Tuesday, July 31, 2018

Lunch Kari Kepala Ikan D' Tugu View Terbaik Wok...

Kari Kepala Ikan Terbaik Di Kuala Lumpur

Hi korang...

Tengahari tadi SA dan beberapa kawan opis makan di area Tugu Negara iaitu D'Tugu View yang sangat popular dengan hidangan Kari Kepala Ikan dan Ayam Kampung. SA dan kawan- kawan lain baru first time makan kat sini, biasa makan kat area Kg Attap dan Bangsar. Ekceli Abg Black driver ex boss SA dulu nak belanja kami makan. Mulanya segan la kan..asyik Abg Black je belanja..pas tu dia cakap takpe la since boss xde outstation bleh la dia bawak pi makan..so..kami pun ikut la..sebab nak cuba tempat baru kan..kalau betul sedap boleh pi makan lagi kat sini. Kami keluar dah agak lambat sebab last minute boss masing- masing bg kerja..then gerak dari office pukul 12.40 macam tu..sampai- sampai jer takde parking tapi tunggu kejap je la pun...dah dapat parking kami bertiga pi cari tempat duduk sementara Abg Black pi order kari kepala ikan..memang senang je dapat tempat dan memang tak tunggu lama. 


Tudiaaaaaaaa..........terbaik kari kepala ikan besaq gila....


Sebiji kepala ni dah sedang cukup untuk kami berempat..


Testing Bokeh style...x lawa sangat la sebab panas terik


Up sayur Kambas goreng 


Abang Black & Siti


Ela dan Siti...sorry candid...haha..


Ni pun candid tapi kena photobomb ngan brader belakang tu


Panas giler weh...


Menghayati...


Akhirnya tinggal ni je..


Hahaha...best giler..xde makna nak makan guna sudu..guna tangan sudah


Makan sampai ke titisan terakhir


Kat sini ada kumpulan muzik buskers yang menghiburkan pelanggan dengan bermacam lagu..semua otai masih berbisa


Siti up plak lagi beli keledek goreng dan pisang goreng..SA dah penuh perut memang tak larat nak makan dah...



Keledek Goreng


Cucur kucai


Cekodok pisang


Sempat snap area sekawah besar kari kepala ikan yang nallaaaaaaa.....


Harga kepala ikan mengikut saiz...


Muka happy perut kenyang suka hati...diet campak tepi..


Sebenarnya SA terpaksa cheating hari ni makan nasi...huwaaaaaaa....SA kan tengah diet tak ambil nasi..tapi jangan ingat SA makan banyak..itupun nasi tak habis tadi..lebih meratah ikan je..sedap la kari kepala ikan kat sini...memang puas hati..next time boleh repeat lagi..Abang Black ada tambah Ayam Kampung Goreng jugak tadi..tapi SA tak sempat nak amik gambar...Apa yang SA perhatikan memang tempat ni menjadi tumpuan warga pekerja area Kuala Lumpur. Cuma perlu berpanas sedikit la..parking okey kalau penuh boleh tunggu tapi tak lama..

Special thanks to Abg Black sebab belanja makan...

Kari Kepala Ikan D'Tugu View SA bagi 8/10 bintang!!!

Facebook: https://www.facebook.com/tugunegara88/

Tips Berpakaian dan Memilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita "Comel"

Hi korang...

Betul tak kalau SA cakap wanita "comel" akan nampak langsing kalau pakai baju yang betul- betul sesuai dengan badan. Tak semua wanita dianugerahkan bentuk badan persis model. Walaubagaimanapun tak kisah la apa juga bentuk badan korang, setiap wanita sebenarnya BOLEH tampil menarik sekiranya bijak memilih dan menggayakan fesyen yang bersesuaian. Wanita yang rendah sama ada kecil molek ( petite) atau sedikit berisi pun boleh bergaya meskipun kadangkala menghadapi kesukaran mencari pakaian. Adakala sampai perlu diubah suai.

Sebenarnya ada beberapa teknik yang boleh dimanfaatkan khusus buat wanita "comel" untuk kelihatan lebih tinggi dan langsing. Jom tambahkan sedikit ilmu penggayaan kerana ia membantu meningkatkan penampilan dan keyakinan diri. Jangan malu untuk mencuba. Siapa cakap wanita berbadan besar tak boleh bergaya kan..Alhamdulillah SA tak menghadapi banyak masalah sebab badan SA tak kecik dan tak besar..di pertengahan sahaja..tapi kena pandai jaga la..kalau tak pandai jaga nampak pelik pulak bila menggayakan pakaian kan...

Sumber google.com


Tips menggayakan pakaian untuk wanita "comel"

  • Pilih baju atau blaus yang mempunyai kolar berpotongan V
  • Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang (tuck in) supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu sahaja menampakkan kesan badan lebih tinggi
  • Pilih saiz yg sesuai dengan bentuk badan kerana pakaian terlalu longgar membuatkan badan anda kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar
  • Kenakan pakaian dengan motif atau corak bergaris menegak. Elakkan corak besar atau garis melintang kerana ia akan membuatkan anda tampak lebar dan SEMAKIN RENDAH
  • Jangan takut mengenakan skirt pendek ( bagi mereka yang memakai skirt ke pejabat) sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau betis sehingga betis kerana pemakaian sebegini akan membuatkan badan anda seperti terpotong dan akibatnya anda nampak lebih pendek
  • Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi

sumber google.com


Beberapa tip berpakaian yang perlu diketahui :

  • Pakaian berwarna gelap menimbulkan kesan ramping pada tubuh
  • Baju tanpa lengan atau berkolar tinggi sangat sempurna untuk individu yang memiliki dada yang besar
  • Anda beruntung sekiranya memiliki leher yang jinjang kerana bentuk leher seperti inisesuai untuk baju berkolar tinggi.
  • Jika leher anda sedikit pendek, pakailah rantai atau kalung yang sesuai  untuk memberikan kesan lebih cantik
  • Sebaiknya ganti kasut lama anda kerana kasut yang terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosakkan penampilan.
  • Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja, bagaimanapun ia baik untuk kesihatan kaki.
  • Jangan malu untuk mencuba fesyen sekiranya ingin tampil menarik.
  • Perlu bijak bermain dengan warna.


Ootd - Nampak Langsing Dengan Baju Kurung Moden Dari Novembermate

Sementara tu SA nak cerita sedikit tentang Ootd SA baru- baru ni ke majlis perkahwinan anak saudara SA..SA menghadapi masalah setiap kali nak memilih baju yang sesuai..bila SA baca semula tips kat atas ni..SA decided untuk pilih kaler gelap supaya SA nampak sedikit kecil dari badan yang sebenar dan nampak sedikit langsing. Ye SA tak gemuk..tapi sedikit berisi dengan berat badan tak lebih dari 60kg. Berat badan SA on and off..memang tak pernah konsisten..sekarang 57kg...hehehe...tahun lepas SA ada beli sepasang baju kurung moden yang cantik sangat keluaran Novembermate Bangi. Masa ni memang takde pilihan lepas SA merayau lama kat Bangi Sentral tu..sekali jer SA pakai masa raya tahun 2017. Lepas tu tak tau la plak kenapa SA x pakai- pakai dah...SA tak banyak baju yang berwarna gelap..so SA bereksperimen dengan baju dari Novembermate ni..


Corak bunga kat tepi baju tu cantik sangat..


Nampak tinggi tak?

Nah....

Pilihan SA tepat..betul juga fakta di atas tu...pakaian berwarna gelap menimbulkan kesan ramping pada pemakai..SA pakai wedges 5 inch masa ni dan nampak sedikit tinggi. Accessories SA tak pakai sebab nak nampak simple yet elegant..haha..SA hanya bereksperimen je...tak sangka plak berjaya..SA suka baca tips- tips yang berguna macam ni sebab SA tak tinggi..petite dengan badan sederhana..yeay...akhirnya...oh yer kalau korang nak baju syantik macam ni..boleh lah terjah Butik Novembermate kat Bangi. Kedainya di tingkat atas sebaris dengan Butik Liyana Rahman.

Sekian sahaja perkongsian SA untuk kali ini..korang yang berbadan comel tu jangan takut untuk bergaya dan kelihatan menarik..betul..korang boleh aje kelihatan cantik cuma perlu sedikit effort..ketepikan perasaan rendah diri atau malu untuk mencuba..tak cuba..tak tahu kan?

All the best korang.....

GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com

Hi Korang..

Jom join GA jom...


Klik Banner Untuk Join

HADIAH
Giant Teddy 
seperti dalam banner di atas

SYARAT PENYERTAAN

1. Follow Blog Diyana Tjuman (scroll kat follower gadget)
2. Follow Facebook Page @DT's BLOG
3. Follow Facebook Page @Cubre Mi Foundation Ranau
4. Follow Instagram @diyanatjuman
5. Copy banner diatas
6. Buat entry tajuk "GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com"(backlink tau!)
7. Tinggalkan komen korang kat bawah dengan link entry

PENGUMUMAN!
Giveaway ni akan terbatal jika hanya terdapat 9 penyertaan.
Hadiah akan ditambah sekiranya giveaway mendapat sambutan. *If :)
Giveaway berlangsung bermula 28 Julai 2018 hingga 18 Ogos 2018.
Pemenang akan dipilih dan diumumkan pada 20 Ogos 2018.

Jom Join beramai- ramai..mana tau menang hadiah Giant Teddy....

Monday, July 30, 2018

Random Photo Of The Week

Hi korang..

Bertemu lagi di permulaan hari, hari ni dah Isnin dah...2 hari berehat macam tak cukup..bila sebut tentang rehat ni..sememangnya takkan pernah cukup kan..kalau dapat cuti lagi lama memang best..contohnya masa cuti lepas PRU hari tu kan..memang best cuti..tapi tu la cuti pulak tak kemana..bila dah tau cuti macam- macam plan..bila dah sampai cuti terus rasa malas plak nak kemana- mana..nak lepak jer kat rumah kan...selalu jadi kat SA tau..at last lepak jer la kat rumah..lagipun Mak SA hari- hari kena dialysis kan..3 hari sekali..selang 8 jam..so nak berjalan kemana- mana dekat ajer la...nak pergi jauh-jauh belum berani lagi..ada yang tanya SA...jeng..jeng..jeng..SA ni takde life ke..asyik berkepit ngan Mak Ayah je...helloooooo...excuse me..thats was my responsibility towards my parent..siapa awak nak persoalkan SA takde life ke..ada life ke...itu tanggung jawab SA, while SA belum berumah tangga SEMULA ni..tak salah rasanya SA habiskan masa SA jaga my parent..selagi mereka ada di dunia kan..SA percaya orang lain pun macam tu jugak..pelisss la...belum kena kat batang hidung sendiri memang la korang persoalkan..cuba sendiri dah kena nanti...macam mana?

Hari ni SA nak up plak citer random photo sepanjang minggu lepas..dari meroyan tak tentu arah dengan soalan- soalan netizen ni..( mengalahkan artis kan?)



Bunga telur wedding anak saudara hari tu..guna telur masin..bunga tu santik kan?


Suka ngan alas meja sequin tu...terus capai apa jer yang ada dalam handbag nak buat flatlay...tp x jadi..tsk..tsk...


Menu SA masa tu Masak Lemak Cili Api campur Durian Mengkal


Bergambar ngan anak buah kesayangan Dida kat Econsave masa ni


Satu troli ni barang cecah RM300, bila la nak merasa barang murah..


Dida dengan Uwan


Ada majlis berkampung untuk wedding adik sepupu 11 Ogos nanti...


Memandangkan majlis kat kampung yang masih mengamalkan adat perpatih..maka semua tu perlu mengikut adat..ada Buapak jugak tu ha...Abah SA jadi wakil tuan rumah


Burger Aussie Australian Beef Char Grilled - Lunch di Chili Espresso sempena last day kawan office


Bye- Bye Sue...


Maggi buat orang x sedap tekak


Lemon panas


Duit tabung SA dah penuh...kena cari tabung lain plak


Bosan xde kerja..


Habit buang kacang peas mix vege



Terpesona dnegan pelamin cantik ni..kawan abah punya anak kahwin...asyik tengok pelamin org je kan


Housemate tinggalkan SA lagi..makan kat Satay Subang plak..


tengah buat keja snap photo nak tgok rambut ok ke x


Beef noodles soup utk org x sedap badan last week


Props sambutan raya raya bulan lepas


Durian kampung kahwin...


Itu je antara gambar-gambar yang SA rasa SA x up kat blog lagi..malas nak penuhkan gallery hp dan lepas ni dh boleh delete a few of them..ruang banyak bagi tapi knowing SA mmg x suka penuhkan hp ngan banyak-banyak gambar..jumpa lagi next entry ye...ada ada banyak benda nak share..cuma belum ada kelapangan lagi...stay tune...

Friday, July 27, 2018

Malaysia Dilanda Fenomena Husna


Hi korang...

Lately ni Malaysia dilanda sindrom Husna kan? Fenomena betul la..masalahnya siapa la Husna yang menyakitkan hati kebanyakkan wanita dalam Malaysia ni...SA ni plak dunia hanya kerja..kerja ..dan kerja..sesekali nampak la kat timeline FB ramai yang meroyan pasal Husna..SA balik kerja memang dah letih dan takde la nak hiraukan sangat..sampai la Rabu lepas SA tetiba terpanggil nak tgok timeline..apa yang kecoh sangat pasal Husna, Nek Pah dan Shah ni...rupanya cerita kat TV3 yang buat korang meroyan..okey SA tak nak terjebak..kang SA sama- sama meroyan plak...maknany cerita ni berjaya la menyentuh hati dan perasaan semua wanita di Malaysia dan tak dinafikan lelaki pun turut serta..kenapa SA cakap macam tu? Kat timeline IG SA pun ada lelaki yang meroyan gak..sabar jer la...
Slot Akasia ni drama sangat la kan...kalau tengok dari awal memang rugi kalau terlepas..tapi SA tak rasa rugi tak tengok pun sebab SA tak nak sama- sam terjebak meroyan..naik plak darah tinggi kang..
Slot Jangan Benci Cintaku ni Adaptasi novel dan biasa la sekarang drama banyak dari adaptasi novel..SA tak pernah baca novel ni lagi..tapi SA share la sinopsis kat bawah ni...

Sinopsis Novel Jangan Benci Cintaku...

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayaninya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. 

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?



Ini la HUSNA yang korang benci sangat- sanagt tu kan?haha


Haa...baca sinopsis Novel macam menarik citer dia kan..kalau tengok drama sure meroyan ni...ikut hati nak tengok gak drama dari first episode..SA bukan apa kalau dah terjebak sure tak jadi kerja nanti kan..hahaha...semua cakap jangan tengok kalau tak nak menyesal..hahahaha....bila dah ramai penonton meroyan bermakna drama ni success la kan..pelakon semua menjiwai watak kan? ikutkan SA x suka pelakon lelaki dan wanita tu..tapi tu la..bila watak mereka berjaya maknanya mereka diterima penonton..satu bonus kat situ kan...SA nak cari novel la..nak tambah koleksi...biar meroyan baca novel jangan meroyan tengok drama..maybe dalam drama ada scene tambahan bagi menyedapkan jalan cerita kan?

Okeh...free nanti SA pi cari Novel na.....

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Campur Durian Mengkal/Tua

Hi korang!!!

Pernah tak dengar yang durian mengkal/ durian tua boleh di buat lauk atau campuran dalam masakan?

Tak pernah?

Haaaaa...ni SA nak bagi tau ni...sekarang kan musim durian..terlalu banyak durian yang dijual mana- mana kawasan sekarang dan sangat murah kan..tak mustahil dalam banyak- banyak tu ada durian yang mengkal atau yang tua. Dah tentu tak boleh nak makan dan tak sedap kalau dimakan juga kan. Nak buat tempoyak jauh sekali la..dari menanggung kerugian korang jangan buang durian tu..keluarkan isinya dan boleh dijadikan hidangan yang sangat sedap..bunyi macam pelik kan? tak ini memang betul- betul ye..Mak SA sendiri ajar SA masak durian muda ni...dan hasilnya seperti kat bawah ni....so SA terpanggil untuk update la citer pasal Durian Tua/ Mengkal yang gugur sebenarnya boleh di buat masakan dan ianya agak terkenal di NS especially area Kuala Pilah...Mana yang asal area NS tu tau la kot..biasanya masakan ni orang tua- tua je yang tau..

Kali ni mak suruh SA masak Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api dan campur durian Mengkal dan SA dengan rela hati nak share resepi ni...resepinya sama jer dengan resepi masak lemak cili api cuma tambah durian mengkal je akhir sekali.



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Kampung potong 12 atau ikut suka
  2. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  3. kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  4. Serai 5 batang
  5. Santan 1 biji Kelapa
  6. Bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara- cara masak 

  1. Ayam yang dah dibersihkan dimasukkan dalam kuali
  2. Masukkan bahan no 3-4
  3. Masukkan serai yang telah di ketuk
  4. Biarkan seketika sampai air dari ayam sedikit kering
  5. Kemudian masukkan santan dan kalau pekat sangat campur sedikit air
  6. Kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  7. Biarkan mendidih dan masukkan durian mengkal
  8. Perasakan garam
  9. Sedia di hidang

Ini la hasilnya...cara masak senang je kan...jangan lama sangat masaknya takut over cooked jadi lembik plak isi durian tu..pas tu tutup api...dah masak...lawannya lauk ni dengan ikan masin...tak kisah la ikan masin apa asalkan ikan masin...

SA dulu kureng la lauk macam ni...sesekali rasa lauk macam ni sedap gak...boleh jahanam diet..

Kalau tak percaya cuba la buat....Mak SA ada ckp....itu la makanan dia adik beradik masa kecil...kalau ada durian muda /tua dijatuhkan beruk...dorang x buang...syg nak buang...so masak je la...sekarang dah pandai dah..kalau next time ada je durian muda atau mengkal boleh jer masak macam ni dan jangan dibuang...sedap tau...

Thursday, July 26, 2018

Habit SA Suka Ketepikan Kacang Peas Mix Vege...

Hi korang...

Mungkin ada yang tau SA memang diet nasi..kurangkan pengambilan nasi atau tak ambil nasi langsung untuk 5 hari dalam seminggu..tapi hari ni SA dah melanggar undang- undang yang SA cipta sendiri..haha..gara- gara SA terlalu lapar..lapar nasi..puas fikir nak makan apa kan..kebiasaan SA ambil sandwich waktu pagi, atau paling berat pun bihun goreng..then SA rasa kenyang so tengahari SA makan buah atau garlic bread ngan mushroom soup..tapi hari ni jadi sebaliknya...tekak teringin sangat nak makan nasi..so pergi la SA tapau nasi goreng daging sekali ngan sambal belacan dan juga potongan cili..Ambikkkkkk.......kenyang sampai ke malam..so malam ni tka payah masak dah...


Nasi Goreng Daging RM9.50 dari food court NuSentral


Sambal Belacan Sedap


Kacang peas...

SA ada satu perangai...haha..SA x suka mixed vege..especially kacang peas tu..memang SA akan makan lambat sebab keluarkan kutip kacang tu..dulu sekali ngan carrot SA akan keluarkan..tapi SA dah suka carrot so carrot SA makan je tak ketepikan..jagung tu memang SA suka la..kust kacang peas tu je tak suka..memang dari kecil tak suka..kadang- kadang kawan- kawan pelik dengan perangai SA sebab SA akan ambil masa nak makan bila ketepikan kacang tu..mengada kan..alahai..dah tak leh nak makan kan..takkan SA nak paksa plak...