SALAH GUNA BEDAK TALKUM PUNCA SEBENAR KANSER OVARI
Hi korang...
SA nak share perkongsian dari FB Dr Rusyainie Ramli cerita tentang bahaya bedak talkum Johnson & Johnson yang kembali viral baru- baru ini. Kisah ini memang takkan pernah habis bila ada antara kita yang masih hanya membaca tajuk sesuatu status tanpa membaca isi kandungan info berkenaan..Jangan la war- warkan kalau sememangnya ianya tak benar sama sekali..SA tidak menyebelahi sesiapa tapi ada betulnya perkongsian dari Dr ini..Biar yang pakar sahaja yang menjawab persoalan demi persoalan dari mendengar atau membaca dari pakar- pakar viral yang suka kongsi sesuatu info membabi buta..SA share kembali kat blog SA sebagai perkongsian.
sumber dari FB Dr Rusayainie Ramli
______________________________________________________________________________
Inilah masalah rakyat kita. MALAS NAK BACA. Hanya ambil tajuk yang dia nampak saja. Dan terus buat andaian.
Saya nak kena betulkan fakta.
Kesemua 22 wanita di Amerika Syarikat yang menang kes lawan dengan syarikat Johnson & Johnson ni, GUNA BEDAK TALKUM DI KEMALUAN. Mereka tabur atas seluar dalam, dekat celah paha, malah atas pad dan juga tampon semasa datang haid. Dan mereka guna berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun.
Kajian tentang kaitan kanser ovari dan bedak talkum ni ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Nak ulas memang panjang. Tapi secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum kat vagina terus jadi kanser ovari tu taklah tepat. Kalian boleh baca tentang kanser ovari di
https://ediagnosa.com/kanser-ovari-punca-simptom-dan-rawatan/
Sejak tahun 1970an, asbestos tidak lagi dibenarkan penggunaannya dalam bedak talkum. Johnson & Johnson pun dah keluarkan kenyataan yang mereka tak masukkan asbestos dalam bedak talkum. Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai regulasi yang ketat kalau bab kosmetik. Bedak talkum termasuk dalam kosmetik.
Saya dah banyak kali menulis pasal penggunaan produk pada faraj. Sampai berperang dengan netizen yang ada bebalitis. Mesej saya mudah, JANGAN LETAK ATAU GUNA SEBARANG PRODUK untuk bersihkan faraj. Cecair pencuci feminin yang dijual di farmasi pun tak payah. Semua tu akan bunuh bakteria yang hidup simbiosis yang Allah dah bagi kat kawasan vagina. Nanti yang baik tu mati, bakteria jahat datang. Usah lah kacau kejadian Tuhan.
MERUANG TU DAH TERBUKTI bawa lebih banyak kesan buruk pun. Tolong jangan terpedaya dengan dakyah songsang bani klimaks dan jamu yang tujuan hidup mereka hanya untuk hubungan kelamin.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214760760123228&id=1551720152
Faraj tak perlu la nak berbau macam letak minyak wangi. Pelik sungguh la. Cuma basuh dengan air paip sudah la. Kalau ada keputihan yang tak normal, terus jumpa doktor. Mungkin perlu dirawat.
Untuk kanak-kanak dan bayi yang pakai lampin tu, tak payah pakai bedak. Pakai la krim yang bersesuaian. Dan tukar lampin dengan kerap nak mengelakkan ruam dan rengsa.
Bukan Johnson & Johnson saja yang disaman oleh pesakit kanser ovari. Ada beberapa lagi syarikat lain tapi sebab Johnson & Johnson ni sangat terkenal di seluruh dunia, kes ni memang mendapat perhatian.
Apa yang akak nak pesan, bedak ni setakat pakai kat kulit macam tangan, kaki dan badan sudahlah. Gunanya nak serap peluh dan minyak. Itu saja. Ada pesakit yang ada alahan pada bedak sebab habuknya, tak payah lah guna. Untuk pesakit ada ekzema, baik guna krim pelembab yang jenis hipoallergenik. Dan mesti dapatkan rawatan doktor.
Dr. Rusyainie Ramli
Tak pernah pakai bedak talkum pun. Tak suka sebab nanti meja solek berhabuk.
tu la pasal.. daripada berjuta2 pengguna sejak berkurun2 produk ni digunakan hanya 22 je yg bermasalah. mmg masalah cara penggunaannya. harap kita dilindungi dari musibah sebegini. amin
ReplyDeletemenakutkan laa.. wawa selalu gak pakai..
ReplyDeleteTak pakai bedak talkum apa pun sebab selalu bersin. Sudahnya anak2 pun tak pernah dipakaikan. Kalau dapat free pun buat cuci baju yang kena minyak. Memang menjadi ok.
ReplyDeletenasib la jenis xsuka letak apa2 kat seluar dalam. kalau xselasa tukar jer seluar dalam lain..hehe
ReplyDelete*selesa
ReplyDeleteNasib baik baca sampai habis.. Sha memang suka bedak johnson ini.. Wangi.. pakai kat muka dengan badan je..
ReplyDeletemacam maacam kes lani.. jenis baca tajuk
ReplyDeletedekat belakang bedak tu dah tulis for external use only sebab J&J ada asbestos yang tinggi
ReplyDeletekan.. daripada beribu yg guna, hnya 22 tu yg trbukti. sbb cara pemakaian mereka yg sama. org lain tkdenya nk letak dekat situ. letak dekat situ buat ap sbnrnya. elak bau kepam? basuh dengan sabun ckup lerr
ReplyDeleteOh baru tahu kenapa ianya penyebab kanser jika pengunaannya tidak sepatutnya.
ReplyDeleteorang kita memang malas nak baca lepas tu pakat share je..ada je MN baca dalam fb baru-baru nie , hurmm macam-macam lah pertikaian di buat..
ReplyDeleteikut cara penggunaan ok j, tang meruang tu seriau pula rasanya.
ReplyDeleteIsh pelik la kenapa tang situ letak bedak?. Saya pun takut nak basuh dan guna sebarangan produk. Baca tajuk tak boleh sebab kita tak tahu isi. Kesimpulannya jaga elok2 la apa yang diberikan kepada kita tu....
ReplyDeleteSerious? Letak bedak talkum kat situ/ I thought nowadays kita ada hygiene wash and pelbagai. SA this is totally good write up especially knowledge for woman.
ReplyDeletefuhh ada bahan asbestos ke..kita yang kije engineering ni, owner mmg taknak ada material yg ada asbestos..ni brg baby diorg letak..aiseyy
ReplyDeletesgt penting kita baca dan faham apa2 sebelum sibuk nak share kan.
ReplyDeletetak pepasal tular kan perkara yg salah.
abis tutup piuk nasi org lain.
TB pun baru baca pasal kes saman J&J ni.. TB memang tak gunakan bedak pada harraz.. sampai hari ni.. bedak tu ada je kat rumah ni hasil hadiah dari orang.. Tapi TB tak gunakan dekat baby.. apatah lagi letak kat lampin atau kat celah kangkang baby.. mujur lah TB ada terbca pasal bedak tak elok pada baby.. sampai ke hari ni.. terbiasa.. huhu.. cuma kadang nak bagi wangi anak.. letak la cologne wangi untuk budak2 tu sikti pada baju anak.. hahaha..
ReplyDeleteKadang2 org kita ni cpt sangat jump to conclusiin..i yg belajr chemical engineering pun tau bertapa ketatnya standard utk biat sesuatu product yg guna bahan2 kimia ni...mmg la ada bahan2 yg berbahaya but still within spec
ReplyDeleteIngat lagi masa kita study dulu suka guna bedak juga letak kat tempat yang tak sepatutnya hehehe masa tu mana ada perfume dan diodoran murah ni sekarang jer ada banyak wakakakaka...
ReplyDeletemak aih..dia pergi bubuh bedak tu setiap hari, masa datang bulan juga..euww..tak dapat bayangkan..kita pun takde nak letak apa-apa dekat tutt tu..haishh..
ReplyDeleteLorrr napelah dok pergi buh bedak kat sana..kalu peluh ke apa..tak ke lagi melekat lekit...hishhh depa ni.
ReplyDeleteBetul tu AA..tak payah pun pakai apa2 kat bahagian tu..air dah cukup. Ada masalah jumpa doc.
yang peliknya, masih ramai yang letak di kemaluan.. macam tak cukup dengan basuh dengan air je.. yang penting jangan bagi lembab sebab bakteria senang membiak
ReplyDeleteRakyat Malaysia kan mmg pemalas utk baca . X gitue Kak SA ? Kita yg gigih tulis info itu ini pon still dorg tanya benda yg sama. Nampak sgt x baca terus ajukan soalan. Bab penjagaan kemaluan nie , sy pon kurang cakna. Mungkin perlu lebih ambil berat utk elakkan penyakit2 berbahaya seperti ini
ReplyDeleteoh.. really kena avoid guna bedak talkum la macam ni... thanks for the info.. know more things reading ur post..
ReplyDeletekalau zaman dulu like 15 - 20 tahun dulu kot la orang kurang bijak tapi kalau dh banyak berita dalam paper tapi masih letak bedak talkum kat kemaluan baby tak tahu nak cakap apa dah ler..huhu
ReplyDeleteBtul.. Wawa kalau bab2 cmni wawa akan baca abis.. Sbb xsuka baca tajuk je... Salah penggunaan, kenelah akibatnya kan.. Lagi2 bila suka pakai tmpt yg sptutnya tak diletak... Bkn ssh nk baca apa yg tertulis dkt produk tersebut..pastu slhkn produk trus..
ReplyDeleteReally. Luckily I don't have that habit. Once in a while I put the celah - celah tight as it redness. Never think on put on pad as our vaginal is sensitive part.
ReplyDeleteAda juga pasal bahaya produk Johnson & Johnson ni .Sampai jadi takut nak beli & guna . Macam kak SA cakap lah kan baca Dan kaji habis2 dulu kan . Baru sebarkan fakta Yang betul
ReplyDeleteUish, bahaya juga sampai kena kanser tu. Bagus artikel ni, at least boleh dijadikan rujukan dan peringatan kepada semua. Kadang-kadang kita tak ambil peduli pasal benda nI. Dah jadi baru menyesal. So, better mencegah daripada merawat
ReplyDeletehmm..dahla kita suka pakai talkum sekarang dah jadi takut dan was-was...bahaya kan benda yang menjadi rutin, rupanya ada efek pada masa kana datang
ReplyDeleteDulu pakaikan ke anak2 tapi dah lama stop. Pakai hanya di muka lepas mandi.. itupun ikut mood.. kalau teringat, anak2 pakailah..
ReplyDelete