Wednesday, July 25, 2018

Majlis Berarak Lilin Nabil Razak Bukan Zizan Razak.....

Hi korang...

Last week SA balik Seremban petang Jumaat sebab sebelah malamnya ada majlis berarak lilin anak sepupu SA di Seremban Jaya. Anak sulung sepupu SA family sebelah Abah SA ni dah nikah dengan pasangan dari Terengganu April lepas. SA dan family tak dapat join wedding di Terengganu sebab mak SA tak sihat kan..so join yang majlis kat Seremban jer. Kiranya ini majlis menyambut menantu dan meraikan family pihak perempuan dari Terengganu. SA dah lama tak pergi mana- mana kenduri..sebab tak suka ngan makcik- makcik bawang..tapi dah majlis family sebelah abah..takkan x pergi pulak kan..apa plak kata saudara mara..Nasib malam tu tak terkena soalan maut..tapi SA ditegur oleh salah seorang makcik..lama tak jumpa katanya dan lama tak tengok SA pakai kebaya...hahahaha...sabar jer la..

Apa majlis berarak lilin ni? sebenarnya ianya majlis meraikan pasangan pengantin dimana mereka akan naik replika kapal yang dihias cantik dan di letakkan lilin di keliling replika. pasangan pengantin kemudian akan diangkat oleh adik beradik lelaki atau saudara mara lelaki sejauh 200 meter dari rumah atau dari dewan. Nasib la kalau tukang angkat gerak- gerakan kapal atau goyang2 kan..tetapi dah dimaklumkan awal- awal jangan ada aktiviti yang kasar sebab isteri Nabil kini berbadan dua.


Anak saudara SA yang lelaki tu Nabil Razak dan Isteri Marisah..


Marisah agak cuak naik replika kapal tu...Nabil dah biasa sebab sebelum ni dia tukang angkat pakcik2 dan makcik2 yang kahwin..


Okey pengantin dah ready....


Pasukan rebana akan mengiringi perjalanan pengantin yang diarak sejauh 200 meter, sebelum bergerak mercun akan dipasang bagi memeriahkan suasanana


selepas itu mereka akan diraikan dengan tarian piring pula..


Entah apa yang lucu tak tau la..ramai yang mengusik rasanya ni


Silat dan Tarian piring...



Selesai persembahan SA amik kesempatan bergambar dengan pasangan pengantin


Dania pun sama..


Kidnap anak buah SA..suka kacau dia sebab dia takde perasaan...diam jer...


One more photo..still sama jugak..


Lepak bawah khemah masa ni tengok saudara mara karaoke..tetiba nama naik..memang tak la nak nyanyi kan...SA suruh adik SA si Lisa pi nyanyi..dah tua2 ni memang tak kuasa nak menyanyi..


Alhamdulillah...

Majlis berjalan lancar..SA tak makan pun malam tu..bukan tak sudi nak makan tapi perut sebu..letih pun ye jugak sebab naik komuter SA berdiri sampai Seremban..silap la naik komuter time peak hour..malam tu balik rumah dalam pukul 11 malam, singgah beli durian 2-3 biji sebab tak puas makan..sampai rumah ingat adik bongsu SA lepak tengok tv..rupanya dah tido..SA bukan apa..nak ajar anak buah SA si Taufiq tu makan durian..hahaha..dah la ibu dia x makan durian langsung kan..sajer nak dengki..SA jer la makan durian dengan Abah...

Nanti SA sambung majlis persandingan pulak ye next entry...

21 comments:

  1. 1st time dgr majlis berarak lilin...tahniah utk pengantin..selamat pengantin baru

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru. Masa nampak kak sa up dekat ig eh eh zizan kew rupanya pelanduk dua serupa

    ReplyDelete
  3. Ooo ada eh berarak lilin nih ye kak. Saya baru nak tanya Nabil Razak tuh ade kena mengena dgn zizan razak ke.. Sekali anak sepupu akak.. Serius muka dia ada iras iras... Kot adik beradik ke kan..

    ReplyDelete
  4. Nasib bukan Najib razak hehehe. EH meriahnya majlis berarak depa

    ReplyDelete
  5. Memang baca sekali lalu ingatkan Zizan Razak.. =P

    ReplyDelete
  6. muka dah nak iras Zizan la anak sepupu SA ni..tapi dia versi chubby..hehe

    ReplyDelete
  7. Uish.. Ada iras zizan razak.. Kalau sha yang kena arak pun cuak juga.. Hahaha... Uniklah.. Selamat pengnti baru buat pasangan pengantin..

    ReplyDelete
  8. meriahnya walaupun waktu malam..seronok tengok. sedapnya durian..:)

    ReplyDelete
  9. Betul betul ikut adat ye kak. Seronoknya meriah majlis kahwin ni. Saya suka tengok akak pakai kebaya tu lah. Kain cotton kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nora..kain cotton...adat family sebelah abah la nora..sebelah mak takde la..tapi amsa adik bongsu akak kahwin ada..itupun pakcik akak sponsor..

      Delete
  10. 1st time dgr... Menariklah adat ni...bestnya diarak....

    ReplyDelete
  11. Selamat pengantin baru zizan razak..eh silap nabil razak..tapi muka ada iras2 zizan razakla..hehe

    ReplyDelete
  12. Ada tarian piring wah :) masih ikut adat. menarik. tak lupa adat lama hee

    ReplyDelete
  13. first time dengar majlis berarak lilin..

    ReplyDelete
  14. Pertama kali Kak Sue dengar Majlis Berarak Lilin.. menarik..

    ReplyDelete
  15. Duk negeri sembilan, skrg baru tau ade berarak lilin..selalunya naik tandu tu jer pasru goyang2,lilim x prnh nmpk..intresting info SA. Tq

    ReplyDelete
  16. meriah.. semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat.. :)

    ReplyDelete
  17. Menarik majlis berarak lilin ni. Saya pun 1st time dengar.
    Btw, muka pengantin senyum sebijik zizan razak !

    ReplyDelete
  18. Meriah..
    Tahniah buat pasangan pengantin.
    Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  19. tq for sharing SA, pasal berarak lilin tu.
    nice celebration.
    penuh keunikan.

    ReplyDelete
  20. First time dgr majlis berarak lilin k.sa. Menarik ya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......