Hi korang...
Lepas cerita kami berkelah di Teluk Kemang PD so SA nak sambung plak kisah kami Cuti-Cuti Malaysia kononnya jauh sangat padahal kat Melaka je..SA sebenarnya nak test mak SA boleh ke tak berjalan jauh sebab plan nak ke Perlis hujung tahun atau tahun depan kan...so memadai lah dengan test bawak mak bercuti ke Melaka..rupanya mak tak kuat jugak..bukan sebab keadaan mak tapi masa tu mak excited nak berjalan sampai terlupa buat rutin setiap pagi..mak mak terlupa check kandungan gula dan terlupa insulin..makanya mak jadi tak sihat sepanjang kat Melaka..kesian mak ngan abah terpaksa duduk kat hotel dan kesian jugak kat anak-anak sebab tak dapat berjalan sangat...next time kalau nak pi bercuti kat Melaka kena check in sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam..at least ambil masa sikit tengok condition mak kan...tapi takpe la buat pengajaran pada kami juga
So..perjalanan kami ke Melaka sangat smooth..takde masalah sebab kami ikut jalan dalam..perjalanan agak lama pun maybe punca mak agak letih kan..jom kita tengok gambar
Selfie dua beranak ni mmg wajib
Muka Muka banyak happy masa ni dan tanpa sedar sebenarnya terlupa pakai jam tangan..terus merosakkan hari ..kejap2 tengok jam sedangkan jam xde kat tangan
Masuk je bandar melaka ternampak signboard Asam Pedas tu...mesti best..terus lapar perut
Jalan ok cuma banyak kenderaan
Makin banyak kereta masuk Melaka
Ibis Hotel..mahal ni satu malam
Banyak kedai jual jual bunga..kiri kanan rasanya
Ingat nak singgah..x tau sempat ke x
Bangunan Stadthuys..nampak x? ramai org....
Geng-geng motor pun ramai
Beca macam2 tarikan...pandai diorang tarik perhatian orang
Minah ni macam biasa la happy sokmo
Di Melaka kami check in di Melaka Sentral Riverview Hotel..mulanya cadang nak check in Ahad kan...tapi harga harga kat Agoda mahal..terus kami tukar tarikh...check in Isnin RM78 semalam without breakfast...kat Melaka x kisah sgt bab breakfast kan..so booked la 2 bilik..SA dpt upgrade bilik free ke suite..alhamdulillah bilik besar dan selesa...semua kemudahan biasa kat hotel cukup..sampai je terus siapkan perkakas untuk Mak dialysis..
Katil besar bilik luas..SA siap bentang toto kat tepi..selesa bilik ni untuk Mak Abah
Sofa besar ni tempat Dania tido..
benda yang biasa ada mana-mana hotel
Nampak yg SA cover ngan gambar poney tu...itu mak tengah dialysis
Ada set sofa gak...
Overall bagus hotel ni...SA recommend kat korang yang nak bercuti kat Melaka..hotel ni bersih dan segala urusan cepat disamping staf-staf terlatih...yang penting harga bilik murah dan banyak promosi dia Agoda..kalau harga basah RM100 tu memang berbaloi...nak sewa banyak hari dan explore Melaka puas-puas pun ok...
Next kita kita sambung cerita jalan-jalan plak...oh..Mak Abah stay hotel sebab Mak x sihat...kami-kami je berjalan sekejap ke Melaka River Cruise..
See ya...
Seronok bercuti macam ni. Nak2 ada anak dan org tua kita. Tak apa lepas ni nak jejalan make sure urusan mak settlekan dlu. Heheheh mak excited sangatlah tu kan.
ReplyDeleteBest dapat bercuti dengan keluarga macam nie kan SA. Kak Sue pernah sekali bawak Mak Kak Sue bercuti sekali juga.. seronok sangat..
ReplyDeleteHaritu ekin pun bercuti dekat melaka jugak.. Ramaiiiiii sangat orang. .Sobs sobs.. Tak dapat lah nak berjalan sangat...
ReplyDeleteSelamat bercuti SA
ReplyDeleteCantik dan selesa hotel yg Kak SA stay tuh.. Best sangat kan bile dapat bercuti dgn keluarga.
ReplyDeleteBestnya kak SA pergi bercuti. Kinah sampai sini dalam 3 kali kot tapi banyak lagi tempat tak pusing. Takpe next time boleh tido sini pulak
ReplyDeleteCadangan hotel yang best..suka hotel yang selesa macam nie.. harga pun not bad.. lama tak gi makan asam pedas..
ReplyDeletepart jammed, tak lalu nak cuti2 ke Melaka..bukan musim cuti sekolah pun, jalan jammed weiii..best tu best sbb byk tempat yg menarik..
ReplyDeletesyukur la mak SA sihat nak berjalan. alhamdulillah...
ReplyDeletea long jalan bendahara hingga ke stadhuys tu memang best kedai2 nyer, SA.
mcm2 jual. kebaya nyonya carik situ la.