Tuesday, July 3, 2018

Bila Ada Anak Perempuan..

Hi korang...

Semalam terbaca nukilan someone kat FB..suka dengan susunan ayat tu..SA copy dan abadikan kat blog..mana tau anak dara SA tu baca..semoga dia faham betapa risaunya mama menjaga dia..dah la sorang jer anak kan...macam tu jugak ibubapa yang lain..ada anak perempuan memang besar tanggungjawab..memang kena lebih bagi tumpuan..Melahirkan Dania dan berpeluang membesarkannya adalah kenangan dan moment terindah dalam hidup SA...semoga membesar menjadi anak yang disenangi..berjaya dunia akhirat...

Jom baca perkongsian Puan Farhan...khas untuk kita yang mempunyai anak perempuan...



Bila Ada Anak Perempuan

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian utk kita bersama ibu ayah🌹

Credit:  Puan Farhan

Suria Amanda
Mama anak perempuan seorang...

27 comments:

  1. Semoga anak menjadi anak yg solehah.. Doakan isteri ejulz selamat melahirkan zuriat pertama kami k.. :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  2. Ayat yang lebih kurang sama mcm apa yang mak sy cakap. Sebab saya sorang je anak perempuan. Mak saya selalu pesan untuk jaga diri bebaik dan nama baik keluarga.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, best betul ayat-ayat tu. Memang kena praktikkan untuk anak-anak kita.

    ReplyDelete
  4. memang mencabar banyak dalam menjaga anak perempuan berbanding anak lelaki. Doakan Juju bepeluang ada anak perempuan ye :)

    ReplyDelete
  5. Bagus perkongsian ne miza pun ada anak dara sorang tu. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam rahmatnya InsyAllah

    ReplyDelete
  6. Betul la apa yang Puan Farhan post tu.. Jaga anak perempuan lagi susah dari anak laki

    ReplyDelete
  7. Sha pun ada anak dara.. Huhu.. Semoga anak-anak kita berada dalam rahmat Allah sentiasa.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. saya ada dua anak perempuan...

    saya titipkan doa untuk mereka agar Allah jaga mereka setiap masa..

    sebab cabaran ada perempuan lebih besar berbanding anak lelaki

    ReplyDelete
  9. Understand your feeling and this is how my mom worry me as a daughter too. That why she so strict to me but that time I don't understand. All I know I don't like been controlled thanks God I did not choose the bad side. Thanks to all mither in the world.

    ReplyDelete
  10. Ingat senang jaga anak. Silap sikit ibu bapa yang di persalahkan. Tapi bukan semua kehendak ibu bapa. Semua tu tentuan Allah.

    ReplyDelete
  11. betul, jaga anak perempuan ni banyak cabarannya dari anak lelaki.

    ReplyDelete
  12. Ingat lagi sabtu lepas masa tu nak bayar dekat counter dekat belakang MN adalah sorang akak nie , dia cakap makan pizza tadi tapi tekak kering jadi dia masuk beli mineral water..dia kata dia datang dengan anak perempuan dia..tapi ada kawan laki sekali..dia tak bagi anak perempuan dia keluar berdua..MN masa tu dah faham apa yang akak tu cuba katakan..akak tu kata lagi budak sekarang tak sama macam budak dulu..cara bergaul pun dah lain budak-budak sekarang nie

    ReplyDelete
  13. Terima kasih di atas perkongsian ini Kak SA. Betul segala yang dituliskan itu. Saya sebagai abang sulung pun merasai juga beban tanggungjawab menjaga adik-adik perempuan saya.

    ReplyDelete
  14. Even ada anak lelaki sorang ni pun, saya dah risau jugak kak suria. Macam-macam benda sekarang ni. Baby dalam perut tak tau jantina lagi. Kalau dapat girl, memang saya nak protect betul-betul

    ReplyDelete
  15. Tak kisah anak lelaki atau perempuan, kena ajar dari kecik. perempuan memang lebih cabarannya. Risau dengan pergaulan dia bila besar nanti. Tapi kalau didik dengan betul, insyallah dia baik-baik je kan kak

    ReplyDelete
  16. Bila namanya ank mmg mcm2 perangai. Kecik satu hal bila dh besar satu hal. Sekrg kita kena monitor anak-anak lebih sbb skrg mcm2 benda boleh berlaku.

    ReplyDelete
  17. Saya ada dua orang anak perempuan sekarang ni, risau sangat dengan masa depan mereka. Semoga Allah guide mereka untuk sentiasa berada di landasan yang betul..

    ReplyDelete
  18. Anak2 WP semuanya perempuan.
    Alhamdulillah, semuanya menyejukkan hati

    ReplyDelete
  19. Betul kata orang dulu-dulu jaga lembu sekandang lagi senang dari seorang anak perempuan hehehe tu orang dulu yang cakap apa pun budak perempuan sekarang bijak dan pandai hehehe..

    ReplyDelete
  20. Betul tu..memang mencabar jaga anak dara dari anak lelaki. Risau yang amat. Sis pun pantau jugak pergerakkan anak dan selalu nasihat baik buruk sesuatu pekara. Harap2 belakang kita dia tak buatlah pekara yg bukan2

    ReplyDelete
  21. Memang mencabar membesarkan anak perempuan. Kena banyak main dengan emosi juga. Dia punya semnahat ingin tahu. Nak jaga penampilan dan dowang ni juga suka membawang dgn rakan2 kelas. Nak pilih bajunkena tanya pendapat tak mcm anak lelaki nak baku belikan jer bg dowang janji ada baju baru

    ReplyDelete
  22. Waa terkesan sungguh AS membacanya. Biarpun anak perempuan AS baru berusia 4 bulan, tapi dah terasa "tegang" dah dalam jiwa ni memikirkan masa yang akan datang

    ReplyDelete
  23. Semoga Dania menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjaga kebajikan ibunya ini. amin..

    Anak perempuan ke anak lelaki ke masing2 ada cabaran yang tersendiri.

    ReplyDelete
  24. sayu plak membaca sharing SA ni.
    aida ada 2 org anak perempuan.
    tiap hari risau kan diorang.
    tiap saat fikirkan diorang.

    ReplyDelete
  25. Ya, i agree! Bila ada anak perempuan we tend to be more careful with their surrounding, friends and safety. Kadang kala overdo they don't like pulak.

    ReplyDelete
  26. saya pun ada seorang anak perempuan, macam2 fikir

    ReplyDelete
  27. Moga dipermudahkan dalam urusan penjagaan anak2 kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah