Friday, November 2, 2018

Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

Hi korang..

Hari ni SA nak share tentang product baru untuk semua wanita...lelaki pun boleh baca dan penting untuk lelaki yang bergelar suami tahu tentang product ini..ye la..lelaki boleh belikan untuk isteri..untuk girlfriend jugak..walau product ini lebih untuk bahagian intim wanita tapi ianya penting untuk pengetahuan am...lelaki perlu tahu...

Lets read...

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?



Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.



Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.



Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.



Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan.



Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.



Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.



Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

26 comments:

  1. Wahh.. . SA pun guna Sumber Ayu Whitening ya... Kak nina pun baru nak try guna. Suka bau nya yang wangi dan segar! Nanti kak nina share review kita lak.. .

    ReplyDelete
  2. memang kena pentingkan penjagaan bahagian intim ni kan. tak boleh ambil sambil lewa je nanti banyak masalah datang

    ReplyDelete
  3. Halal, murah dan berkualiti..saya mmg suka sumber aayu..dh 3 jenis saya try

    ReplyDelete
  4. Emi punya stok yang lama sampai sekarang still tak habis lagi, hehe. Sebab haritu beli banyak sekaligus. Bab penjagaan bahagian intim memang penting.

    ReplyDelete
  5. Macam pernah tengok sumber ayu ni kat bilik air rumah..tapi tak pernah belikan untuk dia..mana reti benda2 ni..pasni boleh buat surpise hahah

    ReplyDelete
  6. Produk wajib ada untuk wanita. Lagi2 yg dh berkahwin.

    ReplyDelete
  7. Wow! Whitening alwyas needed for asian skin, isn't it... 3x somemore.. must be super cool..

    ReplyDelete
  8. Liez pernah guna sumber ayu ni..selain halal, sumber ayu ni bagi liez bagus digunakan sebab liez rasa selesa dan tak merengsakan.. yg whitening ni mmg bantu mencerahkan selain berbau segar

    ReplyDelete
  9. Wahh siap ada Whitening ha. Sekali bersihkan celah peha la kan. Selalu masa hamil paling hitam la bahagian tu. Perubahan hormone. Pastu waktu berat badan naik. Memang jadi gelap. Betoi ke sumber Ayu bleh tolong ni kak?

    ReplyDelete
  10. Saya pun pernah pakai sebotol sumber ayu ni. sebijik yang macam ni. setakat yang pakai tu memang ok je. tak ada gatal gatal ke side efek lain

    ReplyDelete
  11. sumber ayu feminine wash mmg bagus..bau nya yg wangi membuat kita rasa fresh bila guna..rasa gatal dh tiada lagi dan rasa selesa bila berada diluar rumah.

    ReplyDelete
  12. Tak tahu nk komen apa sebenarnya.Hahaha.Produk mcm ni rasa bagus untuk pasangan yang dah berkahwin bagi menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
  13. Tempat penting bagi wanita bahagian bawah memang kena jaga denagn elok. Dahla bahagian tersembunyi, jadi kena la cuci dengan pembersih yang khas, baru jaga elok kan

    ReplyDelete
  14. wahhh nampak baguslah produk nie Kak SA. boleh memutihkan kulit lagi. memiliki kulit yg cerah memang menjadi trend sekarang ini di asia. pasti ramai yg akan cari produk ini di pasaran.

    ReplyDelete
  15. Diharap all women tidak malas menjaga kebersihan dan kecantikan diri, dalaman dan luaran kan. Bukan hanya untuk suami, malah untuk diri sendiri gak kan

    ReplyDelete
  16. Patut akak makin cerah dan makin cantik ini sebabnya hehehehe kita laki boleh guna tak hehehe nak juga putih dan cerah wakakakak tapi sari ayu ni selalu produk untuk perempuan jer...

    ReplyDelete
  17. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White sering saya pakai. Banyak produk lain pun selain pembersih miss V ini. Lulurnya juga saya suka. Kemasan yang di guna juga cukup menarik. Warnax lembut

    ReplyDelete
  18. Produk ni nampak mcm bagus jer..kak pun nk tray jika sesuai dgn kulit kita

    ReplyDelete
  19. Bila dah berkahwin, lagi sangat sangat penting jaga bahagian intim kan.
    Nampak menarik produk ni kak SA.
    Rasa macam nak cari juga la.
    Sebab kebetulan memang nak beli produk cucian tu pun.
    Thank you share kak. 😀

    ReplyDelete
  20. Kak Sue baru nak cuba yang terbaru nie SA.. selalu pakai yang ada daun sirih tu..

    ReplyDelete
  21. mama tgk adik mama ada pakai dan baunya mmg best. cuma mama je xleh pakai sebab alergy mmg xleh pakai fw

    ReplyDelete
  22. bagus produk dari sumber ayu ni.. TB pun suka .. bau dia best.. tapi tak boleh pakai selalu kan..

    ReplyDelete
  23. Ana pun guna sumber ayu ni kak. Best sangat. Rasa segar dan bersih je.

    ReplyDelete
  24. Sebelum ni saya pakai sumber ayu yang botol merah tuh kak. Best

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah