Ramai yang suka makan paru kan? ada yang suka dimasak rendang, sambal merah atau goreng berlada menggunakan cili api. Paru adalah kesukaan SA satu family kecuali anak dara SA la..tak tau kenapa dia tak suka..hari ni SA nak share resepi paru goreng berlada versi SA sendiri dan kali ni SA buat menggunakan cili api.Sebenarnya SA buat meniaga kat office Paru Goreng Berlada ni cuma dah lama stop sejak mak SA sakit. SA ingat nak buka order semula la tak lama lagi sebab dah ada permintaan dari kawan- kawan.
Untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa. Macam SA ikut kehendak pelanggan nak nipis. So kasi hiris nipis- nipis la...
Jom tengok resepi dan cara masak SA type kat bawah gambar eh...
Bahan- Bahan
Untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa. Macam SA ikut kehendak pelanggan nak nipis. So kasi hiris nipis- nipis la...
Jom tengok resepi dan cara masak SA type kat bawah gambar eh...
Bahan- Bahan
- Paru - 1kg
- Cili padi - 20 biji/ ikut tahap kepedasan korang
- Bawang kecil - 6 ulas
- Bawang putih - 5 ulas
- Serai - 3 batang (di titik) - optional, SA letak sebab suka bau serai
- Sos Tiram 3 sudu - ikut suka kalau nak letak
- Bawang besar 2 biji - hiris memanjang
Bahan 2-4 tumbuk kasar
Paru yang dah direbus dihiris dan digaulkan dengan kunyit serbuk, goreng dalam minyak yang banyak agar gorengan sekata masaknya, goreng tidak terlalu garing mengikut keselesaan, SA prefer sedikit garing dan masih kenyal
Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi dan serai..tumis sehingga naik bau dan bahan tumisan garing...masukkan sos tiram, masukkan sedikit garam jika perlu sebab sos tiram dah masin.
Masukkan paru dan gaul mesra, masukkan bawang besar dan biarkan seketika
Siap!!boleh dihidang.
Biasa makan Paru berlada ni lawan ngan telur dadar...makan plak ngan nasi panas...memang bertambah la makan...mertua lalu sebelah pun tak pandang de..hehe..kalau makan kat opis..boss korang tegur pun sure tak perasan..sedap nak plak masa makan tu siap borak- borak membawang kan...hahaha..SA memang suka buat pedas-pedas..kalau tak pedas x best.
Nak buat senang je cuma leceh bab nak rebus bagi empuk kan..ada yang tak sanggup tunggu lama..
Selamat mencuba korang....
mak aii..tengok gambar terus telan air liur. Rasa mcam ada kat depan jer..hehe
ReplyDeleteWahhh... Lama jugak rasanya LeYa tak pekena paru goreng berlada ni... Jom la kita cuba try resepi dari Kak SA kita ni..
ReplyDeleteFav saya ni kak
ReplyDeletesuami saya suka sgt lauk ni kak.. lelagi pedas2
ReplyDeleteejulz x pandai makan paru. hehe
ReplyDeleteSha suka makan paru.. Tapi belum pernah masak sendiri.. Tengok resepi akak nie macam senang je.. bolehlah cuba nanti..
ReplyDeletefav ni..suka paru yg lembik2 tk keras sgt and tk garing sgt smp keras tu....suka paru sambal & berlado
ReplyDeleteDulu tak suka makan paru, tapi sebab suami suka makan, selalu rasa, so boleh la telan. Tapi kena yang nipis garing baru sedap sebab tak terasa 'kelembuan'nya. Haha.
ReplyDeletekolin selalu cili merah, tak pakai cili hijau
ReplyDeletetak makan paru.. tp tgk ni mcm sodappp je
ReplyDeleteOne of my fav ni.. kalu beli nasi lemak...mesti lauk paru. Cuma kat sini..kalau terasa nak makan, kena masak sendiri..tu yg malas tu.. he he. Tambah2 yg makan sorang. Anak2 tak .. lagi la. Kannn
ReplyDeleteyes yes yes....
Deletebiasa nyer gerai nasi lemak memang ada sambal paru.
sedap nyer lah...
tengok paru berlada ni terus perut buat concert
ReplyDeleteMN kalau masak paru memang suka potong nipis-nipis lepas tu goreng garing..kalau potong tebal tekak MN tak boleh telan
ReplyDeleteSedapnyaaa kak SA, kecur air liur tengok. Lama tak makan sambal paru.
ReplyDeletekecur air liur tenguk...sedap ni
ReplyDeleteKalau saya makan paru nih kaka dah lama tey buat. Tapi sejenis payah benau nak makan organ dalaman
ReplyDeleteKalau saya makan paru nih kak lama dah buat ni. Sejenis yang tak makan organ dalaman ni payah benau
ReplyDeletenia suka juga makan paru, lagi-lagi makan dengan nasi lemak memang sedap sgt
ReplyDeleteaida biasa bersambal merah, SA.
ReplyDeletetapi tu la.
masa sejemput, mr.asben tak gemar paru :) hi hi hi
aida copy paste resepi ni ekk.
Rasa mcm tak pernah mkn paru ni kak. Tapi nmpk yg akak msk ni rasa teringin plk. Nampak sedap.
ReplyDeleteKak Sue suka juga paru nie SA, cuma tak pernah masak sendiri. Nanti nak cubalah masak n cuba resepi SA nie..
ReplyDeleteKalau balik rumah MIL, anak2 takkan lepaskan paru Uwannya.. hehehe..
ReplyDelete