Friday, June 29, 2018

Alasan Tak Munasabah, IG Account Follower SA Blocked...

Hi korang,

SA x tau la nak gelak ke apa ngan pemilik ig azirashafinaz ni, hari ni SA dapat DM dari pemilik ig ni which is SA memang tak kenal dan tak follow pun..dan bila check memang ig ni macam fake sebab guna gambar artis. Yang menjadi pelik kat sini adalah dia mengikuti blog SA dan tau tentang Dania. Samaada berambut panjang or pendek..SA memang jarang la update tentang Dania yang melibatkan peribadi dia especially tentang potong rambut. Dulu masa dia kecik memang ada la amik gambar dia potong rambut dan update kat blog. Pada SA itu biasa je kan..but since Dania dah bertudung..memang tiap kali potong rambut takde la nak publish kat media sosial. Cuma amik gambar saloon je...biasa la instagrammers kan..Tak semua nak tayang. 

Tetapi dengan DM yang SA terima pagi ni cukup buat SA tertanya- tanya..apakah ini serangan Pedo? Korang tau Pedo apa kan? Golongan yang terangsang pada kanak- kanak. Seingat SA memang takde la SA up or publish sesuatu yang mengaibkan yang melibatkan anak- anak. Gambar tak senonoh ke apa kan. Nak plak gambar tak berbaju ke..mandi kolam ke..mula- mula dia tanya tu SA tak perasan lagi..cuba la layan seelok mungkin..Tak tau apa niat dia sebenar..berulangkali tanya pasal rambut dengan alasan yang for me tak munasabah..korang baca sendiri perbualan SA dari awal sampai SA amik keputusan untuk blocked dia..




DM pertama yang dia hantar...masa tu SA hanya fikir..maybe dia nak tau tentang Salon yang SA bawak Dania gunting rambut ni...




SA memang ingat dia ni perempuan ( i dont cara kalau dia betul perempuan) so SA layan elok- elok





Sedikit demi sedikit dia sentuh tentang Dania..SA x perasan lagi dan memang ingat dia followers blog SA..







Masa ni dah rasa pelik sikit tapi SA fikir positif lagi..







Sikit demi sikit dia twist cerita...






Ayat dia makin lama makin pelik tapi SA layan lagi sebab nak tau motif dia..






Dia mula bertanyakan gambar rambut yang dulu2..SA simpan ke tak..ingat SA nak jawab simpan je sebab nak tau apa lagi dia akan tanya...tapi SA cuba tamatkan perbualan




???????

Gambar rambut atas lantai sesuatu yang menarik dan boleh dijadikan art? SA tau memang ada je yang jadikan rambut atas lantai sebagai bahan art...dari pembacaan majalah online dan ianya di luar negara dan dilalukan oleh pelukis luar negara.

SA blocked terus akaun ig dia lepas SA selidik akaun tu..SA x pernah follow dia dan dia berselindung di sebalik gambar fake. Dia letak gambar pelakon and for me..ianya sangat sesuatu. Tak tau la apa motif dia dan sekiranya dia mengikuti blog SA..sorry..ye...SA terpaksa blog awak sebab awak mencurigakan. Tak kisah la kalau niat awak baik atau sebaliknya tapi for me bila orang dah sentuh bab Dania dan aurat dia..ianya adalah sangat- sangat sesuatu..Zaman sekarang ni macam- macam boleh berlaku kan..ada yang tak sedar..especially bila kita upload gambar anak kita semasa mandi, guna shampoo yang di sponsor ke, kat kolam renang, kat laut..semua boleh mengundang ke arah aktiviti yang tidak baik. SA tak nak la anak SA jadi mangsa plak sebab SA jarang up pasal dia..SA tak kisah kalau orang nak bercakap pasal SA..sebelum ni ada je macam- macam soalan mengarut dan SA hanya ambil soalan je..takde SA nak print screen DM yang SA terima..tapi kali ni SA decided untuk dedahkan sebab sangat- sangat sesuatu. Biar la orang nak kata SA paranoid sekalipun SA x kisah..

Disini SA nak seru semua blogger...jangan publish gambar anak korang kalau gambar tu agak menggiurkan...elakkan la..SA terasa pelik sebab melibatkan rambut anak SA plak..dah tu tanya benda yang dah lama plak tu..siap tanya ada ke gambar dia masa potong rambut...kalau korang kat tempat SA korang rasa pelik tak?

Well hati- hati korang...dunia sekarang makin giler bila wujud perkara-perkara yang pelik macam ni...disebabkan itu jugak..SA private kan ig akaun SA untuk sementara waktu. Sementara SA belum ada job- job blogging yang baru ni...sangat- sangat bahaya la bila melibatkan anak- anak SA...lepas ni nak check follower ig..kalau guna fake photo...dan SA tak boleh nampak aktiviti dia..sorry to say..SA terpaksa remove walau akan melibatkan penurunan follower ig..

32 comments:

  1. Eh peliknya! Kalau dapat gambar rambut atas lantai pun macam mana dia nak susun jadi art?

    ReplyDelete
  2. Uish ngeri pulak bila tgk conversation tu.

    ReplyDelete
  3. uish bahaya betul orang sekarang ni, terus rasa nak private ig jugak huhu

    ReplyDelete
  4. peliknya dia nii. sesuatu sangat bila baca conversation tu.macam2 orang sekarang.memang peringatan untuk diri sendiri juga ni

    ReplyDelete
  5. Uiiitttt... Takutnya Kak... Macma-macam sekarang ni kan. LeYa pun cuba lebih berhati-hati.. Maklumlah kita dah jadi public figure ni.. Memang semua orang nampak. Kene ingat ni nasihat Kak SA ni..

    ReplyDelete
  6. Macam-macam lah. Scary pulak bila membacanya. Thanks for sharing SA.

    ReplyDelete
  7. akak.. lainkali jangan layan la.. seram la baca.. huhu

    ReplyDelete
  8. Adoi...ada jugak yg mcm ni ue

    ReplyDelete
  9. Bahaya ada reader macam ni.. hati-hati SA

    ReplyDelete
  10. mental betul orang camne. adoi moga di jauhkan dari orang yang pelik gini

    ReplyDelete
  11. kompem Pedo agaknyer nih..kita kalo org potong rambut, xde ler sibuk nak tanye mcm2..hishhh ngeri jer

    ReplyDelete
  12. Bahayanya kak SA. Sampai mcm tu sekali dia dok intai akak dan anak. Eloklah akak blog org mcm tu. Ani pun klu jumpa pelik2 memang tk tgg dah blog terus puas hati. Org menyamar mcm2 rupa takutnya.

    ReplyDelete
  13. satu perkataan aida nak komen = 'menakutkan!'

    ReplyDelete
  14. kena berhati2lah lepas ni..skrg ni kt fb dan ig..ramai lelaki mat salleh nk berkenalan dgn rabia.kdg3 ignore je message diorang.takut dgn zaman skrg.

    ReplyDelete
  15. Ei..takutnya baca pasal ni kak, saya pun ada anak perempuan kak. Selalu pulak tu suruh dia jadi model pegang barang..haish, seram..

    ReplyDelete
  16. dunia sekarang ni privacy kita memang at stake.. semoga dijauhkan dari segala ancaman dan perkara tak best

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. Layan untuk tengok jauh mana dia boleh pergi.. eemm.. tapi bahaya kan..

      Delete
  18. Ya allah, seramnya kak. Nampaknya kena lbh berhati2 lah lps ni bila post gambar anak.

    ReplyDelete
  19. Eeehhh takut la pula. Macam-macam orang sekarang ni. Memang diluar kotak fikiran kita betul la

    ReplyDelete
  20. Takutnya,mcm psiko..huhu..bhya jugak..

    ReplyDelete
  21. ee..,ngerinya.memang ada sesuatu ni.Ina sendiri,kalo ada lelaki like gmbar ank kite pon, rase pelik dah. dah ketakutan..hihi.

    ReplyDelete
  22. Seram pula kak... rasa mcm tidak selamat ja skrg

    ReplyDelete
  23. Macam-macam ya SA sekarang nie..

    ReplyDelete
  24. So scary SA.. Mula-mula memang tak rasa sesuatu tetapi bila dia insist nak tengok gambar rambut atas lantai terus timbul rasa pelik.. Dah kenapa?
    Mohon kita dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini, amin..

    ReplyDelete
  25. Scarynya SA. Tiber je tanya pasal rambut ish. Bahaya la org sekarang ni. Tak boleg nak duga org tu cmna huu. T.T

    ReplyDelete
  26. Ish.. harap dijauhkan.
    Macam2 hal sekarang ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......