Monday, February 18, 2019

Masa Mandi Lebih Menyeronokkan Dengan Carrie Junior Bubbly Bar

Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi

Hi korang....

Dengan cuaca dan  yang sangat panas sekarang memang buatkan anak-anak kecil kita tidak selesa..sentiasa meragam sebab panas sangat kan...bukan kanak-kanak seusia Opick sahaja malahan kita yang dewasa ni pun tak tahan dengan cuaca Malaysia yang panas ni ..entah bila la hujan nak turun bagi sejuk sikit bumi allah ni...

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin. Ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan.Ia merupakan rutin harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari Ibu Bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.


Cuaca panas buat Opick kurang selesa


Carrie Junior sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru ya g lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE  yang timbul di permukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu,hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.


Opick disamping produk baru Carrie Junior Bubbly Bar


Opick bergaya dengan bag dari Carrie Junior


CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberi  lapisan perlindungan kelembaban, agar kulit kekal lembab. Gliserin yang terkandung didalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembaban pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. Carrie Junior Bubbly Bar  diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan melembutkan kulit.


Seronoknya Opick mandi sambil bermain





Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Penggunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar secara berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Milk  menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembabkan kulit.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokkan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya besar di seluruh negara. Sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 ( Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 ( Sabah Sarawak) setiap satu.

37 comments:

  1. seronok betul opick dapat mandi bubble bath guna sabun carrie junior yeeee

    ReplyDelete
  2. harga berpatutan, dapat mainan rahsia pulak tu.

    ReplyDelete
  3. amboi opick sdapnya berendam...anak buah cik nor pun sama. kalau dgr carrie junior laju jer nak mandi..hehe

    ReplyDelete
  4. lagi senang sabun buku macam ni sebab anak tk buat pesta buih bila di blik air. hehehehhe.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat berendam time panas2 ni. Sabun tu comel ya amat. Ni kalau aunty dapat pun aunty tak kisah mandi ngan sabun ni sebab comel. Hehe. Mesti bau dia best.

    ReplyDelete
  6. uik, comelnye mandi manda kat parking.. :P

    ReplyDelete
  7. Wahh seronoknya dia mandi dlm besen. Hehe.. puas hati main buih ye..mmg best bau suka sgt.. long lasting.

    ReplyDelete
  8. bestnya dah ada sabun buku carrie junior ni.. suka bau2 sabun ni, wangi..

    ReplyDelete
  9. budak2 kat rumah ni dari dulu mmg suka carrie junior..sebab wangi n ada mainan tersembunyi hihi..kali ni carrie junior keluarkan bentuk sabun plak..comel sgt

    ReplyDelete
  10. Seronok bila kita tengok anak2 suka mandi. Kalau liat nak mandi tu yg kena sebat tu..hahaha. Dengan adanya sabun yg comei cam ni sure le anak2 suka mandi kan

    ReplyDelete
  11. carrie junior ni memang kerap aida beli, SA.
    ijat pantang nampak bottle gajah ni, mesti nak grab.
    just recently stop beli bcoz diorang dah melekat kat safi berry smoothie plak.
    even ijat suka wangian berry tu.
    carrie junior is ohsem la bau dia. wangi wangi baby gitu kan.
    sabun ni confirm ohsem giler. malangnya no more babies in the house, SA.

    ReplyDelete
  12. Wangi betul sabun carrie junior bentuk sabun ni kak SA. Thahirah suka betul dapat main bubble banyak-banyak ni hehe

    ReplyDelete
  13. awlolo comelnya! sabun ni memang dari dulu lagi diiktiraf sebagai wangi dan mesra bayi, yg dewasa pun suka hahaah

    ReplyDelete
  14. Ni kalau dapat kat anak kita ni,mau dia mandi berjam² ni..memang pebret dialah carrie junior ni

    ReplyDelete
  15. Anak-anak suka mandia juga dengan carrie juniorr. .Mak pun tumpang sekaki.. Hahaha. .wangi je. .nad pun dapat warna biru. .Seronok kan budak-budak

    ReplyDelete
  16. Anak2 memang pakai carrie junior ni. Rasa bersyukur sangat bila diorang dah keluarkan sabun buku pula. Lepas ni takde la Ibu nangis kena beli shower gel seminggu sekali. Huhuhu.

    ReplyDelete
  17. wah bestnya carrie.. dulu syafi suka pakai ni

    ReplyDelete
  18. Aloo...comey nye! I kalau nampak Carrie Junior memang ingat adik I yang last. Masa dia kecik everytime mak I ada masalah kehilangan bedak carrie junior ni. I selalu sorok sebab nak pakai sorang sebab wangi sangat.

    ReplyDelete
  19. Dah keluar produk sabun bar dh carry junior ni ya sis. Menarik betul kan. Comel. Je saya tengok sabun tu.

    ReplyDelete
  20. Very cute. Kids bath time getting more fun with carrie junior right

    ReplyDelete
  21. Opick? Heiiiii comel nau nama dia sorang tu,hehe.. Yesss, produk Carrie Junior ni mostly budak-budak kenal dan suka. Mesti best sabun dia kan :D

    ReplyDelete
  22. Hehe alaa suka la dia mandi dengan carrie junior tu. hehe lagipun musim-musim panas ni elok sangat la berendam bagi kuar panas dalam badan tu kan?

    ReplyDelete
  23. ayu pun suka produk. NI. Sabun dia bau wangi sangat. Utk bebudak suka main air mmg jimat banyak

    ReplyDelete
  24. Alololo.. Bestnya berendam dalam besen tu. Hehe
    Siap pakai sabun carrie junior lagi.
    Mesti bau harum semerbak ni kan..
    Dah la produk carrie junior bau dia best.
    Bau buah buahan.

    ReplyDelete
  25. Best nyer, this one adults juga boleh guna. Last time i selalu guna my niece punya shower gel sebab produk kanak kanak lebih lembut and bau pun sedap.

    ReplyDelete
  26. Comey je Carrie Junior skrg dah ada soap bar pulak. Hahaha. Sama lah anak kita kalau mandi tub kat luar, bukan main seronok lagi tau.

    ReplyDelete
  27. Masa ank BC kecik2 dulu mmg pakai produk ni....suka bau2 dia yg wangi...shower gel dia, bedak dia...semua sedap baunya...mmg xleh tinggal laa bwk p memana je kalo travel...

    ReplyDelete
  28. Wahhh.. Bestnya dia mandi ya. Saya da lama x. Pakai sabun buku mcm tu.. Dlu2 mmg selalu pkai. Soap bar ja. Nnt nak cari la satu.. Try kt anak2 saya.. Rada mcm lagi jimat kan

    ReplyDelete
  29. seronok si kecik tu mandi ngan sabun carrie junior tu

    ReplyDelete
  30. Seronok mandi ya.. menarik pula sabun baru dari Carrie Junior nie SA..

    ReplyDelete
  31. memang best la mandi dengan carrie junior ni, sambil sambil main kan

    ReplyDelete
  32. Dak Nuha suka dengan jenama ni.. ;)

    ReplyDelete
  33. Best sabun nie.. wangi dan disukai anak anak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......