Hi korang..
Sejak 2 bulan SA tak sihat ni dan sekarang dalam proses untuk pulih seperti biasa kan, SA banyak baca tentang pengambilan makanan seimbang, Panduan- panduan diet seimbang dan macam- macam tentang kesihatan yang boleh membantu SA untuk sihat. Hari- hari SA akan baca melalui newspaper dan majalah- majalah kesihatan. Dulu tak ingat bab kesihatan kan..bila allah dah duga baru sibuk mengkaji dan baca segala mak nenek panduan. Especially makanan yang boleh SA ambil dan sesuai untuk penyakit darah tinggi SA..alhamdulillah sejak monitor pemakanan SA nyer tekanan darah dan semakin cantik..hanya sesekali pada paras border.
Jom baca panduan diet seimbang di bawah...
Banyakkan Makan Buah
Banyak buah yang sihat yang boleh dijadikan pilihan, antaranya adalah buah Epal yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan membersihkan saluran usus, Pisang membantu perkembangan otot dan menurunkan tekanan darah serta Betik yang memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
Kurangkan Gula
Kurangkan pengambilan gula kerana pengambilan secara berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan serta masalah kesihatan lain yang berkaitan seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Kurangkan Garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng yang mengandungi terlalu banyak garam, Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok
Banyakkan Makan Kekacang
Kekacang kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin terutamanya vitamin B
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan, boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya,tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan juga tauge.
Banyakkan Minum Air
Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 1.5 hingga 2.5 liter air dalam satu hari melalui air kencing, peluh dan wap daripada paru- paru.Jangan tunggu sehingga telah berasa dahaga untuk menggantikan cecair yang telah hilang daripada badan. Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air setiap hari. Cecair boleh juga didapati daripada minuman lain, buah- buahan, sayur- sayuran dan makanan lain.
Kurangkan Kandungan Lemak Dalam Makanan
Kandungan lemak menyumbangkan 20 hingga 30 peratus saja daripada jumlah keperluan tenaga harian. Jadi elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol, menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja, mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan dan mengamalkan kaedah memasak alternatif seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus.
Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam melaksanakan diet yang seimbang. Diet bukan untuk kurus ye..diet untuk sihat..mencegah lebih baik dari mengubati...
ni mmg panduan yg asas kan kak, tp ni pun kadang ssh nk ngikutnya... kih3...
ReplyDeletehuuu.. alamak.. melelaui pembacaan TB kat atas tu.. Banyak sangat TB dah langgar bab pemakanan yang betul ni.. adoi.. semua main langgar je.. bila terbaca bab terlebih garam dan terlebih gula tu.. takut lak .. mesti control cara pemakanan dengan betul untuk kesihatan berpanjangan kan SA
ReplyDeleteKalau nak diet memang kena ada panduan yang betul kan..zaza tak leh diet sbb dah kurus.. So untuk yg sedang berdiet tu elok ikuti panduan2 ni.. Yang penting kena rajin buat.. Byk kn mkn buah, air dan sayur2.. Kurangkan mkn mkanan yang byk lemak..
ReplyDeletebagus panduan ni...
ReplyDeletekdg² kita ni terlupa nak ikut pemakanan yg sihat kan...
sha jenis kalau nak jaga makan takleh ikut peraturan sangat sbb nanti mesti akan langgar. sha kena lalui hari mcm biasa, hahaha insyaAllah boleh makan dengan sihat apa semua
ReplyDeletegambarajah tiga segi ni sllau tgk..tp tula nk mengikut tu kena kuatkan fizikal metal hehe...tp bgsla atleast kita kena tahu juga apa yg perlu diperbanyakan utk mengelakkan sebarang penyakit kan..tq for sharing
ReplyDeletepatut semua orang kena amalkan diet seimbang ni kan.makan kena jaga-jaga ni dah sakit baru nak jaga makan.airah pun masih tak ada kesedaran lagi ni hahaha
ReplyDeletekesedaran kita lagi teruk... berat makin naik ni. barulah beringat nak amalkan makanan sihat. air masak berliter disediakan. konsisten dengan tak je haa aduh
ReplyDeletebagusnya kak entri ni. Yup makanan seimbang memang kunci untuk kesihatan sebenarnya. Diet memang kena dengan cara. Diet means makan secara seimbang bukan tak makan hehehe
ReplyDeleteNice sharing! Cx Con sekarang tengah follow diet seimbang. Baru nilah cx nak study pasal semua sebab cx pon rasa badan macam dah tak boleh nak kontrol. Tapi syukur, cx memang suka makan sayur banyak dan air putih yang banyak. Cuma kandung lemak dalam makanan tu macam kurang sikit nak handle hahahaha.
ReplyDeleteKena praktikkan dari awal makan makanan seimbang ni kan? Ami pun semenjak badan dah naik pun dan makin hati-hati nak makan. Semoga kak SA cepat sihat ya, susah juga bila boderline camtu ya.
ReplyDeleteAla akak ni saja up pasal piramid diet ni kan hehehe kita tak boleh nak makan ikut piramid ni sebab kena makan jer setiap hari wakakaka apa pun kita akan cuba seimbangkan semua makanan hari-hari kita..
ReplyDeleteSaya pun da lama x eat clean ... Nak kena start balik.. Badan rasa berat sangat. .. Aduiiii. .. X syiok rasa dia
ReplyDeleteSis ni kedegak sikit..walau dah tahu..walau ada panduan tapi susah betul nak ikut. Lepas tu tension sendiri bila berat badan tak nak turun2..hehehe. Ok..2019 ni diet betul2 lah..:D
ReplyDeleteBagus tips ni. Syira sekarang memang kurangkan garam dalam pemakanan. Bila lagi meningkat usia ni pemakanan memang perlu dijaga. Takut juga kalau ada pentakit yang mengundang kan. Dah ibu syira pesakit darah tinggi. Risau. Hehe
ReplyDeletei think now they got a new measurement right, no longer a food pyramid that we used to learn in school last time. anyway im following keto diet, which is totally different from this hahaha you can try out someday too!
ReplyDeleteEPF increases minimum basic savings! See how it affects you!
Sejak dah meningkat usia ni memang ena pentingkan pemakanan sebab dulu badan xcukup zat. Selalu jatuh sakit cepat lesu. Air masak memang penting. Kena cukup minum. Air manis pon kena kurangkan gula. Nak sahut cabaran zero sugar tu belum berjaya
ReplyDeletei believe everyone know about this kind of healthy guide but NO ONE can actually follow or remember this!!... im so happy to read this again from your sharing and really a great sharing u did here!
ReplyDeleteSelalu gitu la kak SA.
ReplyDeleteBila dah diuji sakit baru akan terpikir tentang faktor pemakanan ni.
Mcm kita ni sakit kalenjar ni pun, tgh cuba kurangkan makan yang x sepatutnya.
Seafood, daging semua kurangkan.
sebenarnya apa2 diet pun yang terbaik ialah diet seimbang..dulu ciktom suka jgk try memcm diet tp short term okay la..for long term blh rosakkan badan dan once u stop akan drastik side effect..best way diet seimbang dan bersenam.
ReplyDeletebyk penyakit asalnya dari perut.. diet seimbang mcm ni mmg bagus kan
ReplyDeleteSetiap kali nak buat tinggal hajat je. Nampak yg sedap teros nak bahan semua. Tu lah kn mula lah diet seimbang. Dah kena jaga pemakanan di usia sekarang. Kena buat jadual diet seimbang.
ReplyDeleteBetul tu, Kita kena ikut panduan asas ni untuk jaga kesihatan. Dulu Qiss kuat masin dengan manis, tapi sekarang dah banyak kurangkan dua bahan tu. Nak try kurangkan lemak pulak tapi itulah. Feveret food Qiss ayam goreng..hahah
ReplyDeletekena ikut la kan panduan asa makanan seimbang ni ... dah naik umur ni, saya pun berjaga jaga.
ReplyDeleteYang penting kena banyak minum air. kurangkan air manis. :) Tapi tu la nak konsisten minum air kosong tu cukup susah. harap lepas ni lbh banyak minum air kosong.
ReplyDeletetips yang bagus.. Nak kurangkan minum manis tu yang payah sikit.. Kuantiti makan tu dah kurang dah..
ReplyDeleteThanks for the information, I also take this as a guide for my healthy diet. You know we have too many good food in malaysia and sometimes we forgot, we eat everything like no tomorrow. That is kind of bad for health.
ReplyDelete