknya kena cuba beli satu kat rumah ni. baru seronok nak basuh pinggan mangkuk lepas memasak.

    ReplyDelete
  12. Tak pernah tey pagi guna pencuci pinggan jenama ni tapi ada guna produk dia yang lain memang bagis.nak try cari la nanti

    ReplyDelete
  13. I paling tak suka basuh pinggan. I suka pakai buang. muahahaha...dasar pemalas. This detergent look promising good. Can check this out!

    ReplyDelete
  14. Wah produk baru ni. Pertama kali dengar. Best sebab produk ni juga boleh melembutkan kulit. Janji hilang kotoran kat pinggan mangkuk tu SA.

    ReplyDelete
  15. Brand baru ya? Kena cuba ni. Terima kasih share. Nampak mcm best je.

    ReplyDelete
  16. Uiikk.. Jimat ye kak. Nanti boleh la cari dan beli.
    Kita suka pencuci jenis pekat ni.
    Memudahkan urusan membasuh.
    Tu yang best tu.

    ReplyDelete
  17. Macam pernah dengar jenama produk ni. Ohh Afy Haniff best juga dengar anak SA rajin basuh pinggan sejak guna sabun ni. Qiss pun nak beli la untuk kegunaan sekeluarga. Yang pencuci tangan tu best ke..boleh beli sekali nanti.

    ReplyDelete
  18. lokal brand ke? first time dengar ni

    ReplyDelete
  19. pertime dengar brand ni...blh la cuba...

    ReplyDelete
  20. Ok jugak ya brand ni. Selama ni mmg setia dgn yg lama n bagus jugak..tapi whynot cuba yg baru..org kata berubah angin sesekali tak salah..:)

    ReplyDelete
  21. Oh menarik. Afy hanif dah keluarkan produk cuci dah. Dulu kenal dgn produk halau serangga perosak. Btw boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  22. First time dengar brand ni. Kalau produk ni bagus, boleh la saya try juga.

    ReplyDelete
  23. Jimat sgt ke kak? Kita x suka jenis yg caor sat lg pakai banyak walaupun murah. Dah la minyak x tanggal. Kalau bagus, leh la nak try pasni.

    ReplyDelete
  24. wah abgusnya keluaran bumiptra..kene sokong ni

    ReplyDelete
  25. Kte sebenarnya kagum dengan usahawan bumiputera yang mampu keluarkan produk setanding produk luar camni. Bagus la..nat try la nanti

    ReplyDelete
  26. Ohh selama ni I tahu ada pewangi serai afi hanif je. Tak tahu pulak ada sabun cuci pinggan n sabun cuci tangan. Dulu masa keje partime kat sebuah cafe, kami staf kena lap meja dengan afi hanif serai wangi la. Sekor lalat pun x berani datang

    ReplyDelete
  27. Penah dgr jenama ni sebelum ni tapi tak pernah try lagi. Baca review Saa baru terasa nak try..kena cari nanti ni

    ReplyDelete
  28. pernah dgr nama jenama ni sebelum ni tapi tak pernah lagi try. Lepas baca review SA ni baru rasa nak trus cari..0

    ReplyDelete
  29. FIrst time dengan pencuci pinggan mangkuk jenama ni. Kalau serai wangi tu mesti bau semerbak kan. Patutlah kak SA suka cuci pinggan rupanya ada produk terbaik yang membantu.

    ReplyDelete
  30. Banyak juga tpt yng ada jual brand ni, nt sya terjah supermarket tu. Sb sblm ni, xpernah nmpk

    ReplyDelete
  31. rarelah bauan dia pandan lime.. serai laa

    ReplyDelete
  32. vagrants product jenama Afy Haiff hi,baru tau ada pelbagai produk harian yg Jenkintown dan selamat utk digunakan.

    ReplyDelete
  33. Great post! Sangat bermanfaat sekali.

    Https://chunkyrabbit.blogspot.com/2019/02/bb-crushed-lip-color.html?m=1

    ReplyDelete
  34. susah juga nak dapatkan produk ni ye. kalau supermarket ada nirwana je sini. tu pun jauh dari rumah..

    ReplyDelete
  35. Tak pernah cuba lagi jenama ni, boleh cuba ni.. ;)

    ReplyDelete
  36. Tak jumpa pula jenama nie.. kalau jumpa nanti, boleh cuba..

    ReplyDelete
  37. macam pernah dengar brand ni..tapi di mana ya?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah