Tuesday, December 11, 2018

Persediaan Kenduri Kesyukuran 7 December 2018

Hi korang...

Hampir 4 bulan jugak SA dan adik beradik plan nak buat kenduri kesyukuran ni dan dapat tarikh pun bulan 11 hari tu..kebetulan dah lama tak buat kenduri dan mak pun dah sihat, SA baru nak sihat dan adik bongsu plak nak bersalin dah anak ke 2 January nanti. So kenduri ni kita himpun semua jadi satu dan buat jugak Akikah untuk Aidan anak buah SA yang sorang tu..cuma tak buat berendoi la..just kenduri akikah je..ada bacaan doa selamat lead by my Abah jugak..alhamdulillah majlis berjalan lancar..nak himpun semua gambar macam banyak giler so SA susun part by part la kan...

Entry ni lebih kepada persediaan untuk kenduri. Seperti biasa kami memang masak sendiri dan tak pernah ambil atau hire mana- mana catering. Lebih selesa masak sendiri walau sedikit renyah kan...tapi kami puas hati sebab tetamu puas hati makan...hehehe


Bawang- bawang yang dikupas


Alhamdulillah Mak Lang pun datang membantu, SA plak tak berapa ok lagi..masa ni baru balik Fisio kat KPJ Seremban dan SA bantu mana yang terdaya je...


Dalam pukul 5 petang Jumaat tu daging kambing akikah pun sampai..alhamdulillah diorang siap siangkan jugak...mudah kerja 


Cuma part dalaman tak settle lagi...haaa..part ni my dad punya kerja


Scary tak?


Abah memang pakar la bab potong memotong ni...seekor lembu pun dia pernah kerjakan


ini tak tau la part apa ni...


Hati kambing rasanya


Abah SA potong ikut size sesuai masak kari


Petai untuk masak tempoyak daun kayu


segala jenis daun- daun yang mak SA sediakan untuk masak tempoyak daun kayu..masakan ni memang mendapat permintaan ramai


Tempoyak 1 botol setengah mak SA guna


Dah siap masak dah...masakan ni tahan lama ye kalau simpan dalam fridge...


Anak- anak dara SA sarapan bihun goreng...


Si Aidan yang punya kenduri Akikah


Seperiuk kari kambing untuk tuan rumah...

Persediaan kenduri berjalan lancar..masak tempoyak daun kayu tu memang kena masak petang Jumaat tu jugak..kari kambing masak pagi Sabtu...memang semua kami masak sama- sama...by 11am dah siap masak dah...semua bagi bantuan kan...by 12 tengahari sabtu tu jemputan dah ramai sampai...
Itu SA citer next entry eh....

11 comments:

  1. meriah bila dpt berkumpul and sama2 buat kenduri kesyukuran ni...menu2 pn menyelerakan

    ReplyDelete
  2. wahhhh tengok gambar pun dah terliur dengan menu kenduri kak SA! Kalau jadi jiran akak confirm bahagia hahaha

    ReplyDelete
  3. best gotong royong buat kenduri best kan kak..:)

    ReplyDelete
  4. Seronok mask sama-sama ni. Amalkan tradisi dulu-dulu. Sekarang ni je dah banyak guna catering kan. Sesekali huna tradisi lama, bergotong-royong, best jugak kan

    ReplyDelete
  5. best masak2 kenduri macam ni.. masak sendiri macam ni yg sedap,.. uihhh sambal daun tu mengugat iman.. taknak jemput kita ke SA.. hahahaa

    ReplyDelete
  6. seronok suasana rewang macam ni kan meriah

    ReplyDelete
  7. seronok kalau masak ramai-ramai,meriah je

    ReplyDelete
  8. meriah kalau masak ramai cenggini kan...

    ReplyDelete
  9. seronok rewag gini. walau pun penat tapi silaturrahim terjaga

    ReplyDelete
  10. Gambo yg kak SA tanya scary ke idok tu mmg scary hehe. T.T

    ReplyDelete
  11. Sedapnya tempoyak daun kayu tu kak.. Makan bertambah tu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......