Sunday, September 30, 2018

Menghirup Udara Sedar Dan Sarapan Di Tepi Bendang

SA tak tau la ini kali ke berapa SA bersarapan kat sini..masa SA ajak Mak sarapan kat sini laju je mak cakap Nakkkkk....hahaha...comel...lama jugak tak balik kampung..last balik bulan 8 masa adik sepupu kahwin dulu..dah hampir 2 bulan kan..then kami gerak la pi sini..sarapan dulu, singgah plak kat Pasar Tani Tanjung Ipoh selepas sarapan tu...cari ikan segar skit..dan ulam-ulam kampung kalau ada...

Macam biasa la kalau sarapan kat Kodai Sarapan D Sawah ni...memang best sebab ada sawah dan padi tengah subur..diorang baru semai kot padi tu sebab SA tengok belum berbuah lagi..ada yang tanya eh kat Kuala Pilah ada sawah padi? ye sayang- sayang semua..Kuala Pilah ada jer sawah padi..tapi bukan la kepunyaan orang kampung sebaliknya ada pengusaha dari luar yang pajak tanah dan tanam padi..win- win situation la kan..dari tanah tu terbiar dan jadi hutan belantara..elok la di usahakan...tapi cantik kan pemandangan sawah padi..SA merasa kecik2 dulu membesar dengan sawah padi..abah dan mak dulu bersawah tolong arwah atuk..seronok time tu...



Cantik kan pemandangan?


Masa ni baru pukul 9 pagi..tapi kereta dah banyak parking tepi jalan ni..so kami parking jauh skit dan terpaksa la jalan ke gerai


Sajer jer ambil gambar parit ni..air jernih...


Selfie ngan pokok padi..


Nampak benda ni..mulanya pelik apa benda ni kan..hahahaha...bila perati betul- betul sekali tengok laaa siput gondang la...merembik tau..mula- mula geli tau...tapi bila mak cakap boleh makan siput tu..masa dia kecik- kecik dia orang kampung takde lauk so kutip siput ni..buat lauk..bila SA dah tau boleh makan takde la SA pi kutip ke..tempat orang kan..kira makanan eksotik la ni...


One more Selfie


Ambil gambar macam ni sebab nak tunjuk cuaca panas dan padi yang subur..nampak padi tu baru ditanam/semai sebab belum besar lagi...blom keluar padinya


Siput gondang lagi...


Dania selalu complain...mama ni ambil gambar banyak- banyak nak buat apa..mama bukan cuci pun gambar tu..print la masuk dalam album..buat kenangan..alahai kakak oii...mama bukan rajin la nak print2..mama simpan dalam blog and media sosial cukup la..kalau rasa nak print..mama print la nanti...hahaha dasar giler bergambar tapi malas nak print gambar...Album pun dah lama tak beli...

Saturday, September 29, 2018

Me Time..Sarapan Berseorangan Di Meal Station...

Hi korang...

Happy Sabtuday...dah sarapan ke? SA nak balik Seremban..terhegeh-hegeh lagi kat KL Sentral..pi withdraw duit la..pi cari hadiah Dania la..x jumpa pun hadiah yg sesuai..then pukul 9.40 sarapan kat Meal Station...mak aiii ramainya la orang luar ..ye la sini kan hub untuk transit ke KLIA..ramai orang luar..orang tempatan pun tak ramai..nasib SA dapat juga tempat...cepat2 order breakfast seat diorang..sedap ke?Boleh la asal boleh alas perut..SA ni jenis tak boleh lambat sarapan..kang gastrik terus bawak ke migrain...

Masa entry ni SA karang..SA dh kat dalam komuter ke Seremban..tak ramai orang tapi macam biasa la..train slow....mmg lambat la sampai Seremban ni kang...dh la ada birthday celebration Dania..walau buat simple je ka
kami sekeluarga je..tapi tetap la nak sambut kan..hadiah xde lagi ni..semalam pi cari gitar kapuk..basic beginner...mak aii harga.. RM520..giler la..mmg tak la nak beli kan...bajet SA bawah RM200 je...

Jom tengok apa SA sarap td


Black Coffee


Peanut Butter Toast..amik wholemeal


Half boiled egg


Kalau ada kicap pekat skit sure lagi best


Set ni ni cost me at RM9...

Okey la sesekali bukan selalu.. standard la harga kat KL Sentral...apa je yg murah...pening SA nak cari hadiah kakak Dania ni..tahun lepas SA belikan dia Polaroid Camera..tahun ni dia sendiri mintak guitar kapuk..basic  guitar sebab dia minat nak belajar..pas tu plak dia kan dh ada ada keyboard dan dh pandai main keyboard..tak tau la nak cakap minat dia more ke arah muzik..macam SA gak dulu..cuma SA tak teruskan minat sebab tanggungjawab sbg anak sulung ..ni adik2 SA suruh hangar kelas muzik..nanti la SA fikir..bukan apa..SA nyer pendapat x guna hanya pandai main muzik..pelajaran kelaut kan..bila2 boleh main muzik..pelajaran yang penting sebab itu je penentu masa hadapan...zaman akan datang kita x tau ekonomi macam mana..

Am i right?

Seniwati Dayang Sofia, Hashimah Yon dan Zaiton Dulu vs Sekarang

Peminat- peminat filem Melayu dulu-dulu pasti tidak asing lagi dengan wajah- wajah Primadona kat bawah ni...masa zaman kegemilangan mereka memang cantik sangat malah terkenal dengan bakat lakonan yang hebat. Lakonan mereka tak jemu di tonton malah tak lapuk ditelan zaman..SA antara penggemar filem- filem karya agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan SA sangat mengenali wajah di bawah..sayangnya kalau hanya gambar wajah- wajah primadona zaman sekarang memang SA tak cam...hehehe...sangat ketara kelainan kan..ye la..waktu mereka muda tahun berapa plak kan...


(Raikan persahabatan)

Seniwati HASHIMAH YON, DAYANG SOFIA & ZAITON.

Gambar berwarna diambil pada Jun 2014. Gambar hitam putih mungkin tahun 1957/58. Hashimah & Zaiton kini masih menetap di Singapura, manakala Dayang Sofia berada di Brunei.

#repairgambarlama

Kredit: Sandakiah Azez

Friday, September 28, 2018

Prego Buddies, Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak- Kanak Oleh Prego

Diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta yang berkhasiat serta menyeronokkan untuk anak-anak dalam hanya 10 minit 



Hi korang!!

Anak- anak korang penggemar Prego? haaaa..anak-anak SA adalah penggemar Prego. Seminggu 2 kali mesti ada menu pasta prego di rumah. Ibu- ibu di luar sana..haa..SA nak bagi tahu ni..kini Prego Malaysia memperkenalkan pasta terbaru yang berbentuk menarik khas untuk anak- anak anda. Paling best pasta ini sangat sesuai untuk anak- anak korang yang tidak menggemari sayur kerana pasta ini diperbuat dari serbuk bayam dan tomato. Menarik kan? Adakala susah nak bagi anak- anak makan sayur. Dengan adanya pasta ini di pasaran amat memudahkan tugas kita sebagai ibu. Prego Buddies semestinya menyihatkan dan memberi vitamin yang diperlukan oleh anak kita. Lepas ni confirm tiada adegan paksaan untuk makan sayur kan....



Prego, pakar hidangan pasta, memperkenalkan Prego Buddies, pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak. Pasta kering yang diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli itu didatangkan dalam beraneka bentuk menarik bertemakan sukan serta angkasa bagi membantu para ibu yang sibuk memikat selera anak-anak mereka dengan hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. 




Dengan Prego Buddies, ibu yang sibuk boleh menyediakan hidangan yang mengandungi kebaikan sayur-sayuran untuk anak-anak mereka dan yang paling utama, hidangan ini boleh disediakan dalam hanya 10 minit apabila digandingkan dengan mana-mana sos pasta Prego . Para ibu juga boleh memilih sama ada untuk menambah ramuan kegemaran anak-anak mereka seperti ayam atau tuna.



“Kanak-kanak sememangnya menggemari pasta dan dengan Prego Buddies, kami membantu para ibu menjadikan masa makan anak-anak mereka lebih mudah, menyelerakan dan menyeronokkan,” kata Pengarah Pemasaran Campbell Soup Asia Tenggara, Michelle Nunis.

“Dengan Prego Buddies, hidangan pasta yang lengkap untuk anak-anak boleh disediakan dalam hanya beberapa minit. Oleh itu, ia menjadi pilihan hidangan terbaik yang boleh disediakan oleh para ibu sama ada untuk dinikmati semasa waktu rehat di sekolah, sebagai hidangan rehat selepas waktu sekolah, atau sebagai hidangan tengah hari atau malam yang mudah lagi sedap di rumah.”



Dania ketika event Prego baru- baru ini, Dania masak sendiri pasta Prego Buddies tau....


Prego Buddies air tangan Dania....


Prego Buddies didatangkan dalam dua bentuk berbeza iaitu bentuk bertemakan sukan dan angkasa. Ianya sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Prego Buddies boleh didapati di dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM2.35. Ia boleh didapati di bahagian pasta kering di semua pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Dapatkan beraneka pilihan resipi yang enak serta mudah disediakan di www.pregobuddies.com dan ikuti kami di laman Facebook dan Instagram rasmi kami (@pregomalaysia).

Dah Lama Mengidam A&W, Dapat Juga Akhirnya...

Hi korang...

Sape suka A&W? Boleh geng ngan SA...ntah kenapa Ahad lepas nak pi kidnap Dida seharian, lepas tu pi jenjalan kat Jusco..layankan kehendak dia nak main game..pergi popular bookstore..pi carikan skirt kakak Dania nak pi high tea..ehh...dengan mama dia ni sibuk cari baju keja la..dah puas jenjalan tu terasa plak nak singgah A&W..hahaha...mengada- ngada betul..bukan sebab apa pun..lebih kepada nak minum rootbeer float jer...so far tak leh lawan la ngan fast food lain..muahahahaha...lain orang lain selera kan so jangan kecam SA..A&W kat Seremban ada satu yang besar area Taman Tasik kat tengah bandar tu..memang situ je la SA pi..kat sini tak berapa ramai orang..tapi A&W masih bertahan perniagaan..


Apa sajer la atuk ni borak..Dida nak duduk ngan atuk time ni..ini merupakan kali ke 2 Dida makan kat sini...


SA amik set ada 2 chicken burger, 2 coney dog, onion ring dan 4 rootbeer, tambah sikit untuk floats dan add on ayam goreng spicy...semua sekali cost me RM80++..ye memang mahal skit tapi sedap..


Rootbeer floats yang menjadi all time fav SA


Coney dog ( skrg nama lain...lupa plak nama baru)


Birthday girl...dah 2-3 kali advanced celebration ni..


Dida ni nak duduk ngan atuk plak


SA dan Mak


Manja Atuk ni...kaki bodek..

Takde la lama sangat lepak kat sini...SA cadang nak pi Seremban Prima tu sebab nak pi cari handbag utk belasahan pi kerja..SA ni jenis cepat jemu ngan handbag..disebabkan hujan..erm..lupakan aje la hasrat...then terus balik jer..balik rumah takde la nak masak ke apa kan sebab dah kenyang makan A&W..kakak Dania balik jer terus mandi..siapkan bag sekolah, baju sekolah semua la..SA siapkan baju kerja..lepak kejap ngan Dida sebelum mommy dia jemput dia balik..then masuk tido...Ahad yang simple je buat kami 4 beranak..haha..kalau Dida datang memang jadi peneman la...

Thursday, September 27, 2018

Random Photo #7

Hi korang..

Yeay..hari ni baru dapat bernafas semula selepas 3 hari attending course..lemau training 3 hari ..tapi bila training kan..time best bila bab makan...muahaha...kalau training sila abaikan diet tapi bukan bukan bermakna boleh makan melantak kan..ambil portion yang mampu makan je..jangan membazir danningat juga orang belakang..haha...ada ae mana-mana training makanan x cukup sebab kesedapan makanan tersebut..haaa..salahkan caterer la sebab masak sedap sangat...
Ok gambar-gambar kat bawah ni tak semua makanan masa training...ada sarapan dan gambar yang SA x share lagi dalam blog..hari ni tengah ambil mood buat entry sebab SA hilang momentum blogging..product review semua kat Seremban...so dateline pun lambat la nampaknya....nasib nasib dh bagi tau client siap2


Bihun goreng sambal sotong, beli kat Pasar Seni hari Isnin


Lodeh..masa training Isnin kot..amik gambar je sebab SA x makan


Mee Bandung Muar- minum petang hari Isnin


A&W float..dinner kat Sg Buloh..ok..so-so je


Grilled Lamb pun so so..


Nasi campur lunch Selasa


Nasi campur Lunch hari Rabu


Waktu rehat..takde keja selfie je...masa ni ngantuk giler


Teh tarik sedap Nyonya Colours


Frizz Lychee Ant Cafe


Mango Passion

Itu je la random photo SA buat masa ni..tengah nak panaskan enjin ni ..hari ni agak bz sebab banyak keja x siap siap lagi kan..boss pun asyik jeling-jeling je sexyteri takde 3 hari..hahaha...invoice banyak masuk untuk Goods Received...pening cik senah....
see ya next entry...

Tuesday, September 25, 2018

Allah...jagakan dia untukku...


Hari ini genap umur kamu 14 tahun...sekejap sahaja masa berlalu..bagai semalam aje mama baru lahirkan kamu, masih terbayang saat melahirkan kamu 14 tahun yang dulu..3 hari mama sakit dalam ward, 7 jam berjuang dalam labour room..subhanallah sakit tu terus hilang sejurus selepas kamu lahir...scan perut sebelum bersalin jantina kamu lelaki..tapi lahir2 perempuan..dengan baju banyak warna biru.

Tiada apa yang mama pinta dari kamu Dania..cukup lah membesar menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan anak yang membahagiakan mama, atuk, uwan dan semua keluarga kita...semoga berjaya dalam semua lapangan...mama nak kamu tau..tiada kurniaan yang paling indah dalam hidup ini selain lahirnya Ainnul Dania Huda dalam hidup mama...

Ya allah ya tuhan ku...tolong jagakan permata hati ku ini untuk ku..

Selamat ulangtahun Kelahiran yang ke 14..

Apartment Hunting in New York City

Tips to Know Living in New York City provides you with a host of opportunities. Whether you want to further yourstudies or find a prolific job, possibilities abound when you move to this area. As you're exploring the options for your move, keeping some tips in mind can help you to narrow down the thousands of choices.

source from google.com

Know the Boroughs 


When people think about moving to New York City, they may automatically envision Manhattan. However, recognizing that New York City is made up of five boroughs is important when you're planning to live there.

In addition to Manhattan, you can can also choose Queens, Brooklyn, StatenIsland and the Bronx. Each of these boroughs has its own feel with numerous neighborhoods that are quite different from one another. Considering where your school or job is located as well as how urban of a feel you want can help you to narrow down the choices.For example, living in Queens would elicit a longer commute to Manhattan but also has some neighborhoods that are more reminiscent of busy suburbs than urban areas.

Seat Realistic Price Expectations 

If you are moving from Long Island or northern New Jersey, you may already have some familiaritywith the prices in New York City. However, when you're coming from an area that's farther away, the costs might shock you. Early on in your search, you should set a strict budget and see what is available in your desired borough. This process can actually help you to eliminate a number of options and even to choose what borough it is that you wish to live in. You can also set realistic expectations for what you can afford. For example, you may discover that you can opt for a two-bedroom apartment in Staten Island or a studio apartment in Manhattan.

Use a Real Estate Agent

When you're looking for apartments in New York City, you will literally have thousands of options in front of you. Going through all of this information, even when you have a list of particulars that you want in the apartment and a strict budget, can be overwhelming. Therefore, working with a representative from Loftey can dramatically help you find appropriate NYC apartments for rent, narrow down the options and find the right space for you. For example, you could speak with a representative about what it is that you're looking for and then getting options tailored to your needs.

Review Transportation and Location 

If you're looking at apartments, you probably know that you need to ask basic questions such as whether or not heat, water and electric are included in the price of the rent. However, you also have to take into account the proximity to other subways and trains as well as to grocery stores and other such amenities.Having a car in the city can cost you a decent amount of money, and you might have trouble parking. As a result, you should make some decisions early on about how you want to get around when you move.

Renting or buying an apartment in New York City is certainly exciting. These tips can help you to navigate the many options.

Tomyam Kung Adabi The Best...

Hi korang...

Sabtu malam Ahad yang lepas SA tetiba teringin nak makan Tomyam Kung..nak buat sendiri sebab boleh letak macam-macam khazanah kan..so petang tu pergi Zemart sekejap cari cpa yg patut..dalam kepala dh fikir ayam sikit bahagian drummet, Udang dan Sotong..pas tu cari batang celery, daun ketumbar,tomato ngan cendawan tiram..alaa..time nak makan cendawan tiram tu la takde plak..at last beli je cendawan apa yg ada..belasah je la asalkan jadi Tomyam Kung SA...


Bahan-bahan..termasuk tomyam paste Adabi...


Ayam sskit, Sotong skit dan Udang Skit


Cendawan apanntah namanya


Daun ketumbar




Maka jadi la Tomyum Kung yang banyak sayur dan bahan..ekceli takde la banyak mana pun..cukup untuk 4 orang makan..kalau nampak lebih pun maybe sebab cendawan tu ha...berenang-renang sebab kecik2 kan..sedap gak la cendawan jenis ni..biasa beli yang jenis enoki tu...alhamdulillah paste tomyum Kung Adabi memang best..Kembang hidung abah puji..macam makan tomyam kat kedai katanya...padahal SA takde tumis2 pun bawang ke apa..didihkan air..masukkan paste tomyum.masukkan ayam dulu..pas ttu dah menggelegak dan ayam dh masak baru masukkan udang ngan sotong..then masukkan sayur mayur yang ada...perasakan asam limau dan garam..dh siap..

Makan la puas-puas kan...makan kat kedai x banyak bahannya...

Monday, September 24, 2018

Training Lagi

Hi korang...

Monday blues betul hari ni bila SA masuk training lagi dan kali ni SA dilantik sebagai wakil untuk Green 5S Awareness selama 3 hari . .ni tengah lemau sebenarnya ni ..sebab more mendengar taklimat kan ..ya allah rasa mengantuk x tau nak cakap macam mana bila rasa tak aktif sangat..tak tau la macam mana nak bertahan sampai hari Rabu...

Si dari melayan mengantik yang melampau ni...meh la kita tengok gambar


presenter dari SIRIM STS

Pagi tadi SA sampai opis dalam pukul 8.10am..lambat sikit compare last week sebab jalan jammed teruk..pagi tadi sempat beli sarapan kat Pasar Seni station..beli bihun goreng ngan sambal sotong je . sempat sarapan sebelum masuk course...


Rehat pukul 10.30 tadi minum pagi SA makan karipap dan kuih bakar je..sebab dh kenyang kan..ada lodeh jugak..tapi SA ambil gambar je...SA x makan lodeh..tak berapa nak suka..dari dulu lagi..


So SA training sampai pukul berapa ni?

Nampaknya sampai ke petang la..paling cepat pukul 4.30 petang dan paling lambat 5.00 petang..rasanya nak terus balik rumah la..mengantuk sangat ni..ye la pagi tadi keluar rumah awal kan...

see you all next entry...

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA..UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA


Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati.
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam...

Teruslah melangkah selama engkau di jalan yang baik

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai

Jangan menjelaskan tentangd dirimukepada siapa pun
kerna yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua
kebaikan yang kamu lakukan

Dan yang membencimu tidak percaya tentang kebaikan yang masih ada pada dirimu

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik
tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya

Saturday, September 22, 2018

N Star x Missa Queen Beauty Workshop + Review

Kulit Cantik, Lembut Dan Anggun Persis Wanita Korea


Semua orang nak cantik kan? semua wanita nak kulit muka cantik berseri persis artis Korea..tahukah korang..korang tak perlu mendapatkan rawatan dengan harga beribu-ribu untuk kelihatan cantik..korang hanya perlu purchase skincare yg bagus dan guna ikut step by step dan jadikan amalan harian korang...insyaallah dengan sedikit disiplin yang diterapkan pasti kulit kita menjadi cantik berseri persis wanita Korea.

Baru-baru ini SA bertuah kerana berpeluang mengikuti workshop kecantikkan di Ant Cafe yang terletak di Jalan Klang Lama. SA rasa seronok berkongsi pengalaman dan ilmu kecantikkan. Di workshop ini SA dan dan rakan blogger yang lain diperkenalkan dengan product kecantikan dari Korea dibawah nama N Star & Missa Queen. Product kecantikan ini menjadi pilihan ramai seawal usia 18 tahun malah sesuai untuk mereka yang berusia sehingga 80 tahun. Korang pun tau kan wanita Korea yang dah agak berusia pun tetap mementingkan kecantikkan kulit. 


Dengan bangganya SA nak perkenalkan pada korang semua barangan yang hebat ini iaitu

1. Bappeun Yeoja All In One Cleanser
2. Goel Cream ( Korea's 2018 latest premium Skincare Brand)
3. ARTDELI Double Power Essence Cover Pact SPF50+/ PA++++
4. Spa Hair cc Silk dari Clarioz & Co.

Semua produk diatas sesuai untuk wanita Asia Tenggara..



SA di samping product N Star & Missa Queen


Figura yang hebat ini merupakan founder product N Star & Missa Queen


Bappeun Yeoja All In One Cleanser 200ml 


Bappeun Yeoja merupakan pembersih muka yang mempunyai tekstur yang lembut yang didatangkan dalam bentuk gel yang sangat ringan serta berbau harum , ianya juga tidak berbuih seperti kebanyakkan cleanser yang terdapat dipasaran sebaliknya ia mempunya sedikit foam yang ringan..cukup dengan menekan sedikit gel pembersih sebesar syiling 5 sen ia mampu membersihkan seluruh wajah dan  juga mampu membersihkan sisa mekap di muka. Hasilnya kulit menjadi lembut dan bersih..ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Dan SA mengalami kulit berminyak memang sangat sesuai dengan product ini..hasilnya kulit muka SA kurang berminyak walau tidak hilang sepenuhnya. Bila kulit berminyak akan cepat tumbuh jerawat kan..sekarang agak kurang jerawat di muka.

Bahan- Bahan dalam Bappeun Yeoja All In One Cleanser
  • Multy Ex BSASM Plus, 
  • Agrimonia Eupatoria Extracts
  • Surfactant Derived
Kelebihan Bappeun Yeoja All In One Cleanser 

  • Melembutkan dan melembabkan kulit
  • Anti- Oksidan
  • Anti - Aging
  • Menggalakkan pembentukan collagen





Goel Cream 150ml



Produk yang seterusnya adalah Goel Cream yang berfungsi sebagai krim pelembap. Ianya digunakan sebagai pelembap selepas kita bersihkan muka dengan pembersih Bappeun Yeoja. Tekstur yang lembut sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Dan jangan tak percaya..krim ini juga sesuai untuk ibu- ibu mengandung yang mengalami masalah stretchmark malahan ianya sangat sesuai untuk lelaki juga..satu tube memberi impak yang sangat berkesan untuk menghilangkan kesan- kesan hitam yang degil, garis halus dimuka, kedutan dan macam- macam lagi.



Goel Cream juga boleh dijadikan mask muka. Hebatkan..satu product dengan pelbagai kegunaan. Goel Cream ini merupakan Korea's 2018 latest premium Skincare Brand di pasaran Korea.



ARTDELI Double Power Essence Cover Pact SPF50+/PA++++



Yang ini memang SA paling suka dan sayang sangat nak guna, dengan compact yang exclusive dan nampak mahal tau..kemasan dari kotak sehingga bekas compact nya membuatkan sesiapa yang melihat pasti jatuh cinta..Double power essence ini di datangkan dalam 2 kod warna. SA pilih no 23 sebab ianya sesuai dengan kulit SA..warna natural.Sangat bagus sebab mengandungi SPF50 bertindak melindungi kulit kita dan juga mengandungi 19 Acid Amino + 6 peptide dan mampu bertahan sehingga 33 jam.






Dengan corak pada tekstur power essence cover dan lengkap dengan span yang mempunyai bentuk unik senang untuk setiap sapuan pada wajah..SA suka dah guna dah pun..memang sapuan power essence ini ringan dan senang menyerap. Sayang tau nak guna sebab pertama, tekstur yang hebat meliputi kulit muka. bertindak menutup noda- noda muka..tak perlu gunakan foundation selepas itu dan kulit muka dah cantik terserlah..product ini mengandungi bahan- bahan semulajadi seperti red berries, delima,  raspberry, strawberry, green berry dan asia berry.

Video review 3 product N Star x Missa Queen


Spa Hair cc Silk dari Clarioz & Co

N Star x Missa Queen tidak hanya tertumpu pada skincare sebaliknya mereka turut menitik beratkan kecantikan rambut..untuk itu mereka turut mengeluarkan product khas untuk rambut ini. Mengandungi Argan Oil, Macadamia Nut Oil, Almond Oil, Grape Seed Oil, Vitamin E sesuai untuk rambut wanita asia. Fungsi product ini adalah untuk rambut kekal sihat, cantik, bersinar dan bermaya dan untuk kesihatan scalp kepala juga.



Nak pakai pun senang aje tau..sama macam korang pakai serum rambut..apply setiap hari untuk kesan yang lebih cepat. Ianya tidak perlu di bilas dan perlu di apply pada rambut yang telah dibersihkan dan dikeringkan.



Menarik kan ke empat - empat product ni? Pada SA walau harga nya agak pricey tapi untuk keperluan tak salah kalau kita memilih atau bertukar kepada product yang bagus sebab benefitnya kita sendiri yang dapat kan?Melabur untuk skincare pada SA adalah worth it..Sebarang info tentang product atau sebarang pembelian korang boleh layari media sosial mereka di bawah...cuma satu SA nak bagi tau...

Its Worth It...Worth Buying...Recommended....!!!


Facebook :
www.facebook.com/missasolution
www.facebook.com/nicolehui

Instagram :
https://www.instagram.com/miss_a901/
https://www.instagram.com/xhui_nicole/