Thursday, February 28, 2019

Rasa Menyesal Selepas Makan Donut Bombolini & Kek Pandan Gula Melaka..

Hi korang...

Adakala serba salah kan..bila kita tengah diet..tetiba ada birthday celebration plak kat opis kan..kejadian yang tak dirancang apabila wife kepada kawan opis ni dah arrange semua ni..dia order kek pandan gula melaka dan donut nutella bombolini dari kawan opis level lain jugak..so x nak kantoi..diorang libatkan SA sekali dalam surprise party ni...nasib menjadi kan...bila party dah menjadi tu timbul la plak idea nak tiup lilin...masalahnya lilin pun takde..so..guna jer la lighter..hahaha...

Elok ke makan makanan manis ni? meh baca artikel ni yang SA share dari website Karangkraf..

5 Masalah Ini Akan Dirasai Wanita Bila Banyak Ambil Makanan Manis

Makanan manis terutama kuih dan biskut memang enak. Ia juga antara cara untuk wanita menghilangkan stres.

Tapi jika diambil berlebihan manis gula akan menjadi racun yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Jika sudah merasai tanda-tanda di bawah ini ada baiknya anda kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebelum penyakit menjelma.

1. Mudah letih dan selalu rasa lesu
Ramai antara kita yang akan mengambil makanan atau minuman manis bila badan rasa letih. Tapi inilah yang akan menyebabkan tahap gula darah melonjak. Meskipun makanan tinggi gula memberi tenaga namun terlalu kerap mengambilnya ia akan menyebabkan  masalah kesihatan.

2. Kerap ingin makan makanan manis
Jika anda kerap mahu menikmati makanan manis setiap hari dengan jumlah yang banyak, ini  salah satu tanda anda ketagihan gula.

3. Daya tahan tubuh lemah
Makan makanan manis secara berlebihan akan merosak sel-sel darah putih yang berfungsi mempertahankan tubuh dari penyakit. Oleh itu jika anda sering sakit periksa kembali pengambilan gula anda setiap hari.

4. Jejaskan hormon
Gula boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan menyebabkan perubahan perasaan dan emosi. Seperti anda rasa cemas, emosi  tidak stabil dan anda berasa sedih tanpa sebab.

5. Merosakkan kulit
Ramai yang anggap makanan berminyak saja memberi masalah pada kulit. Sebenarnya makan banyak makanan manis juga boleh memberi kesan yang sama. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat pada wajah anda selain masalah rambut.

Lima masalah di atas adalah tanda seseorang wanita itu mengambil terlalu banyak gula. Sebelum terkena penyakit kencing manis dan masalah lain yang serius ada banyaknya jika kurangkan pengambilannya..



Haaaaa....see pengambilan makanan terlalu manis memang tidak digalakkan..lebih banyak bahaya yang akan timbul...untuk pengetahuan korang SA memang tak ambil makanan manis..dari dulu lagi..sesekali yes, masakan SA pun takde letak additional gula untuk menyedapkan macam sesetengah orang...family SA berlatarbelakangkan penyakit darah tinggi dan kencing manis..so untuk elakkan dari SA pun terkena. Sekarang dah ada darah tinggi, jangan lepas ni SA kena kencing manis plak...risau tau...tapi....haaaa...tetapi kalau takde gula dalam badan pun tak boleh juga. tapi SA ambil keperluan gula dari buah- buahan.

Sekarang a BIG NO kepada teh, coffee dan nescafe. SA lebih minum susu, jus dan air suam je...bila dah sakit automatik kebiasaan yang SA buat selama ni bertukar...kadang- kadang rindu juga nak minum coffee tapi SA minum coffee kampung je...sedih kan?


Haniff yang sambut birthday


Guna lighter pun boleh...


Kek Pandan Gula Melaka yang sedap...


Kelapa tu sedap betul..rasa kek ni fresh sangat


Donut Bombolini nutella....

SA rasa menyesal makan 2 ketul kek dan seketul donut ni...manissssssss....dah tentu- tentu melanggar diet SA kan...aduhai...tak makan kang rugi plak..bila dah makan walau sikit jer rasa menyesal plak..kena jalan laju2 pi MRT dan balik ke MRT nanti kan...puas SA bilas dengan air suam banyak..asyik ke toilet jer la masa tu...10 min sekali pergi toilet...tak larat dah rasanya..tapi kena la minum air suam banyak bagi manis tu keluar dari air kencing..hahahaha...betul ke tak teori SA ni..pepandai je...sesekali la kot...lepas ni jangan nak mengada eh...bulan 4 nanti SA ada high tea Althea..kang baju tak muat plak...

Apapun..Happy Birthday Hanif....

32 comments:

  1. sya tgk gambar akak post ni pun dah trliur blm lagi tgk dpn mata. Kalau dpan mata mmg sapu 2 3 ketul tu..hehe. Hepi bestday kpda yg sambut bestday tu..:)

    ReplyDelete
  2. tengok dalam gambar pun terliur dah ni, SA nampak depan mata lagi lah kan.

    ReplyDelete
  3. Makanan sedap makan sikit tak puas la..

    ReplyDelete
  4. Aduhhh.. saya faham sangat perasaan tu.
    Saya pun tengah diet ni, tapi kakak saya suka bawak pegi tempat makan yang mmg takde option untuk orang diet.
    So nak taknak tu kadang2 terbabas jugak hahaha
    Saya pun kalau nampak donut tu, saya pun akan makan. Diet or not, tu belakang cerita hahahaha

    ReplyDelete
  5. kene rasa sikit juga kak..hahahaa..kalau tak menyesal tak rasa..ehhee

    ReplyDelete
  6. Nampak sedaplah kek tu.. ;)
    Bab diet.. buat masa ni ai kena lupakan dulu. Bagi sihat balik then baru boleh mulakan balik.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. i akn kadang2 mmg rasa ketagihan gula especially lepas minum pepsi...mmg esok rasa nak ulang lagi dah lagi

    ReplyDelete
  8. yeah I know the feeling, I am glad you sharing here because many of us love to eat sugary food. kek pandan gula looks good and you share nice pics too. Gonna tell niece she loves eat pandan kek.Donut I seldom eat now.

    ReplyDelete
  9. fuh.. simptom-simptom diatas tu ada yang relate dekat TB jugak tu SA, alamak.. kena kurangkan makan benda-benda manis la lepas ni.. rasa cemas, berdebar semua memang ada.. aduhii..

    ReplyDelete
  10. jangan SA.......

    jangan tak rasa...hahahahah! sekali sekali, cheat day kunun...saya pun kadang2 tak dapat lawan hawa nafsu nak makan makanan manis2 ni...lagi2 bila ada food review, dessert nya comel2..adui!

    ReplyDelete
  11. Sekali sekala makan kak SA hehehe. Saya pun tak pernah lagi makan dua dua menu. banyak je yang jual tapi terbeli beli lagi. lepas kan gian sikit tak pe kan

    ReplyDelete
  12. Huhuhu kesian SA..memang dalam dilema antara makan dan tak makan..kalau Murni pon pilih akan makan sebab kedua2 tu nampak sangat sedap..takpe laa SA..lps ni kena beringat2 la dan kena tahan godaan

    ReplyDelete
  13. kak ana sekarang ni tak boleh terima dah SA kalau terlebih manis ni, mungkin perubahan atas faktor usia ni agaknya. Jaga kesihatan baik-baik ye dik :)

    ReplyDelete
  14. kata p ramli...cobaan..

    Apa-apa pun salam kenalan...saya blogger baru...
    Nak tanya ini, berminat tak tukar link blog dengan saya (bloglist) Kalau berminat beritahu saya ye di

    https://www.ohbosannya.com/p/blog-page_1.html

    Nak cari rakan blog yang aktif.

    ReplyDelete
  15. Alahai sedapnya. Tula makan manis ni tak boleh banyak sangat.Sikit sikit tu oklah sekadar hilangkan mengidam kan huhu

    ReplyDelete
  16. Tapi kan... mcm kita ni mmg sejenis sweet tooth, mmg x hidup x dpt dessert. huhu tu yg skali pregnant kena GDM menangis kena kontrol gula tu

    ReplyDelete
  17. Sampak ke sudah belum dpt rasa donut coklat. Tgok dlm ig je. Sedapnya kak sa. Punah diet kalau mcm ni. Nk try la rasa donut ni. Menarik

    ReplyDelete
  18. Sedapnya kak. 2-2 tu kita dok teringin nak rasa.
    Tapi buat masa ni mampu tengok je. Hehe
    Memang tak elok pun ambik makanan minuman manis ni.
    Kalau macam kita pulak, terlebih manis sikit effect dia kita kena keputihan.
    Huuuu.. Seksanya rasa. Tak selesa kan.
    So caranya kena stop yang manis2.

    ReplyDelete
  19. Ya setuju tu kak .Kalau makan makanan manks memang semua ni kita akan alami tapi makanan manis juga lah yang nampak sedap dan menyelerakan betul tak? Nak nak bombolini dan jek pandan gula melaka tu. Memang sedap kak .Kalau makan memang tak pandang kiri kanan dah. Hahaha

    ReplyDelete
  20. Haaq...sis memang pantang tau..pantang nampak benda2 cam kek n donut ni, harus makan kalau ada depan mata, susah betul nak control. Memang tau x elok ambik manis2 ni tapi tu lah..susah betul nak kawal nafsu..huhuhu

    ReplyDelete
  21. Kek gula melaka tu nampk sedap giler. Terus teringin nak makan hahahha. Seronok ada majlis
    Macam ni walaupun simple tapi tetap meriah. Apatah lg makan dengan kengkawan kan

    ReplyDelete
  22. Hehehe... so bad la you making me craving for the Donut Bombolini nutella. That look to tempting and i think its perfect for afternoon tea.

    ReplyDelete
  23. menyesal tu tolak tepilah SA yang penting makan...hahahaha...dua tu dah cukup buat hati gembira , tapi memang kena beringat jangan ambik terlalu kerap ...sesekali ok jer dan jaga portion , barulah semuanya ok

    ReplyDelete
  24. Hmmm.. Tapi kan kak... Untuk Yana.. Terbalik abit... Kalau Yana nak. Energy memang kena makan atau minum benda manus.. Kalau tak. Memang tak boleh buat keje. . Hahaha tapi sekali sekala tu makan la benda man is kak.. Walaupun berdiet...

    ReplyDelete
  25. Rawlins pun pantang tengok all these Kak SA. Rawlins pantang tengok - mesti nak makan terus dan tak nak fikir pun pasal kesannya. Haha. Lepas tu menangis la bersenam nak menghilangkan kesannya haha

    ReplyDelete
  26. Kek pandan gula melaka memang sedap kan SA, akak suka sangat, bagi akak sekotak tu pun akak larat perabish tuu huhu

    ReplyDelete
  27. Hoho tiup lighter pun jadilah Kan.. nampak sedap kek pandan tu

    ReplyDelete
  28. Sedapnya nampak bombolini tu kak. Tak pernah rasa lagi saya. Tapi betul la dah tua2 ni xl3h amik ir manis byk sgt kan. Saya pun sekarang tgh kurangkan pngambilan gula

    ReplyDelete
  29. Teringin nak cuba kek gula melaka tu..

    ReplyDelete
  30. macam sedap je..huhuhu tk pernh rse bombolini

    ReplyDelete
  31. Saya pun jenis yang tak minum air manis sangat. Kalau pergi kedai pun, order air suam je.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah