Wednesday, February 13, 2019

1 Juta Padanan Kerja Untuk Golongan Muda Menjelang Penghujung Tahun 2019

SlingApp Bekerjasama Dengan eRezeki Untuk Menggalakkan Penyertaan Golongan Belia Dalam Ekonomi Digital




Aplikasi mencari pekerjaan yang mencatatkan pertumbuhan terpantas di Malaysia, SlingApp mensasarkan lebih daripada satu juta padanan kerja dari 10 jenis industri untuk golongan muda yang berusia antara 18 hingga 30 tahun menerusi usahasama terbaharu dengan program eRezeki yang dilancarkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), satu program untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah supaya dapat meningkatkan taraf hidup dengan membuka peluang mencari pendapatan menerusi platform digital.




Dikenali sebagai ‘Tinder untuk pekerjaan’, SlingApp membantu golongan muda mencari pekerjaan bertaraf bukan eksekutif sama ada sepenuh masa, separuh masa atau latihan amali (internship) dengan mudah. Pengguna kini boleh layangkan (swipe) ke kiri atau kanan dan mendapatkan padanan dengan bakal majikan daripada pelbagai industri seperti syarikat baharu (startup), teknologi, industri makanan, perkhidmatan pelanggan, kecantikan dan kesihatan, peruncitan, kewangan dan pelbagai lagi menerusi aplikasi ini.





Pengasas Bersama SlingApp, Teh Tian Ji berkata, “Selepas perlantikan rasmi sebagai rakan kongsi program eRezeki, sebuah inisiatif kerajaan bawah MDEC pada 15 November 2018, kami berhasrat untuk melancarkan pelbagai kempen untuk mendekati golongan B40 di seluruh negara untuk mendaftar dan mendapatkan padanan pekerjaan. Kami mensasarkan menjelang penghujung tahun 2019, terdapat lebih satu juta padanan kerja direkodkan menerusi inisiatif ini. Ini boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan berbentuk digital untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai industri”. 


Sejak pelancarannya pada tahun 2017, SlingApp telah berjaya memadankan 40,000 orang belia dengan lebih 2,000 syarikat termasuk jenama global besar seperti Digi Communications, AEON, Mary Kay, Sushi King, Tony Roma’s dan Public Mutual. Majikan tersebut telah mengiklankan lebih daripada 5,000 jawatan kosong di aplikasi tersebut. Apa yang menariknya, golongan belia dalam lingkungan usia antara 21 dan 26 tahun menyumbang sebanyak 58% pada pangkalan data pengguna di SlingApp. 



Proses saringan pertama sebelum memilih mana-mana calon kini dipermudahkan dengan pengenalan ciri-ciri Auto-Interviu (AI) yang membantu majikan mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar 5 soalan khas kepada calon sebaik sahaja mendapat padanan. Lebih daripada 72% calon yang melalui proses AI ini berjaya menjimatkan masa sehingga 70% berbanding teknik temuduga tradisional. 


Menurut Lucas Wong, Pengasas Bersama SlingApp, satu lagi ciri-ciri unik pada aplikasi ini adalah ketetapan mencari pekerjaan mengikut lokasi yang ditentukan sehingga 30km radius untuk memudahkan calon dari segi perjalanan. 


“Ciri-ciri mengikut lokasi ini berguna bukan sahaja kepada calon temuduga tetapi juga pelajar yang mencari peluang latihan amali di pelbagai syarikat. Bayangkan, betapa mudahnya untuk menghantar permohonan dan mendapat padanan tanpa perlu menunggu lama di syarikat yang terdekat dengan rumah atau universiti anda bawah tempoh satu minit.”

Dalam tempoh terdekat, SlingApp mensasarkan untuk meluaskan carian pekerjaan di luar kawasan Lembah Klang termasuk Pulau Pinang dan Johor. Mereka juga berhasrat untuk mengembangkan operasinya di negara jiran seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Layari www.slingapp.my untuk maklumat lanjut.


29 comments:

  1. amboi senang skrg nk cari kerja...ada aplikasi camni, hah..register je...

    ReplyDelete
  2. Bagus lah kak ada aplikasi macam ni. Senang orang nak cari padanan kerja yang sesuai kan. Lagipun dah terbukti bila 40,000 orang dah dapat kerja yang sesuai dengan mereka. Nak intern pun boleh. Bagus sangat.

    ReplyDelete
  3. Wahh... Wahhh... Semakin mudah sekarang ni. Nak cari kerja pun guna aplikasi je.. Semoga belia-belia di luar sana lebih rajin untuk bekerja. Platform dah disediakan. Apa lagi? Cepatlah cari kerja. Bantu IbuAyah yang dah membesarkan anda..

    ReplyDelete
  4. wow now so easy for them to find job, with the app can just click to find and apply. Gonna tell friends of this as some of them still hunting for job. It's not easy find job now, hopefully then can get a good job soon.

    ReplyDelete
  5. inilah yang kita mahukan . cari kerja pun mudah x perlu stress hadap laptop, swipe or klik je mesti dapat kan. semoga teknologi ni akan remain

    ReplyDelete
  6. inisiatif yg bagus.
    mudah. dihujung jari.
    sememangnya memudahkan pencari kerja dan peluang mencari rezeki.
    tak lagi mcm dulu kala. buka surat khabar, calls, gi mencari pintu ke pintu, bertanya sana sini.
    byg buang masa & tenaga.
    ini harus diteruskan & diperluaskan. agar belia dpt kerja.
    no more malas-malas. semua nya di hujung jari jer dah.

    ReplyDelete
  7. makin senang la orang nak cari kerja, guna applikasi je download dalam telefon tak payah bersusah payah upload resume bagai macam portal cari kerja lain.

    ReplyDelete
  8. mudahnya sekarang nak cari kerja. tinggal swipe je. mudahan rezeki ada je lah. sekarang ni nak pilih pekerjaan pun tak boleh sangat. selagi halal harung je. kalau tak susah pulak nak sara hidup.

    ReplyDelete
  9. Very good information. Easy to search for jobs through this app. Can do it anytime anywhere.

    ReplyDelete
  10. bagusnya aplikasi ni,memudahkan untuk mencari kerja,terbaiklah yang buat aplikasi ni,first time ni dengar apps ni,thanks SA share info yang berguna ni.

    ReplyDelete
  11. Nak cari kerja guna Apps je?
    Betul betul orang kata segalanya dihujung jari je..
    Mudah la macam tu..
    Haaa, siapa yang tengah cari kerja tu boleh la try kan..
    Mana tahu sangkut rezeki..

    ReplyDelete
  12. bagusnya ada apps mcm ni, memudahkan kerja mencari pekerjaan...

    ReplyDelete
  13. this is nice to know. great effort of SlingApp and eRezeki. the youth gonna learn more on digital economy and become the modernise ppl in future. bravo to them.

    ReplyDelete
  14. wah terima kasih atas info ni kak. saya pon tgh cari kerja ni. hope leh membantu.

    ReplyDelete
  15. AM baru pertama kali dgr pasal aplikasi sling nie.. Mmg satu langkah inisiatif yg bagus sejajar dgn teknologi digital yg sedang berkembang pesat.. AM pun nak jengah gak apps nie.. Nak tgk apa lagi yg menarik di apps ini

    ReplyDelete
  16. bagus pula apps ni..boleh bantu orang yang sedang mencari kerja..kiranya dia akan memberi padanan dengan kelulusan dan kawasan kerja yang kita minat nak cari lah kan..menarik laa

    ReplyDelete
  17. Suka la statement kat atas tu, 'Tinder untuk pekerjaan'. Bukan mudah nak cari kerja zaman sekarang kan sis.

    ReplyDelete
  18. senang la ada apps cari kerja mcm ni..ya ampun..aklau kita dulu susahnya..siap cari dalm suratkhabr..ada ni lagi senang orang tinggal pilih je..

    ReplyDelete
  19. Bagus la kalau ianya membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda. Sedih tengok sekarang ni ramai yg menganggur sebab susah dapat kerja.

    ReplyDelete
  20. Banyak kerja nie. Yang penting berani nak mencuba dan sanggup belajar, insyaAllah ada je rezki sebenarnya. Moga dipermudahkan untuk semua ye

    ReplyDelete
  21. Waaa senang ye sekarang, semuanya di hujung jari anda sahaja..

    ReplyDelete
  22. Senangnya! Nanti kena download ni. Boleh sebarkan.pada kawan-kawan juga.

    ReplyDelete
  23. Wow ! New app , good for people wanna look for job. Easy and simple to browse and get approval!

    ReplyDelete
  24. Mudah.. perlu usaha je, nak dengan tak nak je.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah