Shopping Jubah Raya Di Butik Haqqi Shah Alam
Hi korang...
Dah beli persiapan raya tahun ni? SA sebenarnya takde rasa nak shopping sangat untuk diri sendiri sebab dah buat persediaan awal dah sebelum raya, Dah ada 5 pasang baju yang SA tempah kat sepupu SA. Persiapan anak dara pun dah siap cuma adalah tambahan sikit sana sini kan..Entah kenapa sana sini tengok ramai kawan- kawan yang update tentang Butik Haqqi. Eh apa yang menarik kat Butik Haqqi ni kan...so SA pun cuba la terjah blog dan social media kawan- kawan...Wah..bukan main lagi masing- masing teruja membeli belah kat Butik Haqqi ni...semua pakaian yang dipamerkan sangat- sangat cantik, berkualiti dan yang penting patuh syariah.Patut la ramai yang terjah..SA pun tak ketinggalan..kalau risau bab size pun takde masalah kerana di Butik Haqqi semua size ada dari paling kecil sampai lah yang paling besar..Best kan?
Korang jangan tak tau ye..Butik Haqqi ni cukup popular tau sampai ada 3 cawangan dah antaranya di TTDI, Bangi Sentral dan Terengganu. Harap lepas ni pihak Haqqi ni boleh buka one stop centre di semua negeri. Senang kan semua nak cari keperluan dan kelengkapan Haji dan Umrah.
Butik Haqqi merupakan hab atau one stop centre untuk mereka yang mencari atau ingin mendapatkan keperluan-keperluan untuk ibadah Umrah dan Haji. Selain dari keperluan untuk ibadah mereka turut menawarkan pakaian lelaki, pakaian perempuan dan juga kanak- kanak. Harga yang ditawarkan adalah sangat- sangat murah dan diberikan juga potongan harga yang lumayan untuk pakaian yang terpilih atau new arrival.
Cantik kan?
Corak ni pun cantik
Pelbagai corak dan design
Pakaian Umrah lelaki
Abam Fattah Amin jadi model lagi..
Semua keperluan terdapat disini
Haqqi sebagai peneraju dan hab bagi kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini telah dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat yang menggunakan platform www.haqqi.com.my. Selain boleh berkunjung terus ke sini korang juga boleh menggunakan online atau website untuk membeli keperluan..Semua kan dihujung jari....
Okey jom kita tengok pakaian raya pulak...SA sempat snap separuh jer sebab ramai sangat masa ni..kalau korang nak tengok lagi banyak design korang boleh ke Butik Haqqi mengikut cawangan yang terdekat dengan korang. Tengok sendiri baru puas hati kan?
Banyak design terbaru dengan warna dan corak yang cantik
Baju kurung moden pelbagai corak
Baju kurung songket pun ada
Kurta untuk lelaki
Set baju melayu
Baju kurung modern printed..alahaiiii...kenapa cantik- cantik sangat ni...
Kaunter pembayaran pun sesak betul ni...
Kalau korang pergi sekarang sememangnya Butik Haqqi ni sentiasa penuh dengan pelanggan, kaunter bayaran pun sesak dan tak menang tangan melayan permintaan semua kan..see..best ke tak best Butik Haqqi ni? Korang tengok sendiri la..ini baru yang SA share kat Shah Alam..belum lagi yang di cawangan lain. Baru- baru ni mereka mengadakan sessi Happy Hour Special dimana banyak baju- baju di lelong dengan harga yang meruntun hati. Sayangnya SA tak dapat join..kalau tak sure SA dah balik dengan senyuman sampai ke pipi. Dengarnya diorang nak buat Happy Hour lagi dalam masa terdekat ni...Korang alert yer dengan pengumuman...
Dalam banyak- banyak baju, yang mana satu pilihan SA?
Tadaaaaa.....yesza...ini yang SA pilih....cantik tak?
Korang nak shopping kat sini jugak?
Jom terjah ke alamat yang SA sediakan tu..set jer waze...
Butik Haqqi Bangi,
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542
Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798
Butik Haqqi TTDI
No 14, Jalan Wan Kadir 4,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
03-7732 2247
Butik Haqqi Terengganu
Jalan Austin 3,
Kampung Banggul Tiang Kulat,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu
09-662 7367
Online shopping : www.haqqi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
Twitter : https://twitter.com/my_haqqi
Dulu memang ingat Haqqi ni butik kelengkapan haji dan umrah sahaja. Sekarang ni banyak pula barangan / pakaian kat sini. Macam butik vendor sebab ada banyak jenama di bawah satu bumbung seperti RTW dari Nur Sajat.
ReplyDeleteAida da selamat shopping, baru kuar entry bloggers pasal haqqi, SA.
ReplyDeleteIf not nak terjah jugak yg di Bangi.
Harga is affordable .Pattern pun nampak cantik.
Kasual. Nice. Warna menarik.
nasib baik jauh,kalau tak dah lama terjah..Tapi dia ada online shopping gak..hari tu dah survey untuk kelengkapan umrah mak...hehe
ReplyDeletewah rambangnya mata tengok! dengar cerita malam ni pun ada sales eh kak? sebab nak beli baju untuk ayah semua! drngar cerita harga dia pun mcm murah
ReplyDeleteCantik pilihan SA..simple but gorgeous :D Best lah tengok butik ni semua kelengkapan untuk haji dan umrah lengkap, dah boleh jadi one stop centre dah untuk sapa yang cari barang tuk ke Makkah. Tapi di Perak takde la pulak butik ni..kalau tak boleh terjah hehe
ReplyDeleteSuka tengok susunan kedai. Tak perasan butik ni di Bangi Sentral. Padehal selalu juga ke Sana. Tq SA for the info
ReplyDeletesama la SA..saya pun dah siap beli baju ghaya sebelum puasa lagi. Malas nak bersesak dengan orang kat shopping mall konsepnya..tapi haritu ramai duk share shopping kat butik haqqi ni, eh, tertarik plak..nasib kat s.alam..kalau kat area KL, dah heret cik abg iolls tu...
ReplyDeleteCantik jubah kak sa pilih. Ok jujur miza pun dah berkali-kali tershoping di Haqqi niat nak beli telekung raya sekali baju raya pun ku borong sekali. hehe
ReplyDeletesama la SA..saya pun dah siap beli baju ghaya sebelum puasa lagi. Malas nak bersesak dengan orang kat shopping mall konsepnya..tapi haritu ramai duk share shopping kat butik haqqi ni, eh, tertarik plak..nasib kat s.alam..kalau kat area KL, dah heret cik abg iolls tu...
ReplyDeleteSelamat dah grab kurta izzue dan kurta furqan dan sempat beli lagi kurta izzue untuk ayah.HEHEHE. Harga terbaik dan fabrik yang digunakan pon berkualiti dan selesa nak pakai. Haqqi Terbaik!!
ReplyDeleteMemang rmabang mata pun kan akak. Semua cantik2. geram je emi tengok haritu. Nasib la baju raya awal2 dah beli . klu tak emi grab byk pasang jgk tu.
ReplyDeleteselamat berpuasa sis. cantiknya nampak semua baju kan.
ReplyDeleteMemang banyak sungguh pakaian dan telekung yang ada di butik Haqqi. Tuh yang buat rambang mata jadinya nak buat pilihan mana satu nak beli kan.
ReplyDeletesekarang senang nak cari baju raya kan, cuma susahnya nak buat pilihan sebab terlalu banyak yang berkenan di hati.
ReplyDeleteCantiklah Jubah yang SA pilih tu Mrs. A pun suka jugak hehehee...
ReplyDeleteCantik2 kan pilihan koleksi di Haqqi ni.. LeYa pun suka
ReplyDeletehaqqi sekarang ni mmg jadi feveret butik ayu. best giler datang sini, macam2 ada..semuanya menarik pulak tu..tak tahu nak pilih yang mana heheheh
ReplyDeleteCantiknyaa koleksi dekat butik Haqqi ni.
ReplyDeleteBaju2 nya nmpk exclusive tp berpatutan pula... Mmg rugi klo xdptkn koleksi kat haqqi kan SA? SBB ramai yg kata baju lawa2 siap de telekung..mmg ikut trend... Klo haqqi de kt johor kita da terjah da...
ReplyDeletesemua baju cantik2,and telekung tu mmg cantik sangat.bestlah dapat pergi butik haqqi.rabia ni tak dapatlah pergi.Jauh kan.
ReplyDeletememang cantik dan nak classy lah brangan Haqqi
ReplyDeleteCantik-cantik koleksi bajunya..
ReplyDeletenot bad la design dia. minimal tapi elegan. baju perempuan dengan telekung solat pun ada. boleh la satu keluarga shopping kat sini sekaligus. tak perlu ke tempat lain dah
ReplyDeleteHaqqi ni memang lengkap. Dari keperluan lengkap umrah dan haji, kemudian pakaian raya dari jenama terkenal. Selebriti punya koleksi pun cantik-cantik. Saya suka owl by ND punya shawl. Hehe
ReplyDeletemudah dan senang bila brang kelengkapan umrah dan haji satu tempat je..takyah pergi bnyak tempat..bgusnya haqqi ni pun ada baju untuk raya..hehe..cantik pulk tu..ada berkenan satu tengok kawan post
ReplyDeletecantik2 bajunya
ReplyDeleteBest shopping kat Haqqi ni sebab ada saiz besar buat sis..hehehe. Saiz sis memang susah nak cari tapi kat Haqqi dari saiz kecik sampai saiz besar ada. Sis dah pergi yg kat TTDI..nanti nak survey kat outlet dia yang lain pulak..:D
ReplyDeleteHaqqi seems like a one stop center for muslimahs to shop at, will recommend this to my friends since raya is just round the corner.
ReplyDeleteCantik2 koleksi baju raya di haqqi yer Kak SA. Betul, xperlu susah2 nak cari kelengkapan haji dan umrah sampai masuk 2 3 kedai. Datang je haqqi semua dah tersedia. Lengkap
ReplyDeletesaya pun dah pergi ke sini. sempat grab dua helai kurta izzue exclusive. simple and boleh pakai g mana2 nanti
ReplyDeleteKak Sue kalau tak nak juga pilih macam SA pilih tu, sekali labuh daa.. Nak potong kang hilang manik-manik kat bawah tu..
ReplyDeleteAjer Yer SA, kak ana hari tu ke Haqqi TTDI, memang rambang mata nak memilih :)
ReplyDeletewahhhh cantik cantik baju dekat butik haqqi ni rupanya... Haishhh kena pergi tengk sendiri ni dekat TTDI..
ReplyDeletebanyak pilihan di Haqqi ni, kak !
ReplyDeletebestnya banyak pilihan dekat butik ni, tak payah pergi banyak tempat
ReplyDeleteBanyak pilihan ya dekat butik ni. Yang baju kurung moden printed tu lawa.Hee. Berkenan pulak.
ReplyDeleteWarnanya pun lembut je.. sweet je tengok.. ;)
ReplyDelete