Wednesday, July 25, 2018

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Untuk Housemate


Hi korang...

Cerita malam tadi SA balik kerja masakkan untuk housemate Siput Sedut Masak Lemak Cili Api..gigih diorang pergi pasar malam Paya Jaras mencari bahan- bahan SA suruh beli..sampai terlupa beli daun kunyit..tapi takpe semalam SA pergi Econsave Damansara Damai..teringat nak masak siput sedut terus jer beli..kalau diorang dah beli takpe sebab boleh simpan kalau nak masak lauk lain kan..
Sampai jer kat rumah SA cepat2 cuci siput sedut tu semua..nasib baik orang tu jual dah bersih..dah takde lumpur pada siput tu tapi still kena basuh bersih- bersih kan..SA potong hujung siput sedut tu..mulanya diorang nak potongkan..takut plak kalau pendek sangat ke atau panjang sangat kan..hehehe..cerewet tukang masaknya...sebenarnya takde la susah mana pun nak masak siput sedut..senang je..cuma SA takde la campur bahan lain. Kalau kat rumah Seremban bleh je campur batang keladi atau pucuk paku..tapi tak suruh diorang cari kat pasar malam..kalau banyak2 bahan kang takut tak habis plak..masak siput sedut ni biasanya tak jadi lauk...

SA terajin skit..so SA bagi resepi sekali la..

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan- bahan

  1. Siput Sedut  - 1kg - bersihkan dan dipotong hujungnya
  2. Cili Api  - 15 biji  - Jangan banyak sangat takut pedas sgt ( bebudak rumah tak kuat pedas)-tumbuk halus
  3. Kunyit Hidup - sebesar ibu jari - tumbuk halus
  4. Serai 3 batang - dititik
  5. Santan 1 kotak - tak kisah apa jenama
  6. Asam keping  - 1 keping
  7. Daun kunyit - 1 helai ( koyak2 je..)
Cara masak
SA masak guna kuali
  1. Masukkan siput dan bahan tumbuk iaitu cili api dan kunyit hidup dalam kuali
  2. Gaul biar bahan jadi mesra 
  3. Masukkan Serai dan daun kunyit
  4. Masukkan Santan dan asam keping
  5. Masukkan air sikit supaya santan sedikit cair
  6. Biar mendidih 
  7. Perasakan garam
  8. Siap

Alhamdulillah, sebelum ni kawan serumah tu asyik menyebut jer kan..baru la dapat kami semua menyedut malam tadi..makan sambil borak..sebenarnya lauk siput sedut ni memang tak jadi lauk..ralit semua menyedut..hehehe..nasib baik ada geng yang suka siput sedut..boleh la masak selalu..cuma semalam dapat siput sedut yang tak berasa besar..sederhana macam tu..susah sikit SA nak kerat montotnya..kang terlebih kerat apa yang tinggal kan..teringat siput sedut yang adik SA bawak dari Muar malam raya lepas..lagi banyak..5 kg SA sorang settlekan...

Lepas ni boleh la masak lagi siput sedut kat rumah sewa..sebab ada 2 orang housemate yang suka makan..yang sorang lagi tu tak makan siput sedut..dan tak nak belajar makan...takpe..orang tak nak kita jangan paksa kan...

Lepas ni tak tau la nak masak apa plak kat rumah sewa..

38 comments:

  1. fav ni siput sedut tp tk pernh masak sdiri sbb tk brp reti nk siang ..slalu tgk MIL je la buat..menantunya tau mkn je hehe

    ReplyDelete
  2. Sedap tu siput sedut. Rugi siapa tak cuba. Syok masa meneydut tu kan kak.

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa dapat housemate cemni tolong masakkan.. barang2 kita cari tapi orang tolong masak hehehe..

    ReplyDelete
  4. nak masak tu senang , nak siang dan cuci tu Allahu . Lelagi handbag ada 3 dalam rumah ni kan. Udahnya last week makan kat kedai adik suami je

    ReplyDelete
  5. Hubby kak suka la makan siput sedut ni. Memang ngam kalau buat masak lemak cili padi.

    ReplyDelete
  6. sedapnya masak dan makan ramai2. kalau kat rumah sewa cik nor tak de nya macam kat rumah sewa akak..masing2 buat hal masing2..

    ReplyDelete
  7. rajinnya kak, dana suke mkn siput sedut tp tak penah pun msk kt kl nih... mls nk potong bontotnya

    ReplyDelete
  8. Wah, nampak sangat menyelerakan tapi zumal seumur hidup tak pernah makan siput tu 😂 nanti nak try...

    ReplyDelete
  9. Ika tak reti nak makan siput sedut huu Tapi mana tau satu hari nt kena masak. tahu dh mana nak cari resepi :)

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi makan siput sedut seumur hidup.. :P

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Pebret ni, kalau beli sebungkus, bila masak sekali hadap aje.
    Makan meratah. Lagi sedap kalau campur batang/sulur keladi.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya SA.. Kak Sue memang suka makan siput sedut tapi tak pernah masak sendiri pun lagi..

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak SA. Lama tak makan siput sedut masak lemak ni.

    ReplyDelete
  14. itulah penat betul nak potong bontot siput tuh, tapi hasilnya berbaloi sangatlah. sedap bak hang!! rasa macam nak masak ati-ari je ni..

    ReplyDelete
  15. Wow! Nice recipe.. gonna try cook this out.. Looks good.. cili padi? must be spicy and yummy!

    ReplyDelete
  16. Arghhhh siput sedut.. sedap!! lagi sedap kalau masak lemak tu pekat. Lepas tu siput tu kalau tak cuci betul2 memang akan spoil.

    ReplyDelete
  17. adoihai sedapnya masakan siput ni. Mmg tempting giler. Teringin nak buat sendiri sebab hubby dan anak suka makan..

    ReplyDelete
  18. sampai sekarang tak reti nak makan siput sedut nie..biasa nenek dengan adik je selalu makan MN nie kurang sikit

    ReplyDelete
  19. Sebenarnya kan, saya tak pernah makan siput sedut ni. Bukan tak nak. Teringin jugak duk tengok orang lain makan tapi sebab tak reti sedut. Hahhahaha

    ReplyDelete
  20. Saya suka juga siput sedut. Suami dan saya makan siput sedut ni tapi Dania tak makan. Sedap makan pedas2 sampai kuar air kot hidung menikmati siput sedut masak lemak.

    ReplyDelete
  21. Terbaik dulu masa study ni lah makanan kegemaran, selalu makan kat food court kendong. Tapi tetap juga makan dengan lauk lain kalau tak, tak kenyang nanti

    ReplyDelete
  22. Feveret anak2 ni.
    Kalau beli sikit mampu tengok jelah deme makan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  23. Kita memang suka makan siput sedut ini tapi nak masak memang tidak lah sebab pertama nak uruskan siput tu nak basuh pastu nak potong hujungnya lagi hehehe kalau tidak memang susah nak sedut wakakakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maha, now ada jual yg siap dah bersihkan.
      aida beli yg tu lah.
      mahal la skit. tapi berbaloi sebab boleh masak byk.
      lepak rumah, sedut reramai :)

      Delete
  24. havent tried siput sudut in my life. I just feel weird they way they eat it. hahaha but I have tried all other shell fish. I guess its finally time for me to try sipur sidut

    ReplyDelete
    Replies
    1. you have to try it, bhanu.
      special. till now my daughters still learning how to sedut that siput.
      they love it but it is so difficult for them.
      for me, u want it, sedut lah sendiri :)
      a learning process right? hi hi hi

      Delete
  25. Yummy yummy I've not eaten siput sudut because I'm not a fan of seafood but my best friend mmg giler benda benda macam ni, will ask her to try out this recipe.

    ReplyDelete
  26. Memang dah lama mama tak makan siput sedut masak lemak cili api. Suka tapi susah nak cari kat kedai makan. Mungkin sebab ramai orang suka selalu habis

    ReplyDelete
  27. sampai sekarang wawa tk pandai makan siput sedut ni..

    ReplyDelete
  28. Nak masak memang susah ni. Sebab tu kalau makan kat luar mahal harganya. Nak siang, nak cuci letih. Tak sanggup nak buat

    ReplyDelete
  29. yummy! sedap!!!
    bulan puasa ari tu first time in my life masak sendiri tau.
    cuma, siput sedut tu aida beli dah siap bersih, SA.
    kalau yg belum, mcm tak brape pandai membersihkan dan memotong buntut nyer.

    ReplyDelete
  30. sedap sangat..kegemaran kita ni..haritu baru je makan..tapi siput sedut tu tak besar..dapat yang besar perghh nikmat...siput sdut memnag sedap buat lemak cili api..

    ReplyDelete
  31. Kegemaran saya nie kak SA !!! Ya allah lama dh tak makan semenjak tak ada buffet ramadhan review. Ahli keluarga sy x makan siput sedut sebabtu ibu x masak benda nie. Xpelah, lepas nie boleh buat sendiri ikut resepi Kak SA

    ReplyDelete
  32. Selalu jumpa siput sedut di warung and kedai makan Melayu tapi I selalu tankan makan. geli la nampaknya. Next time ingin cuba lah, walaupun satu siput jer.

    ReplyDelete
  33. Lama tak makan siput sedut ni. Selalu makan Yang orang buatkan. Xpernah masak sendiri lagi. Hehhe boleh lah Cuba resepi kak SA ni.

    ReplyDelete
  34. Sedap ni kak. Aina suka, lma dah tak makan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah