Thursday, October 4, 2018

Membeli Belah Sementara Menunggu Penerbangan Anda Di Agrobazaar KLIA2

Hi korang....

Assalamualaikum dan selamat tengahari..

Dalam keterujaan kita rakyat Malaysia berbelanja di shopping-shopping mall terkemuka atau di luar negara kita bagaikan terlupa sebenarnya di Malaysia khususnya di KLIA2 terdapat tempat menarik untuk lepak santai dengan keluarga atau kawan-kawan sekerja. Eh betul ke ni...yes..memang terdapat tempat untuk bersantai..antaranya adalah Agrobazaar yang memasarkan majority produk -produk Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (IKS).Alhamdulillah SA lihat produk- produk tempatan ini semakin hari semakin berkembang dan mendapat sambutan. Baik dari dalam mahupun luar negara.Kalau dilihat hari ini, permintaan produk-produk IKS begitu meningkat dan semakin hari semakin mendapat kepercayaan dari pengguna.



Agrobazaar semakin dikenali kerana lokasi  yang strategik dimana ianya dibuka di lapangan terbang antarabangsa KLIA2 sejak Januari 2017. Merupakan hub atau pusat  produk-sehenti untuk produk IKS dengan pelbagai pilihan menarik. Agrobazaar juga merupakan platform terbaik untuk pengusaha-pengusaha produk IKS memasarkan produk serta usaha meluaskan pasaran produk mereka. Apa yang menarik produk- produk ini diperkenalkan tidak hanya kepada pengunjung dalam negara sebaliknya kepada pengunjung luar negara. Malah  semakin dikenali dan mendapat sambutan ramai sejak Agrobazaar berwajah baru. Tak susah nak cari pun kerana Agrobazaar Malaysia terletak di pintu Pelepasan Dalam Negeri di KLIA2.



Patut la SA selalu cari produk- produk keluaran IKS di supermarket terdekat sebelum ni tak banyak yang ada..rupanya dipasarkan di Agrobazaar. So dah tau lah kat mana nak cari produk ni semua. Boleh la SA berkunjung ke KLIA2 cuci mata.

Kenapa SA suka produk IKS?

Sebab utama adalah kepelbagaian produk tak kira makanan, minuman ataupun buah- buahan yang berkualiti. Melalui pemerhatian SA , kebanyakkan produk- produk IKS kita mampu menandingi produk yang dikeluarkan oleh kilang besar  kerana beberapa faktor:
  • Kualiti 
  • Pembungkusan dan imej
  • Promosi
  • Pasaran
  • Penambah baikkan
Oleh itu sekali gus membuktikan bahawa produk IKS boleh pergi jauh dan boleh mencapai standard pasaran yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha produk IKS. Contohnya apa yang anda lihat barangan yang terdapat di Agrobazaar KLIA2. Pemasaran produk IKS di sini sangat menepati kerana menjadi pusat sehenti yang secara langsung menjadi tumpuan orang ramai khususnya pelancong luar. Sambil menunggu penerbangan mereka boleh membeli belah disini sekaligus secara tidak langsung kita memperkenalkan produk tempatan kepada orang luar.


Pembungkusan produk pun memainkan peranan tau..ini membuktikan bahawa imej dan cara pembungkusan sangat mempengaruhi pembeli. Nampak tak bungkusan makanan yang terdapat di ruang pameran Agrobazaar sangat- sangat menarik. Penggunaan bungkusan dan warna yang menarik. Kalau SA kat sini memang leka memilih..semua nak beli..nak plak SA suka memasak. confirm SA borong produk masakan.


Makanan ringan atau kudapan menjadi pilihan pengunjung


Setiap bulan akan diadakan promosi produk dari lain - lain negeri. Contoh seperti dalam gambar diatas. Promosi produk dari Negeri Kedah..eh.. bulan Oktober ni produk dari negeri mana pula diketengahkan? Jom la kita ramai- ramai terjah..tak terjah tak tahu kan...eh..satu lagi SA nak bagi tau ni...produk- produk yang terdapat di Agrobazaar KLIA2 adalah HALAL. Terdapat lebih 700 produk tempatan dipasarkan dan boleh didapati di sini.


Produk dalam tin seperti sardin, pes masakan, sambal, sos , kicap dan juga kordial


Minuman 3 dalam 1 (3in1)


Madu, jem buah- buahan dan pelbagai lagi


Makanan segera seperti Rendang Ayam With Pilaf Rice. 


Chocolate dengan pelbagai pilihan


Selain membeli belah produk- produk menarik. Sementara menanti jadual penerbangan apa kata kalau anda lepak santai di KOPIESATU cafe di Agrobazaar KLIA2 ni..pelbagai minuman dan makanan mengikut promosi terdapat di sini. Dengar khabar Nasi Dagang nya hebat dan mendapat permintaan tinggi, begitu juga Laksa johor dan kuih muih yang dihidangkan...alahai...SA kalau bab  makanan ni memang lemah. Kalau ada yang cakap sedap dan recommended mesti SA terbayang- bayang dan tak sabar nak mencuba.


Staff yang peramah dan sangat membantu


Menu- menu yang diperkenalkan mengikut bulan promosi


Pencuci mulut tak ketinggalan



Ruang bersantai yang sangat luas dan selesa


Sambil menunggu jadual penerbangan sambil menjamu selera..best kan?


Ruangan yang selesa dan mesra bayi juga ye..


Wifi percuma turut disediakan untuk anda..so takde la boring kan..sambil makan boleh layari social media..wifi pun laju..


Hey kaki selfie/ wefie diluar sana..jom selfie di sini dan redeem teh tarik percuma..Jangan lupa pastikan akaun media sosial anda tidak private. Tempat lain mana ada selfie dan muat naik di social media dapat teh tarik percuma..haaa..kat Agrobazaar KLIA2 ada...jangan lupa tau....


Macam SA..bukan selalu pergi travel..so tak selalu la boleh terjah Agrobazaar KLIA2. Tetapi tak perlu risau sebab zaman teknologi dan sosial media sekarang semuanya di hujung jari..SA masih boleh membeli belah barangan di Agrobazaar KLIA2 melalui online sahaja. Sekarang semua dah senang. Pelbagai barangan yang ditawarkan dengan harga menarik serta terdapat promosi produk terpilih.. terus ke pautan ini https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agrobazaar.app

Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-

1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
2) Buka App Agrobazaar Online
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan 
6) Bayar atas talian atau COD




SA rasa bangga sebab banyak produk tempatan dipasarkan disini. Selain untuk kegunaan persendirian. Kita boleh beli produk- produk ini sebagai buah tangan untuk kawan- kawan..secara langsung kita dah promosikan produk- produk tempatan ke luar negara kan. Mana tau kalau kita nak ke luar negara..boleh jer jadikan sebagai buah tangan. Siapa lagi nak sokong produk tempatan dan pengusaha- pengusaha IKS di negara kita sendiri kalau bukan kita kan?Dengan apps Agrobazaar Online, anda boleh membeli belah di mana- mana sahaja..dan yang penting jangan terlepas promosi dan diskaun untuk belian online.

Maklumat lanjut 



27 comments:

  1. Such a great bazaar.. so many agro stuff to sell and to shop... great way to kill time.. shopping shopping.. let's go shopping!

    ReplyDelete
  2. Best tau sebenarnya barangan IKS ni. Lebih baik dari yg lain tu. Suka shopping dkt IKS. Lepas ni online je senang.

    ReplyDelete
  3. meanrik ni, sya suka barangan IKS

    ReplyDelete
  4. Menarik jugak ni agrobazar dalam klia ..sementara nak menunggu tak da bosankan ..boleh tengok produk iks..sekali gus boleh membeli belah

    ReplyDelete
  5. hehe.. seem nice place to shop, thanks for sharing. Now we know where to go if we are there.

    ReplyDelete
  6. Ohsem ini.. Kalau terjalan ke KLIA bolehlah lepak dan beli belah di Agro Bazaar..

    ReplyDelete
  7. wah menarik. dah la banya produk. kawasan pun selesa..:)

    ReplyDelete
  8. Rawlins suka bila ada Agrobazaar di airport - salah satu cara promosi barangan tempatan ke persada antarabangsa. Good job.

    ReplyDelete
  9. Yaa suka suasan tempatnya. Masa ke HK hrtu kita singgah gak siap duduk minum kopi kat situ hehehe

    ReplyDelete
  10. ini bagus. klia2 port pelancong.
    sementara tunggu, boleh shopping brg malaysia.
    ni inisiatif yg ohsem di mana kita mempromosikan brg kita di lokasi yg sgt tepat.
    aida lama da tak jejak ke klia2.
    tak ingat bila last :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  11. Agrobazaar ni menarik! Lagi best sebab dekat dengan airport. hehe. Jom support lokal lahh!

    ReplyDelete
  12. Boleh nih cuci mata di KLIA2 nanti kli so balik dri kL minggu nanti. Skg lgi pusing pusing kota kl dulu lah hehee

    ReplyDelete
  13. Baguslah ada agrobazaar kat KLIA 2 skrg. Sementara tunggu flight boleh shopping. Mcm2 barang best boleh shopping kat sini

    ReplyDelete
  14. Bagus sebenarnya ada agrobazar ni di KLIA2, secara tak langsung dapat mempromosi produk-produk hasil tempatan dan akan dapat tempat di persada antarabangsa. Kinah dah lama tak pusing sini. Bolehlah jalan-jalan sini nanti

    ReplyDelete
  15. walau dekat tak pernah singgah pon, disebabkan SA dah up apa yang menarik terdapat dekat situ... balik kerja nanti nak singgahlah he he he

    ReplyDelete
  16. memang tepat lah lokasi Agro Bazaar ni..tempat laluan keluar masuk ke negara ini lak kan..harap2 nasi dagang tu leh jadi viral kt negara luar bila pelancong try makan nanti..hehe

    ReplyDelete
  17. Mmg bagus Agrobazaar ni ada bukak kat KLIA tu, sgt strategik lokasi dia. senang boleh memperkenalkan produk2 keluaran tempatan kepada para pelancong luar negara, or orang2 kita pon senang nak membeli kat sana.

    ReplyDelete
  18. wow.. macam-macam produk ada dalam Agrobazaar ni. strategik juga lokasinya di KLIA2. Dapat juga memperkenalkan pelbagai produk tempatan kepada pelancong luar.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  19. pusat sehenti yang menawarkan pelbagai produk tempatan. selalu juga singgah sini masa kerja di klia2 dulu. and kopi yg jual dekat Kopiesatu tu srious sedap. semua patut cuba !

    ReplyDelete
  20. Kalau sis sementara nak tunggu penerbangan..bilehle beli makanan atau air utk makan kat sana. Tapi kalau nak balik lps penerbangan bolehlah shopping sakan kat sini utk stok kat rumah..:). Bagud betul ada kedai cam ni

    ReplyDelete
  21. bagus ada kedaiyang menjualbarangan agro dekat KLIA.. sbb klia adalah tempat pelancong menjejakkan kaki utk pertama kali sebelum bercuti.. even tempat terakhir mereka bolh singgah sebelum terbang balik ke negara masing2.. so diaorang mkn nampak produk2 tempatan

    ReplyDelete
  22. rasa nak ke sana lah plak untuk shopping dan sambil nak rasa kopi di sini. tunggulah weekend ni kan kalau tak de nak buat apa2 boleh je pi

    ReplyDelete
  23. Okey, next time sebelum fly nak singgah beli makanan kat sini buat bekal. Especiallyy sebelum travel oversea. Nampak macam ada makanan ready to eat.. menarik barang-barang kat sini. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  24. Wahhhh tak sangka ada macam2 erk dekat agrobazaar ni. sementara tggu flight boleh usya dulu kat sini.

    ReplyDelete
  25. Bgus lq ada mcm2 mkanan ikut negeri dekat sini kan..dpt juga kenalkan dekat pelancong2 asing yg turun dekat sini

    ReplyDelete
  26. kalau bosan bosan menunggu kat KLIA tu bolehlah shopping sini kejap kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah