Saturday, September 15, 2018

SAFI FAIR BEAUTY “Yakin, Cerah, dan Ceria dengan 8 Manfaat Kecantikan SAFI Fair Beauty!”

Tidak yakin ketika menghadiri temuduga?

Selalu menggunakan aplikasi “filter” sebelum memuat naik gambar

di media sosial?

Dah pakai baju cantik- cantik pun si dia tak perasan? :(


Jangan risau…. SAFI FAIR BEAUTY jer lah!

Kebanyakan gadis mementingkan tanggapan pertama ataupun “first impression” tidak kiralah ketika menghadiri sesi temuduga, hujung minggu dengan sahabat lama, ataupun temujanji pertama bersama si dia. Masalah kulit wajah yang kusam serta tona yang tidak sekata akan menurunkan keyakinan diri. Hakikatnya, rungutan tentang masalah sebegini bukanlah sesuatu yang baru.



Tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan, kualiti tidur yang merosot, dehidrasi serta kotoran dan habuk akibat pencemaran merupakan faktor-faktor utama kulit wajah rosak bagi kebanyakan individu di Malaysia. Memahami aspirasi setiap gadis untuk tampil cerah dan yakin, SAFI- jenama penjagaan wajah Halal No1 di Malaysia, serta jenama penjagaan diri terbesar di dunia kini tampil memberikan nafas segar terhadap rangkaian pencerah- SAFI FAIR BEAUTY sebagai penyelesaian terhadap kebimbangan para gadis. SAFI menggenggam utuh falsafah bahawa setiap gadis berhak memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri tanpa perlu bimbang kerana setiap masalah kulit wajah wanita, SAFI selesaikan.

Kelahiran semula SAFI FAIR BEAUTY bukan sahaja pada rekaannya yang lebih manis dan menawan, malah rumusannya juga didatangkan dengan teknologi BIO.Fairness yang diperkaya dengan ekstrak organik limau gedang. Sebagai pelengkap kepada ruti penjagaan wajah, SAFI FAIR BEAUTY turut memperkenalkan produk terbarunya Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY.



Teknologi BIO.Fairness merupakan kombinasi ekstrak semulajadi dengan manfaat pencerah yang bertindak untuk menyamaratakan tona kulit, serta mengurangkan pigmentasi berlebihan dan tanda penuan. Pendedahan kulit wajah kepada sinaran UV yang tinggi serta pencemaran udara akan menyumbang kepada masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Dengan penggunaan SAFI FAIR BEAUTY, kulit akan kekal lembut dan terlindung dari sinaran UV berbahaya. Serlahkan kecantikan wajahmu di bawah pancaran suria dan katakan selamat tinggal kepada sinaran UV!

Diperkaya dengan multivitamin seperti vitamin B3, CE, E, B5 & B6, gabungan vitamin ini menjadikan SAFI FAIR BEAUTY sebagai ejen pencerah, pelembap, dan pelindung dari sebarang kerosakan yang berpunca dari radikal bebas.

Sebagai tambahan kepada teknologi BIO.Fairness, SAFI FAIR BEAUTY turut menggabungkan ekstrak organik limau gedang kedalam formulasi baharunya. Adunan ekstrak organik limau gedang yang segar sangat bermanfaat dalam pembinaan semula struktur kulit melalui penghasilan kolagen dan mencerahkan kulit wajah secara semulajadi. Setiap bilasan pada kulit wajah menjadikan tekstur kulit semakin halus seakan remaja!

SAFI FAIR BEAUTY yang baharu, kini dilengkapi dengan teknologi BIO.Fairness bertindak untuk:

·  
Mencerahkan kulit

Menyamaratakan tona kulit

Kulit berseri merah jambu

Mengawal pengeluaran minyak berlebihan

Memberi perlindungan UV

Melembutkan dan menghaluskan kulit

Melicinkan kulit

Melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa lekit

“3 beradik” penyeri wajah, pelengkap hari!


Dia si ayu penuh keyakinan

Yang sulung penuh ayu dialah Pembersih Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah pertama untuk keyakinan dirimu. Setiap bilasan membersih dengan mendalam agar kulit lebih lembut, halus dan cerah berseri.



Dia si cantik penuh kemanisan

Yang tengah si cantik manis, dialah Krim Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah kedua untuk kekal cerah sepanjang harimu. Setiap olesan pada kulit muka memberikan tona kulit wajah merah jambu agar kelihatan lebih manis dan segar pada bila-bila masa.



Dia si comel penuh keceriaan

Yang bongsu comel dan ceria, dialah Krim BB Pencerah Wajah SAFI FAIR BEAUTY. Langkah ketiga melengkapi rutin kecantikanmu. Menggunakan rumusan yang sama dengan produk rangkaian SAFI FAIR BEAUTY yang lain, krim BB ini ditambah dengan pelembap berganda serta ejen pencerah yang berfungsi sebagai asas solekan. Bersolek ataupun tidak, setiap sapuan mampu menutup cela, dan memberikan seri tanpa kilap (matte finishing).



SAFI FAIR BEAUTY hadir dalam reka bentuk lebih comel sesuai dengan citarasa gadis manis yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan praktikal. Produk Pembersih Wajah kini tampil ayu dengan kemasan ungu lembut manakala Krim Pencerah Wajah pula hadir dengan rona kemanisan merah jambu. Sebagai pengenalan kepada kelahiran baharu SAFI FAIR BEAUTY,  Krim BB Pencerah Wajah melengkapkan rutin kecantikan si gadis dengan kehadiran reka bentuk berwarna kuning cerah yang penuh dengan keceriaan namun masih mengekalkan sisi kelembutannya. Setiap produk juga dihiasi kuntuman bunga putih yang menjadi tafsiran kepada slogan SAFI- “Selamat dan Suci”. Yang paling menarik, harganya kekal sama!


Berikan kulit wajah anda 8 manfaat melalui penggunaan rangkaian SAFI FAIR BEAUTY berikut:


1. SAFI Fair Beauty Facial Cleanser
    Saiz pek: 50g/100g
    Harga: RM5.75/10.20 (0% GST)

2. SAFI Fair Beauty Fairness Cream
    Saiz pek: 50g/80g
    Harga: RM8.15/11.45 (0% GST)

3. SAFI Fair Beauty BB Cream
    Saiz pek: 40g
    Harga: RM8.15 (0% GST)

4. SAFI Fair Beauty Set (Fairness Cream + Facial Cleanser)
    Saiz Pek: Gift Set
    Harga: RM10.90 (0% GST)

Mengapa perlu risau lagi?... SAFI FAIR BEAUTY jer lah!
Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama dan pasaraya hyper.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama SAFI sila layari :

laman Facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI@safimalaysia 
laman Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

6 comments:

  1. wah saya mmg suka safi kak. rasa macam suci aje bila pakai

    ReplyDelete
  2. safi ni memang di percayai dari dulu lagi, takpernah was was nak guna produk safi!

    ReplyDelete
  3. Dulu kini selamanya safi jadi pilihan. Memang best guna produk safi ni yang terbaru nampak kesannya awesome.

    ReplyDelete
  4. Makin banyak rangkaian safi ni kan kak. Dari dulu nama Safi memang dah mendapat tempat dihati pengguna. Saya guna yang pink tu kak.

    ReplyDelete
  5. Lawa pula packaging untuk rangkaian yang baru nie.. suka tengok..

    ReplyDelete
  6. Ana dah cuba set ni. Memang best. Kulit rasa lembut je.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......