Hi korang....
Selain barangan kosmetik, wanita cukup mementingkan kebersihan kulit muka kan?Begitu juga SA. Sangat particular tentang kebersihan wajah, kalau kulit muka tak bersih macam- macam masalah akan timbul antaranya pore tersumbat, berminyak dan ditumbuhi jerawat yang banyak. Memang akan jadi tidak selesa. SA memang mengalami masalah kulit berminyak especially pada bahagian T-Zone. Rasa memang tidak selesa. Bila ada masalah tu maka kawasan tu akan sentiasa berminyak, pori besar dan semestinya ada black head dan white head. Nak pergi facial selalu memang kurang masa sebab bekerja. Hari cuti dah tentu banyak pulak benda nak kena settlekan.
Apabila SA diperkenalkan dengan Pore Purifying Serum Cleanser keluaran Althea ni..SA rasa bertuah sangat...yess....selesai satu masalah. Pore Purifying Serum Cleanser merupakan gabungan fungsi pembersih dan serum dalam satu produk yang istimewa. Produk ini boleh digunakan sebagai pencuci wajah dan pencuci solekan (makeup remover). Ianya juga hebat membuang kotoran dan minyak dengan ekstrak pudina sambil memastikan kulit tetap segar dan terhidrat.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser Merupakan :
- Serum Pembersih
- Membersihkan solekan, kotoran dan minyak dengan ekstrak cendana bagi memastikan kulit tetap sejuk dan terhidrat
- Sistem sel kelembapan dwi yang menghalang kulit daripada mengering dan meminimumkan liang yang pori yang besar
- Tahap pH kulit yang seimbang
- Gentle dan sesuai untuk kulit sensitif.
Althea Pore Purifying Serum Cleanser boleh digunakan dengan dua cara. Ia tidak berbuih jadi jangan gosok keras pada kulit korang. Ia juga mengeluarkan solekan dan merupakan remover solekan yang baik. Ia tidak mengeringkan kulit juga jadi titik permulaan yang bagus untuk kulit muka SA. Althea Pore Purifying Cleanser Serum mempunyai tekstur berair dengan kelikatan dan ia kelihatan licin tanpa merosakkan kulit. Aroma pun agak menyenangkan.
Kandungan Utama ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser.
- Ekstrak daun pudina - Menyejukkan kulit dan menenangkan kulit muka
- Minyak Benih Jojoba - Melembabkan kulit
- Ekstrak Green Tea - Mempunyai sifat antibakteria serta membersihkan kulit
Kandungan lain:
Water, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Cyclomethicone, Isononyl Isononanoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Mentha Arvensis Leaf Extract, Glycerin, Citric Acid, Hydroxyacetophenone, Disodium Edta, Ethylhexylglycerin, Sodium Citrate, Butylene Glycol, Fragrance
Cara Penggunaan:
Untuk membuang solekan:
Langkah 1: Tuang jumlah produk yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat untuk mengeluarkan kotoran dan solek.
Langkah 3: Bilaskan residu dengan air. Anda juga boleh menggunakan pembersih kedua untuk membuang sepenuhnya residu.
Untuk membersihkan kulit:
Langkah 1: Melembabkan kulit dan gunakan jumlah produk yang mencukupi ke telapak tangan anda.
Langkah 2: Urut secara perlahan-lahan produk seluruh kulit anda dengan gerakan bulat selama 5-10 saat sebelum membasuhnya dengan air.
Hebat! Best! Hanya itu yang mampu SA katakan...Secara keseluruhan, Althea Pore Purifying Cleanser Serum adalah pembersih yang baik untuk semua jenis kulit
ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser ( 150 ml) ini berharga RM 33.00 sahaja, murahkan? . Korang boleh dapatkannya di sini >> https://my.althea.kr/pore-purifying-serum-cleanser . Dan yang paling best kannn.....penghantaran Percuma!!!
#AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea
best guna..1 produk 2 fungsi..mmg berbaloi sgt beli..:)
ReplyDeletemenarik produk ni...
ReplyDeleteTeringin la SA nak pakai body sparkling mist tu sebab bau Rose. Suka sangat kalau bau buah buahan atau bunga. Mesti lembut je bau rose tu kan?. Serum cleanser tu pun nampak best jer.
ReplyDeleteBest guna ni kak. Nak cuci mekap lebih mudah.
ReplyDeleteAlahai.... Kak SA ni dah la makin cantik + muda (bak kate kawan-kawan dan guru Dania). Ni memang makin bertambah cantik lah lepas ni...
ReplyDeletememang best utk tanggalkan solekan dengan pore purifying serum clenaser ni. walau tak berbuih tp mampu bersihkan kulit dengan sangat baik.
ReplyDeleteYa nad pakai nni.. Best sangat.. Setiap kali makeup pakai ni.. Basuh muka dengan pembersih lain juga.. Kira double clenaser
ReplyDeletePuas hati kan guna ni kak SA, senang sangat nak tanggalkan make up. Nanti boleh lah beli lagi.
ReplyDeleteAiyoo Althea lagi. haha dah melekat dah nama althea sebab nampak ramai yang revieew. apa pun khai berani cakap Althea berani gunakan blogger untuk promote produk dorg. bagus! semoga lebih sukses di tahun 2019
ReplyDeleteMakin ramai blogger review, makin obses pula nak cuba produk dari althea. Haritu milk peel mask, sekarang baca entri akak pun dah kembali teruja nak cuba ! Nampak sangat bersih laa..
ReplyDeleteI like the packaging of Althea Pore Purifying Serum Cleanser . it looks promising. I have not tried it out but I wish to try it some day.
ReplyDeleteMemang berbaloi kan produk ini. Ada dua fungsi. Memang kita kena jaga kan pores kita supaya sentiasa bersih untuk kulit yang lebig gebu dan cantik.
ReplyDeletebestkan SA pakai althea pore purifying serum cleanser ni..
ReplyDeleteMai dah guna ni. Best! Tak payah guna kapas muka dah untuk tanggalkan mekap. Guna ni je, gosok-gosok keluar semua kotoran. Kulit pun jadi lembut.
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Bonde sukalah pore purifying ni... cepat tanggalkan make up yang diconteng dimuka.. nak padam atau repair make up pon mudah.. suka sangat
ReplyDeletewah !! makin berserilah SA kite ni.. hee~ btw !! saya pun suka jugak produk althea, memang serasi sangat.. yang penting berbaloi sebab kebanyakan produk althea ada pelbagai fungsi.. sama lah macam pore purifying serum celanser ni..
ReplyDeleteKalau orang lelaki nak guna produk ni boleh tak hehehe mungkin sekadar pelembap muka ok lah sebab muka kita selalu kering. Tak pun kita lembabkan dengan air wuduk wakakakakaka..
ReplyDeleteWow... Athea cleanser dgn serum. Bagus ni. Lepas ni boleh la Mat Drat consider product ni utk suggest kpd wife
ReplyDeleteSo many reviews on this product. I need to try and see this. Somemore i am searching for a good cleanser actually.
ReplyDeleteProduct althea ni mmg pelbagai ye...rmi dh mencuba and feedback smua nmpknya bagus...biasa serum and cleanser asing2 ..yg ni skali ye..oh xberbuih sbb biasa tgk jenis cleanser berbuih kan..
ReplyDeletePore Purifying memang best snagat sangat. Tak payah dah pakai makeup remover ke apa sebab pakai pire purifying ni pun dah cukup. Habis semua makeup tanggal .Muka pun bersih. Selalu saya guna kalau buat double cleansing kak. Puas hati .Muka pun memang rasa bersih dna lembut je kan
ReplyDeletehaa nak lagi ploles SA kena buat 7 step yang memang orang korea buat...lebih pun ada tapi jom kita buat 7 step jer dulu....mana tahu pasni lagi ploles ker....hehehehe
ReplyDeleteso many people posted about this! i supposed it must be a good product! glad to know that you love it and it is suitable to you. hopefully i get to try it one day too!
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
The Face Shop masih tetap di hati saya.
ReplyDeletesuka giler pakai ni..senang tau..2 in 1..cuci mekap plus cuci muka sekali..mmg standby je dlm toilet kat rumah..agak malas nak guna wet tissue..amik pore purifying serum ni je...
ReplyDeleteWah..Athea cleanser dgn serum.. Bagus ni..
ReplyDeleteBestnya dpt guna Althea Pore Purifying, bertambahlah Audi SA smearing,walaupun usia semakin meningkat kulit wajah tetap kena dobelai
ReplyDeletePatut la kulis Suria sentiasa licin je. nmpk flawless sngt lepas dah guna pore purifying serum. I pun baru dapat parcel dari Althea Korea dan tak sabar nk cuba! So far barang produk dari Althea sngt memuaskan.
ReplyDeletei try the serum cleanser not bad quite light...but wish it can clean more thoroughly..
ReplyDeleteBest-best ! Kita pun dah cuba. Memang berbaloi sangat belinya
ReplyDeleteRasa teruja nak cuba bila tgk ramai yg review produk ni. Hee.
ReplyDelete