Hi korang....
Yeay dah sampai Jumaat dah hari ni kan...best betul kalau Jumaat je semua happy..nak plak hari ni last sekolah..anak- anak dah sibuk bertanya kat mak- mak kan cuti sekolah nak pi mana..padahal mereka x tau yang mak- mak mereka ni kena kerja..hehehe...yang best mana ada banyak cuti tu boleh la bercuti sekali ngan anak- anak..nasib baik SA ada banyak aktiviti cuti sekolah ni..nanti SA share ngan korang ye...mana yang takde aktiviti dan nak jumpa SA dan Dania...jom terjah Sunway Pyramid Ahad ni..pukul 3.00pm ada Prego Buddies Party...korang boleh jumpa Scha Al-Yahya, Lara Alana, Junior Chef Danish Harraz, Jo & Mei Yan, Boboiboy dan banyak lagi perkara yang hebat serta pelbagai aktiviti menarik untuk kanak- kanak akan diadakan di sana ye...ada freebies at certain time juga..jangan lupa terjah juga Foodtruck Prego Buddies..
Okey lah...next SA nak share random photo yang ke #5..takde apa yang menarik sangat..SA masih dalam suasana sedih selepas kehilangan Mak Long SA...dan SA tak nak la happy- happy sangat sebab baru kehilangan kan..ada jer aktiviti blogging SA tarik diri especially event kecuali mana yang SA dah ada contract tu terpaksa attend la kan..tak baik plak dah sign agreement lepas tu nak batalkan. Tak baik untuk prestasi SA sebagai Lifestyle blogger..mana yang baru request tu SA terpaksa hadkan jugak..tengok jugak masa dan kesesuaian..maaf kepada pihak penganjur..dan terharu sangat bila mereka amat memahami. Walau tidak melibatkan ibu sendiri tapi arwah tetap ibu SA...darah daging SA kan..sedikit sebanyak SA perlu menghormati ahli keluarga arwah sebab kami semua sangat rapat..
Jom tengok gambar yang SA kumpulkan...
Jumaat lepas SA cuti..awal pagi balik Seremban...muka fresh tapi sedang lapar..belum breakfast lagi masa ni...
Balik rumah masuk bilik nampak 2 bungkusan best ni...memang teruja sangat..barangan redeem point dari Althea dah sampai..alhamdulillah rezeki blogging lagi...
Kepenatan hari Khamis...take a nap waktu rehat..jangan salah faham ye..ini waktu rehat SA..kalau x keluar memang tidur kejap..
Bunga telur pelamin adik sepupu Sabtu lepas...majlis menyambut menantu..SA x share lagi..baru share majlis nikah je..baca kat SINI
Anak buah SA yang cheeky..si Affan..banyak ragam..susah nak peluk...lasak..tapi mintak senyum paling manis..ini yang dia bagi...petang selepas majlis sambut menantu tamat
Si hensem baby blue kami...tak pernah meragam atau buat ragam..jangan meragam ye...dah setahun lebih usianya ni...
Majlis perkahwinan di tanah adat...perlu ada Buapak dan ikut adat istiadat..NS kaya dengan adat perpatih kan..
Serawa durian makan dengan roti..
Petai di gerai tepi jalan Tanjong Ipoh Kuala Pilah
Anak buah lagi...Cik Ani
Pengantin berbaju gelap kena dera basuh pinggan mangkuk
Si comel Dida...x tinggal spec mata dia
Opick dengan ayahnya...tengah panas main basikal
Beli petai kat kawan opis...elok besar2 matanya..RM10 ada 8 papan
Bunga apa tak tau...tapi elok cantik kembangnya milik tuan tanah ( owner rumah sewa)
Gatal menambah fragrance mist untuk diri sendiri..memang selalu Victoria Secret jadi pilihan
Jatuh cinta dengan makanan dalam tin keluaran Adabi..sedap..sambal kerang ni isi kerangnya besar2..
Keluaran sambal panaskan dengan api yang perlahan dan tambang bawang besar serta cili api....bertambah nasi weh....
Sambal bilis petai...masak untuk bekal hari Rabu..campur petai yang beli kat kawan opis...settle...
Itik salai beli kat Tanjung Ipoh..tips nak beli itik salai yang fresh dan elok..jangan beli yang dah hitam legam, beli yang kaler macam dalam gambar tu..tu confirm fresh..kat gerai ni kami selalu beli sebab itiknya besar2..itik salai di kira seekor ye...RM38 seekor..reasonable harganya...
Okey...itu jer gambar untuk random photo minggu ni....next nanti kita share lagi random photo ye...yess...selesai 1 entry...nanti SA share lagi random photo next week...eh..next week raya haji kan...hari Rabu...alahai...sure x leh nak cuti sehari sebelum kan...tengok la nanti...rasa macam sekejapan jer dah Raya Haji dah...
Jumpa lagi next entry korang....
Happy weekend....
Happy weekand kak SA.. mengancam betul gambar gambar makanan yang akak share.. kerang Adabi tu nanti boleh Sha cuba..
ReplyDeleteterliur tengaok makanan , terutama petai ikan bilis, makan dengan nasi panas-panas...
ReplyDeletegambar2 kat atas memang menceriakan hidup..tambah2 yang makanan tu..hehe
ReplyDeleteTakziah atas kehilangan akak. Tp time scroll gambar gambar akak ni tiba tiba nampak pulak itik itik besar mcmtu. terkejut aiii. Hehehe
ReplyDeleteSemoga dapat berehat hujung minggu ni.
ReplyDeleteTapi jemputan kahwin mungkin banyak.
sha punya random photo ni lenyap gitu je :3 lepas ni nak konsisten mcm SA jugak!
ReplyDeleteWaaa sambal kerang tu menariknyaa, tak pernah jumpa lagi..nak belilah nanti..
ReplyDeleteMacam nak buat sambal ikan bilis petai pulak huhuhu dapnyaaaaa
hehe bagus juga idea Kak SA kumpulkan random photo dalam phone. kadang2 penuh sebab main snap je tapi lepas tu delete. baik share kan =)
ReplyDeletesambal petai No.1 :)
ReplyDeleteTerbaeeekkkkk la Kak SA... Suka tengok posting random photo akak...
ReplyDeletecomel dida hehe
ReplyDelete