Hi korang...
Hari Isnin semuanya kepenatan...SA decide malas nak masak...takde selera nak masak sebenarnya...see..tukang masak pun ikut mood masak tau..bukan hari- hari rajin nak masak...penat sebenarnya masak ni...bila sesekali gantung kuali, tak perlu masak dan beli lauk kat luar adalah heaven sangat..ikutkan mana sama lauk luar dengan lauk kita masak sendiri kan...kebetulan balik dari klinik singgah sekejap kat gerai yang jual lauk pauk Masakan NS. Ada juga masakan Eksotik yang dijual disini tau..Masakan dari Kulit Lembu/ Kerbau..SA tak tau macam mana proses masakan ni tapi SA beli sebab nak rasa...Gerai ni terletak ni tepi jalan jer berdekatan dengan Restoran Warisan dan nama kedai ni Kedai Ain, Persimpangan Seri Menanti.
SA memang perasan gerai ni dah lama dah..betul-betul lokasi kat persimpangan Seri Menanti tu..area tu ada sawah bendang tau..sekarang ni kalau pi makan area tu sure cantik bergambar..sebab padi tengah subur menghijau..cantik je pemandangan. SA mula- mula nak makan kat situ je..tapi sebab Dania nak balik sekolah dah masa tu dan kebetulan orang ramai, SA decided bungkus aje..nak ambil gambar atau video segan sebab ramai sangat orang. Famous betul kedai ni..menyesal tak singgah dulu lagi..hehehe..
See...berbungkus- bungkus lauk SA bungkus
Lauk Eksotik > Jangek (Kulit Lembu/Kerbau) Masak Lemak Cili Api...kuah dia pekat..lekat..pedas....ya allah...sedapnyaaaa...rasa jangek ni kenyal- kenyal macam tetel..sedap...
Daging Salai Masak Lemak Cili Api campur Terung Telunjuk
Burung Puyuh Masak Lemak Cili Api dengan Nanas
Pucuk Maman Jeruk Masak Lemak Cili Api
Balik tu masak nasi dan SA tambah plak dengan sambal belacan dan celur kangkung
Sambal Belacan
Sayur Kangkung Celur
Kacang Botol ni ambil kat kampung..SA x suka yang besar2..suka yang kecik- kecik..cili api tu buat ulam gak..ambil yang muda...lemak- lemak manis gitu
Sedap semua masakan tu..,cukup segala rasanya dan tak pelik la bila ramai yang singgah makan kat situ..gerai ni buka untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang..setiap kali lalu memang penuh gerai ni..yang datang singgah orang- orang kampung sekitar, orang- orang tempatan dan ada yang dari luar NS jugak...famous dah gerai ni...masakan lebih dari 20 jenis kalau untuk hidangan tengahari...Yang SA bungkus tu yang jarang SA masak la..Jangek tu memang tak pernah masak..ini kali ke 2 SA makan Jangek..sebelum ni makan kat rumah orang kenduri...kalau kat Indonesia, Kulit Lembu atau Kerbau memang dijadikan makanan ringan seperti keropok..kat NS dibuat masakan..jangan tak percaya kaki lembu pun boleh dijadikan makanan eksotik yang sedap tau..ada je yang pandai masak tapi SA x pernah cuba lagi...Otak lembu pernah makan?SA pernah dan suka sangat...banyak sebenarnya masakan eksotik NS..cuma tak sempat nak buat coverage je...
Okey korang..
Jumpa lagi next entry....
bf sha suka betul jangek tu ahahaha lepas ni kena belajar masak masakan nogori lah
ReplyDeletetk pernah mkn Jangek (Kulit Lembu/Kerbau)...mmg menu exotic ni..nmpk sedap...ada plak dagign salai & burung puyuh tu yummmm
ReplyDeletemak aiii..dugaan apakah ini..smuanya sedap2..bikin perut keroncong dpagi hari ni..hihi
ReplyDeleteSedapnya SA kulit lembu tu, yang lain pun sedap juga.. telan air akak nie haaa.. hehehe..
ReplyDeleteNieyl tak pernah makan jangek tu..sedap ek?
ReplyDeleteSemuanya sedap sedap belaka, jangek dan pucuk maman blom pernah makan.
ReplyDeleteDania suka masak2 lemak ni SA. Kulit lembu tu pernah makan macam keropok kat Sari Ratu. Restoran masakan padang. Sedap juga. Kalau masak lemak tak pernah rasa lagi. Nampak sesedap lauknya. Kangkung celur tu pun perghhhhhh......
ReplyDeletetak pernah atau cuba makan pun kulit lembu tu..tapi puyuh MN pernah cuba tapi masa tu kecik lagi
ReplyDeleteHaa memang perasan jugak kedai tu, cantik viewnya hehe tapi tak pernah try lagi, pernah try makan kat Restoran Warisan tu je. Anyway, qeela pernah rasa kulit lembu yang jadi keropok tu je, yang buat lauk mcm ni tak pernah try lagi, nampak macam seronok jee makan tu since dia rupanya bila dimasak gitu macam kenyal2 kan hehe mmg favourite qeela mcm tu hehe. Kat area Pilah senang jugak nak jumpa masakan2 exotic macam ni kan, bestlaa seronok nak try. Nanti kalau ada pergi area sana nak try lah hehe
ReplyDeleteNismilan mmg famos dengan masak lemak. Mamang sedap2 paling best kedainkat tepi sawah tu la. meletop rasanya. Ayu plg suka buruh puyuh masak lemak. Mmg akan amik lauk ni jer memanjang
ReplyDeleteburung puyuh tu nampk sedap betul..memang menyelerakan tengok lauk-pauk SA. konfem makan bertambah-tambah ni kan
ReplyDeleteAduhai, sedapnya menu... Yang menu Jangek tu tak pernah makan. Satu hari ada peluang nak cuba rasa.
ReplyDeletewow!!! kecur air liur ku, SA!
ReplyDeleteterbaik lah semua ni.
semua aida pernah makan. and semua best. ohsem.
ada kedai di Labu, feveret aida.
kat s2 pun ada kedai yg jual lauk ni time lunch.
tapi x sedap mana la. setakat ilangkan ngidam.
maman tu, sedap nyer !!! tapi aida x pernah makan versi jeruk.
rendang ayam maman kebiasaannya. pahit-pahit lemak.
aduhai. pedas! tapi mengancam perut :) ha ha ha nasi bertambah!
Ya Allah akak mana nak cari masak lemak yang sedap-sedap ni waktu malam kejam tau hehehe tapi memang semua masak lemak yer memang macam-macam nanti kita nak rasa akak yang masak untuk kita ok...
ReplyDeleteMasak lemak cili padi org negeri sembilan memang power..kalau makan sure bertambah. Masak lemak daging salai..perghh terlioq betul di buatnya.
ReplyDeleteTelan ailio saya tengok akak punya gmbar ni..
ReplyDeleteAduh...dah la kita memang rindu kek masakan nismilannnn...fav kot!
Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu, Sedapnya masakan yang sis suria amanda berikan dalam pos ni. Haha, nasib baiklah perut dah sarapan
ReplyDeleteMama singgah blog walking, sesekali kita tukar selera dan makan menu yang jarag di jumpai. Best juga kan. Nyum nyum
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteWah makanan nogori memang menjadi kegemaran saya terutama masak lemak cili api. Memang pedas berapi dan menyelerakan
ReplyDeleteSemua lauk ni Sedap SA terliur tengok he he he
ReplyDeletePucuk Maman Jeruk Masak Lemak Cili Api tu nampak macam sedap.. Sha tak pernah lagi cuba makan..
ReplyDeleteOnie tak reti makan kulit lembu tapi benda lain makan, perut lembu, Allahu sedaknyoooooooooo..... Dapat tulang pun sedap :D
ReplyDeleteYa Allah kak sedapnya daging salai masak lemak cili api... Sllu mkn daging salai jee... Rajin btul masak kan.. Tgk menu smua menyelerakan btul..Dengan ulam2 yg ada.. Pehh sedap tol... Cuma kulit lembu je xreti makan..heheh
ReplyDeleteMasak lomak cili padi memang thooorrrbbaaaeeeekkkkk... Lamo pulak ghaso ea tak makan masak lomak cili padi air tangan ibu... Emmmm...pagi-pagi Kakak SA kite dah buek kan LeYa terliur haa... Syukur nak balik Ghayo Haji esok ha...hehehe..
ReplyDeleteAssalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis suria amanda. Ooh ini pun orang jawa buat juga sis. Kulit lembu dan kerbau tu masak lemak cili api. Ada yang masak lemak. Ikut citarasa tu
ReplyDelete