Monday, October 29, 2018

Tragedy Oktober..Speedy Recovery...

Hi korang...

Alhamdulillah SA dh discharged dari KPJ Seremban tapi macam biasa la akan terus dengan follow up dan akan melalui beberapa sesi fisio theraphy sepanjang November nanti dan follow up 19hb..tapi minggu ni SA x perlu amik cuti sebab dh ada MC...cuma next week la kena amik cuti...so..cuti yg ada  memang habis untuk fisio la nampknya...

Hari ni SA nak share sepanjang masa SA warded ..alhamdulillah allah masih sayangkan SA dan SA diberi kesempatan untuk hidup lagi..banyak lagi yang SA belum lakukan sebagai anak dan sebagai seorang mama...


Hari pertama dalam HDU..HDU merupakan ward observations bawah ICU


ni masa kat emergency


Macam biasa la kena pasang benda ni


dengan wayar berselirat...pantau jantung dan darah tinggi


Hari ke dua masuk ward biasa


Hari ke 3 fisio


Fruit basket dari office

Alhamdulillah SA dh ok...jantung x bengkak..cuma perlu jaga pemakanan dan kawal darah tinggi...memandangkan SA dapat serangan jantung dan darah tinggi..maka officially SA dah kena consume ubat darah tinggi seumur hidup....sedihnyaaa....tapi takpe la..SA mengalah demi demi kesihatan..SA dh kena kena pentingkan kesihatan untuk terus sihat..SA banyak tanggungjawab kan...pada anak..pada mak abah....so SA perlu lawan...x boleh lembik sangat....terima kasih atas doa-doa korang...alhamdulillah masih ada yang sayang..

Saturday, October 27, 2018

Bila Adab Melawat Orang Sakit Tidak Dipeduli

Hi korang...

Hampir 2 tahun SA x warded...merasa la warded dari Khamis lepas ha...sakit memang x kurang lagi..ikutkan bila kita masuk ward ni kita nak rehat..nak cepat sembuh..makan ubat dengan teratur..tapi lain plak jadinya bila adab melawat orang sakit ni tak di ambil kisah oleh sesetengah org..SA memang gunakan insuran..masuk hospital swasta ni bukan murah..memang mahal..memang dia pun bayar insuran..tapi x payah la satu kampung datang melawat...nak datang ramai-ramai tu SA x kisah...tp jaga la adab..jangan buat bising..jangan biar anak tu berlari sana sini...

Gambar dari google.com

susah bila orang x faham bahasa dan takde adab melawat orang sakit ni..borak pung pang macam kat kedai mamak..satu keturunan masuk dalam ward..yang sakit tu demam je ..SA ni tekanan darah tinggi, Ada masalah jantung....langsung tak hormat, terjerit sana sini...tadi siang on tv mengalahkan orang pekak..ni masalah yang dewasa berborak ketawa macam kat kedai kopi...lagi ditegur lagi bising...berapa banyak kali nak suruh nurse tegur....hormat la kat orang sakit...susah orang melayu takde adab ni😑😑😑

Elok nak keluar ward hari ni..tak boleh...sebab tekanan darah on and off...leher tegang sgt2..ingat kita ni masuk ward nak suka2 ke..SA dh geram SA tegur...laki dia jawab saya bayar ward ni beribu..guna insuran..abis ingat SA masuk free?makin lama SA ni makin stress...



Meh SA nak share tips dan adat melawat org sakit..

Adab Melawat Orang Yang Sakit

gambar sumber google


Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”

Hukum melawat orang sakit


Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya : “Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit


Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.

Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh.
Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.


Till now...see you next entry....

Friday, October 26, 2018

Tiada Kejayaan Tanpa Usaha...

Hi korang....

Apa Apa yang korang rasa apabila penulisan dan juga hasil kerja korang dan rakan -rakan blogger di beri pengiktirafan oleh client...link penulisan korang diberi highlights dalam magazine company dan diedarkan seluruh dunia..heyy its an amazing feeling guys..satu kepuasan yang tak dapat digambarkan..tahniah buay diri sendiri dan kawan-kawan..kena maintain prestasi semua...



Link entry SA tersenarai dlm majalah Cannis


Link kawan- kawan lain juga

Tujuan SA share kat blog ni sebagai kenangan..bukan mudah ye nak dapatkan kepercayaan dari client...usaha tangga kejayaan kan...tapi ada pulak yang x suka..tapi x kisah la...bukan tugas kita nak make sure semua orang puas hati kan...janji kejayaan ini untuk memantapkan profile dan platform SA..hanya kawan-kawan yang berada dalam dunia blogging je yg faham kan...tidak ada satu kejayaan tanpa usaha...dan kami semua blogger berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik...kalau ada sikap dengki mendengki..ianya satu kerugian...

Jumpa lagi next entry

Thursday, October 25, 2018

Doakan SA...


Assalamualaikum...

Jangan terkejut...

Ye SA warded dan sedang dapatkan rawatan di hospital...

Heart burn yang SA sangkakan gastrik rupanya simptom tekanan darah tinggi...memang melampau tinggi dan mengganggu pernafasan...

Alhamdulillah..tekanan darah makin ok..

Doc nak continue treatment dan nak monitor jantung..

Doakan SA...semoga tiada apa yg mudarat...

Wednesday, October 24, 2018

Minum Segelas Susu Dutch Lady PureFarm Untuk Melengkapkan Sarapan Anda

Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu


Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.



Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.



Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.



Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

Jom tengok breakfast lengkap SA sepanjang 5 hari kempen.


Hari Pertama


Hari ke 2


Hari ke 3


Hari ke 4


Hari Ke 5


"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.



Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

Malaysia Owned Company Cannis App To Be Listed On NASDAQ IN 2021

“The Future Star Of Nasdaq ~ Cannis”


The upcoming Greatest Star in Nasdaq was held at the Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) on Oct. 21. The event celebrates the success of accumulate 100,000 users in less than two months.
Cannis App is a 7 in 1 app that includes 7 hot features / apps today including: Live broadcast online, e-commerce, online games, creative videos, social media, shopping discounts and Cannis payments.




Cannis continuously invests in the most popular industries, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines etc. since early 2018. With the corporation with their strategic partners, they have extended their markets in many South East Asia countries rapidly, becoming the most potential upcoming greatest Star in Nasdaq.




Cannis’s Chief Executive Officer Dato Dr. Azman Ching also stated that their partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, high tech agriculture , preventive medicines and beauty industries. He looks forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.



App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record 


The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record.



Analysing the App categories under increments of downloads, games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.


Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential. Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function.





Virtual world meets entity O2O Mode

Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streamings, and back-end goods delivery services become smoother.

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.


The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. (Yang Zhi Wei) stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness

Cannis Strategic Partners



Strategic partners present on the day include EMPRO’s Professor Dr Coco Alex Yeoh , Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of Speed Notion(ε‡―δΌ˜ε½±θ§†ζŽ§θ‚‘ζœ‰ι™ε…¬εΈ), Miss Bo Bo, President of (LongTV) Longvision Media Sdn. Bhd Mr Chis Yen, Managing Director of Weber PDT Cancer Treatment Health Wellness Centre Prof. Madya Dr. Martin E. Roberts, Chairman ,CEO and President of MAS Capital Inc(εθ΅„θ‚‘δ»½ζœ‰ι™ε…¬εΈ), Mr. Aaron Tsai and Korea Cancer Rop Co.Ltd CEO Dr. DNA Mr Janning Lee.



The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri Ong Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable.



Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings , social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand from South East Asia to the rest of the world. For more information, please visit http://cannis.app.

Tuesday, October 23, 2018

Jerat Cinta Internet

Hi korang...

Hari ni SA terpanggil nak share dengan korang 1 artikel yang SA baca bulan lepas. Artikel tentang cinta internet.Zaman sekarang zaman teknologi, zaman semuanya tentang gadjet, tentang media sosial kan?Tak mustahil banyak atau ramai yang terlibat dalam gejala sosial antaranya terjerat cinta internet ni.Selalunya yang menjadi mangsa adalah anak- anak gadis, mereka yang bergelar janda ( bukan SA haha) andartu dan wanita- wanita berkerjaya. Fenomena ini memang sangat- sangat menakutkan memandangkan perbezaan zaman SA kecil- kecil , remaja dan dewasa sangat -sangat berbeza. Kalau zaman SA dahulu jenayah tidak terlalu banyak malah kami remaja perempuan bebas bergerak kemana- mana. Kalau ada pun gejala sosial sangat kecil peratusannya. Mungkin zaman SA bukan zaman internet. Gadjet pun takde masa tu..kalau nak berkenalan dan bercinta melalui surat atau telefon awam sahaja.

Gambar sumber google.com


Hati berdebar- debar malah mungkin tidak lena melelapkan mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata. Namun sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber. Zaman sekarang ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walau hakikatnya anak sudah berderet. Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba "menjerat"cinta sekadar memenuhi masa lapang atau suka- suka. Dan akhirnya terjerat diri sendiri. Lepas tu rasa melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang internet itu.

Namun ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula. 

gambar sumber Google


Dari sudut positif pula ( biarpun peratusan tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan. Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta. SA pernah jumpa pasangan yang bertemu di alam siber dan kekal bahagia sampai sekarang. Apapun tidak salah mengambil langkah berjaga- jaga sedari awal. Beringat sebelum kena bukan menyesal sesudah terkena.


Untuk mengelak daripada terkena, SA share panduan berikut yang mungkin boleh dijadikan peringatan kita bersama

  • Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemu dengannya.
  • Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi, Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda belum mengenali rakan siber anda itu.
  • Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari
  • Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar- benar mengenali personaliti seseorang itu
  • Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.
  • Kebiasaanya ada 2 golongan dalam masyarakat internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti dan lazimnya mereka mempunyai niat tertentu. Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura- pura.
  • Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui internet kelihatan benar- benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura- pura di internet.
  • Jangan menganggap sembang di internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk betul- betul mengenali pasangan anda
  • Anda boleh berkongsi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.
  • Berhati- hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

TIPS UNTUK BERJUMPA KALI PERTAMA

  1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati, Jika tidak, terus sahaja menjadi rakan siber.
  2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan - rakan anda sekali. Jangan sesekali pergi seorang diri.
  3. Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersama nya selamat. Jangan sesekali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan diatas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada
  4. Apabila bertemu , orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa anda berbual di internet
  5. Jika anda rasa sesuatu yang tidak kena,elakkan perjumpaan itu segera.

Gambar sumber google.com

TIPS UNTUK PERTEMUAN SETERUSNYA

  1. Teruskan perasaan was- was terhadap orang yang anda temui.
  2. Teruskan langkah berjaga- jaga seperti perjumpaan pertama
  3. Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja.ini penting untuk memudahkan anda mencarinya sekiranya berlaku sesuatu.
  4. Anda perlu mengenalnya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan kepribadiannya.

gambar sumber google.com

Itulah sedikit sebanyak perkongsian SA untuk hari ini. Anak- anak gadis atau sesiapa sahaja diluar sana...berhati- hati. Zaman sekarang situasi tidak selamat.. Walau dimana anda berada. Sematkan dalam hati dan fikiran untuk tidak mempercayai sesiapa sahaja. Elakkan dari menjadi mangsa. Sama- sama kita menjaga batas pergaulan. Menjaga nama baik ibu bapa dan yang penting menjaga keselamatan diri kita sendiri. Tiada orang lain yang akan menjaga diri kita kecuali diri kita sendiri. Jangan sesekali terjebak perangkap cinta zaman remaja. SA bercakap berdasarkan pengalaman, pembacaan dan apa yang SA nampak. SA sendiri ada anak dara yang semakin meningkat remaja. Diusia ini remaja akan lebih suka memberontak. Sebab itu SA buat entry ini..Buat ibu- ibu diluar sana. Jangan ambil mudah pergaulan anak gadis atau anak lelaki anda. Jadi seorang kawan kepada anak kita sendiri. Luangkan masa untuk berkongsi apa sahaja masalah dan cerita. Insyaallah..kita mampu menjaga anak kita sebaiknya....

Monday, October 22, 2018

Kepah Sweet Sour Untuk Ibu Preggy

Hi korang...

Minggu ni SA rehat seketika dari bisnes masakan. Ada antara korang yang tak tau SA jual menu masakan SA kat office. Ambil order..tapi minggu ni rehat sebab tak berapa sihat. Sabtu SA diserang heart burn lagi dan migrain..haih..dah umur ni penyakit cepat singgah...SA tak sihat hari Sabtu kan...tapi hari Ahad SA masak untuk tengahari..kebetulan adik bongsu yang preggy anak kedua nak makan Kepah Sweet Sour. Dia pergi beli Kepah lepas tu SA masakkan...kebetulan SA mintak abah belikan Ayam Kampung kan...so apa lagi..masak jugak la..Ayam Kampung SA buat Masak Lemak Cili Api..apa lagi la menu orang Nogori kan...Masak Lemak Cili Api je la yang senang. Ada kacang botol mak beli..SA buatkan goreng berlada..pas tu up sambal sardin sebab anak dara teringin....SA layankan aje la...Langkah kanan bila ada tetamu datang rumah...Mak Lang dan Pak Lang pun sampai..mereka baru balik tengok Paksu SA kat hospital. Lagi meriah makan tengahari kami...sayangnya SA hanya meratah lauk...tak makan pun nasi sebab risau heart burn makin menjadi...so kena pantang skit makan..SA makan juga...tapi kena kerap makan...ubat memang tak tinggal la kan...Gaviscon..bukan sedap tapi kena telan jugak....


Kepah sweet sour...elok fresh walau adik beli yang dah siap bungkus...


Dah siap masak..


Kacang botol goreng berlada


Sambal sardine...


Video Kepah sweet sour...

Eh....

Mana gambar lauk Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api...Tetamu dah datang kan...SA tak sempat nak amik gambar...hahahaha....alaaa...dh biasa pun tayang gambar masak lemak cili api kan...sama jer...orang Nogori kan...itu je la Special dish diorang...
Ada mintak SA share resepi Kepah sweet sour..sebab macam nampak lain..takde lainnya la uolls...end up masa dah nak masak tu..korang pukul telur ayam 2 biji...pukul separa kembang macam nak buat telur dadar tu...then curahkan dalam masakan...gaul2...haaaa...jadi la sweet sour macam tu...untuk Lala atau Kepah SA memang masak sweet sour letak telur..ada kawan chinese ajar masak macam tu dan memang sedap...korang cuba la....

Pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance

SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI ANDA....


Tahukah anda sekarang ini, penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa? Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh yang lama.



Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017). 



Punca utama penyakit gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.



Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung. 

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah mejadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun bekerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri. 

Bercakap pada pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE baharu, En Tatsuya Horiuchi, Pengarah Urusan Southern Lion menyatakan bahawa “Di Lion Corporation Japan, visi kami adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan harian serta menjadi peneraju inovasi pembangunan produk yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan dan kebersihan kepada pengguna kami. Matlamat kami dalam penjagaan mulut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi sehingga menjangkau usia 80 tahun agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik;” Sementara itu, Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari - Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia sambil menekankan tentang kepentingan kesihatan gusi, berkata “Penyakit gusi sangat berleluasa di Malaysia. Gusi yang sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadiri temu janji dengan doktor secara berkala. Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah, gusi merah dan bengkak. Dapatkan bantuan professional jika anda mempunyai tanda-tanda masalah gusi dan dapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit gusi boleh diatasi pada peringkat awal.” 

 Mr. Edward Liew, Deputy Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd,Mr. Allan Khong, Executive Director Sales & Marketing of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd,Mr. Tatsuya Horiuchi, Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd,Ms. Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watson’s Personal Care Sdn Bhd and Mr. Kenta Suzuki, Oral Care Specialist, Lion Corporation Japan Oral Care R&D

Systema Gum Pocket Man, Dr. Aida Nur Ashikin, Deputy Dean of Academic, Universiti Teknologi MARA (‘UiTM’), Mr. Tatsuya Horiuchi, Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd
Yang Berusaha Dr. Nomah bt Taharim, Principal Director of Oral Health, Ministry of Health Malaysia, Mr. Edward Liew, Deputy Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd and
Dr. Ahmad Sharifuddin Mohd Asari, President of the Malaysian Society of Periodontology 


SYSTEMA memahami isu penyakit gusi yang meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan; SYSTEMA ADVANCE, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi. 


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa.


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara: 

- TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyingkiran 

- IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria 

- GK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.

Systema Advance Deep Clean Whitening

Systema Advance Extra Gum Protection

Systema Advance Extreme Clean Breath


Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan. 

Lebih penting lagi, melalui Pergigian Penegahan, Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua. Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance, Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bertemakan “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” ataupun “SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI” kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi. 

Sepanjang kempen berlangsung, Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UiTM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakiti gusi serta penjagaan mulut yang baik.




Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat, SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersemepena KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH”. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UiTM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlangsung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan. 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” sila layari www.southernlion.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY