Saturday, July 14, 2018

2Escape Nama penyelesaian bagi semua WD-40®BIKE di Malaysia

Hi korang...

Korang mesti kurang tahu tentang penjagaan basikal kan..hari ni SA nak berkongsi dengan korang tentang penyelesaian dengan WD-40®  khas untuk basikal..

WD-40® bekerjasama  dengan  peneraju  pakar  basikal  Malaysia,  2Escape,  untuk  menawarkan  siri  WD-40®  BIKE  -  penyelesaian  yang  khusus  untuk  penyelenggaraan  dan  penjagaan  semua  jenis  basikal  di  pasaran. 




“Kami  begitu  teruja  dengan  kerjasama  ini.  Ia  memberi  kami  peluang  menawarkan  solusi  kepada  pelanggan  dan  rakan-rakan  penunggang  dalam  kerja  penyelenggaraan  basikal  mereka,”  kata  Harish  Vadher,  Ketua  Pegawai  Eksekutif    2Escape.   

Selain  daripada  botol  biru  WD-40®  Multi-Use  Product,  uga  dikenali  sebagai  ‘Botol  dengan  Beribu  Kegunaan’,    di  bawah  adalah  siri  WD-40®  BIKE  yang  boleh  didapati  di  2Escape:



1. WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser: Pembersih rantai basikal yang berbuih ini bertindak balas dengan cepat untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal dan sistem kayuhan.



2. WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash: Pembersih basikal ini sangat berkesan dan selamat digunakan. Ia membantu menghilangkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan kerosakan komponen dan mengelakkan permukaan basikal tercalar semasa kerja pembersihan dilakukan. Ia selamat digunakan untuk semua jenis permukaan basikal termasuk serat karbon, titanium, krom, keluli, aluminium, getah dan plastik! 




3.WD-40® BIKE Wet Chain Lube: Dirumus khas untuk keadaan basah, berlumpur dan sukar, pelincir rantai basah ini memberi salutan yang tahan lama untuk mengelakkan air dan lumpur serta membantu melindungi rantai basikal anda dan memanjangkan tempoh penggunaannya. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax), dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan. 


 
4.WD-40® BIKEAll-Conditions Chain Lube: Gunakan ini untuk pelinciran berprestasi tinggi dalam semua cuaca, sama ada basah atau kering. Cepat dan mudah digunakan, formula ini membantu mengelakkan kerosakan dan memanjangkan hayat rantai basikal anda. Tidak mengandungi lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan. 





5.WD-40®BIKE Dry Chain Lube: Polimer dalam formula ini membentuk filem kering untuk melindungi rantai anda dan mencegah kotoran yang melekat dalam keadaan kering atau berdebu. Ia membantu mencegah kerosakan akibat daripada geseran dan membantu memanjangkan hayat rantaian. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.


Jika  anda  serius  dengan  penyelenggaraan  dan  penjagaan  basikal  anda,  carilah  pakar  basikal  yang  boleh  dipercayai  dan  produk  yang  sesuai  dengan  penggunaan.  

Berlokasi  di  9,  Lorong  51A/227C,  Petaling  Jaya,  Selangor,  2Escape  juga  boleh  dikunjungi  menerusi  laman  sesawangnya  https://2escape.bike.  


6 comments:

  1. makin banyak ni produk, ada banyak pilihan la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Bagus ada produk penjagaan basikal pulak ya SA..

    ReplyDelete
  3. Bagus ini.. Siapa yang ada basikal kena ada produk ini..

    ReplyDelete
  4. bagusnya ada produk untuk penjagaan basikal

    ReplyDelete
  5. seriously, aida tak brape arif bab ni.
    semua ni kepakaran asben :)
    basikal dia tu hah, da lama tak bergerak.
    tuan nyer dah sibuk dgn hiking aje. basikal jadik gajah putih depan rumah.
    sure byk kena bersihkan.

    ReplyDelete
  6. Macam tuannya.. ia juga perlukan penjagaan rapi.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah