Wednesday, October 10, 2018

My Favourite Flowers At Flower Chimp


MENYAMBUT hari kelahiran atau Ulangtahun Perkahwinan atau apa sahaja saat istimewa bersama orang tersayang pastinya merupakan impian setiap individu. Apa istimewanya bunga di mata seorang wanita?Apa perasaan seseorang bila mendapat sekuntum,sejambak bunga??Bila masanya bunga tu layu,apa yang perlu dibuat? Kalau bunga yang diberi itu datangnya dari hati yang ikhlas, ia sangat istimewa..bukan hanya untuk membeli hati perempuan sebelum memiliki malah lebih dari itu hingga tak mampu untuk diungkapkan. Wanita dengan sejambak bunga di tangan..dengan senyuman di bibir ditambah rona wajah yang merah menahan perasaan teruja, pasti kelu tanpa kata- kata...

Alangkah indahnya kalau SA dapat bunga pada hari- hari istimewa dalam hidup SA..cukup sejambak bunga dengan susunan yang indah, warna memukau dan semestinya Ros Merah...pasti hati ini menjadi milikmu selamanya.....

Pernah dengar tak Flower Chimp? Dengar- dengarnya Flower Chimp ni dah mendahului senarai online florist di Malaysia. Sebenarnya SA dah lama jatuh cinta dengan hand bouquet dari Flower Chimp...pilihan bunga yang segar yang sangat berkualiti dan cantik boleh membuatkan seseorang berasa sangat istimewa. Susunan dan gubahan yang menarik menjadikan hasil sejambak bunga menjadi sangat- sangat eksklusif.


Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka


Antara hand bouquet yang best sellers...cantik kan? jatuh hati tak?

Jom Sa nak cerita sedikit, Flower Chimp beroperasi di Mont Kiara, Kuala Lumpur tetapi mereka menerima tempahan dari seluruh dunia untuk membuat penghantaran kepada insan tercinta di Malaysia. Mereka sangat komited terhadap ‘Jaminan Flower Chimp’ yang menjanjikan setiap pesanan hanya menampilkan bunga segar yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. 

Jenama Flower Chimp adalah sinonim dengan mesej dan sentimen yang hanya terzahir menerusi bunga-bungaan. Pengusaha bunga yang bekerjasama dengan Flower Chimp terkenal dengan sifat dedikasi dan mesra. Flower Chimp bukan sahaja satu jenama perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, malah ia akan terus kekal menjadi satu identiti yang sofistikated dengan nilai terhebat bagi setiap pesanan.



Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Korang boleh rujuk senarai lokasi di sini  https://www.flowerchimp.com/pages/most-popular-locations. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

Korang takde idea macam mana nak pilih bunga? Tak payah pening boleh aje pilih di sini  dan kadang kala boleh pecah kepala nak memikirkan apa nak tulis kat kad tu ye? Tak apa, Flower Chimp ada bagi macam-macam idea kat sini nak pilih ayat untuk kad istimewa   . Bukan itu aje tau..kalau ada kawan- kawan yang baru bersalin pun korang boleh juga kirimkan hadiah untuk si kecil https://www.flowerchimp.com/collections/new-baby



Best kan website Flower Chimp ni...selain memberikan perkhidmatan terbaik, mereka berkongsi tips dan idea untuk membantu korang memilih bunga atau hadiah yang ingin diberikan kepada orang tersayang...hey...tidak hanya itu sahaja...khas buat readers dan followers blog SA, korang boleh gunakan Kod Voucher SURIA15 dan korang akan mendapat potongan harga sebanyak 15% di seluruh platform di https://www.flowerchimp.com/ dengan perbelanjaan minima.

Redeem code anda di SINI

Syarat syaratnya seperti berikut:
  1. Baucar hanya boleh digunakan sekali bagi setiap pesanan.
  2. Baucar adalah terhad kepada sekali penebusan bagi seorang pengguna. 
  3. Kod baucar tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.
  4. Tiada pemulangan atau ganti rugi berbentuk tunai bagi potongan harga yang diberi. 
  5. Kod baucar sah dalam tempoh 3 bulan selepas ulasan diterbitkan

Mengenai Flower Chimp




Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com



"Ucapkan dengan sejambak Bunga, Raikan Dengan Bunga,
Miliki Si Dia Dengan Bunga"

Hey si teruna...bertindak segera..dapatkan gadis impian anda...pikat si dia dengan Bunga...semestinya yang terbaik dari Flower Chimp!!

Recommended!!


Website

Facebook

Instagram

27 comments:

  1. Bestnya...siapa nak kasi nieyl bunga?hehehe

    ReplyDelete
  2. Waa menarik! Convo SR minggu ni. Sempat lagi tak nak buat surprise? hahaa. Btw nice entry SA! ❤

    Meh jenguk blog SR:
    www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat bunga! tapi sapa nak bagi hahaha :3

    ReplyDelete
  4. Teringin juga nak dapat sejambak bunga cantik macam ni. Mesti seminggu berbunga bunga cinta. Nak request kat big boss lah sebab free je caj delivery. Save masa dah tu.

    ReplyDelete
  5. best kalau dapat sejambak,,,lma tak dapt bunga

    ReplyDelete
  6. The best part is to receive flowers.... giving flowers is also very nice... the art of giving and receiving... flower chimp is the best!

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh cantiknya page ni dengan bunga sana sini sinun. Bunga ni memang la best kalau dapat ni. Nak nak jambangan bunga sebesar yang Fazura dapat dari Fattah Amin tu...eh?....atas tu saya pilih bunga pink gambar 2nd last tu...

    ReplyDelete
  8. memang hati berbunga-bunga kalau dapat bunga camni..hahaha..dah lama tak dapat bunga nampaknya kena bg cik abe la link ni senang dia nak buat suprise kat kite nanti hahahaha

    ReplyDelete
  9. Menarik betul perkhidmatan mereka.. Hurmmm nanti nak bagi hint kat hubby la suruh beli bunga.. hihihi

    ReplyDelete
  10. uiii seronoknya ada servis camni. tak payah susah nak fikir beli kat mana bagai. boleh lah try beli dekat sini nanti

    ReplyDelete
  11. Cantik betul gubahan bunga dia..

    Kak SA.. hadiah dah sampai.. TQ so much..
    Entry publish malam nie..(https://kasihkuamani.blogspot.com/2018/10/hadiah-dari-blogger-suria-amanda.html)

    ReplyDelete
  12. cantiknya bunga2 tu semua...bolehlah buat surprise untuk yang tersayang...harga pun berpatutan sangat dah tu..

    ReplyDelete
  13. terima bunga. lama dah x terima, SA.
    dulu kala, pernah gak dpt surprise dari mr.asben.
    ni... lama dah ni. sekuntum pun tak nampak helai daun nyer tau.
    aduhai...

    ReplyDelete
  14. suka juga tengok bunga dekat flower chimp ni..smeua cantik dan segar je..kalu dapat memang seronok sangat ni..dia punya bunga sejambak besar tu..

    ReplyDelete
  15. Tengah tunggu jugak ni siapa yang nak bagi sis bunga ni, dari tahun ke tahun tunggu tapi tak sampai2 jugak..huhuhu. Geram betul tengok bunga dan gubahan yang diorg buat, cantik sangat

    ReplyDelete
  16. Wow bestnya kalau dapat hadiah bunga segar macam ni walaupun orang kata bunga ni sinonim dengan perempuan tapi kita lelaki pun dalam hati ada taman tau hehehehe nak juga sapa nak kasi kita...

    ReplyDelete
  17. The flower arrangement is so so pretty. Would love it if someone get this for me hehe. Perfect for any occasion. Not just the valentine

    ReplyDelete
  18. Memang cantik gubahan dan hasil kerja yang mamtap dr flower chimp!! Geram AM tgh setiap satu gubahan nya.. ada yg nak kasi bunga pada AM make sure flower chimp tau, baru AM terima.. hehehe

    ReplyDelete
  19. Selalu juga dengar pasal flower chimp. Terus rasa nak hadiahkan bunga untuk orang tersayang . Selalu bagi bunga orang akaj teruja Dan jatuh hati kan .

    ReplyDelete
  20. Best kan kalau dapat surprise delivery bunga, hehe. Boleh bookmark sesiap entry ni, kot2 nanti nak bagi surprise kat sape2 kann

    ReplyDelete
  21. sukakan kalau dapat flower chimp ni....bunga dia semuanya nampak fresh dan gubahan dia berseni sangat cantek...kalau ada org nak kasi kita bunga kan best hahahah

    ReplyDelete
  22. seronoknya dah ada servis macam nie. senanglah nak buat kejutan utk mereka yang tersayang. lagi2 orang pompuan, memang suka benar dengan bunga. okay lepas nie tahu dah mana nak dapatkan servis mcm nie

    ReplyDelete
  23. bestnya bau bunga segar. lagi best kalau yang tersayang yang bagi. tapi tula, tak pernah dapat lagi setakat ni. HAaa, aci tak kalau nak order bunga hantar ke diri sendiri?? hehe, ala-ala macam reward diri sendiri la. Boleh order ngan flower chimp ni.. hehe

    ReplyDelete
  24. Lama xdpt bunga..ni kalau dpt ni..mesti berbunga2 rasa hati ni...
    Haihhh kena hint2 yg berkenaan la nak bunga..hahahha

    ReplyDelete
  25. Cantik2 gubahan bunga dia kan kak sa

    ReplyDelete
  26. Cantik cantik bunga yang ada.. Siapa nak bagi dak Mimi bunga.. Cepat2

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah