Hi Korang....
Bagaimana kebiasaan korang menjaga kulit muka?SA jenis x leh panas..bila duk KL muka ok je xde jerawat halus tumbuh tapi bila balik kampung..cuaca panas dan humid sangat..mula la jerawat jahat naik di muka...stress kadang2, nampak x beberapa ketul jerawat kat sekitar bibir tu?..apa SA buat selain cuci muka guna skincare secara rutin, pakai mask dan sebagainya?
SA cuci bersih muka guna wet tissue jenama SIMPLE beli kat Guardian, lepas buang mekap guna makeup remover...then bilas muka dengan air suam dulu..rehatkan muka jangan lap..biar air kat muka tu kering sendiri...lepas tu cuci muka guna pencuci muka macam biasa...jangan lupa pakai penyegar, serum dan juga krim malam...itu rutin SA...korang macam mana?
Lets share.....Kulit SA memang sensitif..memang tka dinafikan..nak plak kalau SA nak datang bulan kan...memang kulit jadi haywire sangat..mula la akan tumbuh jerawat besar2..masa tu sure la stress dan sangat faham sebab hormon kita tak stabil kan..haih dah umur 40 tahun dah pun kan..masalah hormon memang tak pernah ok..asyik tak ok jer....
Selain itu SA nak cerita ni...baru- baru ni kan...SA terima beberapa pack My Perfect Mask dari Myproductco. Jauh datangnya mask ni tau dari Korea. Terima kasih yang tak terhingga buat Tammy Lim iaitu Pengasas The Butterfly Project memperkenalkan Mask yang sangat- sangat best ni..Mask ni sangat- sangat membantu SA dalam menjaga kecantikkan kulit muka..
Nampak tak muka SA oily dan jerawat tepi bibir tu bertimpa- timpa tumbuhnya..tempat lain hanya jerawat halus...
Nyaman..sejuk...dan rasa nak tido jer..nasib baik pakai 20 min je tau..ikut hati nak pakai sampai pagi
Best sangat....
Kelebihan lain ialah ianya tidak merbahaya kerana dermatology tested approved. Bahan utama yang digunakan adalah Natural Honey Extract serta mempunyai vitamin & antioksidan untuk meremajakan kulit anda.
Ada 3 jenis mask yang SA terima iaitu :
1. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
2. Ginger Gold Hydrogel Mask
3. Rice Sheet Mask
SA dah guna ketiga- tiga jenis mask ni..dan memang best giler..cara pakai pun bukan la susah mana kan...cuma perlu bersihkan muka terlebih dahulu sebelum pakai mask..dalam ketiga- tiga mask tu SA suka Ginger Gold Hydrogel Mask. Sebab takde bau yang kuat macam Red Ginseng..hehehe...lepas dah bersihkan muka...terus guna mask tu..hati2 jangan kasar sangat sebab tekstur dia mudah pecah sebab dia hydrogel kan..bila dah melekat kat muka jangan mengada- ngada nak adjust plak...kang koyak plak mask korang...Biasa SA pakai mask ni 2 kali seminggu..x kisah bila- bila...selepas 20 minit, tanggalkan mask..jangan basuh muka..sebaliknya urut- urut muka korang sampai lebihan cecair pada mask tadi meresap masuk ke dalam muka...
Haaa...macam tu la cara SA jaga muka..dari basic step..sampai la kewajiban menggunakan mask muka 2 kali seminggu. Kulit muka perlu betul- betul bersih sebelum meneruskan rutin skincare korang ye...
Korang nak beli mask yang macam SA guna ni?
Sila terjah
Instagram : www.instagram.com/myproductco/
Website : http://www.myproductco.com/
Maklumat lanjut boleh email : info@myproducto.com
wah..bestnya produk ni. kena cuba jgk ni. mana tahu kulit muka jd secantik akak:)
ReplyDeletekenapa sha rasa night routine sha banyak hahaha. balik je rumah terus buang makeup dengan wet tissue, rehat kejap bg hilang peluh gi mandi pakai oil cleansing pastu cleanser biasa pastu baru lah ke toner dan sebagainya hahaha kdg letih tapi kalau takbuat kulit kusam. sha pulak sensitif dengan habuk, kalau musim menuai ke musim membajak tanah ke, konfirm muka breakout teruk. orang cakap belagak lah budak kg je pun boleh sensitif dengan habuk HAHAHAHHAHAHA haah mmg habuk suka orang bandar je -_-
ReplyDeletei hari-hari pakai mask, nak masuk 4 series hahaha
ReplyDeletenak beli jugaklah mask ni..kulit wajah saya pun suka naik jerawat nakal jugak
ReplyDeleteBonde dah pakai juga..mask ni, rasa segar jer muka... maklumlah hari tu ronda Melaka rasa panas sangat muka...
ReplyDeleteHmm Fatina jarang-jarang sangat pakai mask ni tapi demi untuk mendapat skin cantik, kenalah rajin buat rutin ni kan. Nak beli lah nanti mask ni :D
ReplyDeleteFatina Mudz
umur dah masuk 30 series ni...
ReplyDeletekalau bab muka je..mmg teruja
I'm using this too, I love the texture very soothing after a long hot day.
ReplyDeleteWahh rase comfy je tgk akak pakai mask tu.. kena g cari jugak ni
ReplyDeleteAida mcm berkenan yg beras tu. After baca few review from blogger. Tau da khasiat air beras utk kulit muka kan. Wow! Efek glowing nyer serta-merta ekk SA?
ReplyDeleteAida punyer mask, currently, boleh bwk tido. So far so good la. Tak pernah lagi try mask yg tempek-tempek gini. Imported ni ekk? Korea! Harga agak mahal :-)
Korean cecantik dek produk bgus gini la ekk. Muka floles yg amat!
bestnya airah memang suka guna sheet mask ni sebab melembapkan kulit sangat
ReplyDeletenight routine MN pulak kalau malam memang banyak sikit..scrub muka 3x seminggu...mask pun 3x seminggu..
ReplyDeleteBestnya relak relaks dengan mask macam nie.. Lama tak buat..
ReplyDeletebestnya mask ni SA, tertarik nk tryla
ReplyDeletejrg pakai mask..nk kena bermasker jugak laa
ReplyDeleteSelalunya kalau gold kita pakai sebagai perhiasan. La ni pakai kat muka kan?. Memang kalau pakai mask ni muka akan lebih berseri dan licin kan SA?. Alahai lama dah tak pakai ni. Nak kena cari jugak la. Nak kulit muka kita berseri jugak....
ReplyDeleteAla nak try juga lah. Nampak best sangat tu. Suka sebab boleh lambatkan penuaan.
ReplyDeleteSyoknya pakai mask. Pakai pula time sejuk. Baru kluar dr freezer. Syira tertarik rice mask. Nanti nak cuba la
ReplyDeletesaya pun dah falling in love dengan mask kak
ReplyDeleteAla akak muka tak kedut lagi hehehe apa nak guna mask hehehe akak masih muda lah hehehehe tapi banyak sangat jenis ni ok ker kita nak guna juga tapi takut tak sesuai untuk muka lelaki...
ReplyDeleteMakin berseri la muka SA lepas ni...
ReplyDeleteAlaa...kita baru je beli mask..kalau tahu kita beli mask ni, kita dah beli mask lain pulak. Tak apa lah..next time sis cuba pulak mask ni
ReplyDeletewah nak try jugak mask ni..melambatkan penuaan. bagus ni nak awet muda. nak beli juga hydrogel mask ni, cam best jer
ReplyDeleteRajin pakai topeng akan buatkan kita nampak awet muda ya sis. Bagus juga tu sebab senang nak pakai masa tidur. Ataupun masa baca buku
ReplyDeleteMemakai topeng muka akan membekalkan kulit kita dengan air dan lembapan yang di perlukan kulit untuk kekal tegang dan tidak berkedut
ReplyDeleteKalau rajin pakai face mask macam sis suria ni, nanti anak anak dah besar pun orang ingat anak dengan mak macam kakak dan adik
ReplyDeletesaya memang suka mask macam ni. wajib pakai at least 2 kali seminggu. akan nampak perbezaannya. muka akan jadi lebih sihat. nak kena cari brand ni
ReplyDeleteWah, macam best ja mask ni akak. Kena cuba ni. Aina jarang mask muka.
ReplyDeleteMakin gojes laa kakak SA kite ni yang dah memang gojes ni..
ReplyDeleteSaya suka gila yg both hydrogel tu..best gila kot efek lepas pkai dia..muka glowing and toing2 sangat
ReplyDelete