Thursday, February 28, 2019

Rasa Menyesal Selepas Makan Donut Bombolini & Kek Pandan Gula Melaka..

Hi korang...

Adakala serba salah kan..bila kita tengah diet..tetiba ada birthday celebration plak kat opis kan..kejadian yang tak dirancang apabila wife kepada kawan opis ni dah arrange semua ni..dia order kek pandan gula melaka dan donut nutella bombolini dari kawan opis level lain jugak..so x nak kantoi..diorang libatkan SA sekali dalam surprise party ni...nasib menjadi kan...bila party dah menjadi tu timbul la plak idea nak tiup lilin...masalahnya lilin pun takde..so..guna jer la lighter..hahaha...

Elok ke makan makanan manis ni? meh baca artikel ni yang SA share dari website Karangkraf..

5 Masalah Ini Akan Dirasai Wanita Bila Banyak Ambil Makanan Manis

Makanan manis terutama kuih dan biskut memang enak. Ia juga antara cara untuk wanita menghilangkan stres.

Tapi jika diambil berlebihan manis gula akan menjadi racun yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh. Jika sudah merasai tanda-tanda di bawah ini ada baiknya anda kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebelum penyakit menjelma.

1. Mudah letih dan selalu rasa lesu
Ramai antara kita yang akan mengambil makanan atau minuman manis bila badan rasa letih. Tapi inilah yang akan menyebabkan tahap gula darah melonjak. Meskipun makanan tinggi gula memberi tenaga namun terlalu kerap mengambilnya ia akan menyebabkan  masalah kesihatan.

2. Kerap ingin makan makanan manis
Jika anda kerap mahu menikmati makanan manis setiap hari dengan jumlah yang banyak, ini  salah satu tanda anda ketagihan gula.

3. Daya tahan tubuh lemah
Makan makanan manis secara berlebihan akan merosak sel-sel darah putih yang berfungsi mempertahankan tubuh dari penyakit. Oleh itu jika anda sering sakit periksa kembali pengambilan gula anda setiap hari.

4. Jejaskan hormon
Gula boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan menyebabkan perubahan perasaan dan emosi. Seperti anda rasa cemas, emosi  tidak stabil dan anda berasa sedih tanpa sebab.

5. Merosakkan kulit
Ramai yang anggap makanan berminyak saja memberi masalah pada kulit. Sebenarnya makan banyak makanan manis juga boleh memberi kesan yang sama. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya jerawat pada wajah anda selain masalah rambut.

Lima masalah di atas adalah tanda seseorang wanita itu mengambil terlalu banyak gula. Sebelum terkena penyakit kencing manis dan masalah lain yang serius ada banyaknya jika kurangkan pengambilannya..



Haaaaa....see pengambilan makanan terlalu manis memang tidak digalakkan..lebih banyak bahaya yang akan timbul...untuk pengetahuan korang SA memang tak ambil makanan manis..dari dulu lagi..sesekali yes, masakan SA pun takde letak additional gula untuk menyedapkan macam sesetengah orang...family SA berlatarbelakangkan penyakit darah tinggi dan kencing manis..so untuk elakkan dari SA pun terkena. Sekarang dah ada darah tinggi, jangan lepas ni SA kena kencing manis plak...risau tau...tapi....haaaa...tetapi kalau takde gula dalam badan pun tak boleh juga. tapi SA ambil keperluan gula dari buah- buahan.

Sekarang a BIG NO kepada teh, coffee dan nescafe. SA lebih minum susu, jus dan air suam je...bila dah sakit automatik kebiasaan yang SA buat selama ni bertukar...kadang- kadang rindu juga nak minum coffee tapi SA minum coffee kampung je...sedih kan?


Haniff yang sambut birthday


Guna lighter pun boleh...


Kek Pandan Gula Melaka yang sedap...


Kelapa tu sedap betul..rasa kek ni fresh sangat


Donut Bombolini nutella....

SA rasa menyesal makan 2 ketul kek dan seketul donut ni...manissssssss....dah tentu- tentu melanggar diet SA kan...aduhai...tak makan kang rugi plak..bila dah makan walau sikit jer rasa menyesal plak..kena jalan laju2 pi MRT dan balik ke MRT nanti kan...puas SA bilas dengan air suam banyak..asyik ke toilet jer la masa tu...10 min sekali pergi toilet...tak larat dah rasanya..tapi kena la minum air suam banyak bagi manis tu keluar dari air kencing..hahahaha...betul ke tak teori SA ni..pepandai je...sesekali la kot...lepas ni jangan nak mengada eh...bulan 4 nanti SA ada high tea Althea..kang baju tak muat plak...

Apapun..Happy Birthday Hanif....

Wednesday, February 27, 2019

Seronok Apabila Sesekali Berjumpa Rakan Blogger..

Hi korang...

Dalam dunia blogging ni kalau kita dah kenal lama..benda pertama yang kita nak buat adalah bersua muka..Tak cukup mesra dalam media sosial aje..kena teruskan bertemu muka dan teruskan persahabatan..dunia blogging ni ada pasang surutnya..macam SA dah blogging dari 2010 sampai sekarang..dah ramai blogger yang SA jumpa, ada yang dah terputus hubungan, ada yang dah tak nak kawan..ada yang dah pencen blogging jugak..bila tanya kenapa tak teruskan..tak ada masa dan ada yang jawab tak minat lagi dah.. Betul..dunia blogging ni sebenarnya tak kekal pun..eh..kenapa ada jer yang kekal..semua nya berbalik kepada minat kita. Kalau minat memang susah nak tinggalkan..SA memang minat menulis, minat berkongsi info dan jadikan blog ni sebagai diary online SA.

Jumaat lepas sekali lagi dapat berjumpa dengan kawan- kawan dari group GSL Warrior..lama dah kami tak jumpa...semua busy dengan kerja, kalau ada event preview2 Ramadhan atau food review baru la semua dapat jumpa..itupun ada gak yang x dapat join sebab jauh.Kalau area KL for sure yang berdekatan jer la dapat join...

Jom tengok gambar kami berjumpa di majlis Preview Ramadhan Summit Subang USJ Hotel baru- baru ni....


SA, Bonde Zaidalifah Aishiteru dan Adda Ahmad


Second pose kami


SA yang muncul buat pertama kali selepas lama berehat dari sebarang food review


Ni dar hp Adda


Yang ni pun...


Anil Wanina dan Rozita Abd Rahman..sempat jumpa Ita tapi tak sempat jumpa Anil


Sempat jumpa Ita tapi tak sempat bergambar...


Anil dan Adda



Bonde join Ita dan Adda

Awalnya hotel- hotel buat Preview Ramadhan kan...next week insyallah ada satu lagi...SA walau baru mulakan semula food review ni makan kena jaga..tak leh la amik sebarang kan..makan juga tapi amik dalam portion yang sikit dan kena pastikan apa yang boleh dan tak boleh makan...

Dengan Adda SA baru first time jumpa...tapi kami sangat rapat di group whatsaap.. Dengan Ita dan Bonde SA dah selalu jumpa..cuma kali ni dah lama tak jumpa...semoga kami semua kekal bersahabat..nanti nak buat gathering lagi dan kalau boleh nak complete satu grup..hahaha...

Double Chin Mamalong vs Baby Tiara ...Serammmm......



Oh tidakkkkk!!!!

Melampau plak double chin SA lately ni...perasan tak? cane nak buat ni erk...takde plak SA jumpa perumpamaan atau andaian yang ada ada double chin ni bagus...hahahha....
Haaa...nampak? double chin sape paling ketara? SA ke Tiara? sorry muka Tiara kena hide..bagi tengok double chin je..hahahaha...

Takleh jadi ni kan..kena buat sesuatu gak...SA sekarang dh start diet..sarapan pgi kena ambil dan makan tengahari kena ambil..petang SA makan biskut 2 keping...SA x leh minum nescafe or teh o dh...lama dh SA tinggalkan..air SA samada air mineral, air putih atau jus buah tanpa ais..tapi selalunya air putih la...kalau lapar SA akan makan buah untuk kenyang...roti wholemeal memang ada kat rumah dan SA memang pastikan ada buah dalam fridge...sekarang SA tgh cari beras perang...blom jumpa lagi kat area sungai buloh tu..nekad nak turunkan 5kg kan..minggu lepas x brisk walk or joging...kalau x panas minggu ni bleh pi ..Isnin -Jumaat SA buat senaman naik tangga kat station MRT dan brisk walk laju2 dan naik turun tangga dari Station Muzium Negara ke office SA..jauh giler gak..pas tu petang pun ulang benda yg sama...

Dah check berat badan?

Tak nak check lagi...x mo stress...

Tuesday, February 26, 2019

Menu Weekend Yang Panas Berdenting....

Hi korang..
Weekend lepas panas betul..SA jadi tak larat nak buat apa pun..nak joging petang pun x berani takut masalah lain plak nanti...Dah la baru nak sihat kan..panas terik tu bagai menggigit kulit tau...rasa macam terbakar...tanya mak Seremban tak hujan ke...mak cakap tak dah seminggu lebih x hujan..huiii x leh tahan la kalau macam tu kan...ni 26-27hb gangguan bekalan air plak seluruh Seremban termasuk kawasan rumah SA...lagi la payah nanti....kalau mak abah ngan Dania je kat rumah takde masalah sebab diorang bertiga..cuma masalah mak nak dialysis je la nanti...aduhai..macam-macam hal


Cuaca panas hari Sabtu...

Ahad tu SA x kemana ..just ajak mak abah pi Zemart je beli lauk untuk masak tengahari...pun panas gak cuaca..buntu x tau nak masak apa..ternampak ikan keli boleh tahan besar2 gak...terus teringat pes asam pedas Johor yang SA beli dari kawan opis...su gigih mencari daun kesum, bunga kantan dan bendi...memang nekad nak buat asam pedas ikan keli style Johor ..Ada pes ni senang tak perlu nak tumis-tumis dh..memang ingredient dah siap lengkap dh...senang je masak..tambah2 bahan yang perlu je...


Asam pedas Ikan Keli...


Sayur buncis goreng campur udang kertas


Ikan sardin goreng


Telur dadar


Peria goreng berlada

Lauk peria tu SA tambah hidangan malam Ahad tu..panaskan lauk asam pedas, lauk lain pun ada lagi so masak peria goreng berlada je ..lama tak buat lagi pun kan...itu la hasil SA terajin nak masak..pening fikir x tau nak masak apa...jadi la beberapa jenis jenis lauk simple...

Monday, February 25, 2019

Banyak Makan Semut La Ni....


Hi korang

SA ni banyak makan semut la...sampai terlupa ada beli lipstick kat Shopee ..konon-konon saje je nak test..ok ke tak kan..sebab lipstick ni murah betul..Sebatang x sampai RM5 kalau tak salah..what!! SA guna lipstick murah? hahaha..takde masalah pun ngan lipstick murah..suka warna dia yang matte dan cantik..kalau tak salah lipstick ni dari Korea jugak..ke dari China..lupa dh..SA kemas2 almari mekap semalam..tgok ada satu bungkusan..buka-buka tengok lipstick..see...banyak makan semut rasanya ni...pelupa sangat...rasanya SA beli tahutahun lepas bulan 10 ke bulan 11..punya la lama simpan..warna yang terang2 tu korang tau la sape yang punya kan...dia dh rasmikan dulu...nasib la ada anak dara suka mekap...nasib warna dan tekstur matte...kalau jenis krim..memang x kuasa la nak pakai...hahaha....

Eh..eh..SA x update ke hadiah untuk top komentator February 2019? ermmm....SA nak surprise..x nak bagi tau hadiah apa SA  nak bagi...nanti tengok pemenang update je ..

Aci tak?

Friday, February 22, 2019

Make Up Tutorial With Althea 's Exclusive Makeup Box

Hi korang!!!

Weewittt....First time SA buat video tutorial mekap dan sebagai amateur dalam bidang ni memang SA segan giler nak buat tapi sebagai seorang #AltheaAngels harus lah sahut cabaran make up menggunakan kesemua barangan make up yang SA dapat dari Althea Korea bersempena dengan Lunar New Year baru-baru ini..ko hengat senang nak makeup?? banyak kali take ni tau....asal start je gelak...3 jam buat video termasuk edit .nasib baik anak dara SA tu rajin melayan...kalau tak...memang takde la...video SA letak kat last entry ni ye..nanti korang tengok la..haha..

So SA nak perkenalkan kepada korang barangan make up dari Makeup Box Althea yang awesome sangat- sangat..Excited? Off course la excited sebab at last Althea come out dengan barangan make-up mereka sendiri..so nanti korang kalau nak beli make-up dengan harga yang sangat berpatutan boleh lah terjah website Althea..macam- macam ada tau....

Jom tengok apa yang best...SA confirm korang pun akan rasa teruja nak ada setiap item tu dalam collection make-up korang...

Althea 's Exclusive Makeup Box

1) Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X A

Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X A merupakan  kolaborasi bersama artis terkenal di negara Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari yang merupakan ikon fesyen dan kecantikan. Terdapat 8 pilihan warna dalam satu palette yang cantik sangat..SA suka semua warna dan baru guna 3 warna macam dalam gambar kat bawah tu..gigil wey masa tepek kat muka..risau ntah jadi apa nanti kan..part ni SA x guna brush..SA guna jari dan korang tengok sendiri warna eyeshadow ni pigmented..cantik je bila blend..untuk repair sikit- sikit baru SA guna brush.


Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X A  RM140


2) Althea Watercolor Cream Tint 4.5 ml

Terdapat 4 warna shades yang cantik- cantik...SA dah cuba kesemuanya dan SA lebih prefer warna peach cream sebab tak nampak menonjol sangat..kalau korang tengok gambar SA kat bawah tu memang menonjol sangat..terus jadi bold kan..ada orang suka tapi SA tak berapa suka..maybe kena pandai mix kan warna macam sesetengah orang buat..yang warna terang tu SA guna Maroon Cream.
Memandangkan warnanya agak pekat so SA hanya oles sekali je..lepas minum or makan warna masih kekal di bibir..so korang tak perlu risau nak tambah warna dah...best kan?


 Althea Watercolor Cream Tint 4.5 ml RM20.00

Althea Watercolor Cream Tint ini kaya dengan asid hyaluronik dan squalene.Sesuai untuk semua jenis bibir, diformulasi dengan minyak dan air. Sangat mudah untuk digunakan bagi mereka yang tidak berapa suka guna lipstick jenis ni. Yang penting bibir tidak rasa melekit dan baunya pun sangat menenangkan. Tidak terlalu wangi seperti sesetengah lipstik..


#Plum Cream
 #Strawberry Cream
 #Peach Cream
 #Marron Cream

3) Skin Relief Spot Film Gel

Tugas Althea Skin Relief Spot Film Gel adalah untuk membantu menutup cela dibahagian wajah. Especially menutup bekas- bekas cela jerawat. Ianya kaya dengan minyak pokok teh, centella dan ekstrak daun pinas. Ianya berbentuk gel dan sangat mudah menyerap pada kulit muka. SA tak banyak sangat cela tapi ada lah bekas- bekas jerawat. Ianya telah lulus diuji Dematologically. Kandungan dalam gel ini adalah dari Minyak Tea Tree yang sememangnya kita tahu mempunyai sifat antibakteria yang boleh merawat jerawat. Ekstrak Cantella Asiatica memberi peranan untuk melegakan kemerahan dan kuatkan kulit dan Ekstrak Daun Pine yang kaya dengan anti oksidan untuk membaiki dan menenangkan kulit dari merengsa.


Althea Skin Relief Spot Film Gel RM19.00


4) Creamy Concealer

SA suka sebab concealer ini tugasnya adalah untuk melindungi serta menutup segala cela di wajah..sapu concealer sebelum foundation..tepek la segala cela- cela dimuka seperti bekas- bekas jerawat dan sebagainya..SA suka semua warna sebab sesuai dengan warna kulit SA..Creamy Concealer ini mengandungi aquaxyl iaitu Derived from birch tree sap. Dimana, ekstrak ini  mampu menghasilkan halangan kelembapan pada kulit dan menghalang dehidrasi. Haa..menarik kan?yes..a must have dalam collection make- up bag korang...make sure masukkan dalam cart tau...Harga pun mampu milik...


Althea Creamy Concealer RM15

#01 Vanilla 
#02 Ginger
#03 Honey
#04 Mocha



5) Althea Spotlight Eye Glitter 4.5ml

Dengan 2 warna yang awesome iaitu Gold & Pink memang akan membuatkan sentuhan terakhir korang lebih cantik..ye SA gunakan eye glitter ni di sekitar mata sahaja..tak guna di tempat lain sebab first time explore kan..jarang sebenarnya guna eye glitter ni..ye la dah umur- umur macam ni nak glitter apa nya kan? Tapi pembetulan...Eye Glitter ni sangat cantik di gayakan tidak kira usia tua atau muda..Nak guna pun senang sebab memang dah siap- siap ada berus. Yang baru belajar nak guna pun tak perlu risau..senang je..SA oleskan di sekitar mata..biarkan 2-3 saat untuk ianya kering..nah...cantik!!!


