Wednesday, August 15, 2018

5 Jenis Pekerjaan Yang Anda Tidak Ketahui Sebenarnya Menggunakan WD-40

Hampir  ditemui  di  setiap  garaj  atau  bengkel  di  seluruh  dunia,  WD-40,  bermaksud  Water  Displacement  Formula  (Menghilangkan  kelembaban)  yang  berjaya  disempurnakan  pada  percubaan  ke-40,  sering  dikaitkan  dengan  penjagaan  dan  penyelenggaraan  automotif,  sebenarnya  mempunyai  beribu  kegunaan.  

Salah  satu  fungsi  utama,  seperti  namanya  “Water  Displacement”ia  bertindak  sebagai  pencegah  kelembapan  dan  kakisan,  ia  juga  boleh  digunakan  sebagai  pembersih  gris  dan  kesan  gam  yang  melekit,  pengilat,  dan  juga  pelarut  (untuk  melarutkan  bahan  jenis  polikarbonat  atau  lilin).    

Fungsi  –  fungsi  ini  menjadikan  WD-40  produk  yang  hebat  untuk  tukang  emas,  ahli  sukan,  pengumpul  duit  syiling,  pembuat  kasut,  dan  pemuzik!  

Untuk  tukang  emas,  WD-40  berfungsi  sebagai  pengilat  untuk  barang  perak  supaya  kembali  bersinar,  dan  membantu  membersihkan  dan  mencegah  karat  pada  barang  kemas.  



Untuk  ahli  sukan,  senarai  perkara  yang  boleh  dilakukan  oleh  WD-40  boleh  mencapai  beberapa  halaman.  Iia  boleh  melincirkan  dan  membersihkan  peralatan  sukan  (sama  ada  golf,  raket  atau  tongkat  kayu)  dan  melindunginya  daripada  berkarat,  menyingkirkan  kelembaban  (rantai  basikal,  peralatan  menyelam  skuba  dan  bahagian  bot)  membantu  melancarkan  brek  kasut  roda,  sekaligus  menghentikan  gangguan  pada  mesin  sukan  anda,  dan  banyak  lagi. 

   

Untuk  pengumpul  syiling,  WD-40  telah  digunakan  selama  bertahun-tahun  untuk  membantu  membersihkan  syiling  lama  dan  mengembalikan  kilauan  asalnya,  tanpa  menghakis  permukaan  atau  merosakkan  reka  bentuk  syiling  terbabit.  



Untuk  pembuat  kasut,  WD-40  membantu  menyingkirkan  kesan  lilin  yang  digunakan  pada  kasut,  melincirkan  cangkuk  kasut,  menjadikan  kasut  kulit  yang  lama  lebih  lembut  dan  lentur  semula,  mengembalikan  kejernihan  kasut  plastik,  membaiki  peralatan  pembersih  kasut  dan  melincirkan  gandar  (roda)  pada  penggilap  kasut.



Untuk pemuzik, WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna yang sudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga membantu melincirkan skru penala 'halus' pada instrumen bertali, mencegah tali piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia



MENGENAI SYARIKAT WD-40®Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40®BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive 

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40 boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

8 comments:

  1. Banyak gunanya.
    patuat ada simpan dalam setor untuk kegunaan sendiri

    ReplyDelete
  2. jenama yang dah lama di kenali. Miza pun ada standby 1 dekat rumah untuk hal hal kecemasan

    ReplyDelete
  3. wah byk rupanya kegunaan wd40

    ReplyDelete
  4. WD40 memang bagus, setiap rumah kena ada 1

    ReplyDelete
  5. Pergh!! Banyak betul kegunaannya..

    ReplyDelete
  6. tak penah tau pasal WD 40 tuu...baca ni br tauuu..hehe

    ReplyDelete
  7. WD40 produk jenama di percayai

    ReplyDelete
  8. Banyak juga manfaat WD-40 ni.. Baru LeYa tahu... Nampaknya memang kena sentiasa di rumah ni... Jarang-jarang beli... Bila nak guna baru pergi mencarinya... Ekkekeke... Ok lepas ni kena sentiasa ada di rumah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah