Thursday, August 30, 2018

Pengalaman SA Dan Family Di Farm In The City Seri Kembangan

Hi korang...

Sebenarnya dah lama SA pasang angan- anagan nak bawak anak dara dan anak- anak buah SA ke Farm In The City ni..Selalu tengok kawan- kawan blogger duk update tentang Farm In The City dan nampak menarik sangat sampai lah baru- baru ni SA dijemput oleh pihak Farm In The City Seri Kembangan. Bagai orang mengantuk disorong bantal kan...terus la SA ajak adik -adik SA, Dania dan anak buah yang ada..cuma family adik SA yang lain tak dapat join atas faktor kesihatan..mula- mula nak bawa Mak Abah sekali tapi memandangkan Mak tak berapa kuat nak jalan- jalan so tukar kepada adik yang bongsu sekeluarga..Seawal pukul 9 pagi kami dah gerak dari Seremban dan jumpa adik bongsu di FITC sahaja. Rupanya dekat betul dengan rumah adik bongsu..Dida pula teruja lebih bila mommy dia bagi tau nak pergi FITC..sampai tidur pun tak lena..dalam kereta dibantainya tidur sepanjang perjalanan.

Farm In The City terletak di Seri Kembangan berkonsepkan petting zoo dalam bandar. Dari Seremban SA waze aje dan memang terus sampai ke sini. Orang sekitar- sekitar Seri Kembangan sure tau dan senang jer nak ke sini kan..Sampai- sampai je korang tak perlu risau dengan parkir sebab memang disediakan parkir di depan FITC dengan percuma.

Awas ye korang...entry FITC Seri Kembangan ni panjang dan banyak gambar..hehehe...


Pintu utama FITC


Parkir


Kaunter ticket


Tanpa melengahkan masa sebaik masuk ke kawasan FITC terdapat permainan kampung dan sememangnya FITC bertemakan suasana kampung. Ada beberapa permainan untuk anak- anak mencuba..Dida teruja untuk mencuba bowling dari buah kelapa...bukan main seronok dia bila buah kelapa mengena botol- botol mineral yang diisi pasir..Ada juga permainan masa SA kecil- kecil dulu iaitu ten teng...




Sejurus selepas Dida berseronok dengan permainan..kami teruskan ke pit stop pertama dimana kami diperkenalkan dengan haiwan yang terdapat disitu iaitu Jamnapari Goat, Pony, Cow, White Water Buffalo dan Ostrich..bukan main lagi teruja Opick dan Dida..si Dida ni antara pencinta pony..so dia suka dan sangat teruja.


Bunting yang disediakan dengan jenis2 haiwan yang terdapat di area itu serta sedikit penerangan untuk rujukan pengunjung 


First time SA tengok White Water Buffalo..


Si Ostrich yang naughty..SA x berani nak hulur tangan takut kena patuk..


Dida dan Opick Teruja dengan kambing ni..jinak- jinak kambing kat sini tau..Opick panggil Baba...ingat Baba Blacksheep kot kan..disentuh..diusik dan dikejar kambing tu..sikit pun x takut .SA sarankan agar korang biarkan anak-anak lepas bebas di kawasan terbuka kerana dari situ la anak-anak kita belajar tentang habitat haiwan..tak perlu risau sekiranya anak korang terpegang atau terdedah pada kekotoran sebab di setiap sudut FITC disediakan tempat mencuci tangan..korang boleh ajar anak-anak korang tentang kebersihan selepas memwgang haiwan-haiwan tersebut..bagus pihak FITC sangat alert pada kebersihan..


Meerkat


Eagle


Raccoon!!!


Kakak Dania bg Raccoon makan


Dida berani naik Pony memang tak takut pun..untuk pengetahuan Pony Rides ni hanya terbuka kepada kanak- kanak ketinggian 90cm ke atas dan berusia sehingga 12 tahun sahaja. Lebih dari tu tak boleh. Berat badan pun tak boleh lebih dari 40kg. Bayaran untuk menaiki Pony ni hanya valid untuk hari korang purchase sahaja ye and no refund..


Species cicak


Ular...


Kura - Kura


Mousedeer kot ni


Dida dengan anak ayam


Rabbit


SA bg deer makan..jinak betul


untuk aktiviti bagi makan haiwan..korang x perlu bersusah payah mencari kaunter yg menjual makanan..setiap pit stop ada disediakan vending machine menjual makanan haiwan mengikut jenis..korang sediakan duit secukupnya sahaja untuk membeli makanan haiwan..mudah kan..


Species cicak rasanya ni


alaaa..lupa la nama dia...tp comel..


Ayam comel


Kakak Dania cuba tangkap ikan..


Fish Feeding


Burung merak


Merpati


Kura- Kura..kalau x salah umurnya 30 tahun


Yeay...Kakak dapat certificate


Dida dan Opick pun...


SA dah sampai sini..korang bila lagi?


we had a blast at FITC!!!



Secara keseluruhan dari pengalaman SA di Farm In The City ni apa yang mampu SA ringkaskan FITC ni sememangnya sesuai untuk keluarga dan juga pelancong. Ianya destinasi wajib untuk korang bawak anak- anak dan memberi pendedahan awal tentang dunia haiwan kepada mereka. Memandangkan zaman sekarang dah terlalu moden sampai ada yang tidak mengenali spesies haiwan dan tak macam zaman- zaman kita kecil dulu.SA kalau boleh nak semua anak dan anak- anak buah SA dekat dengan haiwan.Di FITC walau tidak terdapat haiwan seperti di zoo yang lain tetapi sekurang- kurangnya boleh dijadikan tempat riadah dengan keluarga. Aktiviti yang disediakan mampu mengeratkan lagi kekeluargaan so anak kita takde la asyik pegang gadjet aje kan. Sesekali boleh bawak bercuti dan habiskan masa di FITC.

Ikutkan SA nak share semua gambar...tapi macam banyak sangat plak kan...apa kata korang pergi sendiri ke Farm In The City  Seri Kembangan..bawak anak-anak dan pasti mereka gembira serta teruja dengan haiwan yang ada..kt bawah entry ni SA sertakan sekali entry fees ke FITC Seri Kembangan..memang SA recommend korang bawa anak-anak bersiar di sini...SA percaya FITC sekarang telah pun menjadi salah satu hotspot tarikan pelancong...

Alamat :
Farm In The City,
Jalan Prima Tropika Barat 2,
Taman Prima Tropika, 43300
Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Tel: +603-89412099/3099

Operating Hours:

Weekdays: 10:00am-6:00pm
Weekends: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday,
excluding Public holiday & school holiday.


Tiket fees :

Ticket : RM37 adult ( with mykad)
RM30 kids / Senior Citizen( with mykad)  Children below  90cm FREE admission

Normal price :

RM55 Adult
RM45 Kid / Senior Citizen

Maklumat lanjut : 



18 comments:

  1. Banyak jenis haiwan yang kita tak kenal, seronok bawak anak anak kecil kenal dengan haiwan ni

    ReplyDelete
  2. wah.macam-macam akttiviti ada kat sini kan...

    ReplyDelete
  3. bestnya..kalau dekat mmg dah g ni. bawak anak2 buah..:)

    ReplyDelete
  4. Puas hati pergi FTC sampai anak-anak tak nak balik. Cuti sekolah ne rasa nak repeat lagi jew

    ReplyDelete
  5. Bestnya SA... Seronok dapat tengok binatang depan².budak² mesti suka. Bila la nak fly ke semenanjung lagi.

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya pergi sana, agak meriah juga kan kak SA! First time tengok White Water Buffalo dengan raccoon!

    ReplyDelete
  7. Waa... siap dapat cert. tu menarik.

    Family yang ada anak-anak under 12 memang seronokla pergi

    ReplyDelete
  8. Menarik tempatnye.belum pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  9. tempat yang memang sesuai untuk family outing on weekend :D

    ReplyDelete
  10. mesti seronok bawa anak-anak ke sini..dekat dah, tapi tak pernah pegi lagi

    https://www.ohlawa.com/tips/rawatan-alternatif-masalah-jangkitan-kuman-dalam-darah/

    ReplyDelete
  11. wah bestnya SA ") thx review SA nak bawa anak la lepas ni :)

    ReplyDelete
  12. Seronoknya, teringin nak pergi sana...

    ReplyDelete
  13. betul2, bagus bawak anak2 ke sini..dapat kenal haiwan secara realiti..tak ada la dlm gajet je..hehe

    ReplyDelete
  14. betul2, bagus bawak anak2 ke sini..dapat kenal haiwan secara realiti..tak ada la dlm gajet je..hehe

    ReplyDelete
  15. Seronok Dida dapat ke Farm in the city, walaupun Bonde ni dekat sahaja dari Sepang ke Farm In The City malu rasa tak pernah sampai ha ha ha InsyaAllah nnt nak plan datang situ juga

    ReplyDelete
  16. Pergh!! Memang best ini.. Sha dah beli tiket, Tengah cari masa je nak bawa anak-anak pergi sini..

    ReplyDelete
  17. Memang seronok bawak anak-anak jenjalan kat Farm In The City... Teman pun pernah buat entry pasal nie... Farm In The City, Seri Kembangan Macam mana SA boleh dapat invitation dari Farm In The City ye...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......