Althea Spotlight Eye Glitter 4.5ml  RM24.00


SA suka semuanyaaaa!!!!


Kesemua satu kotak ni dari Althea....best tak?

Jom tengok gambar SA setelah selesai tutorial make up menggunakan semua make-up dari Althea Box tu..Jangan kecam ye...warna lipstik tu sangat terserlah...hahahaha...Maluuuuuuu....







Enjoy video SA...first time buat tutorial make-up...hahaha...sekali lagi jangan kecam ye...itulah cara SA makeup..hahaha..kelakar kan....


Info lanjut :

Website : http://my.althea.kr/
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/

Thank you Althea Korea!!!!

Thursday, February 21, 2019

Review | 40 Days Dishwash & Plash Foaming Handwash Keluaran Afy Haniff

Afy Haniff Produk Keluaran Tempatan Yang Berkualiti, Berbaloi Dan Menjimatkan..

Hi korang...

Sebagai seorang ibu sememangnya terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan di rumah..seawal pagi bangun tidur dari menyediakan sarapan pagi sehingga lah mengemas, membasuh baju dan memasak. Memang tak habis - habis kerja sepanjang hari..Untuk itu perlunya ada bantuan bagi memudahkan semua kerja-kerja di dapur. Dari memasak sehinggalah mencuci pinggan mangkuk. Perlunya produk yang berkualiti untuk memudahkan  dan mempercepatkan tugas seorang ibu kan. 

Baru-baru ini SA diperkenalkan dengan produk keluaran bumiputera yang sangat membantu SA di dapur. Kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk dan segala kelengkapan dapur sangat cepat. Produk pencuci pinggan mangkuk keluaran Afy Haniff sangat best . Membersih dari kotoran biasa sehinggalah kotoran yang degil. Adakala memasak memang menyebabkan periuk sangat kotor dengan sisa makanan melekat kan..bila menggunakan pencuci pinggan mangkuk Afy Haniff senang aje nak bersihkan...Bukan senang nak menyental kotoran kan?

Best sangat ke produk Afy Haniff ni? Giler tak best.....moh baca sampai habis...



Inilah barangan dari Afy Haniff..banyak kan?

Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days


SA nak cerita tentang pencuci pinggan Super Grease Fighter Afy Haniff ni dulu..pencuci pinggan Afy Haniff ni ada 2 varian iaitu Powerful Pandan & Lime dan Powerful Serai Wangi & Lemon. SA suka yang pandan & Lime ni sebab bau dia best..yang Serai Wangi blom cuba lagi..Abah cakap bukak la satu- satu..mengada la ko ni..nak testing pun abah tak bagi sebab sayang katanya...lerr.....testing bukan banyak pun kan..tak nak derhaka kat abah makanya SA cuba Pandan & Lime je dulu...memang betul la..sekejapan jer kotoran degil hasil panaskan lauk banyak kali dalam periuk serta sisa- sisa masakan yang melekat tu sekejap je hilang dan senang tertanggal..



Powerful Pandan & Lime


Powerful Serai Wangi & Lemon


Super Grease Fighting merupakan Agen pencuci yang handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dan bekas makanan. Selain itu ia bertindak untuk menghilangkan bau pada pinggan mangkuk dan bekas makanan dengan kuasa Pandan & Lime dan juga Serai wangi & Lemon. Kedua- dua variasi ini mempunyai aroma wangi dan segar, mudah dibilas dan lebih menjimatkan penggunaan air.

Pada pendapat SA pencuci pinggan mangkuk Afy Haniff sangat MENJIMATKAN kerana ia dicipta dan didatangkan dalam bentuk cecair yang pekat. Selain menjimatkan tenaga, menjimatkan penggunaan air, hebatnya pencuci ini mampu mencuci 1000 unit pinggan mangkuk. Haaa.. sesuai la kalau nak guna masa kenduri dan sesuai untuk peniaga juga kan?





Dengan sedikit penggunaan sahaja mampu membersihkan 5-10 unit pinggan pada sesuatu masa dan meninggalkan bau yang menyegarkan. Eh..bukan SA jer yang rajin basuh pinggan sekarang, anak dara SA pun tanpa di suruh terus rajin ke dapur untuk basuh pinggan. Kadangkala takde pinggan mangkuk kotor pun dia basuh juga apa yang ada kat singki tu..nyata Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ini menjadikan aktiviti di dapur lebih seronok dengan kesan tinggalan aroma segar mampu membuatkan sekitar dapur SA berbau segar. Maunya tak wangi..SA gunakan juga untuk mengelap atas dapur selepas memasak...best betul bau Pandan Lime tu..Jangan tak tau ye...disebabkan bau Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days ini la lalat dah semakin kurang dalam rumah SA. Semut dan lipas pun dah berkurang. Jadi tak perlu risau tinggalkan pinggan mangkuk di atas singki selepas basuh dan tinggalkan semalaman. Tak perlu juga bilas semula setiap pagi. SA yakin dengan kebersihan pinggan mangkuk SA selepas menggunakan Pencuci pinggan AFY haniff 40 Days.

AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan

Satu lagi produk Afy Haniff yang buat SA jatuh cinta tanpa sengaja ialah AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan. Terdapat 2 variasi juga dan kedua- duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dengan adanya kedua- dua pencuci tangan ini ibu bapa boleh mendidik anak- anak seawal usia 3 tahun betapa pentingnya mencuci tangan selepas apa juga aktiviti yang anak- anak kita lakukan.



Plash Foaming Handwash Sweet Sakura & Plash Foaming Handwash Fresh Aloe




AFY haniff Plash Buih Pencuci Tangan ini didatangkan dalam bentuk buih yang sangat lembut dan SA dah gunakan kedua- duanya sekali. Amboi sampai dua sekali guna...hehe..SA letakkan satu di dapur dan satu lagi di bilik air tingkat atas rumah SA. Hanya tekan sekali atau 2 kali dan gosokkan pada kedua- dua tapak tangan dengan lembut. Bilas dan nah....tangan anda bersih sebersihnya dan kulit menjadi lembut.

Eh...korang kena cuba sendiri ok..baru tau best atau tak pengalaman menggunakan produk Afy Haniff ni...

SA puas hati dan satisfied sangat setelah menggunakan kedua- dua produk Afy Haniff  ni dan SA suggest korang gunakan juga. Jom kita support produk bumiputera keluaran tempatan yang bersih, suci dan selamat. Korang boleh dapatkan produk Afy Haniff di pasaraya terpilih atau boleh dapatkan pada senarai online seller yang disediakan di bawah :-




Maklumat lanjut boleh hubungi:-

Website : www.afyhaniff.com
Facebook : https://www.facebook.com/AFYconsumer/
Facebook : https://www.facebook.com/SeraiWangiAFY/
Instagram : https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/


Pesanan khidmat masyarakat Produk Afy Haniff dibawakan oleh Suria Amanda untuk Anda


Selamat Mencuba!!!

Wednesday, February 20, 2019

Adakah Cara Anda Membersihkan Bilik Air Salah?

Adakah anda tahu kemungkinan besar cara anda membersihkan bilik air adalah salah? Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehingga mengabaikan beberapa perkara utama – yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman – dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya.   

Bilik air adalah tempat yang perlu anda bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus didatangi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.




Berikut beberapa cara yang anda lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu anda melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan, selepas ini.  

1) Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air 

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas - terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka - bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. Malah, terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan anda membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air. 



Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti Produk Pelbagai Guna WD-40® yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas anda. Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Anda juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.




2) Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas

Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar. Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain microfiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan anda boleh mencuci dan menggunakannya semula.

Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini anda akan dapati bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40® juga boleh membantu anda. 




3) Hanya mop lantai 

Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40®. Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang residu. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.


4) Menggunakan produk pembersih yang salah 

Lazimnya, sesetengah individu cenderung untuk menggunakan hanya satu produk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ia lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi anda, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya  memerlukan pembersih tertentu. 

Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili anda) memerlukan perhatian tambahan. Hanya sembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.


5) Tidak membersihkan berus tandas 

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan, dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.



Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih antibakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman anda dan memastikan peralatan anda dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia. Anda pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.


MENGENAI SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.