Hi korang....
Sabtu lepas SA balik kampung...malam tu nak buat kenduri arwah Mak Long..diam tak diam dah 2 minggu Mak Long tinggalkan kami...kesedihan masih menyelubungi tapi hidup mesti diteruskan..ingatan pada arwah tetap ada...takkan hilang malah kukuh terpahat di hati..sampai Mak Lang terlupa baru- baru ni..Pak Long datang rumah dia..siap Mak Lang tanya..."Abang datang sorang je ke..apa x bawak Kak Long sekali"hahaha..amenda la Mak Lang buat lawak plak...lepas tu dia tepuk dahi cakap dia terlupa..takpe la..adakala kita terlupa sebab dalam ingatan masih ingat arwah ada..
Alhamdulillah kenduri berjalan lancar..masakan dimasak bersama- sama dengan jiran kampung..jemputan pun tak ramai cuma jiran berdekatan dan jemaah masjid..masakan yang kami masak memang masakan kampung..sementara tu jom SA share gambar yang sempat SA snap
Sebelum masuk simpang ke Seri Menanti akan nampak sawah padi di sebelah kiri..cantik subur menghijau...
Jom buat kerja...amik gambar jer...
Terung
Belimbing buluh
Buah langsat yang Pak Lang petik dari pokok...giler tinggi pokoknya...
SA merayau belakang rumah terus jumpa pokok cempedak yang berbuah lebat..the best part buahnya masak di pokok..
Makcik jiran kat kampung tengah tumis terung masak kari..
Lauk terung hampir siap
Lepas tu pakcik dan adik sepupu plak nak bakar perut muda lembu yang diorang dapat masa sesi korban kat masjid raya korban ari tu...banyak gak diorang dapat..terus pakcik marinate dulu...lilitkan kat buluh dan bakar..Dania teruja..terus join sekaki walau dia x makan pun perut muda tu...SA makan la sebab sedap kan..tak sempat nak buat air asam...habis licin...
Ready untuk dibakar...bau macma satay...sedap betul
Dania teruja nak bakar..aktiviti rare macam ni dia suka la..jangan x percaya dia suka ikut atuk dia masuk hutan tepi rumah tu..ikut cari buluh la..macam- macam la..actually tepi tu dah jadi hutan dan ada rumah kampung lama kami masa arwah atuk masih ada..dah roboh dah pun rumah tu...
Dania dengan Pak Su dan Atuk Su dia yang berseluar biru tu
Atuk mengajar cucu la ni...
Sedap betul bau dia masa ni...
Masa ni nak masak dah...
Masih teringat2 kesedapannya...
Sedapppppp
Lauk Daging Salai masak lemak cili api campur belimbing buluh
Ikan masin goreng
Ayam goreng
Terung masak rempah
Antara tetamu yang hadir
Jemaah masjid..
Alhamdulillah ramai juga
Sayangnya SA tak dapat tunggu sampai majlis selesai sebab nak kena balik...pukul 9 malam SA dah balik dah...sebab mak nak kena cuci buah pinggang kan...tapi alhamdulillah semua selesai lepas kami balik..sempat la bungkus lauk juga sebagai bekalan...
Selesai majlis kenduri tahlil untuk arwah mak long...semoga doa kami sampai pada arwah..semoga arwah aman damai tenang di dunia barunya...kami yang masih ada di dunia ini akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan tetap menitipkan doa buat arwah....
Al Fatihah...
perhhhggg lomak daging salai tu mengancam gila.. rindu rasanya nk mkan daging salai yg uwan masak (nenek) sedap dia lain maciammmmm...
ReplyDeleteAlhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga arwah tenang di sana kak.
ReplyDeleteAdoi ngences tgk daging salai dengan belimbing tu.
Salam takziah untuk sis dan family..
ReplyDeleteLauk-lauk kg juga yg sedap klu buat time kenduri...
ReplyDeleteAlhamdulillah..semua berjalan dgn lancar...
Al fatihah tok maklong akk...
Salam takziah dr nieyl
alhamdulillah selesai sudah kan.. buat ramai - ramai macam ni seronok jugak..
ReplyDeletebestnya ada kenduri kenduri macam ni, dapat kumpul ramai ramai gotong royong memasak.
ReplyDeleteuhuiii kak...sodapnya lauk. Selamat Hari Raya Korban kak
ReplyDeletesalam takziah... mesti rasa sunyi bila salah sorg dh takda
ReplyDeletealfatihah utk arwah maklong SA....lapar tgk menu2 time tahlil tu...yummmyyy..perut muda bakar tu...dapnye
ReplyDeleteSalam Takziah SA.. sedapnya lauk kampung..
ReplyDeleteSalaam takziah untuk kak SA seluarga. Gulai lemak dengan terung masak rempah tu nampak menyelerakan sangat kak SA. Tak pernah try lagi makan perut bakar macam ni, selalu masak berlada pedas pedas. Hehehe. Next time boleh try.
ReplyDeleteAlhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya. Salam Takziah kak.
ReplyDelete