Monday, December 10, 2018

Masak Ape Tu?

Hi korang....

Masak ape tu?

Hehehehe...ini menu hari Jumaat lepas...seperti biasa SA ada fisio session kat KPJ Seremban, pagi2 dah keluar rumah..habis fisio SA terus ke Pasar Besar Seremban sebab nak beli santan untuk mak masak salah satu menu untuk kenduri hari Sabtu tu...terus SA rayau2 jap...x sedar diri kan dalam pada tak sihat tu sempat merayau...hehehe..malas nak manjakan badan ni..tak boleh diikutkan sakit ni..nanti badan mengada...rayau punya rayau sekali nampak la orang jual kerang boleh tahan besar- besar. Harga plak RM9 sekilo..tengok kerang dia jual tu hidup2 lagi...terus jer order 2 kilo..senyum lebar dah SA...lama tak makan kerang...sejak menjaga pemakanan ni banyak makanan yang SA suka terpaksa lupakan seketika..SA cuba je masak kerang ni dan nak tengok boleh tak badan ni terima seafood kan....lepas tu SA beli pucuk pegaga 2 ikat..hajat hari nak masak lemak kerang ni campur pucuk pegaga....maka masak la SA sensorang dibantu kakak Dania kopek kerang...hehehe....


Selain masak lemak kerang campur pucuk pegaga, SA buat jugak ikan cencaru bakar..kebetulan masa kat pasar nampak plak ikan cencaru besar2 dan fresh..SA beli 3 ekor..so untuk makan tengahari tu SA bakar seekor je...sebab tak ramai kan...ehhhh dalam pada tak ramai tu..datang Mak Lang dan Pak Lang SA lepas sembahyang Jumaat, diaorang nak tolong Mak Abah masak dan nak settlekan kambing untuk Akikah anak buah SA si Aidan. Nasib baik lauk cukup untuk makan tengahari tu...


Ikan Cencaru Bakar


Air Asam

Kalau buat ikan bakar biasanya SA akan buat air asam atau kicap cili..mula2 ingat nak buat budu jer..lama tak layan budu..stok banyak je kat rumah...Mak plak cakap buat air asam jer la...so..SA pun ikut la cakap mak buat air asam....tak susah pun buat air asam..cukup 5 bahan jadi la air asam...

Bahan- bahan
  1. Asam Jawa - bancuh dengan air suam ( biar pekat)
  2. bawang merah 2 biji di hiris
  3. Cili api potong2 kecil
  4. Belacan -1 inci
  5. Garam secubit
Gaul semua bahan dengan air asam jawa tu...dah siap...

Alhamdulillah SA dah mampu untuk masak..macam yang SA cakap..walau badan lemah sedikit dan tak seaktif dulu...SA tak boleh manjakan sangat...kena buat jugak kerja mana yang termampu...dah 2 bulan dah SA tak aktif..sekarang badan dah kuat sikit so kena la bergerak aktif..cuma SA masih belum terdaya nak pergi event atau teruskan task blogging...kena rehat sementara waktu...insyaallah akan mula aktif kembali bila dah betul- betul sihat.

13 comments:

  1. sedapnya berselera nampak!

    ReplyDelete
  2. Geram tul tgk msk kerang tu... kt sini ssh nk jumpa kerang yg bsr gitu yg dh siap kopek kulitnya... yg ada kulit pun kecik2 je...

    ReplyDelete
  3. sedap nampak kerang tu....xpernah lgi masak dengan pucuk pegaga...

    ReplyDelete
  4. sedap-sedap menu akk. anak saya masih kecil tak berapa nak mkn sangat menu mcm ni, biasanya masak simple2 je utk depa

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap masak lomak kerang + pegaga SA tu walaupun Mrs. A tak berapa nak suka sangat kerang.

    ReplyDelete
  6. Ohoi.. sedapnya masak lemak kerang dengan pegaga tu kak SA..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya SA.. nanti Kak Sue nak cuba la masak kerang letak ulam pegaga tu. Teringin gila..

    ReplyDelete
  8. aduhhh makanan simple makan dgn air asam pun dah buat terliur.. memang sejenis selra liez la ni..simple pundhcukup mkn bertambah hihihi

    ReplyDelete
  9. Ha..bagus kak share resepi air asam. Muka saya ni buat air asam tak pernah sedap..tapi kalau ikut resepi pun tetap tak jadi..acaner ni? Haha..

    ReplyDelete
  10. part air asam tu memang meleleh air liur tgk..:)

    ReplyDelete
  11. combination yg perfect hehe nyumss sedapnya huuu terliur sgt

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......