Friday, July 13, 2018

Foundation Primer Sunscreen Broad Spectrum SPF 15 Mary Kay & Fame Travel Kit Pilihan SA

Hi korang...

Bukan senang nak jadi blogger tegar dan sebenarnya memang menjadi perhatian. Walau ko rasa diri ko tak famous tapi at the same time korang di kenali di kalangan blogger, readers, followers dan silent readers. Ini yang SA hadapi sekarang bila SA aktif sebagai blogger dan aktif di social media jugak. Sebelum ni ada yang pertikai tentang hidung SA, kali ni ada gak yang bertanyakan tentang gambar- gambar SA ambil guna fake filter ke apa...Apabila terlalu banyak apps filter di google apps jadi masalah jugak bila kita bergambar guna smart phone kan. Terus dikatakan kita guna filter untuk nampak cantik dan sebagainya..okeylah SA mengaku adakal SA guna filter..tetapi itu hanya semasa SA attend event selepas waktu kerja. Kadangkala event start pukul 6.30 petang dan SA memang takde masa nak touch up. So SA gunakan filter supaya gambar SA nampak segar. Rosak event orang kalau kita publish gambar kita kat sana dalam keadaan comot, muka kusam dan kelihatan letih tak bermaya.

Bila SA upload gambar di luar event dalam keadaan muka glowing flawless sebenarnya SA x guna filter pun tau...percaya la..SA memang pencinta mekap..so sebelum mekap..SA akan gunakan make-up base dan satu lagi product special iaitu Foundation Primer Sunscreen Broad Spectrum SPF 15 dari Mary Kay. Dah 3 bulan SA gunakan dan SA memang suka..memang foundation korang akan jadi flawless walau korang hanya gunakan nipis je..kalau tak percaya korang kena guna sendiri dan nikmati hasilnya yang gojes..tengok gambar- gambar kat bawah ni...


best sebab foundation kita sekata dan flawless di muka


Kalau berminyak muka skit korang dap je muka ngan tisu..lepas tu ok


Atau korang touch up ngan compact powder


trust me mekap korang kekal sampai habis waktu pejabat..


Haaaaaa...

Inilah dia primer foundation yang SA guna selama ni..bila blend kat muka dan selepas tu sapu foundation macam biasa, hasil selepas korang complete mekap adalah superb..Memang SA recommend sangat- sangat..maknanya korang dah apply makeup base, sapukan primer Mary Kay ni dan teruskan dengan pemakaian foundation..lepas tu teruskan dengan loose powder dan compact powder. Itu yang SA buat selama ni..nak flawless kena la keluarkan sedikit modal kan..tak rugi malah berbaloi- baloi..1 tube foundation primer ni SA guna untuk 2 bulan setengah...haaaa...jimat tak? SA guna kalau ada event dan kat opis je..kat rumah atau hari- hari lain kat kampung SA x guna mekap pun..hehe...



Selain dari foundation primer, SA gunakan jugak lipstik keluaran FAME COSMETICS yang tengah popular sekarang..SA suka tekstur Fame lipstick dan warna yang menarik. Baru- Baru ni SA ada beli Fame Special Edition. Ada 4 warna lipstick, 2 antaranya lipstick matte dan 2 lagi adalah lip gloss code Drama Queen dan Viva Glam..


Kotak travel kit special edition yang comel


Ada 4 lipstick comel gak...

So...senang jer...kalau korang nak gunakan product yang macam SA  guna...korang boleh jer follow ig diorang kat bawah dan deal dengan owner ig tersebut..mana tau boleh dapat harga kasih sayang ke kan..normally diorang rajin buat promosi...

https://www.instagram.com/marykay_ela/

https://www.instagram.com/fame_cosmetics/

Jangan lupa follow tau.....dan..selamat mencuba...

15 comments:

  1. Patutlah sis SA cantik sentiasa..

    ReplyDelete
  2. nnt nak try marykay tu.. yg fame kit tu suka sgt sbb ada gloss gak

    ReplyDelete
  3. kite mmg guna mary kay pon selama ni..hehe pencuci muka die so far tahan 6 bulan..sunblock die the best..semua la pasal mary kay mmg best..dah 2 tahun pkai

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. harga mahal.tapi tahan setengah tahun.
      so, sebulan dlm RM100 lebih ajer.
      berbaloi.

      Delete
  4. Fame kit tu kita ada jugak.. Hehe..produk mary kay mmg diakui elok & bagus tapi harga dia tu agak pricey sikit.. Hat ni baper RM?

    ReplyDelete
  5. Cantik SA.. Kak Sue ada juga kawan hadiahkan lipstik Mary Kay, nanti nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lipstik MK sgt best, SA.
      u should try.
      sgt selesa. warna pun cantik.

      Delete
  6. Pernah guna jugak satu ketika dulu foundation MK ni.. Memang terbaik.. Tapi harga agak hurmmm sikit.. hehehe

    ReplyDelete
  7. wahhh kak SA mmg pakai MK dah ye sekarang ni.. Mahalkan tapi tulah ramai kata berbaloi. Alahaiiii cam kne simpan duit ni.

    ReplyDelete
  8. Foundation Mk memamng best. Walaupun muka berpeluh kena panas make up tak bercapok makin glowing jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini betul.
      berbaloi membeli dgn harga mahal nya.

      Delete
  9. bagusnya foundation yang kekal lama macamni

    ReplyDelete
  10. aida memang pakai MK.
    memang bagus.

    ReplyDelete
  11. Tak pernah pakai mana2 foundation..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah