Thursday, November 1, 2018

Flower Chimp Mengakhiri Tahun 2018 Dengan Kempen Berganda Promosi Berterusan Sempena Semua Sambutan

Hi korang...

SA pernah share dengan korang tentang Flower Chimp kan...apa? tak baca? sampai hati....takpe..mesti ada yang x sempat baca kan...no worries..korang bleh baca di SINI...pergi baca cepat..pas tu sambung baca entry ni plak...SA baru2 ni orderkan bunga untuk wife boss..alhamdulillah my boss happy sangat-sangat dan satiesfied dengan bunga yang SA pilih tu...orang lelaki mana tau pilih bunga kan kalau bukan orang perempuan yang pilihkan...sedih diri sendiri x pernah dapat bunga....


Lafazkan dengan bunga!”  Ya, Flower Chimp berbangga dengan seni tersendiri menzahirkan ucapan menerusi bunga. Sama ada ucapan kasih sayang, terima kasih, semoga cepat sembuh, mahupun sambutan perayaan, bunga adalah cara paling mudah untuk menzahirkannya.

Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2018, Flower Chimp melancarkan beberapa kempen secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelbagai sambutan yang berlangsung sepanjang suku akhir ini. Rentetan daripada kejayaan promosi dalam bulan Oktober yang menumpukan terhadap kempen kesedaran barah payudara, pelanggan pasti teruja dengan koleksi dan potongan harga terbaharu yang dilancarkan untuk mereka.

“Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan kami lanjutan daripada promosi Oktober ini dan kami teruja untuk melancarkan kempen terbaharu sepanjang bulan November dan Disember. Tempoh ini merupakan antara jangka masa yang paling penting bagi perniagaan secara umumnya. Dari perspektif usahawan, kami mensasarkan pertumbuhan 100% berbanding suku akhir tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp. “Dari perspektif pelanggan, mereka perlu membuat perancangan awal sebelum penghujung tahun kerana kebanyakannya akan mengambil cuti panjang sehingga awal tahun 2019”.

Bermula dari November, Flower Chimp akan melancarkan kempen baharu yang membolehkan pelanggan untuk terus menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran - Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.



Solo Pun Seronok, sambutan 11.11!
Negara: MY, ID & PH

Walaupun belum berpunya, tidak semestinya anda tidak boleh menikmati bunga kegemaran anda untuk menceriakan suasana di rumah, tempat kerja mahupun menceriakan rakan anda. Sambutlah status solo anda penuh kegembiraan tahun ini dengan potongan harga 11% di platform kami.

Solo atau tidak, siapa kata anda tidak boleh membeli bunga ros merah. Hadiahi diri sendiri sebagai ganjaran selepas hampir setahun bekerja keras. Jangan lupa untuk melihat jambangan klasik seperti Jade (Harga pasaran/RRP: RM179) atau 12 Red Roses Korean Style (RRP: RM159). Kurang gemar warna merah? Bagaimana dengan Purple Hues (RRP: RM99) dan Pink Blush (RRP: RM129)? Ingat, sayangi diri anda!

Promosi ini sah dari 1 hingga 11 November 2018 di Malaysia dan dari 5 hingga 11 November 2018 di Indonesia dan Filipina.

Pancarkan Cahaya Sempena Deepavali
Negara: MY sahaja


Sempena perayaan Deepavali ini, ceriakan musim sambutan ini dengan gubahan dalam pasu yang akan menyambut kedatangan tetamu sempena rumah terbuka anda.

Sesuai dengan warna-warni Deepavali, anda pasti jatuh hati dengan gubahan Kensington (RRP: RM189) yang akan menceriakan ruang tamu anda. Seimbangkan hiasan dalaman anda yang berwarna-warni dengan bunga berwarna putih seperti Carina (RRP: RM259) dan Rise and Shine (RRP: RM199). Anda juga boleh memberikan sentuhan lembut dengan Loyalty (RRP: RM189).


Flower Chimp menambahkan kemanisan tawaran sempena Deepavali ini dengan membariskan pilihan hamper hadiah dalam anggaran harga RM189 hingga RM649. Anda juga boleh menghantar hadiah dengan pilihan makanan vegetarian!

Promosi ini sah dari 1 hingga 7 November 2018.


Keajaiban Krismas!
Negara: MY, ID, PH & SG





Tahun ini Flower Chimp mencetuskan keajaiban pada sambutan Krismas dengan pilihan pokok Krismas DIY.. Dapatkan satu daripada lima pilihan pokok tersebut dan sempurnakan dengan perhiasan kegemaran anda untuk menceriakan lagi ruang tamu. Jangan lupa untuk mendapatkan sepohon yang renek untuk tempat kerja anda untuk menaikkan semangat musim perayaan tahun ini. 


Promosi ini sah dari 28 November sementara stok masih ada.

Rakan Kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa berkata, “Menghampiri penghujung tahun, kami mahu menambah keriangan menerusi tawaran bunga kami di rantau ini. Oleh itu, kami melancarkan kempen khas ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Demografi pelanggan terbesar kami adakah golongan wanita berkerjaya yang tinggal di bandar besar yang menyumbang lebih separuh daripada pesanan harian kami. Sebab itu kami mencuba pendekatan spesifik untuk mengembangkan pengkalan data pelanggan dengan mensasarkan pasaran lain termasuklah golongan lelaki yang juga mempunyai kuasa membeli yang kukuh”.


p/s - Flower Chimp menawarkan ganjaran untuk anda!

Guna kod promo: BIGBANG20 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum. Terhad pada satu tebusan bagi setiap pelanggan. Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018


Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph

Flower Chimp di Singapura
Instagram: @flowerchimp.sg

Mengenai Flower Chimp


Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di negara Asia Tenggara lain.

16 comments:

  1. Cantikkkk bunga bunga depa kak

    ReplyDelete
  2. Seronoknyaaa kalau dapat bunga ni kan..

    ReplyDelete
  3. Sampai bunga gubahan pokok Xmas pun ada ya. Baguslah banyak pilihan. Kita mengidam org hantarkan bunga. Akak hantarkan sejambak. Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh bagus nie !! Siap ada code potongan harga. Tanpa had kininum pembelian pulak tu. Sukanya !! Musahlah nak beri surprise buat yg tersayang dgn adanya perlhidmatan seerti ini

    ReplyDelete
  5. Banyaknya tawaran untuk perayaan yang bakal mendatang di hujung tahun nie. Yang penting, perkhidmatan Flower Chimp nie memang sangat boleh diharap.

    ReplyDelete
  6. Cantik cantik gubahan bunga Flower Chimp ni. Offer banyak jugak sempena perayaan. Sapa2 yang nak bagi dekat tersayang sesuai sangat la grab tawaran ni kan.

    ReplyDelete
  7. Banyak jugka promosi yang dieorang bagi ni. Fadzi suke tengok dieorang punya hamper hadiah tu. Nampak mewah sangat dengan banyak barang

    ReplyDelete
  8. Popular betul rasanya FlowerChimp ni skrg kan, rata2 selalu nampak org review or post pasal their flowers etc. Indeed mmg geram jugak kadang2 tengok koleksi flower bouquet diorang ni, sbb cantik2 belaka! Teringin jugak nak satu nanti rasanya hehee.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya gubahan bunga Flowerchimp ni , haaa yang nak surprise kan orang tesayang tu tunggu 11.11 nanti

    ReplyDelete
  10. wah bunga pun ada sale ye..pergh..ni memang nak kene suruh husbnd buat surprise unuk kita dengan bagi bunga ni..hahaa..

    ReplyDelete
  11. Cantik kan SA pilihan bunga kat Flowerchimp nie.. suka sangat akak..

    ReplyDelete
  12. Goog idea lah Maximilian Lotz dan Niklas Frassa! ..deco bunga tu pun nampak cantik..harga not bad..since ada code promo tu, boleh gk nak try servis ni

    ReplyDelete
  13. wau ada promosi dekat flower chip.. gubahan bunga pon cantik cantik.. banyak tawaran ngan pilihan.. sesuai sapa nak buat suprise kat some one ni

    ReplyDelete
  14. Cantik cantik bunga yang dinual kan kak. Siapa lah nak bagi bunga dekat saya ni

    ReplyDelete
  15. Cantik dan bagus bagus bunganya, sangat cocok untuk kalian yang ingin memberikan bunga untuk pasangan

    regards,

    mazmur

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......