Monday, December 31, 2018

Cucur Udang Permintaan Dania Di Petang New Year Eve

Hi korang...

Petang diambang tahun baru ni SA sempat masakkan cucur udang atas permintaan anak dara tersayang tu ha..kebetulan SA cuti sebab menghabiskan cuti tahunan SA..so SA layankan aje la...tak susah pun nak masak masak udang....bahan pun senang je..but cucur udang SA memang bancuh letak mauripan( ibu roti) sikit agar cantik gebu..bahan-bahan lain Udang, tauge, daun kucai dan tepung. letak sedikit kunyit serbuk untuk bagi warna dia menarik..puas hati bila hasilnya cantik je gebu...sebenarnya lama dh SA x buat cucur udang ni...sebenarnya SA dh dapat semula rentak memasak..syukur sangat...terus semangat tu tinggi nak masak semula...





Dah siap...dah makan..siap call Lisa adik SA ajak minum petang sama-sama...orang paling banyak makan of course la anak dara SA tu ha...seronok tengok dia makan...lepas sebiji..sebiji dia potong...seronok tengok...hilang rasa penat...

Rasanya ini entry last untuk 2018 kot...esok dah 2019...

Selamat Tahun Baru semua.....

Sunday, December 30, 2018

Bila Omak Layan Donsako Cooking AFC Channel

Hi korang,

Kisah pagi tadi masa SA tengah sibuk ampai kain kat luar..dari luar terdengar macam siaran Korea atau Jepun...sekali SA tinjau...
Amboiiii....bukan main omak den ni..tgok rancangan masak memasak bahaso Jopun...dari luar dengar "ashimek..adorojo.." amenda ntah... sekali tinjau...dia tengok AFC rancangan memasak dari Jepun🤦🤦🤦🤦....SA tanya ..paham ko mak....mak cakap tgok bahan orang tu masuk an paham laaaa....😅😅😅 ado kontang, bawang..nak tukar subtitle x ghoti...Ahad hari tgok masak memasak.....
Tudiaaaaa...omak den....omak korang ado tak macam ni...dio paham dari bahan chef tu guna🤭🤭...



Sempat la SA snap kat tv apa yang mak SA tengok...hehehe..rupanya selama ni mak SA faham dari bahan-bahan yang chef tu guna...ada ikan, kentang, bawang tu dia paham la...hahaha..sebenarnya dia x reti nak tukar subtitle bahasa Melayu...dah djar banyak kali pun dia x reti...tukar-tukar channel tu pandai la dia....kelakar betul...dh SA tukarkan tadi taru dia ok...

Mak kalau tak keluar kemana-mana ngan Abah memang akan akan menonton tv je la...sinonim dengan minat memasaknya memang mak akan tengok rancangan masak memasak...sama la minat ngan SA...

Ambil Supplement Untuk Kekal Sihat...

Hi korang...

Entry diambang-ambang tahun baru kan..dari Jumaat SA senyap sunyi..ekceli banyak je bahan nak buat entry..tapi biasa la...blogger adakala kehabisan idea nak membebel kat blog...oh ya..hal sekolah anak dh settle, dah beli buku, dah dayar yuran dan dah amik buku teks ..walau ada la rasa ketidak puas hatian SA pada pada pihak yang lagi satu...takpe la..biar allah je balas...malas dh SA nak fikir...

So hari ni SA nak membebel pasal supplement..ramai tanya apa yang SA makan selain makanan2 sihat macam ulam, sayur dan buah kan...so SA nak share tentang Multivitamin yang SA baru consume ni..SA pilih supplement dari Bio-Life sebab ianya mengandungi semua vitamin yang tubuh badan kita perlukan setiap hari. Walau dh makan multivitamin ni..kita boleh je makan
makan buah dan sayur coz tak banyak vitamin yg kita dapat serap dari buah dandan sa..due to macam-macam sebab contohnya cara masakan, cara penyimpanan..so supplement ( tambahan) dalam bentuk pil ni membantu sebenarnya....haa..nampak?

Kat mana SA beli Bio-Life Multivitamin with Minerals ni? Ada banyak je supplement di 
pasaran dan SA beli di Guardian Pharmacy..selain untuk sihat, SA start amalkan supplement untuk awet muda jugak..itu je je caranya selain makan lebih ulam, sayur dan buah..avoid makanan yang tak sihat seperti makanan ringan dan makanan segera. Bukan la tak boleh makan langsung...boleh je tapi jarakkan pengambilan...




SA baru je consume multivitamin ni 3 hari..saje nak share ngan korang apa supplement yang SA makan selain vit C dan vit B Complex..sebenarnya SA seriau masa mula2 makan multivitamin ni...sebab air kencing jadi terlampau kuning..so rujuk ngan doc and doc cakap kalau ada vitamin2 dalam tu terlebih kandungannya memang dia akan keluar melalui air kencing..so SA amik sebiji selang 2 hari..hahaha...boleh plak seriau kan...SA memang cepat panik kalau melibatkan supplement..takut kena attack macam bulan 10 hari tu walau takde kena mengena pun..sejak sakit SA memang paranoid skit...sebab tu SA lambat sihat...perasaan bimbang dan trauma tu memang kuat...so lepas ni takde rasa takut dh lepas doc dah yakin kan...keadaan kesihatan SA alhamdulillah semakin baik walau tak fit sangat...lepas dh rujuk dengan doc kan...dia kata boleh je consume daily, tak perlu takut sebab kandungan yang terdapat dalam multivitamin ni memang yang badan kita perlukan setiap hari...

Haaaa...so tak yah la SA nak paranoid sangat dh ..kalau ada je berlebih vit vit dalam badan dia automatically keluar melalui air kencing..sebab tu air kencing kita berubah warna so tak perlu bimbang....korang kalau tak pasti rujuk dengan doc..doc ada je nasihat dan pandangan kan...

Pesanan SA...ambil supplement tu bagus..tapi minum air banyak ok...buah pinggang pun perlu jagaan...

Thursday, December 27, 2018

Kurangkan Penampilan Garis- Garis Halus & Kedutan Dengan Murad Dew A Little

Hi korang....

Wanita dan kecantikkan, tak kisahlah mekap atau skincare sememangnya berkait rapat..tak sesuai cubaan pertama cuba lagi produk lain sampai betul-betul sesuai dan puas hati. Adakala berjaya, adakala kurang berjaya dan ada juga mengalami masalah akibat produk tidak sesuai...namun usaha wanita untuk kelihatan cantik tidak tidak pernah pudar..

Baru-baru ini SA diperkenalkan dengan produk  dari MURAD iaitu Dew A Little Travel Pack yang best sangat. Kenapa SA kata best? Sebab ianya sangat sesuai digunakan semasa kita travel tak kira di mana jua. Bukan setakat digunakan untuk muka sebaliknya boleh disapu pada persekitaran leher juga. Tekstur yang sangat ringan dan packaging yang comel sememangnya sesuai di bawa dan disimpan di dalam tas tangan.




Apa kehebatan Dew A Little Travel Pack?

  1. Meningkatkan Keupayaan Kulit untuk menarik dan mengekalkan keseimbangan air serta kelembaban pada kulit
  2. Penghidratan 24 jam dan tahan lama
  3. Kurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan pada wajah
  4. Sesuai untuk light travel.
  5. Melembapkan kulit

Bahan - bahan utama

Teknologi asid hyaluronik maju
Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang sengit, tahan lama.

Ekstrak kelapa
Menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda.

Mentega Shea, alpukat, bunga matahari dan minyak buah zaitun
Membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat.


Jenis kulit manakah yang bagus untuknya?
  1. Kering
  2. Gabungan
  3. Normal
  4. Sensitif
Dirumus tanpa:
  1. Parabens
  2. Sulfat
  3. Phthalates
  4. Gluten





Cara Penggunaan

Digunakan waktu pagi dan malam.Urut secara merata ke muka, leher dan dada. Ikuti dengan pelindung matahari Murad pada siang hari.

Bahan - bahan lain yang terkandung dalam Dew A Little Travel Pack

Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate




Kalau korang nak tau..92% melaporkan garis halus dan kedut kelihatan kurang kelihatan selepas 1 minggu. Hebat kan? SA dah mula guna dan sangat suka..buat masa ni dah nampak sedikit perubahan pada kulit muka. SA nak terus gunakan...Sebab apa SA suka? Kerana ia adalah Penyelesaian untuk korang yang mengalami kulit kusam, kulit kering,garis halus dan kedutan. Memandangkan SA pun dah berusia 40 tahun maka sesuai la SA amalkan Murad Dew A Little ni..Kena jaga dari sekarang kan? Supaya kulit sentiasa sihat.

Berminat?


Wednesday, December 26, 2018

Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Menyegarkan Badan....

Haruman Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal Setanding Jenama Antarabangsa..

Hi korang...

Sejak mengenali Althea Korea, SA memang sentiasa terunggu- tunggu produk keluaran terbaru. Hari demi hari sememangnya Althea akan mengeluarkan produk baru yang tidak mengecewakan korang.Dulu SA sangat skeptikal dengan produk Korea tapi bila dah cuba terus jatuh cinta. Salah satu produk terbaru Althea yang buat SA sekali lagi jatuh hati adalah Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal. Produk kolaborasi artis terkenal Indonesia Titi Kamal dan Althea Korea.


Hey body mist ni sangat wangi dan menyegarkan dengan setiap semburan...wangi yang lembut dan membuatkan korang terasa anggun apabila berselisih dengan orang. SA gunakan sepanjang hari ketika di pejabat dan ramai yang tanya SA pakai perfume apa...terus SA tunjukkan botol Stay Fresh Body Sparkling Mist dan mereka juga tidak nafikan sememangnya body mist ini mempunyai wangian yang mempersonakan.




Bahan utama yang terdapat di dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist ini adalah Damask Rose Water yang memberikan aroma yang cukup lembut, Sweet Orange Oil - memberikan bau yang menyegarkan dan Elder Flower Extract yang memberi bau feminin, menyejukkan dan melegakan kulit.





Lain- lain bahan adalah Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin




Harga untuk sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist ni hanya RM35.00 sahaja untuk 100ml. Cara guna pun mudah sahaja, semburkan pada badan sebaik sahaja anda membersihkan badan. Sekarang Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea ini perlu ada dalam tas tangan SA dan SA selesa semburkan pada badan di mana sahaja SA berada..

Korang nak dapatkan Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea x Titi Kamal?

Jangan tunggu lagi....dapatkan segera di laman web  https://my.althea.kr/


Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet..


Hi korang...

Zakat merupakan rukun islam ke empat dan sememangnya wajib disempurnakan oleh kita umat islam. Kepada anda yang layak membayar zakat sepatutnya melaksanakan kerana di dalam rezeki kita pastinya terselit rezeki orang lain dan inilah salah satu sebabnya kenapa membayar zakat adalah wajib.




Untuk itu SA nak menyeru dan mewar- warkan kepada korang semua yang layak berzakat jom kita sama- sama tunaikan rukun islam ke empat ini.Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen YEZ (Year End Zakat) bagi menggalakkan dan memudahkan masyarakat berzakat sebelum berakhir tahun 2018.

Mengapa perlu berzakat? 

  1. Dengan berzakat, harta dan rezeki kita akan bertambah dan bukannya berkurang. 
  2. Orang yang berkemampuan membantu orang yg miskin dan fakir. Kita turut merasai kepayahan dan kedhaifan yg dilalui oleh saudara seislam tersebut. 
  3. Allah swt telah menjanjikan balasan Syurga yg tertinggi sekali iaitu Jannatul Firdausi buat semua pembayar zakat. 
  4. Zakat mengajar dan mendidik kita agar bersikap pemurah, saling bantu membantu dan memberi pertolongan kepada org yg berhak mendapatkannya. 
  5. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. 
  6. Membersihkan diri pembayar zakat. 
  7. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat. 
  8. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada. 
  9. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik. 
  10. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia. 
  11. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka. 
  12. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan. 
  13. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT. 

Pelbagai kaedah dan kemudahan disediakan untuk kita semua membayar zakat. Zaman internet dan moden sekarang lebih memudahkan kita semua. Tak perlu fikirkan kesesakan lalu lintas, parking, beratur panjang atau sebagainya. Segalanya di hujung jari sahaja. Selain kaunter zakat bergerak yang disediakan Pusat Pungutan Zakat, turut disediakan khidmat bayaran melalui perbankan online.


Jom tengok video Imam Muda Asyraf menyeru kita semua untuk membayar zakat dengan mudah melalui perbankan online.





Pembayaran zakat melalui Perbankan Internet boleh dilakukan oleh pemegang akaun bank seperti berikut:


1. www.maybank2u.com.my

2. www.bankislam.com.my

3. www.ambank.com.my

4. www.cimbclicks.com.my

5. www.pbebank.com

6. www.rhb.com.my

7. www.ocbc.com.my

8. www.hsbc.com.my

9. www.posonline.com.my

10. www.hlisb.com.my

11. www.irakyat.com.my

12. www.affinonline.com

13. www.i-muamalat.com.my

14. www.agronet.com.my

15. www.mybsn.com.my

16. www.myeg.com.my


Lagi berita baik untuk korang..


3,000 PEMBAYAR ZAKAT TERAWAL MELALUI PERBANKAN INTERNET BERPELUANG MENDAPAT DVD MP3 KOLEKSI HIMPUNAN CERAMAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN - Bermula 14 Disember (Jumaat) sehingga 28 Disember 2018 (Jumaat).


Untuk makluman lanjut sila hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.

Selamat Berzakat

"Hidup Menjadi Super Indah Dengan Berzakat"

Tunaikan zakat demi kehidupan keluarga yang lebih berkat.


📌 Tunaikan zakat harta & pendapatan anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapat rebat cukai sehingga 100%.


Tuesday, December 25, 2018

Mini Kebun Pak Zain Depan Rumah

Hi korang....

Hari ni cuti pergi mana? 

SA balik kampung sekejap..alaaa kampung tak jauh mana pun...1/2 jam je dah sampai kalau jalan clear...SA balik Seri Menanti..lama dah x balik kampung since sakit..ni bawak-bawak la balik kampung tukar udara plak...memerap je kat rumah bukan bagus pun kan...

Hari ni SA nak citer pasal mini kebun tanah sekangkang kera depan rumah SA ni ha..jadi la buat tanam sepokok dua tanaman untuk kegunaan seharian..Abah SA la tu tanam sikit asalkan tanah depan rumah tu x kering..tanaman pun dah silih berganti...last time ada pokok durian belanda..dh tebang tebang sebab x berbuah pun..rajin berbunga je...gantikan dengan pokok jambu seedless...dah nak berbuah dh jambu batu tu...

Jom kita tengok apa yang ada


Pokok cili api yg tengah berbuah lebat


Pucuk pegaga

Ada pokok betik, daun kari, daun pandan tanam dalam pasu je..lepas tu tanah sebelah kiri ada pokok limau kasturi..pun dah berbuah dan banyak kali ambil hasilnya..pokok serai pun ada..tanaman jadi gemuk sebab abah guna baja dari air basuhan ayam atau ikan...tu yang subur pokok-pokoknya


Nasi goreng pedas nak mati


Ulam pegaga

Gambar ni semua SA dh draft 2 minggu lepas... terlupa nak up..pagi 2 minggu lepas adik SA masak nasi goreng pedas..SA pungut la ulam pegaga..basuh bersih dan makan dengan nasi goreng...sedap plak selera makan...hehehe...best kan ada tanaman atau ulam-ulaman ni...terasa nak makan ambil je petik...amalan makan ulam ni bagus...bagus untuk kesihatan dan awet muda....nanti nak cari lagi la pokok-pokok ulam yang bleh tanam dalam pasu...senang nanti..asal nak makan je bleh petik....

Monday, December 24, 2018

Flower Chimp Bekerjasama dengan Usahawan Bunga Tempatan

Usahasama Dalam Talian ke Luar Talian Meningkatkan Perusahaan Bunga

“Lafazkan dengan bunga!” Bayangkan seorang lelaki yang berjalan ke sebuah kedai bunga untuk membeli tiga jambak bunga untuk ibu, isteri dan setiausaha khas untuk sambutan berlainan. Dia meminta pandangan daripada penggubah bunga tersebut dan si penggubah bunga akan menerangkan jenis bunga yang dipilih dan maksud setiap jenis bunga tersebut apabila digubah.



Kemahiran menggubah bunga ibarat satu seni dan sama seperti bakat seni yang lain, ada yang dilahirkan dengan bakat semulajadi dan ada pula yang belajar menggubah bunga. Semakin digilap, semakin menyerlah bakat menggubah bunga, tetapi hakikatnya mengikut peredaran zaman, industri ini dianggap keinginan mewah yang tidak penting. Sekiranya diberi pilihan antara sejambak bunga setiap bulan atau menonton wayang setiap minggu, ramai yang akan memilih untuk menonton wayang. Siapa tahu nasib yang menimpa si penggubah bunga yang baharu sahaja berkongsi pengetahuannya kepada lelaki yang membeli bunga sebentar tadi. 




“Di Flower Chimp, kami mahu menyediakan platform perusahaan bunga mampan yang adil dan menguntungkan semua pihak terbabit. Daripada fasa golongan petani yang menyediakan bunga segar setiap hari hinggalah kepada penggubah bunga kami yang meluangkan masa untuk mereka gubahan yang cantik untuk semua orang. Pada masa yang sama, kami bekerjasama dengan banyak penggubah bunga tempatan dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura untuk memenuhi tempahan di luar kawasan,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif. 




Beliau dan rakan kongsinya/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa telah lama menceburkan diri dalam bidang e-dagang di Asia Tenggara sebelum memulakan perniagaan penghantaran bunga secara dalam talian. Mereka pernah menetap di Belanda yang terkenal di seluruh dunia sebagai pusat perkembangan industri bunga global dan mendapat pendedahan awal di situ. “Kami memutuskan untuk menggabungkan kemahiran kami - kami dalam bidang e-dagang dan pemasaran dalam talian; usahawan bunga dalam bidang menggubah bunga - untuk mengembangkan lagi industri ini. Kami mahu kedua-dua pihak untuk mendapat manfaat daripada usahasama dalam talian ke luar talian (Online-to-Offline, O2O) dan bukan melihat platform e-dagang sebagai pesaing kepada perniagaan sedia ada,” kata Lotz lagi. Buat masa ini, Flower Chimp menjalinkan usahasama dengan lebih daripada 100 usahawan bunga di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dan menjangkakan lebih ramai usahawan akan menyertai mereka sejajar dengan perluasan rangkaian mereka di daerah lain di setiap negara. 



Berikutan pengumuman kemasukan pelaburan berjumlah RM6 juta (diterbitkan pada bulan Ogos 2018), usahawan bunga dalam talian terkemuka ini telah melihat perubahan positif dari aspek kesedaran penjenamaan dalam kalangan pelanggan terutama di Malaysia. “Dalam masa kurang daripada dua tahun, kami telah menyediakan satu rangkaian kukuh untuk penggubah bunga kami dan pembekal kami (usahawan bunga tempatan) untuk bekerjasama dan mengikut garis panduan yang disediakan untuk menunaikan janji kami menyediakan bunga segar berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” kata Frassa. 




Pelanggan Flower Chimp akan terus bersukacita menikmati bunga kegemaran mereka dengan insentif penghantaran PERCUMA ke seluruh negara dan penghantaran pada hari yang sama di keempat-empat negara. “Buat masa ini, kami berhasrat untuk mengukuhkan bahagian pasaran kami di Asia Tenggara, tetapi pada masa akan datang, kami mahu membina Flower Chimp sebagai satu jenama global yang memenuhi semua keperluan bunga anda, daripada hadiah sempena sesuatu sambutan seperti Hari Kekasih, Hari Ibu dan musim perayaan hinggalah ke penghantaran bunga segar sebagai hiasan atau hadiah kepada diri sendiri selepas bekerja seharian,” katanya lagi. 

Hubungi Kami: 

Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph


Sinopsis Novel Pujaan Hati Kanda

Hi korang....

Haaa...kerja ke tak tu? ada yang sambung cuti? nasib baik SA ni kan cuti dah habis...betul- betul tinggal sehari je...so kena la pi kerja walau hari ni memang ramai takde...semua pakat sambung cuti ha..bestnya diorang...bertabah la SA kan...so...hari ni nak citer pasal novel terbaru yang SA tengah baca ni..novel yang diadaptasi ke drama lakonan Remy Ishak....hero pujaan hati..bagi je la watak apa kat si Remy tu memang SA suka sangat....semalam SA dah beli novel ni walau baru- baru ni kan...SA shopping kat website Karangkraf 36 buah novel dan tak start baca lagi..sebelum shopping 12.12 lepas ada lebih kurang 20++ novel baru yang SA dah beli dan tak baca- baca lagi...hahaha...nampak tak ketamakkan di situ...so total novel yang SA blom sentuh ada dalam 50++ buah. Huwaaaaaaa...bila nak habis baca...

Ok pembukaan entry hari ni SA selitkan sinopsis novel Pujaan Hati Kanda ni...drama dia kat TV3 rasanya...SA dah tengok kat Tonton. Tapi jalan cerita ada sedikit berubah dalam drama...takpe..SA nak baca novel dulu...nanti bleh layan drama plak...kalau baca novel kita boleh feeling- feeling kan..hahaha....


SINOPSIS

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekaligus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya

Sunday, December 23, 2018

Masakan SA Hujung Minggu

Hi korang...

Selamat berhujung minggu..ke mana hari ni? masih gantung kuali? SA xde istilah gantung kuali..walau tak berapa kuat..tetap jugak memasak..tapi satu dua lauk je la..badan x fit macam dulu...kalau tak SA yg masak...adik atau abah yang masak..sesekali baru Mak SA yang masak...

Semalam SA teringin nak makan siput sedut..doktor cakap xde pantang tapi boleh try and error...so SA mintak abah carikan siput...lauk siput sedut sinonim dengan masak lemak cili api...tapi tu la bab nak potong montot dia tu yang payah... menduga keimanan...hahaha..nak makan sedap kena  la usaha lebih kan...

Eh jom la tengok gambar..ni semua masakan hari Sabtu dan jugak hari Rabu


Siput masak lemak cili api


Kari udang campur terung


Sayur Bok Choy sos tiram


Lauk hari Rabu..sup kaki ayam campur carrot, celery dan kentang


Sambal ikan bilis tempoyak, buat kering-kering


Sayur bayam goreng


Ikan patin masak lemak cili api

Haaa...itu je la lauk pauk dari hari Rabu..ingatkan nak kumpul cukup seminggu tapi ada kala lupa plak nak naap gambar sebab lapar sangat kan..apapun dengan perkongsian ni mungkin boleh bagi idea pada korang kalau buntu tak tau nak masak lauk apa kan..biasa la kita yyang bergelar mak ni memang adakala xde idea nak masak..itu biasa berlaku pada mak-mak yang dh biasa masak kan....SA memang suka masak sendiri sebab tak guna MSG dan sebagainya..terjamin kebersihan dan boleh menjaga kesihatan....

Saturday, December 22, 2018

Senyuman Kembali Cantik Di Akmar Orthodontics Sungai Buloh..

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...haa..ada yang gantung kuali ke hari ni..sure banyak jemputan kenduri kahwin kan, SA ada je jemputan...tapi tak dapat pergi pun..wakilkan mak abah je...dalam keadaan SA macam ni..memang payah nak pergi mana-mana..badan tak kuat...dah la SA kena kena jaga pemakanan kan...kang kalau makan kenduri kang SA x tau apa menu kan...orang cakap SA terlalu paranoid..takde la terlalu paranoid..SA just trauma dengan uncontrolled hypertension yang buatkan SA terlalu takut dan berjaga-jaga...penat tau 2 bulan ni keadaan on and off..tapi takpe la SA fikir positive je...

okey la SA nak citer tentang klinik orthodontic di Sungai Buloh, klinik pergigian baru yang SA satiesfied sangat-sangat. SA dapatkan rawatan di sini untuk scaling dan tampal gigi yang berlubang..biasa la dah tua-tua ni semua dh rosak dan perlu diperbaiki dan SA tak salah pilih tempat sebab services yang bagus baik dari staff dan doktor..rawatan yang SA dapat pun best sangat. Tak rasa sakit pun dan doktor tu lembut je buat kerja..memandangkan SA buat scaling dan tampalan maka agak mahal la bayaran. Nasib ada elaun dentist dan boleh claim semula...mahal sikit pun takpe la...

Jom SA bawak korang jenjalan kat sini...suka dengan suasana kat klinik ni..tenang je... interior moden dengan warna yang menarik...lembut je mata memandang...


Perfecting your smile...


Bahagian registration


Ada sudut sudut kanak-kanak


Laluan ke bilik-bilik rawatan


Mini pantry untuk untuk patient..bagus kan?


Bilik surgery


Ruang menunggu yang menenangkan..


SA suka juga sudut ni..

Best kan...selalunya perasaan takut akan akan menyelubungi kalau kita pergi mana-mana dentist kan? tapi tak kat sini...takde langsung rasa nervous atau takut nak buat rawatan...SA memang akui SA penakut bab jumpa doktor gigi...tapi kat sini rasa semangat nak dapatkan rawatan..over kan?

Siyesly SA suka..dah experience buat rawatan kat sini dan sangat-sangat recommended...trust me...korang takkan rasa takut untuk dapatkan rawatan kat sini...kalau bawa anak-anak pun ok kat sini..sure anak korang tak takut..

Jom buat appointment

Akmar Orthodontics
Tel : 0361450974
Whatsaap: 0169009068
FB : AO.putraone
IG : AO.putraone

Wednesday, December 19, 2018

Hilang 5kg Sejak Kurang Sihat..

Hi korang....

Hari ni SA tak keja..ada follow up dengan Dr Marina dn jugak Physio...saat SA draft entry ni SA baru habis Physio dan tunggu turn untuk jumpa Dr Marina plak...so apa perkembangan Physio hari ni...alhamdulillah SA dah takde rasa sakit kat saraf SA dan rasanya dh boleh mintak stop Physio dah memandangkan cuti SA dah habis betul dah..sampai plan bercuti berdua dengan Dania pun SA terpaksa lupakan tahun ni...kesian Dania cuti sekolah tak kemana pun tahun ni...SA kena la plan untuk cuti akan datang walau tahu next year dia akan hadapi PT3...perlu jugak bawa dia bercuti..dan SA plan kami bercuti berdua...

So sepanjang SA sakit 2 bulan lebih ni...macam-macam dugaan, SA hilang selera makan, SA diserang gastrik teruk, pedih hulu hati, batuk selsema dan demam on and off. Dan hasil hari semua dugaan diatas SA hilang 5kg...






Hilang berat badan tak bermakna SA hilang double chin....inch tu loss banyak jugak bila mana seluar dah mula longgar, baju yang x boleh pakai dah boleh pakai semula macam blouse kaler mustard ni...sebelum ni agak sendat..Isnin ari tu SA pakai terus rasa ok...ramai cakap SA kurus tapi SA tak rasa SA kurus...rambut SA yang panjang SA dh trim dan buat relaxing skit..dah 2 jengkal rambut baru tumbuh..ikutkan rambut asal SA dari kecik memang curly...jenis curl yang kasar tu ..tapi kecik2 dulu abah asyik potong rambut yang curl tu terus jadi lurus...nak sekarang ada teknik rebonding kan..SA duk rebonding je la all this while..pernah gak buat digital perm tapi SA x pandai jaga dan lebih pada malas nak jaga...sekarang rasa nak berambut pendek plak...korang rasa ok tak?

Tuesday, December 18, 2018

Yang Di Tunggu Dah Tiba....Yahooo....

Hi korang...

Ingat x last week SA buat kerja giler dan terjebak dengan sale 12.12, bukan  SA  beli baju ke apa..korang sure tau SA ni memang pencinta novel dan dh ada banyak koleksi novel kat rumah Seremban..adakala pi travel pun SA akan bawak novel...kalau boleh setiap waktu tu memang SA akan membaca..minat membaca tu jatuh kat anak plak...kakak Dania pun suka membaca..kadang xde bahan bacaan dia start baca novel SA..

24 buah novel yang SA beli dari website www.karangkraf.com sempena sales 12.12 last week dah sampai kat rumah hari ni...yang excited tentu la Dania..apa je barang SA sampai memang dia la yg ambilkan..so tinggal lagi 12 buah buku je tak sampai lagi...esok lusa sampai la tu..jenuh nak baca sebab kebanyakkan cerita yang SA pilih memang dari penulis yang best seller..



Cepat betul process dari Karangkraf, bagus service cepat macam ni..boleh shopping lagi nanti kan..novel2 karangkraf memang menjadi pilihan SA...suka betul SA..tak sabar nak balik dan nak pi cari rak buku lagi...rak yang ada ada dah penuh sampai terpaksa SA susun semua novel kat tempat lain..cadangnya nak buat sudut bacaan kat tingkat atas rumah..ada ruang kat situ dan SA cadang jugak nak beli bean bag yang besar tu...leh lepak situ santai2 dan nak pasang kipas siling gak area tu...so anak2 buah balik boleh lepak kat situ membaca..minggu ni insyaallah SA nak pi cari rak yang tinggi skit tu...at least takde la kakak Dania boring kan...boleh dia belajar kat ruang tu nanti...boleh gak dia ajar adik2 sepupu dia membaca dan buat kerja sekolah...so takde la main- main naik tangga turun tangga or lari2 kat rumah...at least diorang boleh buat benda yang berfaedah...

Yeay Mama Belanja Dominos Pizza

Hi korang...

Kita continue lagi yer citer 2 minggu lepas..bertangguh- tangguh kang banyak draft tak settle..nasib belum ada task blogging yang wajib buat lagi..ada la 2 task yang dateline lambat lagi...gambar pun tak ambil lagi dan bungkusan pun tak buka lagi...bukan malas...tak cukup masa dengan melayan badan yang tak kuat ni...masa kenduri tu pun SA tak berapa larat..tapi gagahkan diri jugak...

So petang tu semua dah kemas- kemas..dah penat2...dan sempena birthday mommy Dida, SA pun order la delivery Dominos Pizza....saje bagi diorang happy- happy, Pizza pun sampai dalam pukul 7.30 macam tu rasanya...yang kecik2 dah mandi dan lepak santai depan tv sambil tengok citer Pontianak Harum Sundal Malam..


Adik Dominos sampai dah...


Tak ingat nama pizza la...Mommy Dida yang order semua...siap tambah cheese la apa la...


Larva cake








Sesekali berkumpul...masing- masing dah penat kan..adik lelaki SA yang duduk Muar tu balik malam tu jugak...sebelum balik tu semua makan la Pizza yang dah beli...lauk kenduri pun banyak lagi so makan lauk apa yang ada je...adik bongsu pun balik jugak malam tu sebab esoknya kerja...tinggal kami yang berapa kerat ni kemas apa yang patut..esoknya semua lepak kepenatan...sampai petang lepak..bangun makan...pas tu sambung tido..penat memang penat la..bukan senang buat kenduri ye..nanti nak order lagi la Dominos Pizza...tak puas makan hari tu...tak pun nak order Pizza Hut plak...delivery je senang kan....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah