Wednesday, December 12, 2018

Majlis Kesyukuran dan Akikah Ezra Aniq Aidan Sabtu 8 December 2018

Hi korang...

Sabtu lepas 8hb masak selesai sudah majlis kesyukuran buat semua ahli keluarga SA,  Akikah anak buah SA Ezra Aniq Aidan dan juga tambah buat bacaan tahlil buat semua ahli keluarga yang dah tiada..buat sekali harung..tepat pukul 12 tengahari semua tetamu dah mula sampai dan bacaan doa di ketuai oleh Abah SA sendiri. Semua buat simple dan sederhana sahaja...sebenarnya dah lama tak buat kenduri kat rumah SA ni..last buat pun 2 tahun lepas doa selamat lepas mak operate jantung...lepas tu dah tak buat dah...masing- masing sibuk kan...

Semua yang sempat hadir merupakan jiran tetangga dan saudara mara SA di kedua-dua pihak, sebelah mak dan sebelah abah..alhamdulillah majlis meriah sangat..semua memuji masakan kami..sama- sama masak kan..SA puji mak jugak..dalam pada tak kuat sangat mak berjaya masak kari kambing, masak tempoyak daun kayu..yang lain2 SA masak dengan adik beradik..kuih muih pun ada jiran yang hantar sebab tak dapat datang..









Kari kambing menu utama, ayam goreng untuk budak- budak


Sayur pucuk paku goreng dan Masak tempoyak daun kayu


Sambal Udang 


Ayam Masak Bali


Kuih Kasui


Kuih talam ubi



Abah dengan adik bongsu dia tengah mengerjakan kari kepala kambing


Beria diorang makan





Sikembar Adeliya manis je bertudung ngan berkebaya nyonya, si bam bam Dida


Yang baju pink tu Dhia...

Senang hati bila majlis dah selesai...cuaca pun elok je..sikit pun tak mengganggu majlis..cuma dah senja tu baru hujan turun sampai la hari Ahad. Hujung tahun biasa la hujan kan...anak- anak buah SA semua ada 7 orang berkumpul memeriahkan suasana..kakak dania dah besar memang tak join la adik- adik..tu la cepat sangat besar...ye tak? but she manage to controlled semua adik2 sepupu dia...pandai gak jaga adik2 tapi ikut mood dia la...

28 comments:

  1. alhamdulillah..smuanya berjalan lancar. sdap menu yg disediakan..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...majlis berjalan dgn lancar...
    kari kambing tu pehhhh...sedap tuuu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah majlis berjalan lancar.. sedapnya masakan dan lauk2 tu

    ReplyDelete
  4. yes it's always important to have a nice weather, tak panas sangat and tak hujan. but what attracts me the most is the food! haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah majlis berjln lancar...tgh hari tgk entry ada menu makanan sedap2 ni laparrrrr

    ReplyDelete
  6. Ada makan kambing nih pasti asyik. Alhamdulillah ya acaranya bisa berlangsung lancar dan sukses

    ReplyDelete
  7. bestnya ada kenduri macam ni boleh berkumpul ramai-ramai.bebudak lagi la seronok boleh main dengan cousin.tengok lauk kenduri pun dah terliur

    ReplyDelete
  8. seronokkan bila dapat kumpul ramai2...makan bersama....alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar mesti mak dan ayah paling happy :-)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah majlis lancar dan semoga menjadi anak yang baik . geramnya kita tengok semua makanan tu yang sedap-sedap dan susah nak dapat kat kedai-kedai cuma ada kat kenduri macam ni jerrrr

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah selesai majlis ye kak.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, kami tak pernah buat sendiri. hari tu buat akikah slash kenduri kahwin adik ipar. then last baby buat akikah di kemboja. tidak kira di mana jua kita buat, akikah tuk anak adalah antara tanggungjawab kita :)

    ReplyDelete
  12. Rajin betul SA ni masak walaupun baru keluar hospital. Saya kalau buat tahlil buat kat masjid terus . Ambik catering senang. Mak dah tak larat nak masak. Kira orang masak Maggi Tu masing masing terror belaka😂🤣😅

    ReplyDelete
  13. Kak SA masak ke semua juadah ni? Syukur lah semua berjalan dengan lancar. Best bila dapat berkumpul ramai-ramai dengan saudara kan .

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tahniah utk majlis akikah. Bestnya kak kenduri camni sebab leh berkumpul ngan family. Eh kuih kaswi tu tempting sangat la kak hahah

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah semuanya berjalan lancar..seronoknya dapat buat majlis macam ni boleh berkumpul ramai2 dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai..terliur dan lapar pulak tgok sambal udang dengan kuih kasui

    ReplyDelete
  16. Rindu lah pulak dengan majlis sebegini. Masa arwah mak ada selalu kalau nak buat kenduri memang buat kat rumah dia je..la ni mak tak ada belum lagi buat majlis2 macam ni..rindunyaa

    ReplyDelete
  17. Bestnya bila melihat ramai tetangga macam ni. Sepakat kan. Yang penting sambal udang tu sangat menggamit liur Rawlins. Sedap sangat rupanya tu.

    ReplyDelete
  18. Seronok berkumpul ramai2 dan buat majlis. Semoga kenduri berjalan lancar dan merapatkan silaturahim bersama ahli-ahli keluarga:)

    ReplyDelete
  19. wah ! congratulations <3 & paling best dapat berkumpul sama-sama dengan family.
    Mata saya terfokus pada makanan-makanan tu, sedap-sedap belaka ye. hehe

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Seronok sesekali dapat berkumpul ramai-ramai camni time majlis keluarga kan. Nad rasa macam dah lama pulak tak join. And makanan semua nampak sedap! Kuih kasui tu lama dah tak makan. Dulu Nad tak makan sangat kuih lembik tu, tapi sebab tunang makan, kita pun terikut sekali hahah.

    ReplyDelete
  21. Kalau dekat kampung memmag meriah kalau buat kenduri. Macam ni best sebab mengeratkan silaturrrahim. Lagi satu makanan dia memng macam-macam.. Hehehe.. Sedapnya semua makanna ru.. Nyumnyum.. Alfatihah pada yang dahbtiada

    ReplyDelete
  22. Bila dah berkeluarga, kita akan eratkan siratulrahim bila ada majlis mcm ni kan kak. Masa ni kita bantu apa yang terdaya. Hehe. Cuma utk org zaman sekarang semua dah catering dan upah planner. So mereka takkan dpt rasa budaya kita yang suka membantu. Masa memasak bersama. Membawang. Hahaha.

    ReplyDelete
  23. Seronok dapat berkumpul sanak saudara macam ni.
    Dapat mengeratkan lagi silaturrahim.
    Kak SA, dalam banyak banyak tu kan.. Kita terliur pulak tengok kuih kasui tu..
    Aduduudu.. Sedapnyaaa..

    ReplyDelete
  24. Wowww kak.. Meriahnya lauk pauk kenduri kesyukuran akak ni. . Sedap sangat ni.
    Terliur plak saya nengok ni..
    Huiiii ke laut dalam diet ni

    ReplyDelete
  25. wah ada kuih kasui la, one of kuih kegemaran ni...

    ReplyDelete
  26. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. sedap tgk makanan. Lagi lagi sambal udang. besau bona udang nya hehe

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah.. Lancar je majlisnya ye kak.. Sha tak nampak lain dah.. dok terbayang-bayang kari kambing tu.. kikiki..

    ReplyDelete
  28. bam bam dida tu gak yang mencuri perhatian..hehe...haih, awak ni..mmg pipi tu mintak kena geget sangat...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......