Dominos Memberikan Pengalaman Piza Bertaraf 5 Bintang
Seiring dengan menunaikan janjinya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, serta nilai tinggi dan kemudahan kepada pelanggan, Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaik kepada menunya dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’. Diilhamkan oleh cita rasa barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’ menawarkan cara paling menarik untuk menikmati kelazatan sajian makanan barat.
Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’ terbaru Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept Mall yang terletak di Ara Damansara.
Selaras dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan, daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih sebagai focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle yang lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda. Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam. Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses ‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging kemudian dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.
Rangkaian produk terbaru ini juga membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos Chipotle, tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi rasa manis dan perisa yang seimbang. Disesuaikan dengan cita rasa barat, Golden Chicken Tenders baharu melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan dengan Zesty Coleslaw baharu dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.
Dalam ucapan di majlis pelancaran produk terbaharu Domino’s, Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Dalam usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk, kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.”

Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.
Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 226 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.
Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.
Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di https://www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di https://www.instagram.com/dominosmy/.
yumyum...sedapnya pizza domino...
ReplyDeleteDominos memang favourite saya kak.. Puzza memang lembut
ReplyDeletejnji cheese meleleh msti sedap nih
ReplyDeleteKena cari dominos pizza nampaknya petang ni
ReplyDeleteBoleh delivery kat universiti rabia nanti.hahaha..order byk2.boleh share dgn kwn2 kn.
ReplyDeletecepatlaaaa sampai Sabah pulak!
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
waahh musti sedao ni kan
ReplyDeleteuikkkkkk, bila nak try dominos yang baru ni..da la kita ni peminat daging!
ReplyDeletenampak jugak menu baru ni tapi tak rasa nak try lagi
ReplyDeleteGaji nanti nak try. Belanja anak anak makan
ReplyDelete