Monday, December 24, 2018

Sinopsis Novel Pujaan Hati Kanda

Hi korang....

Haaa...kerja ke tak tu? ada yang sambung cuti? nasib baik SA ni kan cuti dah habis...betul- betul tinggal sehari je...so kena la pi kerja walau hari ni memang ramai takde...semua pakat sambung cuti ha..bestnya diorang...bertabah la SA kan...so...hari ni nak citer pasal novel terbaru yang SA tengah baca ni..novel yang diadaptasi ke drama lakonan Remy Ishak....hero pujaan hati..bagi je la watak apa kat si Remy tu memang SA suka sangat....semalam SA dah beli novel ni walau baru- baru ni kan...SA shopping kat website Karangkraf 36 buah novel dan tak start baca lagi..sebelum shopping 12.12 lepas ada lebih kurang 20++ novel baru yang SA dah beli dan tak baca- baca lagi...hahaha...nampak tak ketamakkan di situ...so total novel yang SA blom sentuh ada dalam 50++ buah. Huwaaaaaaa...bila nak habis baca...

Ok pembukaan entry hari ni SA selitkan sinopsis novel Pujaan Hati Kanda ni...drama dia kat TV3 rasanya...SA dah tengok kat Tonton. Tapi jalan cerita ada sedikit berubah dalam drama...takpe..SA nak baca novel dulu...nanti bleh layan drama plak...kalau baca novel kita boleh feeling- feeling kan..hahaha....


SINOPSIS

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekaligus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya

13 comments:

  1. oh! Ada drama baru ek kat TV3..errmm..nak kena buka tv ni

    ReplyDelete
  2. Mcm best la.. Alaaa cerita lah endind dia mcm mana ...hehe.. Kena layan novel la juga kalau mcm ni..

    ReplyDelete
  3. best jgk cerita ni..tapi tgk gtu jer. waktu dia tayang tu xsesuai..:)

    ReplyDelete
  4. oooo… teruja nak menonton seterusnya. Pak Inche kita pun suka tau

    ReplyDelete
  5. Novel dia nampak menarik.. Dramanya tak berkesempatan lagi nak tengok..

    ReplyDelete
  6. say apilih tgk drama kot kak, malas benor nak membaca hehehe

    ReplyDelete
  7. Dah khatam baca.. hahaha . entry pun bru nak up

    ReplyDelete
  8. menarik ceritanya.. kalau layan drama pn best juga ni ada konflik

    ReplyDelete
  9. Kalau kanda Remy yang berlakon, confirm best kak. Trending kan drama ni skrg.

    ReplyDelete
  10. nak tahu ending..hehe...selalu saya kalau baca novel, baca ending dulu..

    ReplyDelete
  11. dah lama x layan novel sejak berblog ni

    ReplyDelete
  12. Selalu mengikuti cerita ni. Tak sabar nak tau endingnya

    ReplyDelete
  13. tak baca lagi novel nya, drama pun tk tgk. ramai yang kata best huhu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah