Friday, August 31, 2018

Prego Buddies, Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak-Kanak Oleh Prego

Pasta Prego Buddies diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli  bagi  membantu  ibu  yang  sibuk  menyediakan  hidangan  pasta  yang  berkhasiat  serta  menyeronokkan  untuk  anak-anak  dalam  hanya  10  minit 


Prego, pakar hidangan pasta, telah meleraikan pelancaran Prego Buddies iaitu pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak baru baru ini. Prego Buddies diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta didatangkan dalam beraneka bentuk bertemakan sukan serta angkasa yang pastinya dapat membantu para ibu memikat selera anak-anak mereka untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.


From left celebrating the Launch Of Prego Buddies for kids, celebrity host, Jihan Muse, Prego Buddies Mascots, Buddies, Michelle Nunis, Marketing Director Campbell Soup Southeast Asia, Scha Al-Yahya and daughter Lara Alana, Danish Harraz, Freddie Wong Marketing Manager-Pasta Category Southeast Asia, Gan Mei Yan and son Jo and BoboiBoy from the popular Malaysian Animation Series


Lebih sedekad lamanya, Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. 


Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, pakar pasta ini kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh para ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan. Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.



"Sebagai seorang ibu, saya sememangnya amat memahami cabaran untuk memastikan anak-anak kita menghabiskan makanan serta memakan sayur-sayuran, terutama sekali bagi anak-anak yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Kini, dengan Prego Buddies, para ibu dapat menyediakan hidangan yang mengandungi khasiat sayuran dan menjadikan masa makan mereka lebih menyeronokkan. Prego turut membantu para ibu agar lebih kreatif dalam menyediakan hidangan bertemakan barat atau tempatan untuk si cilik dengan resipi hidangan pasta menggunakan Prego Buddies serta beraneka pilihan sos pasta Prego," tambah Michelle.


Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy. "Saya berasa amat teruja kerana dapat menyertai majlis keraian ini bersama-sama dengan anak saya, Lara yang turut menggemari pasta. Kami berpeluang menyediakan Prego Buddies untuk Lara pada minggu lepas menggunakan pasta bertemakan sukan dan dia amat menyukai bentuk-bentuk berkenaan. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyediakan sesuatu yang baru untuk Lara dan pada masa sama mengetahui yang dia turut mendapat hidangan yang mengandungi sayur-sayuran," jelas Scha. 

As easy as 1-2-3, Danish Harraz self-taught kid baker and cooking enthusiast, showcasing one of the two recipes he created using Prego Buddies called Chicken Cheese Buddies, while Scha Al-Yahya and Gan Mei Yan trying out with their kids

It’s a win! Scha Alyahya,  Gan Mei Yan and Danish Harraz  enjoyed their cooking session alongside Ms Nurul Ain Balkish Bt Abas, AEON Sunway Store Manager, (in orange headscarf), Ms Michelle Nunis, Marketing Director, Campbell Soup Southeast Asia, (middle) Freddie Wong, Marketing Manager – Pasta Category, Campbell Soup Southeast Asia, Prego Buddies official mascot, and BoBoiBoy


"Si kecil saya, Jo suka meneroka dan masa makannya mesti turut sama menyeronokkan! Dia amat teruja dengan pasta bertemakan angkasa. Saya menyediakan hidangan pasta untuknya dengan menambah ayam serta sayur-sayuran dan sebagai hidangan ringkas antara masa makan. Saya berasa amat gembira kerana mempunyai pilihan untuk menyediakan hidangan yang lengkap dengan cepat dan saya tidak sabar untuk menikmatinya bersama-sama dengan anak saya sama ada untuk makantengah hari atau pada bila-bila masa sahaja," kata Mei Yan.


Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.


"Saya sememangnya sudah lama meminati Prego dan merasa amat gembira kerana diberi peluang untuk mencipta resepi saya sendiri menggunakan Prego Buddies. Pasta berkenaan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mudah atau mencipta satu resipi yang sangat kreatif. Kedua-dua resepi yang dicipta oleh saya itu boleh disediakan dalam masa yang singkat dengan menggunakan beberapa ramuan yang mudah," ujar Danish. 

Prego’s exclusively invited guests and bloggers creating simple to prepare recipes with Prego Buddies 

Prego’s exclusively invited guests and bloggers creating simple to prepare recipes with Prego Buddies 


Para penggemar pasta boleh mendapatkan resepi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies. 


Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.

4 comments:

  1. Rasa yang bukan kanak-kanak pun teringin nak makan prego buddies tu

    ReplyDelete
  2. seronok dapat attend event masak-masak bersama prego, bonde pon ada beli sepeket tapi tak masak lagi.. rasanya sedap tak SA

    ReplyDelete
  3. Menarik... Kanak-kanak lebih seronok untuk makan penuh selera dengan adanya pasta prego yang berkhasiat ini..

    ReplyDelete
  4. Uish.. Bestnya.. Nak carilah.. Mesti anak-anak suka ini..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......