Sunday, December 30, 2018

Ambil Supplement Untuk Kekal Sihat...

Hi korang...

Entry diambang-ambang tahun baru kan..dari Jumaat SA senyap sunyi..ekceli banyak je bahan nak buat entry..tapi biasa la...blogger adakala kehabisan idea nak membebel kat blog...oh ya..hal sekolah anak dh settle, dah beli buku, dah dayar yuran dan dah amik buku teks ..walau ada la rasa ketidak puas hatian SA pada pada pihak yang lagi satu...takpe la..biar allah je balas...malas dh SA nak fikir...

So hari ni SA nak membebel pasal supplement..ramai tanya apa yang SA makan selain makanan2 sihat macam ulam, sayur dan buah kan...so SA nak share tentang Multivitamin yang SA baru consume ni..SA pilih supplement dari Bio-Life sebab ianya mengandungi semua vitamin yang tubuh badan kita perlukan setiap hari. Walau dh makan multivitamin ni..kita boleh je makan
makan buah dan sayur coz tak banyak vitamin yg kita dapat serap dari buah dandan sa..due to macam-macam sebab contohnya cara masakan, cara penyimpanan..so supplement ( tambahan) dalam bentuk pil ni membantu sebenarnya....haa..nampak?

Kat mana SA beli Bio-Life Multivitamin with Minerals ni? Ada banyak je supplement di 
pasaran dan SA beli di Guardian Pharmacy..selain untuk sihat, SA start amalkan supplement untuk awet muda jugak..itu je je caranya selain makan lebih ulam, sayur dan buah..avoid makanan yang tak sihat seperti makanan ringan dan makanan segera. Bukan la tak boleh makan langsung...boleh je tapi jarakkan pengambilan...




SA baru je consume multivitamin ni 3 hari..saje nak share ngan korang apa supplement yang SA makan selain vit C dan vit B Complex..sebenarnya SA seriau masa mula2 makan multivitamin ni...sebab air kencing jadi terlampau kuning..so rujuk ngan doc and doc cakap kalau ada vitamin2 dalam tu terlebih kandungannya memang dia akan keluar melalui air kencing..so SA amik sebiji selang 2 hari..hahaha...boleh plak seriau kan...SA memang cepat panik kalau melibatkan supplement..takut kena attack macam bulan 10 hari tu walau takde kena mengena pun..sejak sakit SA memang paranoid skit...sebab tu SA lambat sihat...perasaan bimbang dan trauma tu memang kuat...so lepas ni takde rasa takut dh lepas doc dah yakin kan...keadaan kesihatan SA alhamdulillah semakin baik walau tak fit sangat...lepas dh rujuk dengan doc kan...dia kata boleh je consume daily, tak perlu takut sebab kandungan yang terdapat dalam multivitamin ni memang yang badan kita perlukan setiap hari...

Haaaa...so tak yah la SA nak paranoid sangat dh ..kalau ada je berlebih vit vit dalam badan dia automatically keluar melalui air kencing..sebab tu air kencing kita berubah warna so tak perlu bimbang....korang kalau tak pasti rujuk dengan doc..doc ada je nasihat dan pandangan kan...

Pesanan SA...ambil supplement tu bagus..tapi minum air banyak ok...buah pinggang pun perlu jagaan...

13 comments:

  1. Betul tu, Sis ni pun lama tak makan ubat tambahan, hanya minum vitamin C yang flavettes tu aje buat masa ni..dan sekarang amal minum Barli tu..
    Nanti nak juga laa cari ubat tambahan, maklum umur pun dah meningkat ni..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak ambik supplemet tambahan..badan pun cpt pnat dan lesu sekarang..huhu

    ReplyDelete
  3. Dlu pernah ambk vit b co plex.. kuning kaw kaw.. ahhahah.

    ReplyDelete
  4. Sha pun lama tak amik vitamin tambahan..

    ReplyDelete
  5. Bila umir makin meningkat memang kema jaga badan betul kan kak .Saya pun sekarang pentingkan makan vitamin c dan makan buah

    ReplyDelete
  6. aju ambil lecithin, kalsium, dan minyak ikan. Dah nak masuk 40an ni memang kene ambil supplement kan SA.

    ReplyDelete
  7. ramai juga kata best brand ni.. dh nk masuk 30 ni kena jaga kesihatan haha

    ReplyDelete
  8. Kalau ambik multivit ni mmg air kencing kaler lain sikit unless banyak minum air , lagi2 kalau ada iron kat dalam multivit ni ... Tapi bagus ambil multivit ni, kesihatan terjaga ... Dan amalkan gaya hidup sihat kan ...

    ReplyDelete
  9. bagus amek supplement. sbagai bahan bantuan untuk badan kekal sihat =D

    ReplyDelete
  10. Dah lama sy tak makan vitamin kak. Lepas pantang nanti nak ambil semula. Umur dh meningkat ni perlukan supplement erk kak.

    ReplyDelete
  11. Rania makan yg botol warna ungu tu. BioLife jugak.

    ReplyDelete
  12. Makan supplement ni bagus. Tapi kena minum air kosong banyak lah. Sebelum tu kena rujuk doktor jugak lah nak ambik supplemen ni.

    ReplyDelete
  13. ika tak ambik supplement apa lagi. taktahu nak ambil apa SA. huu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......