SA nak memenuhi permintaan rakan blogger kita Izni Hafiz Abd Rashid , beliau ada mintak resepi Sambal Bilis Tempoyak yang SA masak last week..memandangkan ini resepi family SA turun temurun dan SA percaya tempat lain pun ada gak lauk macam ni cuma konsep dia lain kot, SA suka buat kering- kering..sedap makan..lagipun lauk ni tahan lama tau..simpan dalam fridge then perhangat je kalau nak makan...hahahaha..SA kalau buat sambal ni kena make sure ikan bilis yang SA gunakan tu jenis yang mahal tu. Kalau dapat jenis yang murah dan liat nanti jadi tak sedap, kalau guna ikan bilis mahal tu nampak cantik je bila goreng garing dan lepas tu x liat...ha...yang tu best...krup krap bila makan...
Jom tengok resepi..
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TEMPOYAK
1. Ikan bilis ( beli yg kualiti) - ikut suka nak banyak mana..SA guna sepeket..goreng garing2
2. Bawang merah kecil - 5 biji
3. bawang putih -4 biji
4. Cili api - ikut tahap kepedasan yang korang suka
5. Tempoyak mentah 3 sudu besar / letak la lebih ikut banyak ikan bilis.
6. Petai 2 papan
Cara- cara masak
- Bahan 2+3+4 tumbuk lumat
- Ikan bilis digoreng garing terlebih dahulu dan ketepikan
- Gunakan minyak yang sama, tumis bahan 2,3 dan 4 yang dah ditumbuk lumat tadi sampai naik bau dan sedikit garing
- Masukkan tempoyak...gaul2 bagi sebati
- Masukkan ikan bilis..gaul lagi
- Masukkan petai
- Kalau nak berkuah sikit boleh tambah air
- Kalau nak pekat dan kering biarkan seketika
- Padam api
Dah siap dan boleh di hidang...psst...lagi pedas lagi bagus tau...dan sambal ni tahan lama..kalau x abih jgn buang simpan dalam peti ais...nak sahur atau nak jadikan pembangkit selera makan boleh panaskan dan tak mungkin akan basi...makan ngan roti pun sodap..ngan cekodok lagi sodap...tp biasa makan ngan nasi panas2...huiiiii....gu kan plak dengan telur dadar...confirm korang makan bertambah...Ada lauk ni memang tak layan dah lauk lain...sedap betul...
Alaaa...terus lapar perut ha......
huishh akak..buat saya trus nak makan. bab mkn makn pdas ni sdap tp..berair hidung yg tak than..hihi
ReplyDeleteSedap ni sambal ikan bilis tempoyak .Makan dengan nasi panas memang best
ReplyDeletesedap ni kak, kena selera saya. CUma asben suka ikan bilis lembut (tak nak goreng).
ReplyDeleteIni kalau buat memang tak pandang dah lauk lain.. Hilang semangat diet.. kikiki..
ReplyDeletemakan ni sedapnya kalau pedas2 kan kak
ReplyDeletePeminat tempoyak mestu ngences tgk menu ni kak. Family Ana 2 org je makan tempoyak. Yang lain tak reti makan.
ReplyDeletewahh..sedap ni sis:) saya pun suka pedas dan sambal bilis tempoyak ni rasa nak cuba buatlah..tq resepi:)
ReplyDeleteLama nya tak makan mcm ni nak kena buat ni
ReplyDeleteperhhg mkn dgn nasi panas
ReplyDeletebertambah-tambah nie
setuju..ada lauk ni, tak pandang lauk lain...
ReplyDeletehuiish kak...masakan akak xpernah mengecewakan, tengok pun dh blh menitis aiyoliur..
ReplyDeleteikan bilis saya makan, tapi tempoyak masih belum berjaya untuk dimakan...
ReplyDeletetapi adik saya beria-ia cakap tempoyak sedap...
dia makan macam makan aiskrim pula saya tengok...
sedapnyaa.. kecur tengok..
ReplyDeletetu dia.. lapo tengok
ReplyDeleteterliur sebab petai tu
ReplyDeleteMengidam tgk sambal tempoyak bilis petai sis SA ni.
ReplyDelete