Tuesday, August 7, 2018

Dutch Lady Menggalakkan Anak Anda Bercita-cita Tinggi Untuk Kebijaksanaan...

Dutch Lady, Jenama Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak No.1 Di Malaysia Menawarkan Rumusan DHA Tertinggi Bagi Menyokong Perkembangan Kanak-Kanak..




Memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dalam pek baharu yang diperkenalkan di Menara Kuala Lumpur, menara satelit tertinggi di ibu kota.

Berucap kepada media ketika pelancaran tersebut, Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia berkata syarikat ini sentiasa membuat penambahbaikan terhadap produk dan bertanggungjawab membentuk kategori pasaran susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia



Mr Tarang Gupta


“Sejak diasaskan di Malaysia lebih 55 tahun yang lalu, syarikat kami berkomited untuk membekalkan nutrisi menerusi produk tenusu yang dipercayai. Seiring itu, kami telah Berjaya membawakan beberapa kemajuan dalam kategori nutrisi kanak-kanak. Malah, kami yang mula-mula memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kepada para ibu di Malaysia pada 1988. Kami juga merupakan yang pertama dalam memperkenalkan rumusan ‘0% sukrosa atau kurang sukrosa’ dalam produk kami pada 2012 bagi menangani kebimbangan terhadap penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases; iaitu NCD) di Malaysia,” jelas Gupta.

Gupta seterusnya berkata: “Hari ini, kami amat bangga kerana mengecapi pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi dalam setiap gelas susu  Dutch Lady 123. Kami menyedari bahawa tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh perkembangan kognitif, emosi dan sosial yang penting; dan ramai ibu bapa memahami kepentingan acid docosahexaenoic atau DHA sebagai nutrien yang menyokong perkembangan kanak-kanak. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan  nutrien yang lebih tinggi 3 untuk protein, vitamin D3,  vitamin C  (dan lebih lagi) yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar.”



Ms Aslee Ng

VHP 1957 “60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau acid docosahexaenoic 4 yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat,” kata Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia.

"Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan oleh para ibu Malaysia untuk mendapatkan Dutch Lady 123, bukan sahaja mereka mendapat tahap DHA tertinggi2, tetapi juga nilai nutrien yang lebih tinggi3 - contohnya, lebih kurang 44% lebih protein, 70% lebih vitamin D3, 150% lebih vitamin C dan lebih banyak lagi berbanding produk jenama lain dalam lingkungan harga yang sama. Kami berharap dapat memberikan nilai terbaik kepada para pengguna Dutch Lady, "kata Ng.

Scha Alyahya dan Lara Alana, pasangan selebriti ibu dan anak, juga sebagai duta jenama bagi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady turut hadir sewaktu pelancaran.


“Saya gembira melihat anak saya, Lara membesar dan menjadi lebih bijak dan lebih sihat setiap hari. Dutch Lady merupakan satu-satunya jenama yang saya percayai untuk memberikan nutrisi yang berkualiti serta selamat untuk anak saya. Saya juga gembira melihat anak saya menikmati susu kegemarannya yang turut memupuk kebijaksanaan Lara,” kata Scha.

Selain memastikan Lara mendapat nutrisi yang secukupnya, Scha juga sering menggunakan blok binaan untuk berinteraksi dengan Lara bagi menggalakkan kreativiti anak kesayangannya.“Lara gemar membina kota dan kemudiannya akan bercerita tentang putera dan puteri yang tinggal di dalam kota tersebut serta pengembaraan yang dilalui mereka. Dia sangat pandai bercerita dan saya terpegun dengan daya imaginasi yang dimilikinya!” tambah Scha lagi.

Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA 8 boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my

12 comments:

  1. kolin nak kena cari susu gak ni..kena mula minum...rasanya yang ini dewasa pun boleh kann

    ReplyDelete
  2. Jenama susu yang di percayai sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  3. anak kita pun guna susu ni dari dia stop BF..

    ReplyDelete
  4. Antara jenama susu yang popular dan ada produk yang sesuai untuk semua umur

    ReplyDelete
  5. selalu beli susu dia kalau rasa tekak nak campur dalam ESP . nyum2 sedap ! :)

    ReplyDelete
  6. done follow, folloe juga untuk keep in touch

    ReplyDelete
  7. Dutch Lady antara susu yg dipercayai. Syafi pun minum susu ni sejak hbs bf last 2 years.

    ReplyDelete
  8. Susu yang popular pilihan ibubapa ni

    ReplyDelete
  9. Jenama susu yang harus ada setiap rumah kan SA. Rumah Kak Sue nie dah tak ada baby, tapi anak teruna suka minum Dutch Lady yang pink tu SA..

    ReplyDelete
  10. dak Nuha masih kekal minum susu ni.. ;)

    ReplyDelete
  11. Dutchlady memang jenama susu yg popular sejak dulu lagi... Memang sedap juga rasanya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......