Diasaskan sejak 175 tahun lalu – masih menjadi perintis
● Yale maju ke hadapan dengan menghubungkan dunia dengan produk inovatif
● Kunci Pintu Pintar dan aplikasi Pautan Yale menyediakan kemudahan kepada pemilik rumah.
Yale meraikan penubuhannya lebih 175 tahun lalu dengan penyelesaian boleh dipercayai yang amat relevan dengan keperluan pasaran hari ini.
Sebagai salah satu jenama antarabangsa, Yale sememangnya nama yang dikenali dalam industri kunci. Sejarah kami bermula sebagai sebuah perniagaan keluarga di Amerika Syarikat (AS) oleh Linus Yale Jr., yang membuat eksperimen dengan mekanisme berasaskan kunci digunakan oleh bangsa Mesir kuno lebih 4,000 tahun lalu. Ia adalah cara bagaimana dia dapat mencipta mekanisme pin pasak terkenal yang digunakan secara meluas dalam industri keselamatan hari ini.
Menjelang abad ke 20, syarikat berkenaan berkembang di seluruh dunia dan mempunyai lebih 12,000 kakitangan. Pada Ogos 2000, Yale telah dibeli oleh Kumpulan ASSA ABLOY.
Ketika produk inovatif kami bertahan, perkembangan jenama ini sentiasa didorong oleh komitmen terhadap kualiti, reka bentuk, kebolehpercayaan, keselamatan dan kepercayaan.
Dalam memastikan kami mengikuti aliran terkini, salah satu kunci yang mempengaruhi terhadap keperluan keselamatan rumah yang moden adalah automasi rumah dan sambungan meluas terhadap rumah pintar.
Konsep rumah pintar mungkin dikatakan sebagai tidak masuk akal beberapa dekad lalu apabila objek di dalam rumah boleh dikawal menerusi alat kawalan jauh dan arahan suara. Idea berkenaan dianggap tidak meyakinkan dalam tempoh beberapa tahun lalu memandangkan dianggarkan hanya lebih 80 juta peranti pintar dijual setiap tahun.
Angka itu dijangka meningkat dengan bilangan peranti yang berhubung di seluruh dunia yang dianggarkan mencecah 26 bilion menjelang 2020*!
Dengan perkembangan pesat terhadap penggunaan peranti pintar, Yale telah memperkenalkan rangkaian pintar penyelesaian baru seperti Kunci Pintu Pintar untuk disesuaikan dengan keperluan pemilik rumah hari ini menerusi kualiti produk yang memudahkan dan memberi ketenangan.
Kunci Pintu Pintar Yale memberi kebebasan kepada pemilik rumah untuk menjaga keselamatan harta tanpa perlu membawa kunci yang banyak. Ia juga mengurangkan risiko pemilik rumah menghilangkan kunci ketika melakukan tugasan harian.
Demi kemudahan pemilik rumah yang sentiasa sibuk dengan urusan harian, Yale telah membangunkan aplikasi Pautan Yale yang boleh diselarikan dengan Kunci Pintu Pintar Yale. Aplikasi Pautan Yale dibangunkan teknologi internet saling berhubung atau (Internet-of-Things) yang membolehkan pengguna mengakses dan membuka kunci pintu digital menggunakan telefon pintar.
Aplikasi Pautan Yale memberi ketenangan kepada pemilik rumah pada waktu sebenar memandangkan mereka boleh memantau aktiviti yang diakses di rumah melalui telefon pintar. Pemilik rumah boleh mengetahui segera sama ada pintu mereka dikunci atau tidak dan boleh memberi akses kepada tetamu dan pelawat. Aplikasi Pautan Yale juga mempunyai fungsi amaran penceroboh yang boleh dikesan dan dipantau menerusi perkhidmatan Percubaan Audit.
Pengarah Urusan ASSA ABLOY ASEAN, Aravind Karthigesu berkata: "ia adalah saat paling teruja bagi Yale apabila kami berusaha mereka bentuk dan membangunkan produk terbaru demi keselesaan dan ketenangan kepada pemilik rumah dalam menjaga keselamatan hak milik mereka"
Kami terus mengukuhkan penawaran mekanikal yang menjadi tulang belakang jenama ini dan kami sedar pasaran kini semakin berubah dan berharap dapat mengembangkan penawaran Kunci Pintu Pintar. Industri ini memerlukan inovasi untuk terus kekal relevan dan ia adalah matlamat kami di Yale yang melakukan pembangunan produk menarik dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kunci Pintu Pintar Yale kini berada di pasaran Malaysia dan aplikasi Pautan Yale terdapat di Google Play store dan App Store.
Untuk mengikuti perkembangan terbaru daripada Yale, sila lawati laman sesawang kami di www.yalelocks.com.my atau ikuti kami di media sosial.
** STAMFORD, Conn., 12 Disember 2013 oleh Gartner, Inc. (NYSE: IT), adalah syarikat penyelidikan dan penasihat terkemuka dunia dan ahli S&P 500
Mengenai ASSA ABLOY
ASSA ABLOY adalah peneraju dunia dalam penyelesaian pembuka pintu dalam menepati kepuasan pengguna akhir yang inginkan keselamatan dan kemudahan. Sejak ditubuhkan pada 1994, ASSA ABLOY telah berkembang dari sebuah syarikat serantau kepada kumpulan antarabangsa dengan kira-kira 47,000 kakitangan dan beroperasi di lebih 70 negara serta jumlah jualan mencecah hampir SEK 71 bilion (RM32 bilion). Dalam segmen keselamatan elektromekanikal yang bergerak pantas, Kumpulan mempunyai kedudukan paling hadapan dalam bidang kawalan akses, mengenal pasti teknologi, automasi pintu dan keselamatan hotel.
first time dengar pasal yale locks
ReplyDeletePintu rumah saya .. banyak dah rosak lock .. ada tak yang nak sponsored? hehehe .
ReplyDeleteKena tukar lock yang canggih macam Yale Lock ni HH, tapi sediakan ongkosnya laaa
Deletewah...bagus ada yale locks ni rasanya.takdelah terdedah kepada penjenayah kan...
ReplyDeleteni pintu pun kena mahal, SA :)
ReplyDeleteYale lock pernha dgr,,tapi yang kunci mcm nampak moden gila dri yg biasa tu..
ReplyDeleteCanggih nihh hehe
ReplyDeleteMemula baca ingat kunci apa tadi. Sekali jenama Yale, baru perasan guna untuk mangga pintu pagar atau grill. Yang terbaru nie lagi canggih kan SA..
ReplyDeleteMakin lama makin canggih jenis kunci nie..
ReplyDeleteuih..mesti mahai ni..mahal tap berbaloi sbb kualiti kan..tp kite mampu tgk je sis haha
ReplyDeletejenama yang bertahun di pasaran
ReplyDeleteBonde kalau masuk Mr. Diy macam hilang ingatan sekejap! suka sgt... baru ni dapat voucher RM 5 untuk shopping on line dah sudah mengadap pc jer koje ha ha ha
ReplyDeleteKunci Yale ni nampak safety sekali!...
ReplyDeleteJEnama di percayai dan lama di pasaran. Saya suka brand ni
ReplyDeletemasih dunia canggih, revolusi kunci pun lain mcm dah.. ada duit ngan takde je yg mampu nak pakai lock rumah terkini
ReplyDeletewow first time tengok kunci rumah macam ni
ReplyDeleteNampak menarik dan boleh dipercayai.
ReplyDelete